KEMENTERIANKESIHATANMALAYSIA 2022 HOSPITALSULTANISMAIL, JOHORBAHRU LAPORAN TAHUNAN HOSPITALSULTANISMAIL JOHORBAHRU
DR. HJH. ZURAINI BINTI ZAINAL Setelah enam belas tahun beroperasi, hospital ini terus berdiri teguh menyediakan perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan-pelanggan yang menerima rawatan di hospital ini. Maklumat perkhidmatan yang direkodkan amat penting dalam pembangunan dan penambahbaikan perkhidmatan kesihatan di Hospital Sultan Ismail khususnya dan di Malaysia secara amnya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh tenaga kerja di hospital ini yang telah memberikan komitmen yang penuh dalam bidang kepakaran masing-masing dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. Segala bakti yang dicurahkan adalah salah satu usaha untuk menjamin kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia. Diharapkan agar laporan tahunan ini dapat menjadi rujukan dalam mempertingkatkan perkhidmatan rawatan kepada masyarakat terutamanya di negeri Johor. Semoga ia menjadi batu loncatan dan asas untuk hospital ini dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang seperti mana yang dinyatakan dalam visi, misi dan objektif hospital ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menghasilkan laporan ini. Sekian, terima kasih. Sejahtera Bersama Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurnianya kita berjaya mengatasi pandemik Covid-19. Maka, bermulalah satu fasa baru dalam pembangunan penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat dengan norma baharu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru ini. PENGARAH HOSPITAL
isi kandungan Hospital Sultan Ismail m.s. 01 m.s. 02 m.s. 03 m.s. 04 m.s. 05 m.s. 07 Misi dan Visi Perkhidmatan Kepakaran & Subkepakaran Statistik Beban Kerja 2022 Hospital Kluster Johor Timur Pencapaian 2022 Pengurusan Kualiti & Penjagaan Pesakit m.s. 08 Aktiviti Komuniti m.s. 12 Aktiviti Luar m.s. 13 Latihan Anggota m.s. 14 Penyelidikan m.s. 15 Pengurusan Tenaga m.s. 18
1 HOSPITALSULTAN ISMAIL Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSIJB) ialah hospital pakar yang dilengkapi dengan sistem berkomputer sepenuhnya yang dikenali sebagai Total Hospital Information System (THIS). Pembinaan hospital ini adalah selaras dengan objektif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020 dan Wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk mencapai perkara di atas, hospital ini direka dan dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan bertaraf dunia. Hospital ini menyediakan 19 perkhidmatan kepakaran dan 25 perkhidmatan subkepakaran selain perkhidmatan sokongan lain, dengan perkhidmatan rawatan harian (Day Care) sebagai perkhidmatan keutamaan kepada lebih 700,000 orang di 8 daerah dan sekitarnya. Hospital ini juga merupakan pusat rujukan kebangsaan bagi beberapa perkhidmatan penjagaan tertiari seperti onkologi dan cochlear implant. HSIJB dibangunkan di atas tanah berkeluasan 50 ekar yang terdiri daripada blok klinikal 6 tingkat dan blok wad 10 tingkat serta kuarters kediaman. HSIJB dilengkapi dengan 22 wad dan 18 bilik bedah. Selain itu, HSIJB juga dilengkapi dengan 704 katil di mana sebanyak 88 katil disediakan di Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan Koronari (CCU), ICU Neonatal (NICU), Unit Burn dan High Dependency Ward khusus untuk rawatan intensif.
2 Mewujudkan sebuah institusi unggul yang menjadi mercu tanda dalam perkhidmatan kesihatan dan membimbing kecemerlangan insan. VISI MISI Memberikan perkhidmatan terbaik berorientasikan pelanggan. Melindungi hak dan maruah pelanggan. Mengamalkan budaya kerja cemerlang, komunikasi berkesan, mesra, professional dan semangat berpasukan. Memelihara kebajikan anggota dan persekitaran selesa yang selamat. Menitikberatkan kecekapan pengurusan sumber yang inovatif. Menyediakan peluang latihan, perkembangan kerjaya dan pembangunan insan. Memantapkan budaya penyelidikan untuk meningkatkan kualiti.
Internal Medicine Dermatology Psychiatry Paediatric Emergency & Trauma Oral Maxillofacial Surgery Sports Medicine Obstetrics & Gynaecology General Surgery Orthopaedics Ophthalmology Otorhinolaryngology Anaesthesiology Pathology Radiotherapy & Oncology Rehabilitation Medicine Forensic Medicine Diagnostic Imaging Paediatric Dental Rheumatology Geriatric Medicine Breast & Endocrine Surgery Gastroenterology & Hepatology Endocrinology Thoracic Surgery Nephrology Neonatology Paediatric Nephrology Paediatric HematoOncology Paediatric Rheumatology Burn Plastic Surgery Gynae-oncology Obstetrics Anaesthesiology Pain Service Intensive Care Maxillofacial Surgery Oral Pathology Medicine Head and Neck Surgery Otology & Skull Base Surgery Orthopaedic Oncology Orthopaedic Spine Orthopaedic Sports & Arthroscopy Orthopaedic Foot & Ankle 3 KEPAKARAN SUBKEPAKARAN PERKHIDMATAN KEPAKARAN & SUBKEPAKARAN
4 58,143 KEMASUKAN PESAKIT 11,785 KELAHIRAN BAYI 100,826 KEDATANGAN KE JABATAN KECEMASAN & TRAUMA 305,053 KEDATANGAN KE KLINIK PAKAR Kemasukan pesakit 2016 - 2022 Bilangan kelahiran 2016 - 2022 Kedatangan ke Jabatan Kecemasan & Trauma 2016 - 2022 BIlangan pembedahan 2016 - 2022 Bilangan kedatangan ke pusat rawatan harian 2016 - 2022 Kedatangan ke klinik pakar 2016 - 2022 Sumber Rujukan : Unit Kualiti & Tadbir Urus Klinikal HSIJB. STATISTIK BEBAN KERJA 2022
HOSPITAL SULTAN ISMAIL HOSPITAL KOTA TINGGI HOSPITAL MERSING LEAD HOSPITAL NON-LEAD HOSPITAL 5 Hospital Kluster adalah gabungan hospitalhospital bagi membentuk satu organisasi yang sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan kualiti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kesihatan berfokuskan keperluan dan kehendak komuniti setempat. HOSPITAL KLUSTER JOHOR TIMUR Pada tahun 2018, Hospital Sultan Ismail telah dipilih sebagai Lead Hospital bersama-sama Hospital Mersing (Non Lead) dan Hospital Kota Tinggi (Non Lead) untuk membentuk Kluster Johor Timur. Objektif utama penubuhan Hospital Kluster ini adalah untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan klinikal dengan kos yang minimum melalui penggunaan sumber dan keperluan sedia ada di setiap hospital anggota kluster. Hospital Kluster akan berkongsi sumber seperti katil hospital, dewan bedah (OT), kakitangan, latihan, kemudahan dan perkhidmatan klinikal. Melalui implementasi konsep hospital kluster, adalah diharapkan hospital daerah seperti Hospital Mersing dan Hospital Kota Tinggi dapat dipertingkatkan penggunaan sumber mereka dan secara tidak langsung mengurangkan kesesakan di Lead Hospital iaitu Hospital Sultan Ismail. VISI
Profil Hospital Sultan Ismail Hospital Kota Tinggi Hospital Mersing Jenis Hospital Pakar Major Tanpa Pakar Tanpa Pakar Bilangan Populasi 1.6 juta 220,382 78.1 juta BOR 93.27% 54.58% 62.04% Purata LOS 4.11 2.60 2.95 Bilangan Katil 704 158 70 Bilik Bedah 18 - 1 Dewan Bersalin 17 6 4 Hospital Sultan Ismail 30 KM, 20 minit 119 KM, 1 jam 45 minit Hospital Kota Tinggi Hospital Mersing Hospital Sultan Ismail 6 Jadual menunjukkan data anggota hospital Kluster Johor Timur pada tahun 2017. Gambar menunjukkan kedudukan dan jarak antara HSIJB dengan Hospital Mersing (non-lead hospital).
PENSIJILAN 5S DARI MPC KEPADA JABATAN FARMASI PENCAPAIAN 2022 PENSIJILAN HALAL DARI JAKIM KEPADA JABATAN MAKANAN DAN DIETETIK PENSIJILAN HAZARD ANALYSIS AND CRITICAL CONTROL POINT KKM PENSIJILAN HOSPITAL MESRA IBADAH 2022 -2025 PENSIJILAN ASEAN ENERGY MANAGEMENT SCHEME (AEMAS) 3 START RATING PENSIJILAN ISO 15189 MEDICAL LABORATORY 7
8 PENGURUSAN KUALITI DAN PENJAGAAN PESAKIT Hospital Sultan Ismail Johor Bahru melakukan penilaian berkala terhadap prosedur-prosedur kesihatan untuk memastikan mereka berada dalam pematuhan dengan piawai kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan melakukan penambahbaikan jika diperlukan. Pemantauan ini adalah di dalam bentuk indikator-indikator yang dipersetujui di peringkat kebangsaan melalui maklumat yang dikumpul berdasarkan keperluan perkhidmatan di hospital. Selain daripada keperluan klinikal, indikator-indikator yang dirasakan mewakili kualiti pengurusan hospital juga diwujudkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Unit Kualiti & Tadbir Urus Klinikal diberikan tanggungjawab untuk memastikan pemantauan indikator-indikator ini berjalan dengan baik. Terdapat pelbagai aktiviti kualiti yang dijalankan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Antara aktiviti tersebut termasuklah: PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROSEDUR
TAJUK HPIA/KPI PENCAPAIAN PERATUS UBAT YANG DIDISPENS KEPADA PESAKIT DALAM TEMPOH 30 MINIT PERLU MENCAPAI LEBIH DARIPADA 95% 98% PERATUS LAPORAN PERUBATAN YANG DISIAPKAN DALAM TEMPOH KURANG DARIPADA 4 MINGGU PERLU MENCAPAI LEBIH DARIPADA 90% 91% PERATUS PENAMBAHBAIKAN DIBUAT HASIL DARIPADA PENEMUAN AUDIT KESELAMATAN PERLU MENCAPAI LEBIH DARIPADA 70% 75% KADAR KEMATIAN PESAKIT JANTUNG NON STEMI/UNSTABLE ANGINA KURANG DARIPADA 10% 4.8% PERATUS PESAKIT KANAK-KANAK YANG DIMASUKKAN SEMULA SELEPAS DIBENARKAN DISCAJ DALAM TEMPOH 48 JAM TIDAK MELEBIHI 0.5% 0.02% Hospital Sultan Ismail Johor Bahru melakukan pengurusan risiko untuk mengenal pasti, menilai, dan mengurangkan risiko-risiko yang mungkin terjadi dalam perkhidmatan kesihatan, termasuk risiko jangkitan hospital dan kesilapan perubatan. Hospital memenuhi keperluan keselamatan pesakit di mana setiap insiden yang berlaku dilaporkan dalam initiatif Incident Reporting. Ia merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan kes yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada anggota yang lain dan kekurangan yang ada dapat ditambah baik. Sebagai contoh pada tahun 2022, terdapat 349 kes yang dilaporkan melibatkan pelbagai kategori dan risiko. Ia termasuk kes-kes yang dikenalpasti berisiko dan belum lagi memberi impak kepada pesakit. Sesi perbincangan untuk menentukan sebab utama (Root Cause Analysis) akan dilaksanakan bersama jabatan-jabatan terlibat dan laporan dihantar ke peringkat kementerian. 9 HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) DAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) PENGURUSAN RISIKO
Goal KPI Target Infection Prevention & Control Hand hygiene compliance rate ≥ 75% compliance at each audit Rate of Catheter Associated Blood Stream Infection (CABSI) - No. of CABSI per 100 admissions ≤ 0.5 per 100 admission Surgical Safety Number of “Wrong Surgery” performed Zero case Number of “Unintended Retained Surgical Item” (RSI) Zero case Medication Safety Number of medication error related to severe harm or death Zero case Transfusion Safety Number of incorrect blood component transfused Zero case Patient Fall Prevention Rate of patient fall (for in-patient and outpatient/clinics) Inpatient: ≤ 5% per 1000 patient day Outpatient ≤ 5% Correct Patient Identification Number of incident caused by wrong patient identification (detected through incident reporting & investigation) Zero case Incident Reporting and Learning System Implementation of patient safety-incident reporting and learning system Implemented 10 INDIKATOR DI BAWAH INITIATIF MALAYSIAN PATIENT SAFETY GOAL
Hospital Sultan Ismail Johor Bahru memastikan pemantauan dan pematuhan kepada standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan oleh badan pengawal kesihatan seperti Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dan lain-lain. Berikut adalah Pensijilan yang telah dicapai oleh pihak hospital pada tahun 2022. Certification from Malaysia Productive Corporation (MPC) Department of Pharmacy. 1. Pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk Jabatan Sajian dan Dietetik. 2. 3.Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point KKM. 4.Pensijilan Hospital Mesra Ibadah. Pensijilan ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) PENGIKTIRAFAN 3 BINTANG. 5. 6.Pensijilan ISO 15189 Medical Laboratory. 11 Hospital Sultan Ismail Johor Bahru memberikan latihan dan pembangunan kepada staf kesihatan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Selain itu, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru juga menggalakkan anggota untuk meneruskan pengajian dalam bidang kepakaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sepertimana berikut; Seramai 16 orang pegawai perubatan telah melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran klinikal. 1. 2.Seramai 48 orang jururawat terlatih mengikuti latihan post basic. Hospital Sultan Ismail Johor Bahru memastikan makanan yang disediakan kepada pesakit adalah berkualiti dan memenuhi keperluan pemakanan pesakit berdasarkan kepada standard kesihatan yang ditetapkan. Selain itu, Hospital telah bergerak satu langkah ke hadapan dengan memperolehi sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). PENGURUSAN KUALITI PEMAKANAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN ANGGOTA KEPATUHAN KEPADA STANDARD KESELAMATAN DAN KUALITI
1 PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG 07 FEBRUARI 2022 Unit Komuniti Psikiatri & Kesihatan Mental telah mengadakan program ‘Masih Ada Yang Sayang’. Aktiviti gotong-royong diadakan untuk untuk membersihkan kawasan rumah pesakit psikiatri. AKTIVITI KOMUNITI Program ini telah dilakukan oleh kakitangan Jabatan Psikiatri bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara kakitangan Jabatan Psikiatri dengan para pesakit psikiatri. SUMBANGAN HARI RAYA DARIPADA YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR 20 FEBRUARI 2022 Pesakit di Wad Onkologi telah menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Sumbangan tersebut dapat memberikan kegembiraan dan mengurangkan kesedihan bagi pesakit yang masih dirawat pada musim perayaan ini. 2 3 SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 10 OKTOBER 2022 Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HSIJB mengadakan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dengan beberapa program seperti Let’s Talk Minda Sihat yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru. Pameran kesihatan mental dan Mental Health Explorace turut diadakan di pekarangan HSIJB. Tema sambutan pada tahun 2022 adalah Make Mental Health & Wellbeing for All a Global Priority. 12
13 1 2 3 Unit Pendidikan Kesihatan telah melaksanakan beberapa aktiviti libat urus bersama unit-unit, jabatan-jabatan di HSIJB dan juga agensi luar. AKTIVITILUAR Aktiviti ini diadakan bagi mencegah penularan penyakit bawaan vektor dengan kerjasama semua jabatan dan pihak konsesi hospital pada 15 Oktober 2022. Seramai empat orang peserta dari HSIJB telah dihantar untuk menghadiri kursus anjuran Unit Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Mersing pada 10-12 Oktober 2022 untuk menjadi penggerak kecergasan di HSIJB. Pameran dan ceramah kesihatan berkaitan bahaya rokok dan rokok elektronik (vape) kepada pelajar-pelajar tingkatan dua dan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Mount Austin, Johor Bahru pada 8 Disember 2022. KURSUS KECERGASAN TAHAP 1 GOTONG ROYONG PERDANA HSIJB PAMERAN BAHAYA MEROKOK
LATIHAN ANGGOTA LATIHAN JABATAN ORTOPEDIK LATIHAN ELEKTA UPDATE IN CHEMOPORT - JABATAN ONKOLOGI Jabatan ini juga merupakan pusat latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai pakar-pakar perunding dan juga pakarpakar ortopedik yang memberi latihan klinikal kepada anggota-anggota (dalam latihan). Program ini melibatkan pakar onkologi, Pegawai Sains Fizik serta Juru X-ray Terapi dari jabatan. Kursus Update in Chemoport telah dianjurkan oleh Unit Kejururawatan Onkologi pada 11.3.2022. 14
Perkhidmatan Unit CRC berperanan dalam penyediaan pangkalan data pakar dan pegawai perubatan yang berminat dalam penyelidikan mengikut bidang dan merekod penyelidikan bagi Industrial Sponsored Research (ISR) dan Investigator Initiated Research (IIR) yang dijalankan di HSI. CRC turut terlibat dalam proses penyelidikan samada melalui sokongan pentadbiran (pembantu penyelidik, koordinator kajian, kemudahan IT, dan perisian statistik) mahupun sokongan teknikal (pendaftaran kajian di NMRR, permohonan geran penyelidikan, pembangunan protokol kajian, analisa statistik, kebenaran pembentangan) kepada para penyelidik. 15 PENYELIDIKAN Pusat Penyelidikan Klinikal atau lebih dikenali sebagai CRC (Clinical Research Centre) telah ditubuhkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk menyokong dan membantu penyelidik menjalankan kajian dan aktiviti penyelidikan di hospital selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membudayakan evidencebased medicine dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini. Hospital Sultan Ismail merupakan salah satu daripada 37 rangkaian CRC di seluruh Malaysia di bawah Institut Penyelidikan Klinikal.
IIR ISR IIT 0 10 20 30 40 50 2019 2020 2021 2022 INDUSTRY SPONSORED RESEARCH (ISR) INVESTIGATOR INITIATED RESEARCH (IIR) INVESTIGATOR INITIATED TRIAL (IIT) 0 5 10 15 20 25 Pembangunan Protokol Pengiraan Bilangan Sampel Metodologi Kajian Pendaftaran NMRR Analisa Statistik 16 CRC juga menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel berkaitan dengan penyelidikan bagi menerapkan budaya dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dalam kalangan petugas kesihatan di HSIJB. Pegawaipegawai CRC turut menawarkan perkhidmatan konsultasi/ rundingan penyelidikan dengan penyelidik yang memerlukan bantuan atau pandangan dalam projek penyelidikan mereka. Rangkaian CRC di negeri Johor (Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah) turut bekerjasama dengan CRC HSIJB dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, persidangan dan research day di peringkat negeri. Bila n g a n proje k Bilangan penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2019 - 2022. Bilangan konsultasi penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2022.
Kursus/Bengkel Tarikh Media Bilangan Peserta Kumpulan Sasaran Good Clinical Practice 14-16 Mac 2022 40 P & P Introduction to Clinical Research (ICR) 17-18 Mei 2022 36 Campuran Basic Statistic & SPSS Workshops 21-22 Jun 2022 30 Campuran Sample Size Determination 26-27 Julai 2022 42 Campuran Scientific Poster & Presentation Workshop 15 Ogos 2022 57 Campuran 17 KPI-HPIA: Peratus Kajian (Kajian Penyelidikan/ Kualiti/ Industrial Sponsored Research (ISR) ) yang dihasilkan dan berdaftar dengan NMRR (baharu atau dalam proses) pada tahun 2022 (Jan-Jun). Kursus dan bengkel yang dijalankan oleh pusat penyelidikan klinikal pada tahun 2022.
Hospital Sultan Ismail mengamalkan penjimatan tenaga dengan: Menutup semua peralatan elektrik yang tidak digunakan. 1. Tidak membebankan soket elektrik dengan penggunaan pelbagai peralatan elektrik pada satu masa. 2. Menutup pintu di kawasan yang berhawa dingin. 3. Menetapkan suhu penyaman udara pada suhu 24°C hingga 26°C. 4. Memastikan komputer di dalam keadaan mod sleep sekiranya tidak digunakan. 5. Melaksanakan projek pertukaran lampu kepada lampu LED. 6. Mewujudkan sudut tenaga bagi menyampaikan kesedaran penjimatan tenaga. 7. 18 PENGURUSAN TENAGA Hospital Sultan Ismail komited dalam menyokong, menekankan dan mengamalkan pengurusan tenaga dan inisiatif pemuliharaan selaras dengan Peraturan Pengurusan Tenaga dengan cekap dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Dasar ini adalah untuk mewujudkan satu sistem pengurusan tenaga lestari bagi: Meningkatkan pengurusan tenaga yang cekap untuk peningkatan berterusan. 1. Meningkatkan prestasi alam sekitar dan keberkesanan kos. 2. Menggalakkan inovasi dalam teknologi hijau. 3. Melaksanakan dan mematuhi perolehan hijau kerajaan (GGP). 4. Menyediakan sumber yang diperlukan untuk mencapai objektif dan sasaran kecekapan tenaga. 5.
Dr. Mohd Fathi Zaki bin Mohd Zakaria Dr. Hairuza binti Hamid Dr. Munirah binti Ismail Dr. Shah Iskandar bin Ahmad Shafiee En. Md Sabtuah bin Mohd Royali Pn. Hanan binti Ismail KJ Rafi’ah binti Othman En. Mohamad Khirwan bin Hashim SIDANG REDAKSI
Hospital Sultan Ismail, Jalan Mutiara Emas Utama, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. No. Tel: 07-3565000 Emel: [email protected]