kaedah fiqh ( Al Umur bi Maqasidiha) dalam tujuan penghasilan telefon pintar (smartphone) Penulis : MOHAMAD IZZAT EMIER BIN SANI (F1003) MUHAMMAD HAZRI BIN NAJIP NUPI (F1011) HAZIQ AZRY BIN NURUL HISHAM (1020) ALIFF SHAHMI BIN MUSNIZHAM (F1033) MUHAMMAD HAFIZUL HAZIM BIN HAFIZE (1064) Pensyarah : PUAN NOR HAYATI BIN THALIB ABD WAHAB
KANDUNGAN • 1.0 PENGENALAN • 2.0 MANFAAT TELEFON PINTAR • 3.0 HADIS (AL-UMUR BI MAQASIDIHA) • 4.0 HUKUM • 5.0 PRINSIP SYARIAH ISLAM • 6.0 PERANAN SMARTPHONE DALAM SYARIAH ISLAM • 7.0 KEBAIKAN DALAM PENGGUNAAN SMARTPHONE • 8.0 KEBURUKAN DALAM EPNGGUNAAN SMARTPHONE • 9.0 LAMPIRAN / CONTOH APLIKASI • 10.0 ISU DALAM PENGGUNAAN SMARTPHONE • 11.0 PENUTUP • 12.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN • Pada era ini, perkembangan teknologi telah mewujudkan pelbagai alat komunikasi yang lebih canggih serta moden. Antaranya ialah telefon pintar,telefon pintar telah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian manusia. Bukan itu sahaja telefon pintar juga lebih canggih berbanding telefon bimbit biasa. Tambahan pula, memudahkan umat islam mendapat pelbagai maklumat, malah boleh membuat turun ayat al-quran ke telefon bimbit. Dengan itu, tidak hairanlah apabila telefon pintar telah menjadi salah satu benda penting dalam pengurusan kehidupan manusia
2.0 MANFAAT TELEFON PINTAR • Hal pertama yang kita perlu ketahui ialah smartphone meningkatkan akses terhadap informasi keagamaan. Aplikasi keagamaan dapat memudahkan pengguna untuk menakses al-quran dengan lebih cepat tampa membawa senaskhah al-quran kerana aplikasi ini menyediakan bacaan al-quran yang sama seperti dalam buku alquran yang selalu dibaca. Aplikasi ini juga telah menyediakan terjemahan ayatayat al-quran di dalamnya. Selain itu juga, memudahkan cara untuk beramal bersama manusia. Dengan adanya teknologi seperti smartphone ini umat islam dapat menunaikan tugas mereka sebgai manusia dengan lebih mudah. Contohnya, umat islam dapat berkongsi rezeki mereka dengan melalui talian internet. Seperti yang kita tahu sekarang Malaysia berada di dalam keadaan yang kritikal disebabkan oleh covid-19, Oleh itu orang ramai memerlakukan, hal ini dapat dilakukan dengan hanya memberi sumbangan melalui internet sahaja. Bukan itu sahaja ketika bulan ramadhan juga banyak pertanyaan yang diberikan berkaitan zakat. Masalah ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah dengan adanya smartphone, mereka dapat bertanyakan masalah ini melalui laman web yang disediakan.
3.0 HADIS (AL-UMUR BI MAQASIDIHA) • Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar Al-Khatta RA, bahawasanya aku mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda"sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnyamengikut yang dia niat. Setiap orang sesiapa yang hijrahnya kepada Allah Maka dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kepada dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya". ( Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi ,Abu Daud dan lain-lain • Berdasarkan sabda Rasulullah SAW diatas,niat amat penting dalam penentuan baik atau buruk, dosa atau pahala. Mencapai redha Allah SWT ataupun tidak, Sekirannya smartphone dan aplikasinya digunakan untuk tujuan yang baik, mencari redha Allah SWT dan untuk meningkatkan ibadat, dengan izin Allah SWT berdasarkan niat tersebutkita akan memperolehinya. Tetapi jika sebaliknya kita menggunakan smartphone dan aplikasinya untuk tujuan yang buruk,haram dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT, maka itulahyang kita akan perolehi.
4.0 HUKUM • Apa hukumnya membaca Al-quran di smartphone tanpa wudhu? Menurut para ulama, tidak kewajipan berwudhu dulu dalam adab membaca al-quan digital di smartphone atau perangkat lainnya. Ini kerana smartphone tidak sama dengan mushaf fizik yang hanya boleh disentuh dalam keadaan yang suci. • Bolehkah membaca al-quran di smartphone tanpa menutup aurat? Membaca al-quran tanpa memakai tudung bagi wanita selama ia berada di tempat yang aman dari pandangan orang lain yang bukan mahramnyaseperti di rumahnya, itu boleh.
5.0 PRINSIP SYARIAH ISLAM •TAWAZUM ( KESEIMBANGAN) Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluanmanusia di dunia dan akhirat contohnya telefon pintar dapat memenuhi keperluan manusia di dunia dan akhirat seperti menggunakan telefon pintar untuk bermain game di dunia manakala untuk akhirat telefon pintar boleh digunakan untuk mendengar ceramah uztaz Azhar Idrus di YouTube.
6.0 PERANAN SMARTPHONE DALAM SYARIAH ISLAM • Lambakan gajet di pasaran pada masa kini banyak memberi kesan kepada pengeluaran gajet untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi baru bagi kegunaan penggunanya pada hari ini. Lantaran itu, para pengeluar gajet muslim tidak melepaskan peluang dalam menghasilkan aplikasi-aplikasi baru bercirikandakwah bagi memainkan peranan iaitu berdakwah melalui teknologi. Terdapat pelbagai aplikasi islam yang tersedia dalam setiap telefon pintar yang dibeli oleh pengguna islam. Beberapa aplikasi islam yang boleh dipilih adalah aplikasi solat. Aplikasi ini bermanfaat sebagai peringatan kepada jadual solat.Aplikasi ini akan mangaktifkan getaran pada telefon pintar yang akan mengingatkan masuknya waktu solat sekaligus tidak terlepas menunaikantuntutan agama tersebut. Di samping itu, disertakan dengan bunyi azan apabila waktu solat telah masuk. Aplikasi ini akan menyesuaikan waktu solat bergantung pada tempat kita berada.
6.0 PERANAN SMARTPHONE DALAM SYARIAH ISLAM • Aplikasi ayat-ayat al-quran turut dijadikan pilihan oleh pengguna islam pada hari ini bagi mengisi kesibukan kerja seharian dengan bacaan alquran.Aplikasi ini kebanyakannya tersedia dengan bacaan qari-qari tersohor dan terkemuka yang boleh didengari pada bila-bila masa sahaja. lanya boleh mendidik dan membentuk jiwa serta menanam sikap cintakan alquran.Petunjuk arah kiblat seluruh dunia turut dijadikan aplikasi oleh pengeluartelefon pintar yang mana ia membantu pengguna ketika ingin menunaikan solat dan ketika perjalanan ke satu tempat yang jauh dengan waktu tempat yang pengguna berada.
7.0 KEBAIKAN DALAM PENGGUNAAN SMARTPHONE • Alat perhubungan atau komunikasi Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuatan telefon bimbit dimana ia dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak kira dimana mereka berada. Pada masa dahul manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tetapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan dimana mereka berada boleh berkongsi hanya menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo, Messenger, Skype dan sebagainya. • Memudahkan kerja Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email. Ini memberikan kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerjal luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga aplikasi-aplikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, kalendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan khususnya juga kepada kita.
8.0 KEBURUKAN DALAM PENGGUNAAN SMARTPHONE • Melalaikan Telefon pintar bakal melalaikan kehidupan seseorang. Jika tidak banyak, setidaktidaknya kehidupan kita sebagai pengguna telefon pintar akan sedikit melalaikan.Keasyikan melayan aplikasi yang menarik seperti aplikasi sosial dan video game, kadang kala membuatkan kita terlewat menunaikan solat, atau terlupa menyiapkan tugasan yang lebih penting di pejabat atau rumah.Cara mengatasi: Pastikan kita siapkan perkara yang lebih utama dahulu pada waktu tersebut. • Membahayakan keselamatan Saya selalu terganggu semasa memandu apabila kereta di depan tidak bergerak selepas lampu hijau menyala. Apabila di hon barulah tergesa-gesa tekan minyak.Apabila diperhati, ternyata pemandu tersebut leka menggunakan telefon pintar. Tak kurang juga penunggang motosikal" tawaduk, yang menuggang perlahan tidak kena pada tempatnya. Apabila dipotong, rupanya penunggang tersebut menggunakan telefon pintar. Amat berbahaya! Jika terlalu penting, hentikan kenderaan kita di tempat yang sesuai sebelum menggunakan gajet.
9.0 LAMPIRAN / CONTOH APLIKASI
10.0 ISU DALAM PENGGUNAAN SMARTPHONE • Antara isu tentang penggunaan Telefon pintar kebelakangan ini ialah, istilah Artificial Intelligence (Al) kerap digunapakai tidak mengira sama ada menerusi aplikasi perniagaan, pendidikan, mahupun sebaran maklumat.Boleh dikatakan perkembangan dunia digital yang semakin pesat membuatkan masyarakat sentiasa cuba untuk menghasilkan perubahan terhadap teknologi maklumat.Disebabkan itu timbul pelbagai persoalan terhadappenggunaan perkara itu dalam kalangan umat Islam selain impaknya kepada masyarakat dan generasi akan datang. • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, sebarang perkembangan dalam teknologi termasuk Al perlu dilihat dari sudut yang neutral dan tidak meletakkan sebarang sangkaan awal tanpa memahaminya terlebih dahulu. • Hukum mencipta imej model menggunakan Al Mencipta gambar model dengan menggunakan Al berkait rapat dengan hukum melukis gambar makhluk bernyawa atau manusia. Berkenaan hal ini, ilmuan Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menimbulkan persoalan mengenai hukum gambar-gambar dan lukisan seni yang dilukis di atas kertas lukisan, kain kanvas, tirai, dinding, permaidani, mata wang dan sebagainya Beliau menyebutkan mash tidak jelas ecuali kita lihat dan kaji apa tujuan gambar tersebut dicipta, di mana ia diletakkan dan apa kegunaannya. Begitu juga dengan apa yang dimaksudkan pelukis apabila melukis gambar itu. Beliau berpandangan, jika gambar yang dihasilkan oleh prompter itu adalah gambar melibatkan elemen ketuhanan agama-agama lain dan seumpamanya dengan tujuannya untuk disembah selain daripada ALLAH, maka orang yang melakukan bagi tujuan dan niat tersebut dianggap berdosa besar kerana terlibat dalam urusan agama-agama lain.
11.0 PENUTUP • Sebagai penutup, smartphone dan aplikasi memberikan pengaruh yang besar kepada setiap masyarakat menngunakannya. Malah, mencari ilmu dan bahan rujukan melalui smartphone dan aplikasinya. Selain itu, masyarakat dapat mengunakanteknologi tersebut ke arah kebaikan seperti melayari video mengenal ceramah Islam. Smartphone juga memiliki aplikasi yang boleh menghiburkan manusia, salah satunya ialah permainan (game). Seterusnya, smartphone mempunyai pelbagai manfaat selain berkomunikasi iaitu mempunyaikalender, kamera, kalkulator dan lain-lain. Namun disebalik manfaat yang diberikan dalam smartphone, dapat memberikan dampak positif dan negatif. • Perkembangan teknologi sangat berpengaruh terhadap kehidupan manusia terutama dalam hal komunikasi. Di zaman sekarang, manusia sudah lebih dipermudahkan dalam melakukan komunikasi iaitu dengan munculnyatelefon pintar. Dengan telefon pintar kita juga dapat berkomunikasi dengan orang yang jauh tanpa harus pergi ke tempatnya. Dalam telefon pintar tidak hanya memberikan fasilitas untuk menelefon saja tetapi juga terdapat aplikasi-aplikasi lain yang bermanfaat bagi manusia. Namun disebalik manfaat yang diberikan dalam telefon pintar, ia juga dapat memberikan impak positif dan negatif. Kita sendirilah yang menentukan untuk memberi kesan negatif atau positif.
12.0 RUJUKAN • https://online.anyflip.com/ujsna/phux/mobile/ • http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/smartphone-dan=aplikasinyadari.html?m=1=:~:text=Antara%20kebaikannya%20adalah%20mempermudah%20komunikasi,per kembangan%20teknologi%20dan%20merapatkan%20silaturahim • http://fakhri1310.blogspot.com/2013/08/kebaikan-dan-keburukan=telefon-bimbit.html?m=1 • https://online.anyflip.com/qibkw/wlvv/mobile/ • https://anyflip.com/rfmlu/lpgx/basic