The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

บทที่ 2 การทำงานของอินเทอร์เน็ต

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chonnikarn bunyapateep, 2019-08-21 03:23:27

บทที่ 2

บทที่ 2 การทำงานของอินเทอร์เน็ต

KARNIVAL ROBOTIK MATRIKULASI

“ROBOTRIX ’19”

24-26 OGOS 2019
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam buku program ini
sempena Karnival Robotik, Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2019. Tahniah
kepada Kolej Matrikulasi Labuan kerana menganjurkan karnival ini untuk kali keduanya.

Karnival Robotik ini dianjurkan sebagai satu program untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sepertimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bertepatan pula dengan keperluan Pembelajaran Abad Ke-21(PAK-21) yang
memerlukan pelajar menguasai elemen-elemen pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam membina konsep dan
sistem pendidikan moden. Oleh itu sewajarnyalah Karnival Robotik ini menjadi salah satu platform untuk
memperkembang dan memperkasakan dunia sains robotik dalam kalangan pelajar khususnya di peringkat
matrikulasi.

Saya berharap semua peserta yang mengambil bahagian dalam karnival kali ini berjaya meningkatkan daya
kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan konsep, reka cipta dan sistem robotik kontemporari selari dengan
kemajuan dan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Di samping itu, karnival ini juga dapat menyemai semangat
kerja berpasukan, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mengasah bakat kepemimpinan pelajar. Secara
tidak langsung kebolehan penyelesaian masalah, motivasi dan keyakinan diri setiap pelajar dapat diterapkan.

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat khususnya KML dalam menjayakan penganjuran
Karnival Robotik Program Matrikulasi pada kali ini. Semoga penganjuran karnival ini
menjadi perangsang kepada pelajar untuk terus menyumbangkan idea baharu
di samping kebolehan menyelesaikan masalah melalui pemikiran kreatif,
logik dan di luar sempadan.

Akhir kalam, saya mendoakan karnival ini berjalan dengan lancar seperti
yang dirancangkan. Harapan saya kepada semua peserta dan seluruh kontinjen
yang mengambil bahagian agar dapat menimba pelbagai pengalaman yang
bermanfaat sepanjang karnival ini berlangsung.
Selamat Berkarnival dan Mengharungi Cabaran Robotrik ‘19. Semoga Berjaya.

Sekian, terima kasih.

DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
Pengarah
BMKPM

UCAPAN PENGARAH KML

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Karnival Robotik
kerana komitmen anda semua kita berjaya menganjurkan karnival robotik untuk kali kedua di peringkat Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terima kasih kepada YBrs. Dr. Hajah Rosnarizah Bt. Abdul Halim, Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian
Pendidikan Malaysia kerana sekali lagi memberi penghormatan dan kepercayaan kepada Kolej Matrikulasi
Labuan (KML) selaku tuan rumah dan penganjur karnival robotik yang akan berlangsung pada 24-26 Ogos 2019.

Saya selaku penasihat penganjuran Karnival Robotik 2019, mengalu-alukan kehadiran Pengarah BMKPM,
pegawai-pegawai pengurusan tertinggi BMKPM, pengarah-pengarah kolej matrikulasi, semua kontinjen
daripada kolej-kolej yang mengambil bahagian, institusi-institusi pendidikan dan agensi kerajaan di sekitar
Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebanyak 25 jawatankuasa telah dibentuk yang melibatkan pensyarah, kakitangan kolej dan dibantu oleh
sekumpulan fasilitator daripada kalangan pelajar. Pada tahun ini, jawatankuasa karnival telah memilih
ROBOTRIX ’19 sebagai tema karnival yang menunjukkan betapa pentingnya penguasaan dan pemerkasaan
bidang sains robotik dalam kalangan pelajar matrikulasi.

Pada kali ini pertandingan robotik terbahagi kepada 3 kategori iaitu Maze Line Follower, Sumo dan Makers.
Ketiga-tiga kategori ini mempunyai ciri-ciri dan objektif yang berbeza tetapi penilaiannya masih berteraskan
kepada unsur-unsur kreativiti dan inovasi pelajar dalam menghasilkan sistem robotik kontemporari.

Dalam pada itu juga kami menyediakan reruai pameran robotik dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan
seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penerangan dan beberapa agensi swasta. Semoga karnival
robotik kali ini mencapai matlamat dan objektif penganjuran iaitu menimbulkan rasa minat yang mendalam di
samping memperkasakan bidang sains robotik yang menjadi agenda penting
dalam proses Pembelajaran Abad Ke-21.

Akhir kalam, semoga semua pihak yang terlibat dalam karnival robotik kali
ini berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna demi
kemajuan sains robotik dalam sistem pendidikan negara kita selari
dengan peredaran zaman ke arah teknologi yang berteraskan
Revolusi Industri 4.0.

Sekian, terima kasih.

MOHD IDRIS BIN OMAR
Pengarah
KML

SEKILAS PANDANG KARNIVAL ROBOTIK

ROBOTRIX’18 ROBOTRIX’19

Pertandingan bercorak akademik ini bertujuan memperkasakan program matrikulasi
sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM sekaligus menjadi
penjana unggul pelajar bumiputera.

Tema robotik dipilih berdasarkan senario masa kini yang menjurus kepada aplikasi
pembelajaran bagi mata pelajaran sains, matematik dan teknologi maklumat dalam
kalangan pelajar matrikulasi.

Karnival Robotik Matrikulasi 2019 (ROBOTRIX'19) ini berupaya menjadi batu loncatan
kepada para peserta dalam mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui pertandingan di
samping menerapkan budaya kreativiti dan inovasi.

Program ini diadakan bertujuan untuk :
Membangunkan dan mengukuhkan pemikiran kreatif dan kritis serta kemahiran
sosial pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan masa depan.
Membantu para pelajar membina asas yang kukuh dalam bidang matematik,
sains, teknologi, ICT dan rekacipta.
Merangsang kreativiti pelajar menyelesaikan sesuatu masalah dan menggalakkan
inovasi.
Memupuk budaya kerja berpasukan dan semangat kerjasama dalam kalangan
pelajar.
Mewujudkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan bertaraf kelas pertama.

AHLI JAWATAN
KUASA

KARNIVAL
ROBOTIK



KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan robotik peringkat matrikulasi memberi impak yang sangat signifikan
terhadap matlamat program matrikulasi iaitu melahirkan modal insan khususnya
pelajar bumiputera yang unggul dan berpengetahuan tinggi serta bertaraf kelas
pertama.

Selain daripada itu, dengan penganjuran pertandingan robotik dapat menjadi batu
loncatan kepada program matrikulasi dalam mempromosikan produk atau hasil para
pelajar bagi sektor korporat yang sentiasa mencari bakat-bakat baru dalam bidang
inovasi dan kreativiti.

Pertandingan THE MAKERS, MAZE LINE FOLLOWER dan SUMO boleh
menjadi medium bagi pihak kolej mencungkil bakat bakat baru di kalangan pelajar
Matrikulasi.

THE MAKERS

Tahun 2019 merupakan tahun kedua Pertandingan The Makers diadakan sempena
Karnival Robotik Program Matrikulasi Kebangsaan. Pertandingan ini bakal
menyaksikan pasukan-pasukan pelajar berentap untuk muncul sebagai pasukan
inovator terbaik dengan tema kali ini “Innovations for a Better Living Space”.

Penganjuran The Makers tahun ini berformatkan pameran reruai dan pada tahun ini
juga buat julung kalinya terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan – Kategori
Matrikulasi & Kategori Sekolah / Institusi Labuan.

Sebanyak 10 kolej matrikulasi dan 4 sekolah / institusi Labuan yang bakal berentap
untuk memenangi Anugerah Emas, Perak ataupun Gangsa.

MAZE LINE FOLLOWER

Pertandingan “Maze Line Follower” merupakan salah satu acara yang biasa
diadakan dalam mana-mana pertandingan robotik di seluruh dunia.

Jesteru itu, bagi Karnival RoboTrix 2019, yang kali ke dua diadakan di
Peringkat Kebangsaan, acara Maze Line Follower telah dipilih sebagai salah
satu acara yang di pertandingkan.

Tugasan bagi robot “Maze Line Follower” adalah untuk bergerak dan memilih
laluan litar maze yang bermula dari lokasi mula hingga ke garisan penamat
dalam masa yang paling singkat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Robot yang terpantas akan dikira sebagai pemenang, seterusnya mara
ke peringkat berikutnya.

SUMO

Sumo merupakan sukan tradisi Jepun yang dikategorikan sebagai gendai budō
(seni mempertahankan diri) di mana dua ahli sumo yang dipanggil sebagai rikishi
berlawan utk menolak satu sama lain keluar dari gelanggang.

Permainan robotik sumo pula merupakan permainan yang diadaptasi dari sukan
sumo, dimana peraturan yang sama dengan sukan sumo digunakan sebagai
ketetapan utama, namun, rikishi digantikan dengan robot yang dipanggil sebagai
sumoBot.

Pertandingan sumo ini julung kali diadakan sejak karnival robotik matrikulasi
diperkenalkan

KOLEJ-KOLEJ YANG TERLIBAT

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
KOLEJ MATRIKULASI PERAK KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

KOLEJ MATRIKULASI KEDAH KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KOLEJ MARA KULIM KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN PAHANG
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT

Sekolah Menengah Agama MAIWP
Kolej Vokasional Labuan
Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Sekolah Kebangsaan Pantai

PELAN LANTAI
PERTANDINGAN

TENTATIF PROGRAM

ATURCARA
MAJLIS

PERASMIAN
PENUTUP

ATURCARA
MAJLIS

PERASMIAN
PENUTUP

PELAN LANTAI
MAKAN MALAM

MAJLIS
PERASMIAN

PENUTUP

TERIMA KASIH

KARNIVAL ROBOTIK MATRIKULASI

“ROBOTRIX ’19”

24-26 OGOS 2019
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN




















Click to View FlipBook Version
Previous Book
บทที่ 1 ความหมายพัฒนาการของอินเทอร์เน็ต
Next Book
บทที่ 3