The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Akhir KAL3053: Buku Cerita Digital

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d088700, 2022-07-26 13:40:46

Kasih Sayang Kucingku Comel

Pentaksiran Akhir KAL3053: Buku Cerita Digital

Standard Kandungan: NO. MATRIKS
PM 7.0 Kasih Sayang D20191088700

NAMA
Siti Nur Amira binti Noor Fazillah

Setiap pagi, Sofea dan ibunya pergi ke pasar untuk membeli barang dapur. Mereka
sering ke pasar yang berdekatan dengan rumahnya, justeru mereka hanya berjalan
kaki sahaja.

Setelah selesai membeli barang dapur, Sofea dan ibunya pun berjalan pulang ke
rumah untuk memasak lauk tengah hari. Sewaktu mereka ingin melintas jalan,
Sofea ternampak seekor anak kucing di tepi jalan dan dia memberitahu kepada
ibunya.

Mereka mendekati anak kucing itu perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya, anak
kucing itu kelihatan sedang kesakitan dan mengiau-giau ketika Sofea dan ibunya
mendekatinya.

meow…..meow…..
meow…..

Tanpa ragu, ibu Sofea mengangkat anak kucing itu perlahan-lahan dan melihat
matanya agak kemerah-merahan. Lalu Sofea berkata, “Ibu, Sofea lihat mata anak
kucing ini agak merah. Mungkin sebab inilah ia mengiau-giau tadi.” Kemudian, Ibu
pun menjawab “Ya, ibu pun fikir seperti kamu. Kesian dia.”

Setelah melihat keadaan anak kucing itu, Sofea dan ibunya
mengambil keputusan untuk membawanya pulang bersama bagi
mendapatkan rawatan.

Tiba di rumah, ayah Sofea bertanyakan tentang anak kucing yang mereka bawa.
Sofea pun menceritakan kejadian tadi sambil ibunya memeriksa keadaan anak
kucing itu. Setelah mengetahui perkara sebenar, ayah Sofea bersetuju untuk
menjaga anak kucing itu sehingga sembuh.

Sofea dan ibu Sofea, kenapa
jumpa anak kucing
dengan anak kucing
dekat pasar tadi. itu?
Ibu kata matanya

merah.

Semakin hari, semakin baik akan keadaan anak kucing itu. Setiap
petang, Sofea dan ibunya sentiasa memeriksa keadaannya dan
menjaga dengan penuh kasih sayang. Dalam masa yang sama,
ayah Sofea telah bertindak untuk memberitahu Sofea supaya
anak kucing itu perlu dibawa semula ke tempat yang mereka
jumpa, iaitu di kawasan pasar.

Sofea terpaksa akur akan keputusan ayahnya dan membawa anak kucing itu ke
kawasan pasar untuk melepaskannya. “Selamat tinggal, Comel. Semoga kita
berjumpa lagi!” kata Sofea sambil menahan sebak.

Selepas tiga hari, rumah Sofea didatangi dengan dua ekor kucing
pada waktu petang. Sofea pun terkejut apabila dia melihat anak
kucing yang dia dan ibunya pernah merawat datang ke rumahnya
sambil mengiau-giau. Kelihatannya, anak kucing itu semakin sihat dan
ia datang bersama ibunya ke rumah Sofea.

Sofea amat gembira apabila melihat anak kucing tersebut datang ke rumah, malah
Sofea sempat memberikan makanan kepadanya. Ibu Sofea melihat akan sikap
Sofea yang mengasihi anak kucing apabila ia datang ke rumah, justeru ibunya
ingin berbincang dengan ayah.

Pada petang hari, ibu dan ayah Sofea memanggil Sofea dan
bertanya, “Sofea mahu membela anak kucing itu?”. Sofea pun
menjawab, “Nak! Itupun kalau ibu dan ayah setuju…” sambil menunduk
wajahnya. Tanpa ragu, ibu dan ayahnya bersetuju untuk
mengizinkan Sofea membela anak serta ibu kucing sejak hari itu.

TAMAT

MORAL CERITA

1) Kita perlu bersikap prihatin akan haiwan yang berada dalam kesusahan.
2) Kita perlu menerapkan nilai kasih sayang terhadap haiwan.
3) Kita perlu sentiasa berbuat baik kepada makhluk ciptaan Tuhan.

Soalan KBAT:

1) Apakah yang Sofea dan ibunya lakukan apabila mereka ternampak anak kucing
yang cedera? (Aplikasi)

2) Apakah yang akan terjadi kepada anak kucing itu jika Sofea dan ibunya tidak
membantu mendapatkan rawatan? (Analisis)

3) Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Sofea dan ibunya sepanjang merawat dan
menjaga anak kucing itu? (Penilaian)

Aktiviti KRAF Langkah-langkah Menghasilkan Kraf Kucing Kertas

1) Sediakan bahan-bahan (kertas 2) Ukur kertas warna iaitu 3) Kertas warna yang telah 4) Kemudian, lipat kertas warna
warna, pensil, pembaris, pen marker sebanyak 14 x 14 cm. dipotong menggunakan gunting. tadi menjadi separuh segi empat
dan gunting) sama.

5) Pada sebelah pertama, lipat segi 6) Lipat separuh bagi bahagian 7) Buka lipatan segi tiga dan 8) Setelah itu, lipat kedua-dua
tiga seperti ini. bawah kertas. lipatkannya menjadi separuh. belah sehingga bertemu di tengah.

Aktiviti KRAF Langkah-langkah Menghasilkan Kraf Kucing Kertas

9) Kemudian, buka lipatan semula 10) Bagi bahagian telinga, lipat 11) Lipat bahagian telinga seperti 12) Lipat sedikit ke atas bagi
hingga menjadi bucu tajam bagi bucu tajam ke dalam supaya lebih yang ditunjukkan. bahagian telinga.
telinga dan ekor kucing tersebut. kemas.

13) Setelah itu, lipat sedikit ke 14) Lipat ke luar bagi bahagian ekor 15) Lipat juga pada bahagian 16) Jangan lupa hiaskan kucing
dalam pada setiap belah badan kucing. bawah ekor supaya kelihatan anda. Inilah hasil akhir bagi kraf
kucing. kemas. kucing!


Click to View FlipBook Version