MODUL PDPR 1
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 2
MINGGU: ______
Tarikh / Hari
Kelas
Masa
Tajuk 2.0 APLIKASI TEKNOLOGI
Standard Kandungan 2.5 REKA BENTUK AKUAPONIK
Standard Pengenalan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
Pembelajaran Pengenalan Model Penyelesaian Masalah Reka Bentuk SPICE
Ujian Pra
Objektif Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:
Pembelajaran 1. memahami maksud, tujuan, peranan guru dan langkah pelaksanaan
kaedah PBP dengan baik.
2. memahami lima fasa dan peranan model SPICE sebagai jujukan reka
bentuk (design cycle) dalam pembangunan produk oleh pelajar.
3. Menjawab semua soalan dalam Ujian Pra berkaitan reka bentuk
akuaponik mengikut masa ditetapkan iaitu 30 minit.
Tempoh Masa 1 jam 2. Pengenalan PBP dan Model SPICE,
Nota / Rujukan https://anyflip.com/raeiu/goxy/
1. Video PBP,
https://www.youtube.com/w
atch?v=VRIWJHhqvrI
Aktiviti / 1. Pelajar dikehendaki membaca bahan dan menonton video yang diberikan
Arahan Tugasan sebelum kelas google meet bermula.
Pentaksiran 2. Pelajar mendengar penerangan guru berkaitan topik melalui google meet.
3. Pelajar menjawab semua soalan dalam Ujian Pra mengikut masa ditetapkan
iaitu 30 minit.
1. Ujian Pra, https://forms.gle/ipBWBU1EH2zvsyMu9
NOTA / RUJUKAN:
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
1. Maksud PBP merupakan satu pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar yang
boleh digunakan oleh guru di dalam proses pembelajaran. Ianya merupakan
satu kaedah sistematik yang melibatkan pelajar dalam situasi pembelajaran
pengetahuan dan proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan
persoalan situasi sebenar di mana akhirnya output pembelajaran yang
terhasil diterjemahkan melalui suatu artifak (produk penyelesaian masalah).
2. Tujuan PBP digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran bertujuan supaya
pelajar dapat:
a. belajar menyelesaikan / melaksanakan tugasan dalam realiti
permasalahan sebenar
b. menguasai empat kemahiran KBAT iaitu mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta
c. menguasai kemahiran interpersonal dan kemahiran mencari maklumat
dari pelbagai bidang
d. menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan melalui
pembelajaran secara kendiri dan berkumpulan
3. Peranan Guru Semasa PBP dilaksanakan, guru berperanan sebagai:
a. Fasilitator dan pemantau kepada kerja pelajar
b. Penilai kepada setiap proses pelaksanaan projek yang dijalankan oleh
pelajar
4. Langkah Topik Penyiasatan
Pelaksanaan Perancangan
Penjadualan
Pemantauan
Pelaksanaan Perancangan projek dan pentaksiran
Persembahan Projek
Penilaian oleh guru
berlaku
berterusan
sepanjang
proses
pembelajaran
Model Penyelesaian Masalah Reka Bentuk SPICE Model SPICE
Model SPICE merupakan suatu model penyelesaian masalah reka bentuk yang bertindak
sebagai jujukan reka bentuk (design cycle) khusus untuk memudahkan kerja-kerja
penghasilan suatu produk oleh pelajar. Berikut ialah lima fasa dan peranan Model SPICE
yang boleh digunakan oleh pelajar semasa menjalankan tugasan projek:
FASA PERANAN
S ➢ Merujuk kepada senario yang menggambarkan permasalahan dan
bersifat terbuka untuk membolehkan pelbagai penyelesaian dalam
Situasi bentuk produk dilakukan oleh pelajar.
(Situation)
➢ Pelajar perlu betul-betul memahami ‘situasi’ yang diberikan oleh
guru dalam tugasan projek.
P ➢ Merujuk kepada pengenalpastian masalah daripada situasi dan
sebarang penyelesaian yang mungkin boleh dilakukan oleh pelajar.
Masalah & Penyelesaian ➢ Pelajar perlu mendeskripsikan dengan tepat rancangan
yang Mungkin
penyelesaian mereka.
(Problem & Possibilities)
I ➢ Merujuk kepada proses reka bentuk produk di mana pelajar
Penyiasatan & Idea mempertimbangkan apa-apa keperluan berdasarkan masalah yang
(Investigation & Ideas)
dikenal pasti.
➢ Bergantung kepada produk, sesetengah keperluan boleh menuntut
penyiasatan dilakukan terhadap mana-mana atau semua kriteria
berikut: saiz yang sesuai, bahan, kos, kemasan, pengujian,
penampilan, persembahan, ergonomik dan keselamatan.
➢ Fasa ini memerlukan pelajar menjalankan kajian bagi memperolehi
maklumat-maklumat berkaitan.
➢ Pelajar juga perlu berfikiran terbuka dalam menerima setiap idea
rakan yang lain.
C ➢ Merujuk kepada keadaan di mana pelajar memilih salah satu
daripada idea yang dijana semasa penyiasatan dan seterusnya
Pilih & Bina menghasilkan produk mereka.
(Choose &Construct)
E ➢ Merujuk kepada pengujian produk oleh pelajar sama ada ianya
Penilaian benar-benar mampu menyelesaikan masalah.
(Evaluate) ➢ Jika produk dihasilkan tidak memuaskan, pengubahsuaian perlu
dibuat terhadap reka bentuk produk tersebut dan pengujian perlu
dibuat sekali lagi sehinggalah pelajar berpuas hati dengan produk
mereka.
➢ Penilaian bertujuan sebagai refleksi pelajar itu sendiri untuk
menunjukkan kejayaan mereka dalam menyelesaikan masalah.
Matlamat model SPICE adalah untuk membantu pelajar dalam membangunkan produk
mereka. Rajah dibawah menjelaskan model SPICE dengan lebih terperinci:
GERAK KERJA
MINGGU 1
1. Pengenalan PBP / Model SPICE / Ujian Pra
2. Tugasan Projek / Mendapatkan maklumat
DOKUMENTASI MINGGU 2
⚫ Template Pelaporan 1. Melakar Reka Bentuk
Projek 2. Menganalisis Lakaran
⚫ Log Perbincangan MINGGU 3
Kumpulan
1. Menghasilkan Model
2. Menilai Model
MINGGU 4
1. Membuat Cadangan Penambahbaikan
2. Membuat Pembentangan &
Menyerahkan Dokumentasi
MINGGU 5
1. Membuat Pembentangan &
Menyerahkan Dokumentasi
2. Ujian Pasca & Soal Selidik Motivasi
PENTAKSIRAN:
https://forms.gle/ipBWBU1EH2zvsyMu9
UJIAN PRA 40
REKA BENTUK AKUAPONIK
Nama : _________________________________________
Kelas : _________________________________________
Bahagian A
(10 markah)
Jawab semua soalan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem akuaponik secara kitaran?
A. Sistem yang tidak menggunakan pam air.
B. Sistem yang menggunakan bekas ikan dan bekas tanaman secara berasingan.
C. Sistem yang menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama untuk ikan dan
tanaman.
D. Sistem pengaliran air dari bekas ikan ke media penanaman dan air akan dikitar
semula ke dalam bekas ikan.
2. Antara berikut, yang manakah menunjukkan model akuaponik sistem Ebb & Flow?
A. C.
B. D.
3. Apakah tujuan utama sistem akuaponik?
I. Mengekalkan kualiti air
II. Menghasilkan tanaman sahaja
III. Menggunakan ruang yang besar
IV. Mengurangkan kadar ammonia di dalam air
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV
4.
Ahmad ingin membina sebuah sistem akuaponik yang
hanya menggunakan kuantiti air yang sedikit.
Apakah reka bentuk sistem akuaponik yang harus dibinanya?
A. Sistem Raft C. Sistem Nutrient Film Technique (NFT)
B. Sistem Ebb & Flow D. Sistem Raft bertingkat
5. Salah satu komponen penting dalam reka bentuk sistem akuaponik Ebb & Flow dan
NFT ialah pam air. Apakah yang akan terjadi jika pam air tidak digunakan?
A. Air boleh digerakkan secara menegak.
B. Bekas tanaman akan mengeluarkan air ke tangki.
C. Air dari tangka tidak boleh dipindahkan ke bekas tanaman.
D. Pepejal dapat disingkirkan dan penukaran arah air.
6. Rajah menunjukkan suatu komponen dalam reka bentuk sistem akuaponik.
Apakah fungsinya? C. Untuk menanam tanaman
D. Menapis air yang masuk ke dalam bekas ikan
A. Untuk menyimpan air
B. Untuk memelihara ikan
7. Rajah menunjukkan suatu alatan untuk membina model sistem akuaponik.
Apakah fungsi alatan tersebut?
A. Membuat lubang pada paip PVC
B. Membuat lubang pada tangki ikan
C. Mengukuhkan pemasangan kerangka paip
D. Memotong bahagian paip yang tidak diperlukan
8. Apakah kepentingan ergonomik dalam reka bentuk sistem akuaponik?
A. Memenuhi keperluan semasa
B. Kreativiti idea untuk memberikan manfaat dalam penggunaan
C. Mengimbangi interaksi penggunaan antara pengguna dan persekitaran dengan
produk secara fizikal
D. Daya tarikan produk boleh mempengaruhi pengguna dan memberi nilai tambah
kepada pengguna
9. Peta alir di bawah menunjukkan langkah-langkah membina model akuaponik.
Sediakan alatan dan komponen
Buat pemasangan kerangka
Sediakan bekas penanaman PVC
dan tebuk lubang
X
Letakkan tangki ikan dan susun
pasu kecil di dalam lubang
Isi air ke dalam tangki ikan dan
uji sistem akuaponik
Apakah X?
A. Merujuk lakaran yang telah dibuat C. Mengukur paip PVC sebelum dipotong
B. Memeriksa tekanan bekalan air D. Pasang dan sambung paip pada sistem
10. Penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik adalah berdasarkan:
I. Permintaan pelanggan
II. Kaji selidik
III. Memperkemas elemen estetika
IV. Tempoh masa pembinaan
A. I dan II B. I, II dan III C. II dan III D. II, III dan IV
Bahagian B
(30 markah)
Jawab semua soalan.
11. Berikut merupakan bahagian utama sistem akuaponik.
X Akuakultur
Y Hidroponik
Padankan X dan Y dengan maksud yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
• Kaedah pertanian tanpa media tanah
• Aktivti ternakan ikan air tawar
(2 markah)
12. Padankan pernyataan yang betul tentang model akuaponik dengan menulis A, B dan
C pada ruang jawapan yang disediakan.
A Sistem Raft
B Sistem Ebb & Flow
C Sistem NFT
• Tanaman diletakkan terus atas permukaan air sehingga akar tanaman
terendam dalam air dengan menggunakan stereoform atau span.
• Tidak menggunakan media penanaman dan akarnya menyentuh
lapisan air yang mengalir.
• Dikenali sebagai sistem pasang surut.
(3 markah)
13. Rajah menunjukkan suatu sistem akuaponik. Namakan bahagian yang berlabel A, B
dan C.
AC
B (3 markah)
14. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul mengenai kriteria penilaian reka bentuk
sistem akuaponik dan ( X ) bagi pernyataan yang salah.
• Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk produk.
• Kemampuan untuk meraih keuntungan yang tinggi
• Kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan.
(3
markah)
15. Berikut adalah unsur yang harus ada dalam akuaponik.
A Ikan
B Bakteria
C Tanaman
Padankan unsur di atas dengan menulis A, B atau C pada ruang jawapan yang
disediakan.
• Menyalurkan air dan oksigen yang bebas ammonia
• Menapis dan mengubah ammonia menjadi nitrat
• Mengeluarkan sisa makanan yang mengandungi ammonia
(3
markah)
16. Rajah menunjukkan satu reka bentuk akuaponik.
Tandakan ( √ ) pada kelebihan reka bentuk akuaponik tersebut yang betul dan ( X )
pada yang salah pada ruang jawapan yang disediakan.
• Produktiviti yang tinggi.
• Risiko serangan bakteria pada akar tanaman adalah rendah.
• Akar tanaman menyerap nutrien organik di dalam air secara terus.
(3 markah)
17. Rajah menunjukkan satu komponen dalam sistem akuaponik.
Tandakan ( √ ) pada fungsi komponen tersebut yang betul dan ( X ) bagi yang salah
pada ruang jawapan yang disediakan.
• Sebagai bekas kepada tanaman yang ditanam
• Mengurangkan risiko penyakit akar busuk pada tanaman
• Akar tanaman mudah membesar ke bawah terutama sayuran
yang berakar tunjang
(3
markah)
16. Susun mengikut urutan yang betul bagi proses yang terlibat dalam penambahbaikan
reka bentuk sistem akuaponik dengan menulis 2, 3, 4 dan 5 pada ruang jawapan yang
disediakan. Jawapan 1 telah diberi.
• Ujian terhadap penambahbaikan dilaksanakan yang meliputi 1
pengesahan standard dan ujian penggunaan sebelum dibentang (4 markah)
semula kepada pelanggan
• Penambahbaikan dipersembahkan untuk perbincangan, input
dan kelulusan pelanggan
• Perbincangan prapengeluaran dengan pakar daripada profesian
lain dilaksanakan
• Penambahbaikan dilakukan mengikut permintaan pelanggan,
kaji selidik dan sumber asli
• Reka bentuk akhir dipersetujui
19. Rajah menunjukkan sejenis alat yang digunakan ketika membina model sistem
akuaponik.
Tandakan ( √ ) bagi fungsi alatan tersebut yang betul dan ( X ) bagi yang salah pada
ruang jawapan yang disediakan.
• Memutuskan wayar elektrik
• Membuat lubang penanaman pada paip PVC
• Memotong paip PVC bersaiz kecil
(3 markah)
20.
Selepas pelanggan bersetuju dengan dengan arah tuju reka
bentuk suatu sistem akuaponik, pereka akan menambah baik reka
bentuk yang dicadangkan dan perlu dipersembahkan kepada
pelanggan.
Berikan tiga sebab mengapakah pereka perlu mempersembahkan perubahan atau
penambahbaikan dalam reka bentuk sistem akuaponik tersebut kepada pelanggan?
(a) _________________________________________________________________
(b) _________________________________________________________________
(c) _________________________________________________________________
(3 markah)