The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitizulaiha291, 2021-06-06 10:48:09

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN-converted

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN-converted

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (SARJANA)

Tajuk:
KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERHADAP

PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR

Disediakan oleh:
SITI ZULAIHA BINTI JERAI
(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

1.0 Pengenalan

Pembelajaran berasaskan projek (PBP) atau ‘Project-Based Learning’ adalah satu
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah lama digunakan oleh lain-lain
negara maju dan ianya terbukti mampu memberikan impak yang positif dalam
pelbagai perkara. Penggunaan PBP ini mampu melahirkan pelajar yang boleh
menghadapi dunia abad ke-21. Pada Jun 2007, KPM melalui Bahagian Teknologi
Pendidikan menghantar sepasukan wakil yang terdiri daripada empat orang pegawai
untuk mendalami tatacara pelaksanaan PBP di High Tech High, San Diego,
California. Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah di Amerika Syarikat yang
mengamalkan PBP sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Susulan
itu, satu projek rintis PBP telah dilaksanakan di negeri Sabah yang melibatkan tujuh
buah sekolah. Laporan Pelaksanaan Projek Rintis PBP (2007) mendapati PBP adalah
satu model bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
berlainan daripada apa yang ada sekarang di mana kaedah PBP memberi fokus kepada
pelajar, memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan serta merentasi
kurikulum dan kemahiran. Perkara yang lebih ketara di sini ialah ciri-ciri kaedah PBP
yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan amalan dunis sebenar mereka. Interaksi
ini memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami suatu perkara dengan lebih
mendalam di mana pelajar menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat
pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang
diperolehi secara bermakna.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2017 telah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM telah digubal

1

bagi memenuhi keperluan dasar pendidikan baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan
di peringkat sekolah menengah adalah setanding dengan standard antarabangsa yang
dijelmakan menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). Mata pelajaran baharu iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) telah
diperkenalkan untuk pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga bagi menggantikan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang dilihat tidak lagi relevan
untuk diajar. KSSM mata pelajaran RBT bermatlamat memberi pengetahuan,
kemahiran, nilai, estetika dan teknologi dalam dunia reka bentuk.

KPM melalui DSKP telah mengesyorkan beberapa strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai bagi mata pelajaran RBT. Antaranya ialah pembelajaran
kendiri, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran
berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran masteri, konstruktivisme,
pembelajaran melalui penerokaan, pembelajaran kontekstual dan pendekatan STEM
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016). Bagaimanapun, guru-guru perlu memilih
sendiri dan menggunakan kaedah yang dirasakan paling sesuai bagi membantu pelajar
dan diri mereka dalam mencapai usaha seterusnya bagi mencapai objektif pengajaran
yang telah direncanakan. Penghasilan produk atau artifak yang merupakan hasil akhir
pelajar melalui kaedah PBP memberi peluang kepada pelajar untuk merealisasikan
idea kreatif mereka. RBT yang merupakan salah satu mata pelajaran di bawah cabang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) memberi penekanan terhadap
bidang reka bentuk dan teknologi yang menggalakkan pelajar mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti reka bentuk yang seterusnya
menghasilkan produk yang berfungsi. Guru sebagai medium perantara ilmu kepada
pelajar juga boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kaedah pembelajaran
dan pemudah caraan (PdPC) yang digunakan oleh guru memberi kesan sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung bukan sahaja kepada pencapaian akademik
pelajar tetapi juga motivasi mereka untuk terus belajar.

1.2 Pernyataan Masalah

Semenjak mata pelajaran RBT diperkenalkan di peringkat sekolah rendah bagi murid-
murid tahap dua iaitu tahun empat hingga tahun enam, terdapat beberapa kajian yang
telah dijalankan berkaitan mata pelajaran ini. Kajian-kajian lepas dilihat lebih
memberi fokus kepada teknik atau kaedah dalam proses PdPC bagi menguasai
masalah murid dalam menguasai istilah-istilah teknikal yang terdapat dalam mata
pelajaran RBT. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh faktor bahawa mata pelajaran ini
tidak dinilai dalam peperiksaan penting UPSR bagi peringkat sekolah rendah. Bagi
peringkat sekolah menengah pula, tidak banyak kajian berkaitan mata pelajaran ini
yang telah dijalankan kerana pelaksanaannya terhadap pelajar menengah rendah iaitu
tingkatan satu hingga tingkatan tiga yang masih baru bermula pada tahun 2017.
Berbeza dengan mata pelajaran RBT di peringkat sekolah rendah, mata pelajaran RBT
di peringkat sekolah menengah tersenarai sebagai salah satu mata pelajaran yang akan
di nilai dalam bentuk ujian bertulis bagi peperiksaan penting Pentaksiran Tingkatan
Tiga (PT3). Bagi mata pelajaran RBT, instrumen penilaian adalah dalam bentuk ujian
bertulis dengan wajaran markah sebanyak 70% dan kerja kursus dengan wajaran
markah sebanyak 30%. Justeru, untuk mencapai tahap penguasaan minimum 40%
iaitu gred E, tahap pencapaian pelajar dalam ujian bertulis adalah sangat penting.

2

Analisis keputusan PT3 bagi tahun 2019 yang baru diumumkan menunjukkan
sejumlah pelajar yang gagal menguasai mata pelajaran RBT.

Dapatan kajian oleh Mehmet Akif Ocak dan Celebi Uluyol (2010) terhadap
PBP menunjukkan bahawa proses pemindahan pengetahuan dalam diri pelajar berlaku
dalam persekitaran sosial di mana pelajar yang terlibat secara aktif mempunyai kesan
positif terhadap tumpuan kognitif mereka. Bagaimanapun dapatan kajian yang
dijalankan oleh Nitce Isa Medina Machmudi Isa (2017) menunjukkan kaedah
pengajaran tradisional berpusatkan guru masih kekal relevan untuk digunakan dalam
sesi PdPC memandangkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min
ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian beliau
tidak menyokong dapatan kajian-kajian lepas berkaitan peningkatan pencapaian
akademik sampel (S. M. Hirikude, 2017; Ibrahim Bilgin, 2015; Mohd Azli Yeop,
2012; Darren H Iwamoto, 2016) tetapi selari dengan dapatan kajian oleh Tseng
(2011).
Persoalannya di sini, adakah benar PBP mampu memberi impak kepada pencapaian
pelajar? Adakah terdapat perbezaan pada aspek motivasi pelajar sekiranya mata
pelajaran RBT disampaikan melalui PBP? Melalui kajian ini, diharap persoalan-
persoalan tersebut akan terjawab dan menyumbang kepada penambahbaikan sistem
pendidikan di Malaysia.

1.3 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti kesan kaedah PBP berbanding kaedah konvensional terhadap
pencapaian pelajar bagi topik Reka Bentuk Akuaponik dalam mata pelajaran RBT
tingkatan dua.

2. Mengenal pasti kesan kaedah PBP terhadap pencapaian pelajar bagi topik Reka
Bentuk Akuaponik dalam mata pelajaran RBT tingkatan dua mengikut jantina.

3. Mengenal pasti kesan kaedah PBP berbanding kaedah konvensional terhadap
motivasi pelajar bagi topik Reka Bentuk Akuaponik dalam mata pelajaran RBT
tingkatan dua.

1.4 Persoalan Kajian

1. Bagi objektif kajian yang pertama, persoalan kajian ialah:
a) Adakah skor ujian pra bagi kumpulan pelajar yang mengikuti PdPC kaedah
PBP dan kumpulan pelajar yang mengikuti PdPC kaedah konvensional adalah
sama?
b) Adakah skor ujian pasca bagi kumpulan pelajar yang mengikuti PdPC kaedah
PBP lebih baik berbanding kumpulan pelajar yang mengikuti PdPC kaedah
konvensional?
c) Adakah skor ujian pasca pelajar yang mengikuti PdPC kaedah PBP lebih baik
berbanding skor ujian pra?
d) Adakah skor ujian pasca pelajar yang mengikuti PdPC kaedah konvensional
lebih baik berbanding skor ujian pra?

2. Bagi objektif kajian yang kedua, persoalan kajian ialah:

3

a) Adakah terdapat perbezaan skor ujian pasca bagi pelajar lelaki dan pelajar
perempuan yang mengikuti PdPC kaedah PBP?

3. Bagi objektif kajian yang ketiga, persoalan kajian ialah:
a) Adakah terdapat perbezaan min motivasi intrinsik di antara kumpulan pelajar
yang mengikuti PdPC kaedah PBP dan kumpulan pelajar yang mengikuti
PdPC kaedah konvensional?
b) Adakah terdapat perbezaan min motivasi ekstrinsik di antara kumpulan pelajar
yang mengikuti PdPC kaedah PBP dan kumpulan pelajar yang mengikuti
PdPC kaedah konvensional?

1.5 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual merupakan kunci kepada hubung kait antara pemboleh ubah dan
faktor-faktor yang mempengaruhi kajian yang akan dijalankan. Oleh itu, satu
kerangka konseptual kajian telah dibentuk di mana ia menggambarkan hubungan di
antara kaedah PBP dengan kesan terhadap pencapaian pelajar dan motivasi pelajar di
dalam topik Reka Bentuk Akuaponik dalam mata pelajaran RBT seperti yang
ditunjukkan dalam di bawah.

Kaedah Konvensional Teori Konstruktivisme
Kon Pengalaman Pembelajaran Dale

Kaedah Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP)

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Hasil

Pencapaian Teori
Determinasi Kendiri

Motivasi

1.6 Kepentingan Kajian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

KPM melalui DSKP bagi mata pelajaran RBT telah menyatakan PBP sebagai salah
satu kaedah yang sesuai digunakan untuk PdPC mata pelajaran RBT (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2016). Oleh itu, kajian ini dapat membantu KPM melihat
sejauh mana kesan proses PdPC yang dilaksanakan secara PBP bagi pelajar tingkatan
dua di sekolah menengah dalam mata pelajaran RBT terhadap pencapaian dan
motivasi pelajar. Jika dapatan kajian ini berjaya menolak kedua-dua hipotesis kajian
ini, diharap pihak KPM mampu menyokong pelaksanaan PBP dengan menyediakan
sumber atau template dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan oleh guru bagi
menjayakan PdPC melalui kaedah PBP. Selain itu, ia boleh dikatakan sangat berguna

4

dan dijadikan sebagai satu penyelesaian yang boleh digunakan bagi merancang kursus
dan latihan yang diperlukan oleh guru dalam memantapkan pengajaran RBT bukan
sahaja dari aspek penguasaan isi kandungan tetapi juga penyampaian isi kandungan
tersebut terutamanya dari aspek penggunaan kaedah PBP. Pihak KPM juga sepatutnya
berfikiran terbuka dengan melihat kajian ini sebagai satu usaha untuk memahami dan
memperbaiki kurikulum bagi mata pelajaran RBT khususnya dan lain-lain mata
pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan teknik dan vokasional.

1.7 Limitasi Kajian

Reka bentuk kajian ini dibataskan kepada penggunaan kaedah kuasi-eksperimental
dua kumpulan. Kajian ini dilaksanakan dengan mengandaikan bahawa semua guru
yang mengajar mata pelajaran RBT di setiap sekolah di Malaysia telah diberi taklimat
tentang pelaksanaan mata pelajaran RBT di bawah KSSM dan mempunyai sekurang-
kurangnya seorang jurulatih bagi mata pelajaran RBT di setiap sekolah yang mampu
bertindak sebagai fasilitator terhadap rakan-rakan guru mata pelajaran RBT yang lain.
Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini pula ialah Reka Bentuk Akuaponik yang
merupakan salah satu topik di bawah Aplikasi Teknologi dalam mata pelajaran RBT.
Hasil kajian dan kesimpulan daripada kajian ini hanya terbatas kepada kelompok
pelajar tertentu di sekolah-sekolah yang dinyatakan terlibat sahaja dan tidak mewakili
populasi bagi seluruh negeri Perak dan Malaysia. Hal ini demikian kerana pemilihan
sampel dalam kajian tidak dilakukan secara rawak, maka dapatan kajian tidak dapat
digeneralisasikan kepada populasi berikutan faktor lain seperti umur, jantina dan latar
belakang sampel kajian yang menjadi faktor pengehad yang perlu diambil kira dalam
membuat generalisasi bagi kumpulan yang lebih besar.

2.0 Teori-Teori yang Mendasari Kajian

Teori konstruktivisme dan teori pembelajaran melalui pengalaman telah dikenal pasti
mendasari kaedah PBP. Manakala teori determinasi kendiri pula digunakan untuk
menyokong motivasi pelajar.

(a) Teori Konstruktivisme

Teori konstruktivisme ini dikembangkan oleh seorang ahli psikologi iaitu Lev
Semyonich Vygotsky (1978). Teori ini adalah berasaskan pandangan bahawa proses
pembelajaran adalah aktif dan dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit
sepanjang hayat seseorang individu. Teori ini juga menerangkan bahawa seorang guru
yang cekap perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses
menyusun dan membina pengalaman secara berterusan. Penyertaan pelajar di dalam
setiap aktiviti di dalam dan di luar kelas perlu diberikan perhatian penting. Oleh itu,
guru perlu membuat perubahan dalam kaedah pengajaran yang digunakan supaya
penglibatan pelajar menjadi aktif sekaligus mengukuhkan pemahaman mereka tentang
sesuatu konsep dengan baik. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (2004)
menyatakan bahawa kelas konstruktivisme bergantung sepenuhnya kepada bekerja
bersama-sama dalam kalangan pelajar. Menurut teori konstruktivisme, pelajar tidak
lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh guru sebaliknya secara aktif
membina pemahaman mereka sendiri dan pada masa sama menciptakan pemahaman

5

baru untuk diri sendiri. Peranan guru hanyalah memandu, memoderasi,
mencadangkan dan membenarkan pelajar mempunyai ruang untuk menyoal dan
membuat percubaan. Konstruktivisme menonjolkan bahawa individu belajar dengan
baik apabila mereka membina artifak yang boleh dikongsi dengan individu lain dan
dipersembahkan dalam bentuk seperti drama, puisi atau produk. Unsur penting dalam
pembinaan ilmu pengetahuan secara konstruktivisme adalah artifak yang dihasilkan
itu mestilah bermakna secara peribadi, di mana setiap proses yang berlaku adalah
pembelajaran bagi individu tersebut. Dengan memberi tumpuan kepada pembinaan
proses pembelajaran oleh individu itu sendiri, PBP adalah lebih ke arah untuk
individualisasi kurikulum di mana pengajaran dan penilaian adalah berpusatkan
pelajar (Grant, 2014).

(b) Teori Kon Pengalaman Pembelajaran Dale

Kon Pengalaman Pembelajaran Dale adalah model yang menggabungkan beberapa
teori berkaitan dengan reka bentuk pengajaran dan proses pembelajaran. Ianya
dihasilkan oleh Edgar Dale pada tahun 1946 berasaskan kepada pengalaman adalah
suatu proses pembelajaran menerusi refleksi perlakuan. Edgar Dale berpendapat
bahawa pelajar memperoleh lebih banyak maklumat melalui apa yang mereka
“lakukan” berbanding dengan apa yang mereka “dengar”, “baca” atau “amati”
(Anderson, n. d). Berdasarkan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale ini, segala bentuk
pengalaman yang dilalui atau dialami oleh pelajar akan dipindahkan dalam bentuk
pengetahuan yang lebih bermakna. Pengkaji melihat PBP juga ditunjangi oleh Kon
Pengalaman Pembelajaran Dale kerana ia menggambarkan perkaitan tahap
penglibatan pelajar di dalam proses PdPC dengan tahap ingatan pelajar terhadap isi
kandungan pelajaran. Lebih aktif penglibatan pelajar dalam proses PdPC, maka
pelajar akan lebih memahami dan menguasai apa yang mereka belajar. Menurut
Anderson (n. d.), lebih jauh usaha pembelajaran ke bahagian dasar kon, proses PdPC
akan menjadi lebih bermakna dan ilmu pengetahuan akan kekal dalam ingatan pelajar
bagi suatu tempoh masa yang lebih lama berbanding kebiasaan. Beliau juga
mencadangkan agar pemilihan kaedah pengajaran oleh guru melibatkan penglibatan
aktif pelajar di dalam aktiviti PdPC. Dale juga mengesyorkan guru supaya merangka
satu strategi PdPC yang dapat mendedahkan pelajar dengan pengalaman dunia
sebenar.

(c) Teori Determinasi Kendiri

Teori determinasi kendiri ini telah diperkenalkan oleh Edward Deci dan Ryan Richard
pada tahun 1985. Teori ini menekankan tentang pengawalan tingkah laku serta faktor-
faktor yang mempengaruhi pengawalan tingkah laku tersebut. Menurut Deci dan
Ryan (1985), terdapat tiga jenis motivasi yang dikenal pasti iaitu motivasi intrinsik,
motivasi ekstrinsik dan amotivasi. Motivasi intrinsik merujuk kepada ciri-ciri yang
proaktif hasil daripada rangsangan dalaman yang wujud dalam diri individu itu sendiri
terhadap persekitaran, menonjolkan sifat kesungguhan dan rasa keseronokan serta tidak
bergantung pada sebarang faktor luaran seperti suruhan, pengukuhan atau ganjaran (Ryan
& Deci, 2000). Seterusnya, motivasi ekstrinsik merujuk kepada keperluan yang
dipengaruhi oleh faktor luaran bagi mencapai ganjaran yang jelas seperti pujian,
penghargaan, markah dan sebagainya (Ryan & Deci, 2000). Sekiranya pelajar
mengamalkan lokus luaran maka tingkah laku pelajar dipengaruhi oleh faktor-faktor
luaran seprti ganjaran dan layanan yang baik daripda guru, sorakan, pujian dan kata-

6

kata semangat dari orang lain dan pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi
ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik ini sesuai untuk diterapkan dalam kalangan kanak-
kanak yang belum mampu membuat perbandingan kesan baik dan buruk sesuatu
perlakuan (Harter, 1981). Amotivasi pula ialah ketiadaan motivasi sama ada motivasi
intrinsik atau motivasi ekstrinsik untuk melakukan sesuatu aktiviti.

3.0 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian yang mematuhi kaedah kuantitatif dengan menggunakan
reka bentuk kuasi eksperimenal yang melibatkan ujian pra dan ujian pasca dua
kumpulan pelajar yang tidak seimbang (non-equivalent groups pre-post tests design)
di mana ia mempunyai dua kumpulan sampel, dikenali sebagai kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.

Kumpulan Pelaksanaan
Kumpulan Rawatan U1 X1 U2
Kumpulan Kawalan U1 X2 U2

Nota, X1 = Rawatan iaitu kaedah PBP, X2 = Kawalan iaitu kaedah konvensional,
U1 = Ujian pra, U2 = Ujian pasca.

3.1 Lokasi, Populasi dan Sampel Kajian

Lokasi bagi kajian ini ialah di negeri Perak. Populasi kajian terdiri daripada pelajar
tingkatan dua daripada dua buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Teknik
pensampelan bukan kebarangkalian digunakan kerana individu dalam populasi tidak
mempunyai ciri yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian. Oleh itu, teknik
pensampelan mudah digunakan oleh pengkaji bagi memilih sampel kajian daripada
populasi yang dinyatakan kerana ianya mudah ditemui dan mudah diakses selain
masih memiliki ciri-ciri tertentu yang ingin dikaji (Mohamed Nor Azhari Azman dan
Ramlee Mustapha, 2016). Bagi reka bentuk kajian eksperimental, saiz sampel yang
mencukupi ialah lima belas orang bagi setiap kumpulan (Creswell, 2008). Ini
bermakna saiz sampel bagi kedua-dua kumpulan ialah 30 orang. Maka, saiz sampel
bagi kajian ini mencecah 60 orang yang terdiri daripada dua kumpulan kawalan dan
dua kumpulan rawatan. Sampel kajian bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang berada di dua buah kelas berbeza.
Berdasarkan kepada analisis peperiksaan akhir tahun tingkatan satu, pengkaji akan
memilih pelajar daripada dua buah kelas yang mempunyai jurang prestasi pencapaian
yang paling kecil sebagai sampel kajian.

3.2 Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian
Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bertujuan bagi memudahkan guru
yang terlibat melaksanakan PdPC dengan kaedah PBP. Dengan merujuk kepada

7

DSKP mata pelajaran RBT tingkatan dua, peruntukan masa mengajar bagi topik ini
adalah sebanyak sepuluh jam. Bagi setiap minggu persekolahan, peruntukan masa
untuk guru mengajar mata pelajaran RBT bagi setiap kelas adalah dua jam di mana
setiap sesi PdPC akan mengambil masa selama satu jam. Maka, pengkaji memerlukan
sekurang-kurangnya lima minggu bagi menyempurnakan semua proses yang terlibat
dalam kajian ini. Berikut ialah perancangan pembelajaran bagi tempoh lima minggu
kajian.

Minggu Sesi/ Standard Pembelajaran/ Aktiviti Jam
1 RPH Standard Prestasi a. Penerangan PBP 1
Sesi 1/ - b. Penerangan model SPICE 1
RPH1 2.5.1 / TP 1 c. Ujian Pra (40 minit) 1
2.5.2 / TP 2 a. Penerangan tugasan projek 1
Sesi 2/ 2.5.3 / TP 2 b. Perbincangan kumpulan pelajar
RPH2 1
2.5.4 / TP 3 bagi memahami situasi
2 Sesi 3/ 2.5.5 / TP 4 permasalahan diberi 2
RPH 3 a. Pelajar mengenal pasti masalah dan
2.5.6 / TP 4 cara penyelesaian yang mungkin
Sesi 4/ b. Pelajar merancang apa yang perlu
RPH 4 2.5.6 / TP 4 dilakukan – carian maklumat,
agihan tugas
3 Sesi 5/ a. Pelajar menghasilkan jadual
RPH 5 pelaksanaan tugasan projek yang
dipersetujui bersama
Sesi 6/ b. Pelajar menyiasat perkara berkaitan
RPH 6 bagi tujuan penyelesaian masalah
4 Sesi 7/ c. Pelajar menghasilkan beberapa
RPH 7 lakaran reka bentuk akuaponik
Sesi 8/ a. Pelajar boleh meminda jadual
RPH 8 tugasan sekiranya perlu.
5 Sesi 9/ b. Pelajar menyemak semula
RPH 9 maklumat yang diperolehi
c. Pelajar memilih salah satu
10 penyelesaian yang mungkin dan
memulakan kerja-kerja
pengumpulan bahan dan
pembinaan produk
a. Pelajar menyambung kerja-kerja
pembinaan produk di bawah
pemantauan guru.

2.5.7 / TP 5 a. Persembahan hasil projek 2
2.5.8 / TP 5 - Demonstrasi rekaan model 1
akuaponik
-
b. Penyerahan pelaporan kerja projek
kepada guru

RPH 10:
a. Ujian Pasca (40 minit)
b. Soal Selidik Motivasi

8

(20 minit) 10
Jumlah Jam Mengajar
3.3 Instrumen Kajian

Terdapat dua instrumen utama yang bertindak sebagai alat pengumpulan data yang
digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra dan ujian pasca bagi mengukur pencapaian
pelajar dan soal selidik bagi mengukur motivasi pelajar yang terlibat.

(a) Ujian Pra dan Ujian Pasca

Instrumen ujian pra dan ujian pasca ini dibina untuk mengukur pencapaian pelajar
bagi topik Reka Bentuk Akuaponik. Ujian ini dibina sendiri oleh pengkaji
berdasarkan kepada standard pembelajaran bagi topik tersebut. Soalan ujian yang
dikemukakan akan menguji pengetahuan serta kefahaman pelajar, di mana pelajar
perlu mengingat kembali konsep-konsep yang dipelajari, membuat perbandingan dan
perkaitan, memberi contoh-contoh dan mengenalpasti ciri-ciri tertentu dalam tajuk
berkaitan. Instrumen ini ditadbir kepada sampel kajian sebelum dan selepas mereka
melalui proses pembelajaran yang dirancang. Perbezaan skor ujian pra dan pasca ini
diguna untuk menentukan tahap keberkesanan pendekatan pembelajaran yang dikaji.

(b) Soal Selidik Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik

Soal selidik yang digunakan untuk mengukur motivasi dibina oleh pengkaji dengan
mengubahsuai soal selidik motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik yang dihasilkan
oleh pengkaji-pengkaji lepas iaitu Lepper, Iyengar dan Corpus (2005), Deci dan Ryan
(2000) dan Harter (1981). Setiap soal selidik yang diberikan kepada pelajar ini
mengandungi bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi maklumat
berkaitan demografi pelajar yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai
latar belakang sampel. Maklumat demografi yang dikumpul adalah berkaitan jantina,
bangsa dan adakah pelajar pernah atau sedang mengikuti kelas di luar waktu
persekolahan. Bahagian B pula ialah soal selidik yang dihasilkan oleh pengkaji
dengan mengubahsuai soal selidik pengkaji-pengkaji terdahulu antaranya ialah
Lepper, Iyengar dan Corpus (2005) dan Harter (1981). Soal selidik ini mempunyai 6
konstruk dan 33 item yang merangkumi motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

3.4 Prosedur Penganalisisan Data

Data yang diperoleh melalui keputusan skor ujian pra dan ujian pasca pelajar serta
soal selidik motivasi intrinsik dan ekstrinsik akan dikumpul dan dianalisis
menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan
analisis dipapar dalam bentuk jadual yang menunjukkan frekuensi, min dan peratusan.
Daripada dapatan yang diperolehi, kajian akan dibincangkan berpandukan objektif
dan hipotesis kajian. Dalam konteks kajian ini, analisis statistik nilai min, ujian-t dan
perbandingan peratusan digunakan untuk melihat perbezaan atau persamaan serta
hubungan antara kumpulan-kumpulan tadi. Dalam usaha merumus dapatan kajian,
bagi hipotesis null bagi persoalan kajian yang pertama, nilai min skor pelajar pada
ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan akan dibuat perbandingan.
Seandainya nilai min skor pelajar meningkat maka kesan pendekatan yang digunakan
tersebut ditafsir sebagai kesan positif, manakala nilai min skor yang menurun akan

9

ditafsir sebagai kesan negatif dan min skor yang tiada perubahan akan ditafsir sebagai
kesan sifar.
4.0 Penutup

Secara keseluruhannya, kajian ini hanya memfokuskan kepada kaedah PBP sebagai
pendekatan dalam PdPC di dalam kelas khusus bagi topik Reka Bentuk Akuaponik
dalam mata pelajaran RBT tingkatan dua. Terdapat tiga teori yang mendasari kajian
ini iaitu teori konstruktivisme, teori kon pengalaman pembelajaran Dale dan teori
determinasi kendiri. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimental ujian pra - pasca dua kumpulan. Bagi tujuan mengkaji kesan kaedah
PBP terhadap pencapaian dan motivasi pelajar, pengkaji menggunakan dua instrumen
iaitu ujian pra dan ujian pasca dan soal selidik motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Selain
itu, pengkaji juga membangunkan 10 set lengkap RPH sebagai panduan guru dalam
pelaksanaan kaedah PBP sepanjang tempoh kajian dijalankan. Pengkaji berharap
kajian ini dapat menghasilkan maklumat yang tepat berkaitan keberkesanan PBP
sebagai kaedah pengajaran di sekolah.

5.0 BIBLIOGRAFI

Anderson, H. M. (n. d). Dale's Cone of Experience. University of Kentucky. Retrieved from
http://www.queensu.ca/teachingandlearning/modules/active/documents/Dales_Cone_of_Experience_su
mmary.pdf

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan
Teknologi Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chua, Y. P. (2014). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Creswell, J. W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. New Jersey: Pearson Education Inc.

Darren H Iwamoto, J. H. (2016). The Effect of Project-Based Learning on Student Performance: An Action
Research Study. International Journal for the Scholarship of Technology Enhanced Learning, 24-42.

Grant, M. M. (2014). Getting a Grip on Project-Based Learning: Theory, Cases and Recommendations. Meridian:
A Middle School Computer Technologies Journal.

Harter, S. (1981). A New Self-Report Scale of Intrinsic Versus Extrinsic Orientation in the Classroom:
Motivational and Informational Components. Developmental Psychology, 300-312.

Ibrahim Bilgin, Y. K. (2015). The Effects of Project Based Learning on Undergraduate Students' Achievement and
Self-Efficacy Beliefs Towards Science Teaching. Eurasia Journal of Mathematics, Science &
Technology Education, 469-477.

Jemaah Nazir. (2019). Buku Panduan Pengurusan Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah
dan Sekolah Rendah. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kokotsaki, D., Menzies, V., & Wiggins, A. (2016). Project-based Learning: A Review of the Literature. Improving
Schools, 1-11.

Lepper, M. R., Iyengar, S. S., & Corpus, J. H. (2005). Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientations in the
Classroom: Age Differences and Academic Correlates. Journal of Educational Psychology, 184-196.

Metropolitan School Board. (1996). By Design: Technology Exploration & Integration. Toronto: Trifolium Books
Inc.

Mohd Azli Yeop, A. L. (2012). Kesan Pendekatan PBL Berteraskan Teknologi terhadap Pencapaian dan
Penerimaan Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Intrinsic and Extrinsic Motivations: Classic Definitions and New Directions.
Contemporary Educational Psychology, 54-67.

S. M. Hirikude, N. V. (2017). An Interdiscplinary Project Based Learning, A Case Study. Journal of Engineering
Education Transformations, 19-23.

10

11


Click to View FlipBook Version