The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul PdPR ini mengandungi penerangan mengenai sub-topik 2.5.1 Maksud Akuaponik dan juga tugasan projek berkumpulan untuk pelajar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitizulaiha291, 2021-11-22 12:39:20

MODUL PEMBELAJARAN sesi 2

Modul PdPR ini mengandungi penerangan mengenai sub-topik 2.5.1 Maksud Akuaponik dan juga tugasan projek berkumpulan untuk pelajar.

Keywords: 2.5.1 Maksud Akuaponik,Tugasan Projek

MODUL PDPR 2
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 2

MINGGU: ______

Tarikh / Hari

Kelas

Masa

Tajuk 2.0 APLIKASI TEKNOLOGI

Standard Kandungan 2.5 REKA BENTUK AKUAPONIK

Standard 2.5.1 Menyatakan maksud dan menerangkan reka bentuk akuaponik (TP1)
Pembelajaran

Objektif Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:
Pembelajaran 1. Menyatakan maksud akuaponik dengan tepat
2. Menerangkan sistem kitaran dan cara pelaksanaan akuaponik dengan betul
3. Menerangkan tiga jenis reka bentuk sistem akuaponik dengan baik

Kriteria Kejayaan 1. Pelajar dapat mengenal pasti dua jenis teknologi pertanian yang terdapat
dalam akuaponik.

2. Pelajar dapat menerangkan tiga unsur dan peranannya dalam sistem kitaran
akuaponik.

3. Pelajar dapat membanding beza dua cara pelaksanaan akuaponik.
4. Pelajar dapat membanding beza tiga jenis reka bentuk sistem akuaponik.
5. Pelajar dapat membuat keputusan jenis reka bentuk sistem akuaponik yang

akan digunakan dalam pembinaan model sistem akuaponik mereka
berdasarkan isu / masalah tugasan projek.

Tempoh Masa 1 jam
Nota / Rujukan
1. Buku Teks RBT muka surat 116 hingga 122

2. Video pembelajaran, 3. Modul pembelajaran,
https://www.youtube.com/watch?
v=qVwd2kT_2iQ

Aktiviti / 1. Pelajar diminta merujuk buku teks, menonton video pembelajaran dan
Arahan Tugasan membaca modul pembelajaran.

2. Pelajar diminta memahami penerangan guru berkaitan topik.

Proses Pembelajaran Berasaskan Projek (Penerangan tugasan projek):

Pentaksiran 3. Pelajar mendengar penerangan guru berkaitan tugasan projek - isu / masalah,
kaedah pelaksanaan, gerak kerja dan contoh model sistem akuaponik.

4. Pelajar membentuk kumpulan - berdua atau tiga orang.
5. Perbincangan dalam kumpulan - memahami isu / masalah, dan membuat

keputusan jenis reka bentuk bagi model sistem akuaponik yang akan dibina.

https://forms.gle/hFqN8ZE85eqMvqY7A

NOTA / RUJUKAN:

2.5.1 Maksud Akuaponik dan Menerangkan Reka Bentuk Akuaponik

MAKSUD AKUAPONIK
Akuaponik merupakan teknologi pertanian yang menggabungan Akuakultur (ternakan
hidupan air tawar) dan Hidroponik (kaedah pertanian berasaskan air/tanpa tanah) dalam
satu pusingan air(circulation).

UNSUR DALAM SISTEM AKUAPONIK

Ikan / Lobster mengeluarkan sisa
makanan yang mengandungi
ammonia dan kotoran

HIDUPAN AKUATIK AIR TAWAR

Tanaman BAKTERIA
menggunakan nitrat
Bakteria menapis dan
sebagai nutrient mengubah ammonia
dan menyalurkan menjadi nitrat dan zat
oksigen dan air yang berfungsi sebagai
baja kepada tanaman
yang bebas
ammonia.

TANAMAN / SAYUR

SISTEM KITARAN AKUAPONIK

➢ Merupakan sistem pengaliran air dari kolam ikan ke media penanaman dan air akan
dikitar semula ke dalam kolam.

➢ Air dari kolam ikan yang kaya dengan bahan organik itu akan diserap oleh tanaman
dan air yang mengalami proses kitaran akuaponik yang lengkap itu akan menjadi
jernih.

Air dari tangki ikan untuk Sistem akar menggunakan
pengairan dan baja nitrat sebagai nutrien.

Batu kerikil Bekas tanaman Air yang disaring
Makanan ikan akan menjadi bersih

semula untuk
kegunaan ikan

Curahan air
menghasilkan
pengudaraan

Pam air menarik air Ikan menghasilkan ammonia daripada makanan
dari tangki ikan ke yang dimakan. Bakteria akan memecahkan
ammonia untuk menjadi nitrit dan nitrat.
bekas tanaman

TUJUAN AKUAPONIK

➢ Mengekalkan kualiti air dan mengurangkan kadar ammonia di dalam kolam ternakan.
➢ Menjimatkan ruang dan boleh diusahakan di ruang yang terhad.
➢ Menghasilkan dua jenis makanan manusia secara serentak iaitu tanaman dan ternakan.
➢ Membantu ekonomi isi rumah dan memastikan produk makanan lebih bersih dan

selamat.
➢ Mempromosikan kepentingan penggunaan sumber secara lestari dan mesra alam.
➢ Sebagai peluang pekerjaan dan juga hobi.

PELAKSANAAN AKUAPONIK

Akuaponik Secara Takungan Akuaponik Secara Kitaran

Menggunakan kolam, tangki Menggunakan dua bekas tangki,
atau bekas yang sama untuk ikan iaitu tangki ikan dan bekas
dan tanaman (seperti hidroponik) tanaman secara berasingan

(sistem pengaliran air dari tangki
ikan ke bekas tanaman)

REKA BENTUK SISTEM AKUAPONIK

1. Sistem Raft / Rakit

Tanaman diletakkan
terus di atas permukaan

air sehingga akar
terendam di dalam air.

2. Sistem Ebb & Flow / Pasang Surut
❖ Berfungsi dengan menggunakan alat yang dipanggil loceng sifon.
❖ Loceng sifon mengalirkan air dari media penanaman apabila air sudah

memenuhi media penanaman (prinsip yang mirip dengan pelampung pada
tangki simbah).

3. Sistem Nutrient Film Technique (NFT) / Aliran Air Cetek

❖ Hampir sama dengan
dengan sistem Raft, tidak
menggunakan media
penanaman dan akarnya
menyentuh lapisan air
yang mengalir.

❖ Air yang mengalir tidak
boleh bertakung dan
mengalir dengan cepat.

KOMBINASI PELBAGAI SISTEM AKUAPONIK

PERBANDINGAN TIGA SISTEM AKUAPONIK

Ciri-ciri Raft Ebb & Flow NFT
2 3 1
Penambahan jisim tumbuhan 2 3
Hampir sama
Pertumbuhan bebas tumbuhan Hampir sama Hampir sama Hampir sama

Oksigen terlarut / Penggantian air Hampir sama Hampir sama
/ Kekonduksian

Ikan (nisbah penukaran makanan,
kadar pertumbuhan tertentu)

Penelitian Wilson A. Lennard dan Brian V. Leonard (3 = Terbaik, 2 = Baik, 1 = Sederhana)

PROSES PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Tugasan Projek Berkumpulan

Tajuk Namakan model akuaponik anda sendiri
Contoh: Akuaponik Mini 3R

Isu / Masalah Bayangkan anda dan keluarga tinggal di rumah pangsa atau flat di sebuah
bandar. Cadangkan satu reka bentuk sistem akuaponik yang sesuai untuk
kawasan kediaman anda.

Kaedah Integrasi kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek dan model penyelesaian
Pelaksanaan masalah reka bentuk SPICE (seperti yang diterangkan dalam Modul
PDPR 1).

Penerangan 1. Projek dijalankan secara berkumpulan (2 ke 3 orang).
Tugasan Projek 2. Pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan asas berkaitan

akuaponik.
3. Pelajar diminta untuk berbincang dalam kumpulan serta mencari

maklumat yang berkaitan.
4. Gerak kerja yang terlibat sepanjang tugasan projek:

MINGGU 1

1. Pengenalan PBP / Model SPICE /
Ujian Pra

2. Tugasan Projek / Mendapatkan

MINGGU 2

1. Melakar Reka Bentuk
2. Menganalisis Lakaran

DOKUMENTASI MINGGU 3
1. Menghasilkan Model
⚫ Template 2. Menilai Model
Pelaporan Projek
MINGGU 4
⚫ Log Perbincangan 1. Membuat Cadangan

Kumpulan Penambahbaikan

2. Membuat Pembentangan &

MINGGU 5
1. Membuat Pembentangan &

Menyerahkan Dokumentasi

2. Ujian Pasca & Soal Selidik

Tempoh Masa 5. Pelajar bebas untuk menggunakan bengkel, makmal komputer,
Lain-lain perpustakaan, pusat akses dan lain-lain tempat dengan pengawasan
guru semasa menjalankan tugasan.

6. Pelajar bebas untuk mengakses sebarang bentuk maklumat yang
berkaitan tugasan daripada pelbagai sumber internet.

7. Tugasan boleh dilaksanakan sepanjang masa waktu kelas RBT, masa
‘relief’ dan waktu lapang pelajar.

5 minggu (bermula pada hari ini)

Template Pelaporan Projek (TPP),
⚫ https://docs.google.com/document/d/1Vw1qIUA9sUKvQp0DqPn1GxP

uiXmpSbs/edit?usp=sharing&ouid=100604066461636322322&rtpof=tr
ue&sd=true

⚫ Pelajar boleh muat turun, print dan lengkapkan TPP atau edit, taip
komputer dan print TPP yang telah siap dilengkapkan.

Contoh Model

PENTAKSIRAN
https://forms.gle/hFqN8ZE85eqMvqY7A

Arahan : Pilih jawapan yang betul.

1. Akuaponik merupakan gabungan ___________________________

Simbiosis
Akuakultur
Aeroponik
Hidroponik

2. Tujuan utama sistem akuaponik ialah untuk ______________,
_______________, ______________________ dan
_______________________________.

Mengekalkan kualiti air
Menjimatkan kos
Mengurangkan kadar ammonia di dalam air
Menjimatkan ruang
Menghasilkan dua jenis makanan serentak (tanaman dan ternakan)

3. Apakah peranan unsur Y dalam akuaponik?

Mengeluarkan sisa makanan yang mengandungi ammonia dan
kotoran
Menapis dan mengubah ammonia menjadi nitrat dan zat yang
berfungsi sebagai baja
Menyalurkan oksigen dan air yang bebas ammonia

4. Namakan model akuaponik di bawah.
Sistem Raft
Sistem Ebb dan Flow
Sistem Nutrient Film Technique (NFT)

5. Namakan model akuaponik di bawah.
Sistem Raft
Sistem Ebb dan Flow
Sistem Nutrient Film Technique (NFT)

6. Namakan model akuaponik di bawah.
Sistem Raft
Sistem Ebb dan Flow
Sistem Nutrient Film Technique (NFT)

7. Pilih model akuaponik secara takungan.

8. Pilih model akuaponik secara kitaran.

9. Apakah peranan PAM AIR dalam proses kitaran akuaponik?

Menapis air supaya kualiti air sentiasa bersih
Menarik air dari tangki ikan ke bekas tanaman
Mengurangkan kadar ammonia di dalam air


Click to View FlipBook Version