E-MAJALAH SMKPKP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS PERSEKUTUAN, PULAU PINANG OGOS 2023 +604-8907313 600H, JALAN LEMBAH PERMAI 11200 TANJUNG BUNGAH PULAU PINANG [email protected]
MBPK Tingkatan 1 hingga 5 telah menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dari 1 Ogos hingga 8 Ogos mengikut kelas dan mata pelajaran yang diambil. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 1 OGOS 2023 HINGGA 8 OGOS 2023
Pada 9 Ogos 2023, Program Bubur Asyura dijalankan di mana warga SMKPKP telah bergotongroyong memasak dan membungkus bubur Asyura. Program ini dijalankan bermula jam 7.30 pagi sehingga bubur siap dimasak dan diedarkan kepada semua warga sekolah. PROGRAM BUBUR ASYURA E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 9 OGOS 2023
Pasukan Olahraga SMKPKP telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kelawai di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. MBPK telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap acara yang disertai dan berjaya memperoleh 11 pingat emas, 4 pingat perak dan 14 pingat gangsa. KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP ZON KELAWAI E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 7 OGOS 2023 HINGGA 16 OGOS 2023
E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 7 OGOS 2023 HINGGA 16 OGOS 2023 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP ZON KELAWAI
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan bertempat di UMK, Bachok, Kelantan. 2 orang MBPK telah berjaya mewakili kontinjen Pulau Pinang iaitu Chua Pei Wen dan Iyad Muhaimin. Chua Pei Wen mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya memperoleh tempat ketiga. MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 10 OGOS 2023
Perjumpaan Mentor Mentee dan Perjumpaan Sumur Modul Penampilan Diri kali ketiga dijalankan pada 14 Ogos 2023. Guru selaku mentor akan membimbing, menyokong dan memberi nasihat kepada para MBPK selaku mentee. PERJUMPAAN MENTOR MENTEE & SUMUR MODUL PENAMPILAN DIRI E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 14 OGOS 2023
Pada 15 Ogos 2023, SMKPKP telah menerima lawatan penanda aras dari SMK Dato Haji Mohd Noor Ahmad. Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk berkongsi amalan baik antara murid MPAK dan PVMA antara kedua-dua buah sekolah. LAWATAN PENANDA ARAS DARI SMK DATO HAJI MOHD NOOR AHMAD E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 15 OGOS 2023
Pada 15 Ogos 2023, SMKPKP telah menerima lawatan bagi tujuan penataran PASM dari JPN. PASM merupakan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah iaitu pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk MBPK. PENATARAN PASM DARI JPN E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 16 OGOS 2023
Saringan sukan peringkat sekolah telah dijalankan pada minggu pertama iaitu pada 16 hingga 17 Ogos. Acara yang dipertandingkan pada minggu pertama ialah larian berganti-ganti 3X200 meter, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan tarik tali. SARINGAN SUKAN MINGGU PERTAMA E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 16 OGOS 2023 HINGGA 17 OGOS 2023
Panitia Sejarah SMKPKP telah mengadakan perasmian pelancaran bulan kemerdekaan yang dirasmikan oleh pengetua sekolah, Puan Mazanah. Gimik persembahan yang menarik dilakonkan oleh para MBPK bagi menaikkan perasaan cinta terhadap negara sempena Hari Kemerdekaan. E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 21 OGOS 2023 PERASMIAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Saringan sukan peringkat sekolah telah dijalankan pada minggu kedua iaitu pada 23 hingga 24 Ogos. Acara yang dipertandingkan pada minggu kedua ialah larian 200 meter, lontar peluru dan tarik tali. SARINGAN SUKAN MINGGU KEDUA E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 23 OGOS 2023 HINGGA 24 OGOS 2023
Satu aktiviti gotongroyong dijalankan iaitu Gotong-Royong Madani dijalankan dengan melibatkan semua warga sekolah dan para ibu bapa. Semua yang terlibat telah bekerjasama membersihkan dan menghias kawasan sekolah. Satu jamuan ringkas turut dijalankan selepas aktiviti gotongroyong berakhir. GOTONG ROYONG MADANI E-MAJALAH SMKPKP OGOS 2023 25 OGOS 2023