EDISI NOVEMBER E-MAJALAH • Minggu Solidariti Palestine • Majlis Restu Ilmu SPM & MPAK • Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR • Perjumpaan Kokurikulum Kelab Persatuan • Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi • Perjumpaan Kokurikulum Sukan Permainan • Asrama Got Talent • Perkampungan Ilmu & Pecutan Akhir SPM • Program Simposium TVET • Perjumpaan Kokurikulum Badan Beruniform • Lawatan Sambil Belajar ke Johor • Penang International Science Fair • Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Khas • Dialog Prestasi Tingkatan 5 600, Jalan Lembah Permai, 11200, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. [email protected] +604-8907313 Welcome to A Day in the Life of FSDians
Minggu Solidariti Palestine 30 Oktober - 2 November Pada 1hb November, MBPK dan guruguru beragama Islam telah dibahagikan kepada 9 kumpulan untuk aktiviti melukis poster sempena Minggu Solidariti Palestine.
Program ini diadakan untuk menyediakan calon SPM dan MPAK dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Diharapkan restu ibu bapa dan guru serta bimbingan & motivasi mampu menjadi kekuatan kepada MBPK untuk menghadapi peperiksaan nanti. Majlis Restu Ilmu 3 November 2023
5A 5PPE 5OPP 5PPW
Perjumpaan Mentor Mentee dan perjumpaan SUMUR kali ke-6 telah dijalankan pada 6 November 2023. Semoga sesi nasihat dan perkongsian ini membawa manfaat kepada para MBPK. Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 6 November 2023
Perjumpaan Kokurikulum Kelab Persatuan telah dijalankan. Aktivitiaktiviti yang telah dirancang oleh guruguru penasihat telah dilaksanakan di tempat perjumpaan masing-masing. Perjumpaan Kokurikulum Kelab Persatuan 8 November 2023
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi yang bertema Songket telah dilaksanakan pada 10hb November. Majlis ini dijalankan untuk meraikan pencapaian para MBPK dalam bidang akademik, kokurikulum & juga sahsiah. Majlis Graduasi juga diadakan untuk meraikan MBPK Tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi. Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi 10 November 2023
Tokoh-tokoh murid SMPKP Sesi 2023/2024
TAHNIAH GRADUAN 2023/2024! ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI
Setiap sukan dan permainan telah menjalankan aktiviti masing-masing dengan lancar. Perjumpaan sukan & permainan berlangsung dari 2:30 petang hingga 4:00 petang. Perjumpaan Kokurikulum Sukan & Permainan 15 November 2023
Beberapa MBPK telah mewakili sekolah dalam pertandingan Asrama Got Talent yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini telah bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam. Tahniah kepada para MBPK atas penglibatan anda! Asrama Got Talent 16 November 2023
Unit Kaunseling SMKPKP telah melaksanakan program ini untuk memastikan MBPK Tingkatan 4 & 5 dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan yakin. Guru-guru dan pelbagai penceramah telah dijemput untuk berkongsi tips menjawab soalan peperiksaan. Diharapkan para MBPK dapat memanfaatkan maklumat ini apabila menduduki peperiksaan kelak. Perkampungan Ilmu & Pecutan Akhir SPM 17 & 18 November 2023 Slot Bahasa Melayu Slot Bahasa Inggeris Slot Motivasi dengan Cikgu Amirah & Cikgu Nadirah Slot Sains SPM
Slot Pendidikan Islam MPAK Slot Pendidikan Islam SPM Slot Pendidikan Moral MPAK Slot Pendidikan Moral SPM Slot Sejarah Slot Pendidikan Seni SPM Slot Matematik SPM & MPAK
Beberapa MBPK Tingkatan 3 yang diiringi oleh Cikgu Rais, Cikgu Syafawati, Cikgu Tiun dan Cikgu Syakila telah menghadiri Karnival TVET Daerah Timur Laut yang diadakan di Wisma Masyarakat Penyayang. Diharapkan program ini menginspirasi MBPK ke arah pengajian teknikal TVET yang akan menawarkan mereka karier yang lebih terjamin di masa hadapan. Program Simposium TVET PPD Timur Laut 22 November 2023
Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform telah dilaksanakan dengan lancar. Pasukan Pengakap telah menjalankan aktiviti membina gajet iaitu sebuah rak kasut. Pasukan KRS pula telah menjalankan aktiviti kawad kaki. Perjumpaan Kokurikulum Badan Beruniform 22 November 2023
Kelab Bola Sepak telah menganjurkan lawatan sambil belajar sebanyak 3 hari 2 malam ke Johor Darul Takzim. Sejumlah 19 orang MBPK serta Cikgu Asrul, Cikgu Norliza, Cikgu Muadz dan Cikgu Sallehudin telah terlibat dalam lawatan ini. Kelab Bola Sepak telah melawat SMPK Vokasional Indahpura, sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Lawatan Sambil Belajar ke Johor 24 - 26 November 2023
Sebanyak 32 orang MBPK dan 5 orang guru telah terlibat dalam Penang International Science Fair yang diadakan di SPICE Arena. Terdapat banyak pameran dan workshop yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Diharapkan Science Fair ini dapat menambah ilmu pengetahuan para MBPK. Penang International Science Fair 25 November 2023
Beberapa MBPK telah dijemput ke Majlis Penyampaian Hadiah Program Kokourikulum, Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas peringkat negeri yang telah berlangsung di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Syabas dan tahniah! Anda semua telah mengharumkan nama sekolah. Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Khas 28 November 2023
Semua MBPK Tingkatan 5 dan guru-guru mata pelajaran Tingkatan 5 telah terlibat dalam dialog prestasi yang diadakan di Bilik Mesyuarat. Semoga segala perbincangan memberi pencerahan dan manfaat kepada MBPK Tingkatan 5 yang disayangi. Teruskan usaha anda! Dialog Prestasi bersama Guru & MBPK Tingkatan 5 28 November 2023