The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59165499, 2021-07-09 10:20:37

K2 PEMASANGAN KONDIUT

PEMASANGAN KONDIUT

Sistem pendawaian
kondiut

Pengenalan

❖ Digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau
kimia

❖ Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi
❖ Boleh didapati dalam saiz 16mm, 20mm,25mm,32mm,48mm.

2

Kepentingan system pendawaian
kondiut

✔Memudahkan penyenggaraan
✔Memudahkan penambahan litar pada masa akan datang
✔Boleh digunakan untuk system dwifungsi.

3

Ciri ciri pemilihan sistem
pendawaian kondiut

- Jenis beban yang hendak dipasang
- Keadaan tempat pemasangan
- Kos perbelanjaan
- Kekemasan dan kecantikan
- Memerlukan pemasangan kabel yang banyak

4

Jenis-jenis kondiut

✔Kondiut logam bergalvani
✔Kondiut bukan logam/ pvc

5

Jenis-jenis kondiut logam
bergalvani

Kondiut diperbuat daripada logam bergalvani dan termasuk dalam kumpulan
“ heavy gauge”.
3 jenis kondiut logam bergalvani
❖ Kondiut logam tolak ringan
❖ Kondiut logam tolok berat
❖ Kondiut logam boleh lentur

6

Kondiut logam tolok ringan

▪ Mempunyai ketebalan diameter yang nipis

7

Kondiut logam tolok berat

▪ Mempunyai diameter yang sama dengan kondiut logam tolok ringan cuma berbeza ketebalan
diameter dan lebih berat

8

Kondiut logam boleh laras

▪ Pembuluh ini sangat berguna untuk mrnyambung pemasangan ke punca punca beban yang
bergetar, bergerak, selalu diubahsuai, dan pada kedudukan yang sempit atau tidak rata

9

Kaedah pemasangan kondiut logam 10

1. Rujuk pelan pemasangan terlebih dahulu untuk pastikan laluan
kondiut dipasang selari dengan dinding bangunan dan garis garis
tiang

2. Untuk potong kondiut, kondiut logam akan diapit kuat ragum paip
yang dipasang bersama alat bender.

3. Kemudian, gergaji besi dan mata pemotong bersaiz halus atau
konduit cutter digunakan untuk potong kondiut tersebut

4. Hujung setiap batang kondiut hendaklah dibebenangkan dengan
menggunakan “dicceset”.

5. Untuk membuat lenturan, alat yang digunakan ialah bender.
6. Jejari dalam minimum bagi sebarang lentur hendaklah tidak kurang

daripada nilai yang diberi bagi setiap kabel yang ia kandungi dan
mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali diameter luar konduit itu.
7. Setelah dipasang mengikut laluan, kondiut akan diikat menggunakan
“saddle” logam mengikut saiz kondiut

11

Kebaikan kondiut logam

✔Mempunyai perlindungan mekanik yang lebih baik
✔Tahan cuaca dan keadaan panas
✔Tahan lama dan tahan lasak
✔Boleh ditanam terus ke dalam tanah

12

Keburukan kondiut logam

✔Bentuk tidak kemas
✔Memerlukan pekerja mahir
✔Perlukan peralatan khas
✔Tempoh menyiapkan lebih lama

13

Kondiut pvc

Terdapat pembuluh bukan logam yang biasanya diperbuat daripada bahan plastic (PVC)
yang tahan lasak dan sesuai digunakan pada suhu 60 darjah.
Boleh didapati dalam 2 jenis iaitu pembuluh tegar dan pembuluh boleh lentu
.

14

Kaedah pemasangan Kondiut pvc

1. Setiap penyambungan antara satu kondiut dgn kondiut lain, pelbagai alat tambah boleh
digunakan seperti soket, two ways box, angle box dan sebagainya berdasarkan pelan yang
diberikan.

2. Sekiranya konduit yang dipasang melebihi point yang ditetapkan, konduit tersebut dipotong
mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan pemotong konduit. Kemudian barulah
dimasukkan alat tambah yang bersesuaian dengan point berkenaan

3. Kadangkala laluan konduit yang diberikan terpaksa melalui halangan. Konduit PVC adalah lurus
dan sebagai penyelesaian, konduit tersebut perlu dibengkokkan.

4. Spring digunakan untuk membengkok konduit.

15

Cara konduit dibengkokkan :

1. Masukkan spring ke dalam konduit dan spring tersebut hendaklah dipastikan berada pada
kedudukan yang ingin dibengkokkan. Jadikan tali yang mengikat spring sebagai panduan
kedudukan.

2. Gunakan kedua-dua belah tangan dan lutut untuk membengkokkan konduit tersebut.
3. Setelah konduit dibengkokkan mengikut bentuk yang dikehendaki, spring dikeluarkan dengan

menarik tali yang diikat pada spring. Sekiranya laluan konduit perlu merentasi dinding, dinding
tersebut akan dibuat lubang dengan menggunakan mesin gerudi dengan mata gerudi yang
bersesuaian dengan saiz.

16

4. Setelah dipasang konduit, perkara terakhir dalam pemasangan ialah untuk mengikatnya dengan
menggunakan ‘saddle’. ‘Hand Drill’ digunakan untuk memasang saddle. Tapak saddle diskrukan dahulu
pada permukaan dimana konduit itu diletakkan. Kemudian, letakkan konduit di atas tapak saddle dan
masukkan klipnya ke dalam tapak saddle.

17

Kebaikan dan kelemahan bagi Konduit PVC

Kebaikan:
❖ Tahan kakisan
❖ Selamat dari kejutan elektrik
❖ Kos
Kelemahan:
❖ Tidak memberikan perlindungan mekanik.
❖ Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan.

18

PERATURAN IEE PEMASANGAN
KONDIUT

1. Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik
kabel dilakukan.

2. Faktor Ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas muka keratan buluh.
3. Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak alat tambah.
4. Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang berasingan.
5. Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di tempat-

tempat yang terdedah kepada air.

19

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
DALAM KERJA KONDIUT

Kondiut bender Gergaji besi Stock and dies

20

Oil Spring bender PVC

21

Kondiut cutter untuk pvc Aksesori konduit

22

Aksesori konduit logam

23


Click to View FlipBook Version