The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59165499, 2021-07-08 10:27:44

K3 MENJALANKAN KERJA PENDAWAIAN

MENJALANKAN KERJA PENDAWAIAN

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,
MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 3

KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE &
NAME L3

TAHAP / LEVEL EE-320-3:2012-C02
THREE PHASE WIRING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY THREE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND
AKTIVITI KERJA / WORK PROSEDURES
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. IDENTIFY THREE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIALS

3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE THREE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

NO KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat/Page : 1
Drp / of : 35

TAJUK/TITLE : MENJALANKAN KERJA PENDAWAIAN
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini menerangkan apakah jenis –jenis sistem pendawaian yang digunakan di
Malaysia dan bagaimanakah cara-cara pemasangannya serta aksesori peralatan pendawaian.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 35

3.0 ALATAN TANGAN PENDAWAIAN
3.1 Alatan Tangan Pendawaian
Senarai Peralatan tangan mengikut kategori kumpulan seperti memotong, melelas,
mengukur, menanda dan lain-lain.

Kerja-kerja pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping perkakas
kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai akan
membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara perkakas kerja yang
perlu ada pada setiap pendawai adalah seperti berikut:

 Pemutar skru
 Playar gabung
 Playar pemotong sisi
 Pisau kecil
 Meter pelbagai(Multimeter)
 Tukul pendawai(wiring hammer)
 Gergaji besi(Haksaw blade)
 Pita pengukur
 Beg galas
 Gerimit(Gimlet)
 Pena ujian(Test pen)
 Playar muncung tirus
 Penjerut Kabel(Wire Stripper

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 3
Drp / Of : 35

3.2 Kegunaan peralatan tangan mengikut kategori kumpulan dan teknik penggunaan yang
betul.

Perkakas Asas
Perkakas asas perlu dimiliki oleh seorang Juruelektrik untuk kerja pendawaian.Keyakinan
pengguna terhadap Juruelektrik ketika membuat kerja pendawaian juga bergantung kepada
alat kelengkapan perkakas kerja yang dimilikinya. Berikut adalah perkakas dan keterangan
ringkas mengenai penggunaanya.

Pemutar Skru  Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga
saiz pemulas skru yang berbeza seperti
kecil,sederhana dan besar.Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan, perlu juga memilih hujung
skru philip dan flat.

Playar gabung  Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan
dan membengkok wayar dan juga untuk memegang
nat kecil serta washer.Player tambahan daripada
jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga
diperlukan.Pelbagai jenis playar mestilah mempunyai
penebat pada bahagian pemegangnya.

Playar Pemotong Sisi  Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung
wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan.manakal pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
wayar pengalir.

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan
menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 4
Drp / Of : 35

 Alat ini digunakan untuk mengukur Voltan,Arus dan
juga Rintangan dengan melaraskan julat.

Meter Pelbagai(Multimeter)

 Sebaik-baiknya seorang Juruelektrik mempunyai tiga
jenis tukul, jenis clawa yang digunakan untuk kerja
am,jenis pin untuk memasang klip kabel dan jenis club
untuk digunakan dengan pahat

Tukul pendawai(Wiring
Hammer)

Gergaji Besi(Hacksaw Blade)  Pelbagai jenis gergaji digunakan untuk kerja
pendawaian yang berkaitan dengan kayu,logam dan
plastic.bagi melakukan pemotongan sesalur PVC
kecil dan kayu perlu menggunakan gergaji jenis
tenon.Gergaji ini sesuai digunakan untuk memotong
logam dan kabel besar.Untuk memotong skru dan bol
sesuai menggunakan gergaji logam yang kecil
dengan bilah boleh ganti semula.

 Pita digunakan untuk mengukur penempatan aksesori
dengan tepat.Terdapat pelbagai saiz pita pengukur.
Dalam kerja-kerja pendawaian lazimnya
menggunakan pita bersaiz 12 kaki atau 3 meter. Pita
ini juga digunakan untuk membuat anggaran panjang
kabel bagi sesuatu pendawaian.

Pita Pengukur

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 5
Drp / Of : 35

Beg Galas  Seseorang juruelektrik melakukan kerja pendawaian
di pelbagai tempat seperti di atas siling,tingkat satu
dan tingkat bawah.Perkakas kerja asas seperti
tukul,playar,pemulas skru lazimnya dalam keadaan
sentiasa digunakan dalam apa jua kerja yang
dilakukan.

 Selain itu bahan keperluan seperti paku,skru dan klip
kabel boleh ditempatkan pada ruang khas di beg
tersebut.Perkakas kerja yang tajam tidak sesuai
disimpan didalam saku baju atau seluar kerana boleh
mendatangkan bahaya.Oleh itu,perkakas kerja
tersebut boleh disimpan pada beg galas pendawaian
seperti yang ditunjukkan pada rajah sebelah.beg ini
boleh digantung pada bahagian hadapan supaya
perkakas mudah diambil apabila diperlukan.Beg galas
kerja ini boleh didapati dari bahan kanvas,kain tebal
atau kulit asli.

 Digunakan untuk membuat lubang permulaan bagi skru
papan (wood screw)mudah dipasang dan diletak.

Gerimit(Gimlet)

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 6
Drp / Of : 35

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran
arus elektrik atau kabel hidup.Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil.Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang
kecil,memotong,membentuk dan mencapai sesuatu di
ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat
kabel.

Penjerut Kabel(Wire Stripper)

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 7
Drp / Of : 35

3.2 JENIS BAHAN DAN PERALATAN ELEKTRIK
3.2.1 Mesin Elektrik (Power Tools)
Senarai “Power Tools” mengikut kategori kumpulan seperti menebuk, memotong, mencanai
Untuk melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik sekurang-kurangnya memerlukan beberapa
perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai
akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara perkakas kerja
berkuasa elektrik yang perlu ada pada setiap pendawai adalah seperti berikut:

 Gerudi tangan mudah alih
 Pemulas/gerudi mudah alih
 Gergaji jig(Jig Saw)
 Gerudi impak(Demolition Hammer)
 Mesin Pencanai (Grinder)
 Pemulas skru bateri (cordless drill)

Kegunaan “Power Tools” mengikut kategori kumpulan

Hand Drill
Alat ini digunakan untuk kerja-kerja menebuk
dipermukaan kayu,simen dan logam.Operasi kendalian
menggunakan kuasa elektrik 240V dan juga boleh laras
samada untuk menebuk kayu,simen atau logam.
Peralatan ini amat penting dan luas penggunaannya serta
perlu ada bagi seorang setiap pendawai.

Batery Drill
Alat ini juga sama fungsinya dengan Hand Drill dan tidak
berapa sesuai untuk melakukan penebukan pada
permukaan yang agak keras. Alat gerudi tangan jenis
bateri memberi banyak kemudahan dalam melakukan
tugas-tugas penebukan yang kecil dan operasi kendalian
menggunakan kuasa bateri 12V atau 24V. Peralatan ini
amat penting dan luas penggunaannya serta perlu ada
bagi seorang setiap pendawai.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 8
Drp / Of : 35

Demolition Hammer
Alat ini kebiasaannya untuk menebuk lubang pada
dinding konkrit dan untuk kerja-kerja yang agak besar
permukaan konkrit yang perlu dipecahkan.Alat ini sesuai
untuk kerja-kerja yang melibatkan permukaan konkrit.

Jig Saw
Alat untuk memotong kayu,plywood dan lain-lain benda
yang agak lembut.Tidak sesuai untuk memotong
benda-benda logam.Alat ini banyak juga penggunaannya
dalam kerja-kerja pendawaian elektrik.

Grinder
Alat ini digunakan untuk kerja-kerja permotongan trunking
pvcdan meratakan permukaan logam atau lain-lain benda
yang agak keras fizikalnya.

3.2.3 Aksesori PVC Konduit Kegunaannya
Jenis Aksessori
Mempunyai bebenang di sebelah dalam dan disediakan
Coupler (Pengganding) mengikut saiz-saiz ukuran conduit.Coupler digunakan
untuk menyambung antara dua conduit pada larian
Long Bend
Digunakan pada pemasangan conduit yang ada
Elbow(Sesiku) penukaran hala bersudut tepat,selalunya dipasang
pada bengkokan biasa

Digunakan untuk bengkokan akhir yang
memerlukan sudut dekat

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 9
Drp / Of : 35

Conduit Boxes Digunakan di tempat yang perlu dibuka bagi
(Kotak Penyambungan) membolehkan kabel ditarik tanpa ketegangan.
Penggunaan conduit box adalah lebih selesa
Bush sesendal dibandingkan dengan bend atau inspection tee kerana
ruangnya luas. Disamping itu penggunaan kotak
penyambungan banyak faedahnya seperti untuk terminasi
suis, soket out let dan lencongan arah larian konduit yang
banyak simpang. Conduit boxes terdapat dalam berbagai
hala

Ia digunakan untuk menyambung conduit dengan trunking
atau pada aksessori lain seperti kotak suis.Ia terdiri
kepada dua jenis iaitu sesendal jantan dan sesendal
betina.

Penyuai Konduit Ia digunakan untuk menyambung conduit dengan
Berombak atau reducer trunking atau pada aksessori lain seperti kotak suis dan
sebagainya, tetapi ianya biasa digunakan pada conduit
mudah lentur.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 10
Drp / Of : 35

Rajah 1: Peralatan Dan Aksessori Konduit
3.3.4 Jenis-jenis Penyokong Konduit

Clip(Klip)

Multiple Saddle Saddle and Back Plate
(Pelana Berbilang) (Pelana dan Plet Tapak)

Spacing Saddle Conduit Run Along Girder
(Pelana Penjarak) (Konduit Lalu Sepanjang Gelegar)

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 11
Drp / Of : 35

Conduit Run Across Girde
(Konduit Lalu Merentasi Gelegar)

3.4 SOP PENDAWAIAN TIGA FASA
3.4.1 Prosedur Pendawaian Konduit
Konduit PVC adalah merupakan pilihan selain daripada konduit GI. Bentuk dan saiznya
sama kecuali bahan buatannya daripada PVC. Konduit PVC ini tidak mempunyai bebenang
skru di kedua-dua hujungnya. Ada dua jenis konduit PVC iaitu pvc tahan lasak (high impact)
dan pvc biasa. Kebanyakan konduit masa kini dibuat untuk tahan lasak serta tahan kepada
hentaman dan tidak mudah pecah serta kos yang rendah. Saiz konduit boleh didapati seperti
20,25,32,40 dan 50 mm.Konduit tahan hentaman dibuat daripada bahan polyvinyl chloride
untuk mengikut keperluan piawaian BS EN 500862-1 1996,Saiz standard bagi konduit jenis
ini adalah 20,25 dan 32 mm.

1. Proses Pendawaian Konduit PVC

 Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terdedah pada bahaya kerosakan
mekanikal yang minimum

 Pada masa ini,ia banyak digunakan bagi menggantikan sistem pendawaian selongsong.
 Selain daripada memberi perlindungan mekanikal pada kabel,sifatnya yang tahan

lasak,mudah dipasang,kalis air,tidak mudah berkarat dan tahan panas menjadikan ia
sebagai pilihan utama dalampendawaian domestik
 Satu kelebihan utama sistem ini ialah ia dapat menghalang aliran arus elektrik ke
bahagian-bahagian lain pemasangan jika berlaku kebocoran arus.
 Sistem ini mempunyai alat tambahnya sendiri bagi tujuan penyambungan,
pemeriksaan dan tamatan
 Bagi membentuk pembuluh PVC,pembengkok pegas akan dimasukan ke dalamnya
dan kemudian barulah pembuluh tersebut dibentuk mengikut keadaan yang
diperlukan
 Selekoh yang kecil/selisih (offset) dan selekoh L konduit PVC boleh dibuat dengan
menggunakan pegas pembengkok dengan membengkokkan konduit mengikut

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 12
Drp / Of : 35

keperluanya, caranya masukkan pegas pembengkok ke dalam konduit, kemudian
bengkokkan bahagian konduit tersebut mengikut keperluan.

2. Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Pembuluh PVC
Amalan kerja yang baik semasa melakukan pendawaian adalah seperti berikut:
 Rancang laluan pendawaian Pembuluh PVC
 Rancang pembuluh dan aksesori mengikut laluan
 Pastikan semua pemasangan pembuluh dan alat tambah siap dipasang terlebih dahulu
sebelum kerja- kerja memasukkan kabel boleh dilakukan
 Masukkan kabel dengan cara menarik ke dalam pembuluh PVC
 Pastikan semua pemasangan dilakukan dengan kemas dan teguh
 Kotak pemeriksaan digunakan bagi memudahkan kerja penarikan kabel bagi pendawaian
yang panjang
 Muatan kabel dalam pembuluh mengikut peraturan I.E.E dan Suruhanjaya Tenaga & Gas.

3. Kaedah Pemasangan Pendawaian Konduit
 Konduit hendaklah dipasang terlebih dahulu sepenuhnya, kemudian barulah
dimasukkan kabel ke dalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan
pemasangan (fittings) dan aksesori konduit seperti kotak tee box, sesiku L,
penganding, penyuai, pengecil, dan segala kotak pemasangan aksesori.
 Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu konduit hendaklah mengikut faktor ruang
iaitu tidak melebihi 40%.

Rajah 2: Pendawaian Konduit PVC

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 13
Drp / Of : 35

4. Sistem Pendawaian Konduit PVC.
Segala penyambungan untuk konduit PVK ini menggunakan aksesori yang dibuat
daripada bahan pvk. Ikatan penyambungan tidak menggunakan skru sepertimana
konduit GI, tetapi menggunakan bahan perekat.

Rajah 3 : Konduit Impak Tinggi
(High Impact Conduit)

Rajah 4 : Konduit Berombak
(Flexibel Conduit)

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 14
Drp / Of : 35

5. Alatan yang digunakan bagi memotong konduit PVC
 PVC Conduit cutter / pemotong konduit
 Hack saw / Gergaji

Conduit/Pipe Cutter Hack saw / Gergaji

Rajah 5: Pipe cutter dan gergaji

6. Alatan yang digunakan bagi membuat bengkokan pada konduit PVC.

 Pegas Pembengkok (Tube Bender) - Bending adalah proses untuk membengkokkan
konduit dengan menggunakan tube bender agar diperoleh hasil bengkokkan yang tepat
dan rapi. Pemakaian tube bender dilakukan untuk mengelakkan konduit menjadi gepeng
atau rosak ketika konduit dibengkokkan.

Rajah 6: Pegas pembengkok

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 15
Drp / Of : 35

 Dawai pemancing biasanya digunakan untuk menarik kabel kelaluannya di dalam konduit.
Dawai pemancing jenis nilon

 Digunakan kerana ia mudah lentur dan tahan lasak.

Rajah 7: dawai pemancing nilon

7. Cara-cara Membuat Ukuran dan Bengkokan
 Tandakan ukuran yang bertanda X pada ukuran 20 cm
 Kemudian masukkan spring bender ke dalam konduit tersebut pada bahagian
tengah yang berukuran 20 cm pada spring bender seperti gambarajah di atas dan
buat bengkokan 90 darjah
 Anda akan mendapat ukuran yang tepat iaitu 20 cm
 Kemudian potong konduit bengkokan yang satu lagi pada ukuran 12 cm
 Projek yang didapati seperti gambarajah di bawah.

20cm 12cm

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 16
Drp / Of : 35

Rajah 8: Contoh Cara Membuat Bengkokan Pada Konduit PVC

 Konduit PVC boleh dilentur/dibengkokan dengan menggunakan tangan dan
spring tanpa sebarang kesukaran, mengikut lenturan atau bengkokan yang
dikehendaki.

Rajah 9: Contoh- contoh bengkokan pada konduit

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 17
Drp / Of : 35

8. Memasang Konduit
Perkara yang paling penting dalam kerja-kerja konduit ialah kaedah atau cara
memasangnya.Pemasangan konduit dalam konkrit tidak menjadi masalah kerana konduit
ditimbusi dengan plaster,tetapi bagi pemasangan pada permukaan hendaklah kemas dan
cantik dipandang.Ada terdapat berbagai-bagai jenis klip yang digunakan untuk melekatkan
konduit dan kegunaannya tertakluk pada keadaan pemasangan.Contohnya untuk
melekatkan konduit pada batu bata,penahan jenis krampet (crampet) adalah yang paling
sesuai akan tetapi sebaliknya bagi dinding yang rata,saddle(pelana) atau kelip adalah lebih
sesuai.

Pada keseluruhannya,jenis-jenis klip yang digunakan untuk kerja-kerja pendawaian dalam
konduit ialah bertujuan:

 Untuk menyokong dan memegang konduit terus ke dinding atau
struktur-struktur lain,terdapat berbagai, jenis untuk menyesuaikan
keadaan-keadaan tempat pemasangan. Contoh:
 Klip
 Crampet
 Saddle and black plate
 Multiple saddle

Jarak-jarak antara saddle-saddle untuk pemasangan yang diperakui ialah
 800 mm( 2 kaki 8 inci) ialah untuk saiz konduit 20mm(3/4 inci)
 1600mm hingga 2000 mm ialah untuk saiz konduit yang melebihi 20 mm

9. Kaedah Pemasangan Pendawaian Konduit
1. Konduit hendaklah dipasang terlebih dahulu sepenuhnya, kemudian barulah
2. dimasukkan kabel ke dalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan
pemasangan (fittings) dan aksesori konduit seperti kotak tee box, sesiku L,
penganding, penyuai, pengecil, dan segala kotak pemasangan aksesori.
3. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu konduit hendaklah mengikut faktor
ruang iaitu tidak melebihi 40%.
4. Pasangkan pelana mengikut jarak yang sesuai.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 18
Drp / Of : 35

Rajah 10: Contoh pemasangan pelana(saddle) pada konduit

10. Kaedah Memasukkan Kabel Ke Dalam Konduit
Bagi sistem pendawaian ini,kerja-kerja memasukkan kabel ke dalam conduit memerlukan
pengalaman supaya kabel yang dimasukkan tidak rosak penebatnya. Dibawah ini
diterangkan bagaimana cara-cara /kaedah seperti berikut:

1. Menarik masuk kabel ke dalam conduit
Kabel-kabel hanya boleh ditarik masuk ke dalam konduit setelah sistem pendawaian
konduit itu:

 Siap dipasang
 Bersih dan kering
 Semua cantuman konduit itu longkap,teguh,ketat dan kuat
 Kerja pemasangan kabel tidak merosakkan pembinaan atau struktur yang lain

2. Sebelum menarik masuk kabel
 Tentukan titik permulaan pada sistem konduit agar kabel-kabel dapat dikumpulkan
dengan betul dan berjujukan,bagi larian konduit yang bercabangan dimana panjang
kabel yang perlu ditarik masuk dikurangkan.
 Masukkan pita tarik(fish wire) kedalam konduit antara titik-titik tarik masuk dan
kemudiannya pita tarik (fish wire) itu digunakan untuk menarik masuk satu dawai
tarik.ikatkan dawai tarik (fish wire) bersama-sama dengan kabel-kabel pemasangan
dan tarik dawai tarik itu dari hujung yang lain.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 19
Drp / Of : 35

3. Semasa Menarik Masuk Kabel
 Elakkan kerosakan pada tebatan kabel
 Elakkan permintalan pada kabel
 Elakkan persilangan antara kabel
 Penolakkan dan penarikkan ke atas kabel haruslah serentak

11. PVC Trunking (Sesalur Bermodul )
PVC Trunking atau Sesalur bermodul biasanya diperbuat daripada bahan pvk jenis tahan
hentakkan. Ada juga sesalur bermodul diperbuat daripada GI ( galvani iron). Sesalur ini biasanya
digunakan untuk pemasangan domestik dan industri.

 Sesalur jenis PVK ini lebih ringan jika dibandingkan dengan sesalur jenis Metal
 Kosnya lebih murah, tidak berkarat, tahan lama dan tidak mudah pecah.
 Diperbuat mengikut piawaian BS 4678.
 Pemilihan saiz sesalur yang sesuai mengikut bilangan kabel dan pastikan faktor

ruang yang mencukupi dan tidak melebihi 45%.

Rajah 11: Contoh gambarajah PVC Trunking

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 20
Drp / Of : 35

12. Faktor Ruang Trunking

 Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12 E (dihalaman
sebelah)

 Jumlah kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor trunking
daripada Jadual 12 F

 Saiz nominal trunking yang sesuai sekiranya faktor trunking sama atau lebih
daripada jumlah faktor kabel

Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz kabel trunking selain yang diberi di Jadual 12 E
dan 12 F,jumlah kabel yang perlu dipasang faktor ruangannya haruslah tidak melebihi
45 % iaitu 45% berisi kabel dan 55% untuk ruang udara

Faktor Ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel
Jumlah luas keratan rentas dalam trungking

JADUAL 12 E
FAKTOR KABEL BAGI TRUNKING

JENIS LUAS KERATAN RENTAS PENGALIR(MM FAKTOR
PENGALIR ²)
1.5 7.4
PEJAL 2.5 10.2
1.5 8.1
LEMBAR 2.5 11.4
4 15.2
6 22.9
10 36.3

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 21
Drp / Of : 35

13. Contoh-contoh sudut dalam pemasangan trunking

1. Sudut 90° 2. Sudut 135°

3. Sudut sambungan T 4 inci
4 inci

4. Sudut Double Offset

Rajah 13 : Kaedah cara cara pemasangan PVC Casing

Buat Garisan
penanda

 Garisan hendaklah dibuat dahulu sebelum
PVC Casing dipasang supaya dapat hasil
kerja yang memuaskan. Garisan boleh dibuat
menggunakan benang nylon atau pensil
penanda.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 22
Drp / Of : 35

 Lekapkan PVC Casing ke dinding pendawaian
mengikut garisan penanda yang dibuat.

 Pastikan PVC Casing yang hendak dipasang
mengikut garisan yang di buat.

PVC Casing
Paku pendawaian

Rajah 14 : Pemasangan trunking pvc

14. Cara pemasangan trunking dan kondiut

 Ukur jarak PVC Trunking yang hendak
dipotong dengan menggunakan pita pengukur
dan penanda

Langkah 1

 Ambil sesiku L untuk membuat garisan
menegak untuk mendapatkan hasil kerja yang
memuaskan

 Rapatkan sesiku L pada PVC Trunking
apabila kerja penandaan dilakukan.

Langkah 2

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 23
Drp / Of : 35

 Setelah kerja penandaan dilakukan, ambil
PVC Trunking dan letakkan di Mitre Saw untuk
kerja pemotongan.

 Pastikan langkah langkah keselamatan dititik
beratkan.

Langkah 3

 Garisan hendaklah dibuat dahulu sebelum
PVC Trunking dipasang supaya dapat hasil
kerja yang memuaskan. Garisan boleh dibuat
menggunakan benang nylon atau kapur.

PVC Trunking dilekapkan di
dinding

Langkah 4

Pemutar skru  Lekapkan PVC Trunking ke dinding
Langkah 5 pendawaian mengikut garisan penanda yang
dibuat.Pastikan PVC Trunking yang hendak
dipasang mengikut garisan yang di buat.
Kemudian lekapkan dengan mengikatkannya
dengan menggunakan pemutar skru

 Selepas PVC Trunking dilekatkan didinding,
tebuk di bawah PVC Trunking dengan
menggunakan hole cutter bersaiz 19mm
untuk pemasangan paip PVC Kondiut

Langkah 6

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 24
Drp / Of : 35

 Selepas PVC Trunking ditebuk, masukkan
PVC Bush dan PVC Kondiut untuk kerja
seterusnya ( lihat Gambar )

PVC Bush PVC Trunking
( male/female) PVC Kondiut

Langkah 7

 Ikatkan PVC Bush pada trunking dan
pasangkan U saddle untuk kerja yang lebih
kemas

U saddle
Langkah 8

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 25
Drp / Of : 35

3.5 TEKNIK PENANDAAN KABEL
3.5.1 Cara –cara menanda dan melarikan kabel dalam trunking dan kondiut.
Cara cara melarikan kabel dalam pemasangan PVC Trunking dan PVC Kondiut mengikut kaedah
kaedah dalam Peraturan

 Kabel hendaklah disusun sebelum kerja
memasukkan kedalam kondiut dilakukan.
Pastikan sebahagian kabel dipanjangkan
sedikit sebagai pancing.

Sebahagian kabel
dipanjangkan sedikit
Langkah 1

 Balut kabel yang hendak dimasukkan kedalam
kondiut dengan menggunakan loytape. Balut
dengan agak kuat agar kabel tidak terlerai
ketika penarikan dilakukan.

Langkah 2

 Pastikan kabel dibalut seluruhnya. Sekiranya
kabel tidak dibalut seluruhnya akan
menyebabkan kerja penarikan kabel agak
sukar.

loytape

Langkah 3

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 26
Drp / Of : 35

 Masukkan kabel Puller kedalam PVC Kondiut
untuk penarikan kabel. Masukkan kabel Puller
dari kotak base suis ke sambungan PVC
Trunking.

Kabel
Puller

Langkah 4

 Pintalkan hujung kabel yang hendak ditarik
tadi dengan kabel Puller. Untuk memastikan
kabel tidak terlepas dari Puller bolehlah
dibalut dengan menggunakan loytape

Pintalkan

Langkah 5

 Tarik dengan berhati hati dari kotak base suis
agar kabel tidak terlepas dari puller. Jangan
sesekali merentap puller dengan kuat kerana
ini boleh menyebabkan kabel terluka

Tarik puller kebawah  Buka pintalan kabel pendawaian dengan
Langkah 6 kabel puller tadi. Kemudian keluarkan kabel
lebih kurang 10 inci dari kotak base suis untuk
Langkah 7 kerja tamatan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 27
Drp / Of : 35

3.6 JENIS, SAIZ KABEL DAN KEKUTUBAN
3.6.1 Kabel
Kabel merupakan alat yang sangat penting dalam pemasangan elektrik. Ia merupakan perantaraan
atau sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Oleh kerana
kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alat dan tempat yang berbeza-beza, kabel-kebel ini dibuat
berbagai jenis dan saiz bagi menyesuaikan dengan keperluan tersebut. Oleh itu pengguna
haruslah bijak semasa membuat pilihan supaya pilihan yang dibuat itu betul dan sesuai sebelum
kerja-kerja pemasangan dilakukan. Kesimpulan pilihan itu biarlah tidak merugikan, tidak
membahayakan dan cekap dari segi kemampuan membawa arus. Penebatan hendaklah terbaik
sehingga boleh mengelakkan kebocoran arus dalam arah-arah yang tidak dikehendaki, dan
dengan itu mengurangkan risiko kebakaran dan renjatan.

3.6.2 Istilah-istilah kabel
Terdapat berbagai-bagai istilah yang digunakan bagi maksud menjelaskan dengan lebih lanjut
dan tepat mengenai kabel, antaranya termasuklah :-

 Teras
 Sarung kabel
 Lembar
 Luas keratan rentas

i) Teras
Teras ialah pengalir yang dikelilingi oleh penebat ( pengalir bertebat ) tetapi
bukan bermaksud untuk perlindungan mekanik atau sebarang perlindungan lain.
Bilangan pengalir itu boleh jadi satu, dua atau beberapa lembar pengalir seperti
yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah.
Kelas teras kabel terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu :-
 Teras tunggal
 Teras
 Teras
 Berbilang teras

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 28
Drp / Of : 35

Rajah 15 : Jenis-jenis teras kabel
ii) Sarung Kabel

Merupakan lapisan kedua pembalut pengalir atau lapisan sesudah penebat pada
sesuatu pengalir.Sarung kabel boleh jadi dibuat daripada penebat atau logam seperti
plumbum, kuprum, aluminium dan sebagainya. Fungsi utamanya sebagai pelindung
mekanik dan pelindung kimia. Walaupun perlindungan yang diberikannya tidak begitu
kukuh tetapi sudah memadai untuk melindungi kabel yang dipasang pada tempat
yang tidak terlalu teruk bahaya mekanik dan bahaya kimianya.

Rajah 16 : Gambarajah Sarung

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 29
Drp / Of : 35

iii) Lembar
Merupakan bilangan pengalir pada sesuatu teras kabel. Kabel-kabel dibuat
berlembar supaya mudah dilentur dan mengurangkan kesan kekulitan di samping
dapat menambah daya kekuatan ( keteguhan ) kabel tersebut.

Mengikut Peraturan IEE 521-1, luas keratan rentas lembar pengalir yang kurang
daripada 10mm2 hendaklah dibuat daripada kuprum. Untuk kabel boleh
lentur,bilangan lembar yang biasa digunakan ialah seperti yang berikut
1,3,7,19,161,127 dan 16, 56, 84 dan 2257.

Sebagai contoh, kabel 7/1.04 mm dengan 7 bermakna bilangan lembar kabel
sementara 1.04 mm bermakna garis pusat setiap lembar itu ialah 1.04 mm.

Rajah 17 : Gambarajah Lembar
iv) Luas Keratan Rentas Pengalir

Jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir. Kabel-kabel yang biasa
digunakan sekarang ini lebih banyak diperkenalkan dalam ukuran

Rajah 18 : Gambarajah luas keratan rentas pengalir

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 30
Drp / Of : 35

3.6.3 Binaan Kabel / Bahagian-Bahagian Kabel

Sesuatu kabel itu dianggap sempurna apabila mempunyai tiga bahagian atau
sekurang-kurangnya dua bahagian. Jika syarat minimum ini tidak dapat dipenuhi, ia tidak boleh
disebut sebagai kabel tetapi hanya sesuai disebut pengalir atau dawai sahaja.

Bahagian-bahagian kabel :-
 Pengalir kabel
 Penebat kabel
 Perlindungan mekanik

i) Pengalir kabel
Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum dan aluminium. Tetapi
peraturan IEE telah menyatakan bahawa luas keratan rentas pengalir 10 mm²
atau kurang mestilah daripada jenis kuprum. Pengalir aluminium tidak dibenarkan
bagi luas keratan rentas tersebut kerana ia mudah patah semasa kerja
pendawaian dilakukan.
Pengalir dilembarkan sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91 atau 197 dan sebagainya
bertujuan mudah dilentur semasa kerja-kerja pendawaian.

Terdapat 2 cara untuk menyatakan ukuran sesuatu saiz kabel iaitu:

 Dengan secara bilangan lembar dan garispusat setiap lembar (cth;

7/1.04mm).

 Dengan menyatakan secara luas keratan rentas keseluruhan pengalir kabel

(cth ; 6 mm² ) – 7 menunjukkan mempunyai 7 lembar.
 7/1.04mm

1.04mm menunjukkan garispusat setiap

lembar.

 6mm² – menunjukkan luas keratan rentas

keseluruhan pengalir.

 Bagi menentukan ukuran sesuatu kabel atau bagi menukar salah satu bentuk

ukuran kabel boleh digunakan formula berikut :
 Luas keratan rentas ( area ) = π J² x lembar.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 31
Drp / Of : 35

 Nota : J² ditukarkan kepada ( garispusat /2 )² kerana garispusat adalah

separuh daripada jejari.

 Luas keratan rentas ( area ) = π ( gp /2 )² x lembar.

 Contoh pengiraan.
 Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04mm dan tukarkan saiz tersebut dalam

bentuk luas keratan rentas. π ( gp /2 )²
 Luas keratan rentas ( area ) =

= 3.142 x

( 1.04/2 )² x 7

= 3.142 x

( 1.08/4 ) x 7

= 3.142 x

0.27 x 7

=

5.94mm² @ 6mm²
 Bilangan lembaran pengalir; ( contoh : 7/1.04 mm )
 Luas keratan rentas keseluruhan pengalir ; ( contoh : 6.0 mm2 )

 Rintangan sesuatu pengalir bergantung kepada :-
 Luas muka keratan
 Panjang pengalir
 Jenis bahan pengalir
 Suhu

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 32
Drp / Of : 35

3.7 Faktor-faktor pemilihan kabel
Diantara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu memilih sesuatu jenis kabel
yang hendak digunakan adalah seperti berikut :-
 Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap, ini bermakna saiz
kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan
kabel. Di samping itu susutan voltannya tidak melebihi 4% voltan bekalan sepertimana yang
dinyatakan dalam peraturan IEE B23.
 Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat kabel yang
dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat ia hendaklah dipasang. Setiap
penebat mempunyai suhu maksimum yang ia mampu bertahan, misalnya p.v.k sesuai untuk
suhu dari 0°C hingga 65°C. Suhu yang lebih atau kurang daripada nilai ini akan
menyebabkan p.v.k rosak. Jadi keselamatan kabel yang dilindunginya akan tergugat dan
seterusnya akan mendatangkan bahaya kepada pengguna kabel tersebut.
 Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya berharga murah. Terdapat beberapa jenis kabel
mempunyai keupayaan, kecekapan dan keselamatan yang hampir sama tetapi harganya
berbeza-beza. Untuk menjimatkan belanja eloklah diberi keutamaan kepada kabel yang
harganya murah.
 Kapasiti sesuatu kabel itu membawa arus bergantung kepada faktor-faktor yang berikut :-
 Suhu ambien
 Jenis alat perlindungan
 Kedudukan
 Kumpulan
 Jenis pengalir atau penebat

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 33
Drp / Of : 35

3.8 Pengenalan bagi kabel bukan boleh lentur

Warna campuran hijau dan kuning untuk pengalir perlindungan sahaja. Bagi kabel pvc,
getah, pvc berperisai dan penebat mineral teras tunggal, 2 teras atau berbilang teras
cara pengenalan adalah secara berikut :-

Fungsi Kabel Pengenalan Warna
Pengalir perlindungan Hijau dan kuning
Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar tiga fasa Merah
Fasa Y bagi litar tiga fasa Kuning
Fasa B bagi litar tiga fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai a.t. Merah
Negatif bagi litar 2, 3 dawai a.t. Hitam
Negatif bagi litar 3 dawai a.t. Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai a.t. Hitam

Bagi kabel penebat kertas pengenalan kabel menggunakan kod teras seperti jadual
dibawah.

Fungsi Kabel Pengenalan Kod
Fasa R bagi litar tiga fasa 1
Fasa Y bagi litar tiga fasa 2
Fasa B bagi litar tiga fasa 3
Pengalir neutral 0

3.9 Pengenalan bagi kord dan kabel boleh lentur

Bagi kord dan kabel boleh lentur pengenalan adalah seperti berikut :-

Bilangan Teras Fungsi teras kabel Pengenalan warna
1, 2 dan 3 Pengalir fasa Coklat
Pengalir neutral Biru
Pengalir perlindungan Hijau kuning

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 34
4 atau 5 Drp / Of : 35

Pengalir fasa Coklat atau hitam
Pengalir neutral Biru
Pengalir perlindungan Hijau kuning

3.10 Peraturan MS IEC 60364 bagi kabel
3.10.1 Peraturan MS IEC60364 Kabel Umum
 Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas pengalirnay 10mm2 atau kurang,
maka pengalirnya hendaklah daripada kuprum.
 Kadaran voltan bagi setiapkabel mestilah tidak kurang daripada voltan nominal
(bekalan) atau voltan yang ditetapkan.
 Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang daripada arus maksima
yang mengalir dalam kabel.
 Susutan voltan bagi setiap kabel mestilah tidak melebihi 4% daripada voltan
nominal atau bekalan ketika arus beban penuh.
 Setiap pengalir kabel yang disambung secara selari dari satu litar akhir mestilah
sama dari segi jenisnya, luas keratan rentas, panjang dan kedudukan pendawaian.

3.10.2 Peraturan IEE Kord dan Kabel Boleh Lentur (penggunaan)
 Kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua alat elektrik berkadaran
kurang daripada 3kW.
 Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir
perlindungan litar, oleh itu satu pengalir perlindungan litar berasingan mesti di adakan.
 Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pendawaian tetap kecuali
ia sependek yang mungkin.
 Pada keadaan yang terdedah kord dan kabel boleh lentur hendaklah seberapa
penndik yang boleh dan mesti dilindungi dari kerosakan mekanikal.
 Kord boleh lentur yang bersambung pada ros siling atau pemegang lampu mestilah
mempunyai cengkaman yang kuat atau sebarang cara pelepasan ketegangan.
 Berat maksima yang boleh ditanggung oleh kord boleh lentur adalah seperti berikut :-

Lembaran dan Luas keratan Berat
garispusat rentas maksima
16/0.2 mm 0.5 mm2
24/0.2mm 2 kg
32/0.2mm 0.75 mm2 3 kg
1.0 mm2 5 kg

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(3/10) Muka Surat / Page : 35
SOALAN / QUESTION : Drp / Of : 35

1. Apakah maksud pengalir?
..............................................................................................................................................................
............................................................................................................

2. Nyatakan 2 jenis kabel yang digunakan dalam pendawaian domestik?
..............................................................................................................................................................
............................................................................................................

RUJUKAN / REFERENCE :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik,
Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth
Edition) Institution of Electrical Engineers.
6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif
7. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional) Oleh; Abd. Samad Bin Haji
Hanif Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.
Bhd. ISBN 967-902-285-4


Click to View FlipBook Version