The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENGENAL PASTI SPESIFIKASI DAN PROSEDUR PENDAWAIAN
TIGA FASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59165499, 2021-07-08 10:21:07

K1 MENGENAL PASTI SPESIFIKASI DAN PROSEDUR PENDAWAIAN TIGA FASA

MENGENAL PASTI SPESIFIKASI DAN PROSEDUR PENDAWAIAN
TIGA FASA

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,
MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 1

KOD DAN NAMA EE 320-3-2012
PROGRAM / THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE &
NAME LEVEL 3

TAHAP / LEVEL EE-320-3:2012-C02
THREE PHASE WIRING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY THREE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND
AKTIVITI KERJA / WORK PROSEDURES
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. IDENTIFY THREE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIALS

3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING SISTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SISTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE THREE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

NO KOD / CODE NO. EE 320-3-2012- C02/P(1/10) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 32

TAJUK / TITLE : PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK
TUJUAN / PURPOSE :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih-pelatih tentang cara dan
langkah menjalankan pendawaian elektrik 3 fasa.

PENERANGAN / INFORMATION :

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :1
Drp / of : 32

SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

Sistem bekalan ulang-alik (AU) 3 fasa (400 V) adalah satu sistem bekalan AU yang
mempunyai 3 fasa yang dikendalikan dalam 2 bentuk sambungan iaitu sambungan Bintang dan
Delta. Sambungan Bintang mempunyai 3 talian fasa dan satu talian neutral yang dikenali sebagai 3
fasa-4 dawai manakala sambungan Delta mempunyai talian 3 fasa tanpa talian neutral yang
dikenali sebagai 3 fasa-3 dawai.

Sistem satu fasa hanya boleh diperolehi daripada sambungan bintang sahaja kerana
sambungan bintang mempunyai neutral. Sistem satu fasa adalah satu sistem bekalan AU yang
mempunyai satu talian fasa dan juga satu talian neutral. Setiap fasa pada sambungan bintang akan
disambung dengan neutral untuk mendapatkan sistem satu fasa manakala sistem tiga fasa boleh
diperolehi daripada kedua-dua sambungan Bintang dan Delta. Dibawah adalah contoh sambungan
Bintang dan juga Delta.

Talian-Talian

Sistem Sistem Sistem
1 fasa (Y) 1 fasa (B)
Sistem 3 fasa 1 fasa (R) (R) (R)

Sambungan Delta Sistem 3 fasa

Sambungan Bintang

Rajah : Sistem Bekalan Kuasa 3 Fasa dan 1 Fasa

KELEBIHAN SISTEM 3 FASA BERBANDING 1 FASA
1. Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelenggaraan. Bagi membekalkan
sejumlah kuasa yang sama dengan sistem 1 fasa, penjimatan beban pengalir untuk
kehilangan tembaga yang sama dapat dilakukan kerana keperluan kuprum dapat
dikurangkan.
2. Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini menyebabkan struktur
penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang agak jauh diantara penyokong.
3. Motor 3 fasa mempunyai kendalian kendiri yang lebih baik kerana kuasa seketikanya lebih
stabil dan tetap. Ini tidak berlaku dalam sistem 1 fasa.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :2
Drp / of : 32

4. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem 3 fasa lebih tinggi berbanding sistem satu fasa.
5. Motor 3 fasa mempunyai faktor kuasa dan kecekapan yang lebih baik dan saiz yang lebih

kecil, bagi keluaran yang sama berbanding motor 1 fasa.
6. Daya kilas yang dihasilkan oleh motor 3 fasa adalah tetap sementara daya kilas motor

aruhan satu fasa berbentuk dedenyut.
7. Alatubah 3 fasa adalah lebih ringan, kecekapan lebih baik dan lebih murah.

SISTEM 3 FASA

Sistem 3 fasa adalah sistem yang mempunyai 3 sumber voltan yang sama magnitudnya yang
dihasilkan oleh 3 gegelung pengalir yang disusun dengan perbezaan sudut fasa 120°. Dalam sistem
AU 1 fasa, apabila gegelung diputarkan dan memotong urat daya magnet di antara kutub utara dan
kutub selatan stator, voltan AU akan terjana.

Jika terdapat lebih daripada satu gegelung diputarkan pada aci yang sama dan memotong urat
daya magnet yang sama, voltan AU akan terjana mengikut bilangan gegelung yang diputarkan.
Setiap voltan yang dihasilkan mempunyai magnitude gelombang yang sama tetapi mempunyai
beza fasa tertentu antara satu sama lain.

Sistem yang mempunyai lebih daripada satu gegelung yang dapat menjana tiga voltan atau
daya gerak elektrik yang sama amplitude dan mempunyai anjakan fasa 120°. Biasanya 3 fasa ini
dilabelkan sebagai Merah (Red-R), Kuning (Yellow-Y) dan Biru (Blue-B).

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :3
Drp / of : 32

1. MENGENAL PASTI PENDAWAIAN TIGA FASA SPESIFIKASI DAN PROSEDUR

1.1 PROSEDUR LAWATAN TAPAK DAN PENILAIAN

Lawatan Tapak
Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:-
i. kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan;
ii. permintaan beban maksimum;
iii. bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga;
iv. jenis pendawaian; dan
v. susunatur kelengkapan.

RAJAH : 1

Rajah 1: Menunjukkan Carta Aliran Prosedur Lawatan Tapak Dan Penilaian Kediaman Bekalan
Tiga Fasa

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :4
Drp / of : 32

1.2 TEKNIK MENGHASILKAN SUSUNATUR LUKISAN

1.2.1 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan
pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan.
Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang
lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu bangunan. Ia
dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang sesuai dengan
menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam plan susunatur
ini ialah 1:100.
Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang
dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan
diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan
peralatan di masa hadapan.
Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis
dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan
agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan
adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan tepat
seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan sebagainya.

Rajah 2 : Gambarajah Susunatur

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :5
Drp / of : 32

1.2.2 Gambarajah Pendawaian (Wiring Diagram)
Gambarajah ini menunjukkan bentuk kumpulan dan sambungan kabel pendawaian yang
sebenar. Bentuk perjalanan kabel dan kedudukan komponen perlulah dikekalkan sama
dengan keadaan sebenar. Tujuan gambarajah ini adalah untuk memberi kemudahan
kepada pekerja pendawaian melakukan kerja serta menyurih nya untuk mencari
kerosakan litar atau membuat tambahan litar. Gambarajah litar pendawaian lampu dan
soket alir keluar (SAK) tidak perlu disediakan dalam pemasangan rumah dan industri
kerana ianya mudah dilakukan. Diantara litar-litar pendawaian ini ialah:-
i. Litar lampu dengan kawalan suis sehala, suis dua hala dan suis pertengahan.
ii. Litar SAK 13A (litar jejari)
iii. Litar SAK 13A (litar gelang)
iv. Litar SAK 15A.
v. Litar penghawa dingin.
vi. Litar pemanas air.

Rajah 3: Gambarajah Litar Pendawaian Lampu Dan Soket

Tetapi bagi litar pendawaian yang rumit dan kompleks seperti pemasangan panel
kawalan penghidup motor atau kawalan lampu yang rumit, gambarajah pendawaian perlu
disediakan. Tanpa bantuan gambarajah ini, sambungan litar tidak dapat dilakukan
dengan baik dan kemungkinan akan berlaku kesilapan sambungan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :6
Drp / of : 32

Rajah 4: Gambarajah litar pendawaian kawalan motor

2.3 Gambarajah Satu Garisan (Single Line Diagram)

Gambarajah ini digunakan untuk menunjukkan susunan turutan asas unit kawalan dan
pengagihan bekalan kepada beban-beban dalam sesuatu pemasangan elektrik. Setiap
blok akan mewakili satu litar beban. Pada pemasangan elektrik, gambarajah ini
diperlukan bagi merancang keperluan, pendawaian terutamanya pada pemasangan yang
besar dan mempunyai panel kawalan. Umumnya, gambarajah ini merupakan gambaran
asas yang ringkas bagi menunjukkan kawalan dan pembahagian sesuatu litar elektrik
kepada beberapa unit agar mudah di fahami. Ia juga dapat menunjukkan laluan
perjalanan sesuatu sistem pendawaian. Dengan ini panjang dan saiz kabel yang
digunakan dapat dianggarkan dengan tepat.Ketika melukis gambarajah ini, anak panah
arah aliran perlu dilukis dengan nama atau tugas setiap bahagian dicatitkan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :7
Drp / of : 32

Rajah 5: Gambarajah satu garisan
Rajah 6: Gambarajah Satu Garisan Pepasangan Litar Motor

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :8
Drp / of : 32

2.5 Gambarajah Skematik (Schematic Diagram)

Gambarajah ini digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik secara
urutan logik dan mudah. Ia juga menunjukkan kaedah pengagihan dan perpindahan
tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau beban.Sambungan
beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami. Contoh:-
i. 3 – 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan P

menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour.

ii. 2 – 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w.

iii. (M) – menunjukkan lampu dari jenis mercury/ raksa.

Gambarajah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan arus
litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada pemasangan
elektrik.
Aturan melukis gambarajah skematik hendaklahmengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

i. Semua alat lengkap dan komponen perlulah dilukis dalam bentuk simbol piawai
pada ukuran yang sesuai.

ii. Nama dan kadaran setiap alat lengkap atau komponen perlulah ditulis
berhampiran dengannya.

iii. Jarak diantara alat lengkap atau komponen adalah 2 – 3 sm, berdasarkan saiz
kertas yang digunakan.

iv. Setiap litar kecil akhir perlulah ditulis nombor.
v. Setiap alat perlindungan perlulah ditulis kadarannya dengan jelas berhampiran

dengannya.
vi. Jumlah fius atau pemutus litar akan menentukan saiz kotak agihan yang

digunakan.
vii. Nama kotak agihan, bilangan kutub, bilangan hala dan jenis binaannya hendaklah

ditulis berhampiran kotak.
viii. Setiap kabel perlulah ditulis saiz dan jenisnya
ix. Setiap litar-kecil-akhir perlu ditulis beban, kadaran arus / kuasa dan bilangan

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :9
Drp / of : 32

Rajah 7: Gambarajah Skematik Tiga Fasa

2.5.1 Petunjuk Lukisan (Drawing Legend)
Petunjuk digunakan bagi membantu melaksanakan tugas dengan sempurna. Petunjuk
digambarkan dengan menggunakan simbol-simbol elektrik yang lengkap dengan
keterangan dan kuantiti.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :10
Drp / of : 32

Rajah 8: Petunjuk Lukisan

3.0 JENIS-JENIS PENGALIR

3.1 Pengalir
Pengalir adalah bahagian kabel yang berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. Bilangan
pengalir itu boleh jadi satu, dua atau tiga atau beberapa lembar mengikut keperluan
kegunaannya. Pengalir lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam. Tidak semua jenis
logam boleh digunakan sebagai pengalir, kerana setiap jenis mempunyai kerintangan yang
berbeza dan boleh mempengaruhi aliran arus. Untuk dijadikan pengalir yang baik
hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai kerintangan rendah. Ianya mudah
membawa aliran arus. Pengalir yang kerap digunakan dalam pembinaan kabel dipilih dari
bahan kuprum dan aluminium.

3.1.1 Kuprum
Merupakan bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah dibentuk. Selain itu harganya
yang sederhana. Oleh kerana ia mudah dilentur dan dibentuk, kabel berpengalir kuprum
paling sesuai untuk kabel pendawaian dalam rumahatau di luar rumah bagi

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :11
Drp / of : 32

pemasangan tetap. Selain itu kuprum keras yang mempunyaiketegasan tertinggi ini
digunakan untuk pengalir talian rentangan atas yang lazimnyatidak bertebat

3.1.2 Aluminium
Merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikit daripada
kuprum. Untuk dijadikan pengalir, luas keratan rentasnya hendaklah tidak kurang daripada
10mm. Aluminium lebih ringan daripada kuprum dan dianggarkan 1/3 berat daripada berat
kuprum di samping harganya lebih murah.

4.0 Jenis-jenis kabel
• PVC kabel – Poly Vinyl Chloride.
• PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Steel Wire Armoured-PVC).
• XLPE – Cross Line Poly Ethylene.

4.1 PVC kabel – Poly Vinyl Chloride ( PVC Kabel-kabel penebat pvk atau getah
bersalut pvk / getah )

Rajah 9: Binaan Kabel PVC

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestic dan kabel
perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan termasuk pada semua jenis pendawaian
alat-alat elektrik dan alat-alat kawalan. Kabel PVC ini mempunyai ketahanan
terhadap minyak, kebanyakan jenis asid dan alkali serta tidak menggalakkan
kebakaran. Penebat atau penyalut jenis PVC ini boleh digunakan ke tahap suhu
sekeliling 65C dan terdapat juga jenis yang istimewa dimana boleh digunakan pada
suhu 130C untuk masa yang singkat. Walaubagaimanapun terdapat juga
keburukan kabel jenis ini iaitu pada suhu dibawah 0C, penebat pvc ini akan menjadi
retak dan pecah apabila dibengkokkan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :12
Drp / of : 32

4.2 PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Steel Wire Armoured-PVC)
( Kabel penebat pvk berperisai (pvc/swa/pvc) – armoured cable )

Rajah 10: Binaan Kabel PVC/SWA/PVC

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dan kabel
perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan. Mempunyai perisai sebagai
perlindungan mekanikal. Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan boleh
tahan panas sehingga 85°C. Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau
tembaga. Terdapat dalam beberapa teras iaitu :-
• 2 teras.
• 3 teras.
• 4 teras.
• Pelbagai teras ( multicore cable).

Kegunaannya :-
• Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan

rendah.
• Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah.
• Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
• Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .
• Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :13
Drp / of : 32

Terdapat 4 warna yang biasa digunakan :-
• Merah untuk Fasa Merah.
• Kuning untuk Fasa Kuning.
• Biru untuk Fasa Biru.
• Hitam untuk Neutral.

4.3 XLPE – Cross Line Poly Ethylene

Rajah 11: Binaan Kabel XLPE

Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene. Penebatnya dibuat dari bahan plastik yang
diberi nama “Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat plastik
pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir aluminium dan
tembaga.
Sebab menggantikan penebat plastik ialah :-
• Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara “Tool & Die” mengeliling

pengalir agar tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastik.
• Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya .
• Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain
• Tidak mudah menyerap air.
• Kehilangan daya elektrik adalah rendah.
• Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
• “Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini tidak

mudah berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba geseran
ataupun tarikan.
• Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :14
Drp / of : 32

Kegunaanya :-
• Kawasan pencemaran kimia dan minyak.
• Kawasan tidak rata atau tempat tinggi.
• Kawasan paya atau tanah berat

Panduan penerangan
• XLPE Power Cable – Federal Power & Telecoms Sdn Bhd.
• BS 6622 : 1985.
• IEC 502.

Pengalir dari jenis aluminium dan tembaga.

Kelebihan Kabel XLPE :-
• Mudah dibentuk apabila panas
• Lebih ringan
• Tidak menyerap air
• Kehilangan daya dielektrik rendah
• Harganya lebih murah
• Tidak mudah bertukar bentuk oleh geseran dsb.
• Tidak mudah cair jika terkena pelarut
• Suhu operasinya tinggi
• Kekuatan fizikal dan mekanikalnya tinggi
• Sehingga 69kV

Kelemahan Kabel XLPE
• Keras berbanding dengan paper dan PVC, oleh itu susah untuk dibengkokkan
• Bentuknya bulat, tidak sectorial, oleh itu saiz kabel menjadi lebih besar

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :15
Drp / of : 32

5.0 FUNGSI KABEL DAN PENGENALAN WARNA MENGIKUT STANDARD MS IEC 60364

FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA
Pengalir perlindungan Hijau dan kuning
Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah
Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam
Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam

Jadual 1: Pengenalan warna kabel

6.0 JENIS-JENIS PERANTI PERLINDUNGAN

Pengasing yang diperlukan hendaklah mempunyai suis berangkai yang sesuai untuk
kendalian atau menggunakan pemutus litar yang disusun agar ia dapat memutuskan semua
pengalir litar bekalan di pemasangan itu. Perlindungan lebihan arus yang hendak di buat
hendaklah dengan menggunakan fius atau pemutus litar yang dipasang pada setiap dawai
hidup pengalir bekalan itu. Setiap perlindungan lebihan arus hendaklah sesuai untuk menahan
arus litar pintas yang berlaku

6.1 Pemutus Litar Bocor Kebumi ( ELCB )

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar
dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis
hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.
RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A,
40A, 63A and 80A . serta arus kendalian 30mA, 100mA and 300mA

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :16
Drp / of : 32

Rajah 12: Pemutus Litar Bocor Kebumi
6.2 Pemutus Litar Jenis Miniatur
Disebabkan jenis ini berukuran kecil, maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar miniatur.
Bentuknya seakan-akan suis tumbler biasa, bezanya cuma dari segi ukuran dan bentuknya
sahaja (4 segi panjang). Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk
beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus.
Pemutus litar ini terbahagi kepada dua iaitu :

a) Tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan
b) Boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan beban

yang sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya seperti motor dan
sebagainya.
Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfunsi sebagai pelindung lebihan
kepanasan supaya belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada
sesebuah motor dan sebagai pengasing daripada kebocoran arus ke bumi pada sesebuah
pemasangan.

Rajah 13: Kadaran arus dari 2-63A.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :17
Drp / of : 32

6.3 Fius
Fius ialah nama peranti yang menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur apabila
arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan seterusnya litar akan
terputus (mematikan bekalan elektrik). Kadaran fius ini bergantung kepada jenis bahan
unsur yang digunakan, luas keratan rentas dan panjang sesuatu bahan.
6.3.1 Jenis fius
i) Fius Dawai Semula [ BS 3036 ]
ii) Fius Katrij [ BS 1362 ]
iii) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi [ BS 88 / BS 1362 ]

Rajah 14 : Menunjukkan contoh fius

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :18
Drp / of : 32

7.0 JENIS PENDAWAIAN TIGA FASA
1. Sistem pendawaian permukaan merupakan kaedah pemasangan yang popular pada
satu masa dulu, terutamanya pada rumah kediaman di kampung-kampung.
Pemasangan kabel dilakukan pada permukaan dinding dan siling secara terbuka.
Kabelnya hanya diklipkan secara permukaan tanpa sebarang pelindung tambahan.
2. Kesesuaian pemilihan sistem ini berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan
seperti berikut,
- Bangunan dibuat daripada kayu atau batu
- Memerlukan bekalan voltan fasa tunggal
- Bilangan litar kecil akhir yang sedikit
- Kabel yang dipasang tidak begitu banyak
- Kurang risiko berlaku kerosakan mekanikal
- Kerja pemasangan dibuat dalam masa yang singkat
- Kos pembiayaan pemasangan yang rendah
- Beban kuasa yang digunakan kecil

Pemilihan Kabel
1. Kabel yang dipasang dalam sistem ini akan sentiasa terdedah kepada keadaan

persekitaran dan kemungkinan mudah mengalami kerosakan mekanikal.
2. Kabel jenis bertebat dua lapis dipilih untuk pemasangan ini. Kabelnya bersalut dengan

pvk dan dibahagian luarnya disarung pula dengan lapisan pvk kedua dan ini
menjadikan tebatan dua lapisan. Sarung lapisan luar dapat memberi perlindungan
kepada pengalir daripada terus mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan
daripada luar.

7.1 Sistem Pendawaian Konduit
1. Sistem pendawaian konduit menggunakan paip konduit sebagai penghalaan

pendawaiannya. Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka
keseluruhan kerja pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan konduit.
Kabel akan disalurkan ke dalam konduit hingga ke punca-punca tamatannya.
2. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang
disenaraikan seperti berikut,
- Bangunan komersial, kilang dan juga kedai-kedai.
- Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau

mekanikal.
- Memerlukan voltan bekalan fasa tunggal dan 3 fasa.
- Beban kuasa yang digunakan adalah besar.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :19
Drp / of : 32

Sistem Pendawaian Sesalur
1. Sistem pendawaian sesalur yang menggunakan sesalur lazimnya untuk memuatkan

kabel yang banyak dan lebih jimat berbanding menggunakan konduit yang
memerlukan banyak konduit untuk digunakan.
2. Sesalur boleh didapati dalam bentuk persegi memanjang dengan pelbagai saiz serta
aksesori pemasangan.Terdapat sesalur diperbuat daripada bahan logam besi dan
juga pvk.
3. Pemasangan sesalur logam di bahagian penyambungan akan dipasang dengan jalur
tembaga untuk memastikan keterusan pembumian yang lancar.

Sistem Pendawaian Tersembunyi
1. Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam dinding atau

di atas siling bangunan atau rumah. Penghalaan pendawaian tidak dapat dilihat
kecuali bahagian hujung tamatan untuk sambungan ke aksesori seperti soket
keluaran, mata lampu, kipas dan suis.
2. Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya kabel-kabel akan
ditempatkan pada lurah yang dibuat khas bersama perlindungan seperti konduit,
kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan kemas dan
cantik.
3. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang
disenaraikan seperti berikut,
- Pendawaian dan pemasangan untuk bekalan satu fasa dan tiga fasa.
- Bangunan diperbuat daripada batu-bata atau blok.
- Kekemasan bangunan atau rumah yang cantik tanpa melihatkan kabel-kabel

pendawaian.
- Pemasangan cara ini dapat melindungi kabel daripada kerosakan mekanikal.

Dulang Kabel ( Cable tray)
Sistem kabel dulang digunakan untuk menyokong terlindung kabel elektrik yang digunakan
untuk pengagihan kuasa dan komunikasi.Dulang kabel digunakan sebagai alternatif kepada
pendawaian terbuka atau sistem saluran elektrik, dan biasanya digunakan untuk pengurusan
kabel dalam pembinaan perdagangan dan perindustrian.Mereka adalah sangat berguna dalam
situasi di mana perubahan kepada sistem pendawaian dijangkakan, sejak kabel baru boleh
dipasang dengan meletakkan mereka dalam dulang, bukan menarik mereka melalui paip.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :20
Drp / of : 32

Underground Cabling
Tiga jenis kabel boleh dipasang di bawah tanah:
1. Berperisai atau logam bersarung atau kedua-duanya
2. P.V.C. terlindung jenis sepusat. Kabel sedemikian akan mempunyai neutral (dan mungkin
konduktor pelindung) sekitar konduktor fasa. Satu contoh yang ditunjukkan dalam {Rajah 4.1
(c)}.
3. Mana-mana kabel yang sesuai disertakan dalam pembuluh atau saluran yang memberikan
sekurang-kurangnya tahap yang sama perlindungan mekanikal sebagai kabel perisai.

Tiada keperluan khusus untuk kedalaman pengkebumian diberikan dalam
Peraturan-Peraturan, kecuali bahawa kedalaman harus mencukupi untuk mengelakkan
sebarang gangguan tanah semunasabahnya mungkin berlaku semasa penggunaan biasa
premis. Oleh itu, kabel untuk outbuildings dipasang di bawah jalan yang konkrit boleh pada 400
mm, manakala jika berjalan melalui ruang tanaman yang boleh tertakluk kepada
menggandakan menggali akan menjadi kurang berkemungkinan untuk gangguan jika
dikebumikan di 700 mm. Untuk padang kafilah, kabel perlu dipasang di luar kawasan padang,
kecuali sesuai dilindungi, untuk mengelakkan kerosakan oleh pasak khemah atau sauh bumi.

Kabel mesti dikenal pasti oleh pita sesuai atau penanda di atas kabel, supaya menggali
sesiapa akan menjadi menyedari kehadiran kabel. Meliputi kabel juga boleh menawarkan
kedua-dua pengenalpastian dan perlindungan seperti yang ditunjukkan dalam {Rajah 7,22}.

Ia sering berguna untuk meletakkan penanda kabel pita kuning hanya di bawah paras tanah
supaya ini akan didedahkan dengan menggali sebelum kabel dicapai. Lukisan berhati-hati juga
perlu dibuat untuk menunjukkan lokasi sebenar kabel dikebumikan, lukisan itu akan
membentuk sebahagian daripada manual pemasangan

Rajah 15: kabel bawah tanah

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :21
Drp / of : 32

8.0 ASSESORI TAMBAHAN
8.1 Soket Keluaran
Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa arus yang tetap
dan disambung kepada pemasangan pendawaian tetap.Kegunaannya adalah untuk
membolehkan alat elektrik mudah-alih disambung ke litar akhir dengan menggunakan palam
yang sesuai. Contoh soket keluaran adalah seperti :
i) Soket keluaran 3 pin 13A (suis soket outlet - S/S/O 13A)
ii) Soket keluaran 3 pin 15A (suis soket outlet - S/S/O 15A)
iii) Soket keluaran 3 pin 15A (soket outlet - S/O 15A) tanpa suis)

S/S/O Jenis 3 pin 13A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 5A BS

S/S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363

Rajah 16 : Menunjukkan contoh soket keluaran S/S/O dan S/O

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :22
Drp / of : 32

8.2 Suis
Suis ialah satu alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus litar
secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai yang digunakan dipemasangan
domestik mengikut piawai BS 3676. Suis yang terdapat dalam sistem fasa tunggal
mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub
tunggal yang digunakan pada masa ini berbeza-beza dari segi bentuk, kawalan dan
sebagainya. Diantaranya adalah seperti berikut :
i) Suis satu hala.
ii) Suis dua hala
iii) Suis perantaraan

Rajah 16: Menunjukkan contoh suis

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :23
Drp / of : 32

9.0 STANDARD AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK

i. Energy Commission Act 2001

Akta 610
AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan
Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia
aktiviti pembekalan tenaga di Malaysia, dan menguatkuasakan
undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi perkara-perkara yang

berkaitan dengannya.

ii. Electricity Supply Act 1990 (Act 447)

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PEPASANGAN,
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA

PENGENDALIAN, DAN PENYELIAAN ELEKTRIK :

Akta ini diwartakan pada 1990 sebagai satu panduan kepada perlaksanaan dan sebagai
peruntukan kepada mengawal selia industri pembekalan elektrik dari segi harga dan
perlesenan kepada mana – mana pepasangan elektrik di samping kepada operasi loji yang
mengunapakai bekalan elektrik.

Berikut disenaraikan Seksyen-Syeksen yang mana didalamnya terkandung maklumat serta
panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja PEPASANGAN,
PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada buku Akta Bekalan
Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, baca perkara dan keterangan tajuk utama
pada bahagian yang berkaitan dan lihat pada nombor seksyen dibahagian sebelah kirinya.
Berpandukan nombor seksyen tersebut cari dan baca secara terperinci huraian yang
terkandung di dalam Seksyen tersebut.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :24
Drp / of : 32

iii. Electrical Regulation 1994
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 AKTA 447

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN,
PENGENDALIAN, DAN PENYELIAAN ELEKTRIK :

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik
1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan
hendaklah, tertakluk kepada subperaturan (2), mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1994.

(2) Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut hendaklah mula
berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996:
(a) peraturan 13;
(b) subperaturan 23(2), 23(3) dan 23(4);
(c) perenggan 78(2)(c);
(d) perenggan 78(3)(c};
(e) perenggan 78(4)(c);
(f) perenggan 78(5)(c);
(g) perenggan 81(c);
(h) perenggan 85(c);
(i) peraturan 88; dan
(j) peraturan 57.

Berikut disenaraikan Peraturan-Peraturan yang mana didalamnya terkandung maklumat serta
panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja PEPASANGAN,
PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada buku Akta &
Peraturan Elektrik, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian yang berkaitan
dan lihat pada nombor Peraturan dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan nombor tersebut
cari dan baca secara terperinci apa yang terkandung di dalam Peraturan tersebut.

iv. MS 1936:2006 / IEC 60364

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :25
Drp / of : 32

1. Definasi
Perkembangan pesat yang ditimbulkan oleh cabaran globalisasi memberi kesan besar
terhadap sistem perundangan industri di negara kita. Maka satu paiwaian khusus telah
dibentang diperingkat antarabangsa bagi mewujudkan paiwaian yang akan digunapakai di
Malaysia agar perkembangan industri Elektrik dan Elektronik di Malaysia sama taraf dan
sistem perundangan sejajar dengan peraturan-peraturan lain yang telah digunapakai
diperingkat antarabangsa.

2. Tujuan
Helaian ini memberi panduan yang lengkap kepada pelatih bagi memudahkan pelatih
merujuk buku peraturan Electrical Installation of Building-Paiwaian MS IEC 60364
supaya pelatih dapat memilih peraturan yang betul berkaitan dengan kerja-kerja
pepasangan,pengendalian dan penyelian elektrik.

Bab Tajuk Berkaitan M/S
2. Sistem Bekalan 2
3. 2.1 Spesifikasi Bekalan Elektrik 2
Pendawaian Elektrik 3
4. 3.1 Kehendak Perundangan 7
5. 3.2 Merancang Kerja-kerja Pendawaian 7
3.3 Ciri-ciri Pepasangan Elektrik Pengguna 10
3.4 Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian
3.5 Lampu 15
17
Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian 18
3.6 Soket Alir Keluar
19
Litar Akhir Bagi Soket Alir Keluan 13 Amp 19
Sistem Kawalan dan perlindung Pendawaian Elektrik 19
4.1 Pengasingan dan Pensuisan 12
4.2 Perlindungan
Pemilihan Kabel

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :26
Drp / of : 32

5.1 Pemilihan Jenis Kabel Pendawaian 22

5.2 Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan 22

Keupayaan Membawa Arus Kabel

5.3 Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas 23

5.4 Minimum Konduktor Pendawaian 23

Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas

Minimum Konduktor Perlindung Berbanding

Dengan Luas Rentas Konduktor Fasa

5.5 Fungsi Dan Pengenalan Warna Kabel Bukan 24

Boleh Lentur

5.6 Kabel Boleh Lentur 24

5.7 Fungsi Dan Pengenalan Warna Kabel Boleh 25

Lentur

5.8 Penebat Konduktor Dan Jenis 25

Pendawaian

6. Aksesori Elektrik 26
7. 26
6.1 Pemilihan Eksesori Pendawaian 29
8. 29
Pembumian Pendawaian Elektrik 29
30
7.1 Pembumian 31
31
7.2 Pembahagian Pembumian 32
32
7.3 Jenis Dan Fungsi Asesori Pembumian 32

7.4 Penyusunan Pembumian Menggunakan TT 33
33
7.5 Sistem 33
43
7.6 Bahagian-bahagian Yang Perlu Di Bumikan

7.7 Bahagian-bahagian Yang Tidak Perlu Di

7.8 Bumikan

Penamatan Di Bumi

Rintangan Elektrod Bumi

Pemeriksaan Dan Ujian Pendawaian Elektrik

8.1 Kehendak Perundangan

8.2 Pengujian

Lampiran I Keperluan Keselamatan

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :27
Drp / of : 32

Lampiran II Jadual Keupayaan Membaw Arus 49
Lampiran III Jadual Voltan Susut 50
Lampiran IV Contoh Pengiraan Voltan Susut(Vd) 51
Lampiran V Borang G(Perakuan Penyelian dan
Penyiapan) 52
Lampiran VI Borang H(Perakuan Ujian) 54
LampiranVII Simbol 56
LampiranVIII Alamat –Alamat Pejabat Suruhanjaya 57

Arahan :
Pelatih akan diberi buku Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman yang
disediakan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai panduan bagi memberi kemudahan untuk merujuk
peraturan Electrical Installation of Building-Paiwaian MS IEC 60364.

v. MS 1979: 2007(COP) Electrical Installation of Buildings - Code of Practice (COP)

Malaysian Standard telah pun dibangunkan berdasarkan kepada bahan sumber yang terkandung di
dalam panduan MS lEe 60364 tentang pemasangan elektrik pada bangunan. Dalam menyatakan
keperluan keselamatan kepada pengguna (tanpa makluman), standard ini menyebutkan dengan
jelas amalan berkaitan dengan pemasangan elektrik pad a bangunan untuk rumah kediaman dan
tempat tinggal. Tambahan pula, standard ini juga membincangkan contoh tertentu bila dan di mana
bentuk lain bagi pemasangan elektrik voltan rendah (LV) memberi kesan terhadap keselamatan
pengguna tanpa makluman; selagi bekalan elektrik awam LV adalah daripada sistem TT dan
pemasangan tidak bercanggah dengan yang diperintahkan oleh jurutera elektrik rekabentuk
profesional. Sembilan puluh satu kod amalan membentuk standard ini dengan setiap amalan
mempunyai nombor rujukan tersendiri. Urutan kemunculan dalam senarai amalan secara umumnya
mengikut aliran empat belas isu seperti yang dibincangkan dalam panduan MS lEc 60364
berkenaan pemasangan elektrik pad a bangunan. Setiap daripada kod amalan adalah penyataan
ringkas berhubung keperluan berkaitan seperti yang ditetapkan oleh pertimbangan keselamatan
elektrik untuk perlindungan pengguna; seperti mana norma industri Malaysia dan bagi setiap
peraturan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :28
Drp / of : 32

vi. Based on latest instruction by regulatory body

Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta Bekalan Elektrik dan
Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung segala peruntukan bagi
pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah,
pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan
kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan
penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

DEFINASI AKTA BEKALAN ELEKTRIK

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan
hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2) Akta ini hendaklah terpakai seluruh Malaysia, walau bagaimanapun Menteri
boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau
mana-mana peruntukan Akta di mana-mana negeri.

ALAT TAMBAH STANDARD
BS 476
Ros Siling BS 5042
BS 1363
Pemegang Lampu
BS 1363 & BS 1362
Soket Alur Keluar BS 546 & BS 646

Palam berfius dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 196

Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi
(a.u)
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar berpelindung 2 kutub
dengan sentuhan bumi

Palam dan soket alur keluar jenis yang terdapat di panggung BS 5550
wayang
Palam dan soket alur keluar jenis perusahaan BS 4343

Penyambung dan pengganding kabel BS 196, BS 1778 &
BS 4343

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :29
Drp / of : 32

10.0 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994

Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994
- JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEMENTERIAN SUMBER
MANUSIA
Mempunyai limabelas (15) bahagian
1. Permulaan (preliminary);
2. Perlantikan pegawai (appointment of officers);
3. Majlis negara bagi keselamatan &kesihatan (national council for osh);
4. Kewajipan am majikan & orang yang bekerja sendiri (general duties of
employers and self-employed persons
5. Kewajipan am perekabentuk, pengilang & pembekal (general duties of
designers, manufacturers and suppliers);
6. Kewajipan am pekerja (general duties of employees);
7. Organisasi keselamatan & kesihatan (safety and health organizations)
8. Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian; berbahaya, keracunan
pekerjaan & penyakit pekerjaan & siasatan (notification of accidents,
dangerous occurrence, occupational poisoning and occupational diseases
and inquiry);
9. Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan (prohibition against use of
plant or substance);
10. Tataamalan industri (industry codes of practice);
11. Penguatkuasaan & penyiasatan (enforcement and investigation);
12. Liabiliti bagi kesalahan (liability for offences);
13. Rayuan (appeals);
14. Peraturan-peraturan (regulations);
15. Pelbagai (miscellaneous).

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :30
Drp / of : 32

11. Keperluan kebenaran untuk memasuki tapak :
Green card / Safety passport

i. Apakah yang dimaksudkan dengan program kad hijau?

Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan
menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama
sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping
itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful
secara percuma.

ii. Apakah Kad Hijau?

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang
terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan.
Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran
yang dimilikinya.

iii. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Kad Hijau?

1. Terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan
2. Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
3. Berumur tidak kurang dari 16 tahun

iv. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kad Hijau?

• Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen
sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web CIDB
Malaysia. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat.

• Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi
Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan diserahkan
selepas pemohon menghadiri kursus ini.

v. Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Kad Hijau?

• Pembaharuan kad hijau boleh dibuat secara datang sendiri ke pejabat CIDB terdekat atau
melalui pos. Pemohon perlu mengisi Borang UPP1 dan lampirkan gambar, salinan kad
pengenalan/pasport dan permit serta bayaran yang diperlukan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :31
Drp / of : 32

• Bagi permohon yang berurusan di kaunter, kad baru akan diproses terus semasa pemohon
berurusan dikaunter. Permohonan yang dibuat oleh wakil akan diproses terus hanya jika
jumlah permohonan yang dikemukakan kurang dari lima.

• Jika pemohon memilih untuk berurusan melalui pos, bayaran hendaklah dibuat melalui wang
pos/bank draf/cek bank atas nama ’Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia’.
CIDB akan menghantar kad baru melalui pos.

vi. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Kad Hijau baru bagi menggantikan kad yang
telah hilang?

* Jika Kad Hijau yang hilang masih sah laku, anda boleh mendapatkan kad gantian dengan
mengemukakan kepada CIDB perkara-perkara berikut:

• Gambar berwarna terbaru berukuran gambar kad pengenalan
• Salinan kad pengenalan/salinan paspot dan permit kerja
• Bayaran denda RM 20.00

* Jika Kad Hijau yang hilang telah tamat tempoh sahlaku, prosedur untuk mendapatkan kad adalah
sama seperti prosedur membuat pembaharuan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :32
Drp / of : 32

SOALAN:
1. Terangkan keadah pemasangan sistem pendawaian salur?

2. Nyatakan 4 ciri-ciri pemilihan untuk membuat sistem pendawaian salur?

3. Terangkan jenis-jenis pendawaian tersembunyi yang anda tahu.
4. Terangkan kaedah yang patut dilakukan bagi pendawaian tersembunyi tanam kondiut.

RUJUKAN/REFERENCES:
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan

Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005.MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations

Of Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan

Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd
4. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,

Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers
5. Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.


Click to View FlipBook Version