KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,
MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 2
KOD DAN NAMA EE 320-3-2012
PROGRAM / THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 3
NO DAN TAJUK UNIT EE-320-3:2012-C02
KOMPETENSI / THREE PHASE WIRING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY THREE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND
AKTIVITI KERJA / WORK PROSEDURES
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. IDENTIFY THREE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND
NO KOD / CODE NO. MATERIALS
3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE THREE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT
EE 320-3-2012- C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 15
TAJUK/TITLE : MENGENALPASTI KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN PENDAWAIAN
TIGA FASA
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini menerangkan apakah jenis –jenis sistem pendawaian yang digunakan di
Malaysia dan bagaimanakah cara-cara pemasangannya serta aksesori peralatan pendawaian.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 2
Drp / Of : 15
MENGENALPASTI KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN PENDAWAIAN TIGA FASA
2.1 PROSEDUR PENDAWAIAN TIGA FASA
Sebagai seorang pendawai elektrik, persediaan awal hendaklah dibuat sebelum
menjalankan sesuatu kerja-kerja pendawaian agar kerja tersebut dapat disiapkan
mengikut prosedur dan dapat disiapkan dengan sempurnanya.
2.1.1 Standard Operational Procedure
Sebelum Pendawaian
1. Minta kebenaran daripada pengajar yang bertugas.
2. Pakai Pakaian keselamatan (PPE).
3. Pastikan peralatan tangan disediakan.
4. Pastikan litar skematik disediakan.
5. Pastikan tikar getah (rubber mate) tersedia.
6. Pastikan alatan pemadam api disediakan.
Semasa Pendawaian
a. Pastikan sambungan beban telah diputuskan (OFF)
b. Semua alat perlindungan telah direset.
Perhatian :
o Pastikan punat reset ditekan sepenuhnya supaya peralatan perlindung reset sepenuhnya.
o Pastikan tiada kabel yang longgar.
c. Hidupkan pemutus litar utama.
Perhatian :
o Hendaklah dipastikan pemutus litar utama dihidupkan sepenuhnya.
Selepas Pendawaian
a. OFF bekalan.
b. Pastikan peralatan disimpan ditempat yang telah disediakan.
c. Pastikan bilik papan suis dibersihkan setelah kerja-kerja amali dilakukan
d. Beritahu pengajar yang bertugas kerja amali telah selesai dan bengkel berada di dalam
keadaan baik.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 3
Drp / Of : 15
2.1.2 Merancang Dan Menanda Larian Kabel
Mengenal pasti langkah keselamatan semasa bekerja
1. Dapatkan Permit kerja
2. Laluan kabel diakui ditempat kerja (approved)
3. Pastikan laluan kabel tiada gangguan lain-lain kabel atau paip air atau pastikan selamat
untuk laluan kabel (minta bantuan JKR / TNB)
4. Ambil Pemandu Cage yang berpengalaman untuk membina peparit kabel
5. Ikut ukuran betul
6. Bina laluan kabel yang tepat yang paling sesuai supaya selamat
Menyediakan Peparit
1. Bina peparit kabel melalui laluan paling baik
2. Bina peparit kabel supaya cukup ukuran dalam dan lebarnya
3. Ratakan dasar peparit kabel seberapa yang boleh
4. Bina peparit kabel seberapa lurus yang boleh
5. Pastikan baki tanah tidak mengganggu laluan dan tidak merbahayakan
Merentang kabel
1. Letak Drum Kabel diatas kabel jack pada hujung peparit kabel
2. Atur Roller yang sesuai mengikut bentuk peparit kabel pada sepanjang peparit kabel
3. Masuk pasir sungai setebat 3” pada dasar peparit kabel sebagai alas bawah kabel
4. Lay kabel atas pasir sungai tersebut
Membuat Sambungan kabel dan Tamatan
1. Pastikan jenis kotak penyambung kabel yang sesuai
2. Pastikan jenis seal kabel dari jenis yang sesuai
3. Pastikan betuk kotak penyambung kabel sesuai dengan bilangan kabel yang akan di
sambungkan.
4. Penyambung kabel oleh orang yang ada tauliah
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 4
Drp / Of : 15
2.2 PERSEDIAAN AWAL KERJA PENDAWAIAN.
Sebelum menentukan sesuatu jenis pendawaian yang hendak dibuat, satu perancangan yang
teratur perlu dibuat agar pemilihan itu tidak mendatangkan bahaya ketika menggunakannya
kelak.
2.2.1 Mengenalpasti Jenis Pendawaian.
Beberapa faktor yang perlu diambil perhatian dalam menentukan jenis sistem
pendawaian yang hendak digunakan ialah :
a) Jenis beban yang hendak dipasang
Sama ada beban yang menggunakan arus kecil atau besar
b) Keadaan tempat pemasangan
Sama ada bangunan baru atau lama, jenis binaannya
c) Kos perbelanjaan
Kos keseluruhan sesuatu pemasangan termasuklah bayaran upah kerja
d) Tempoh ketahanan pemasangan
Hayat sesuatu pemasangan yang hendak dibuat sama ada sementara atau untuk
tempoh yang lama memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem
pendawaian
e) Kekemasan dan kecantikan
Jika pengguna mahu pendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan
f) Keadaan sekeliling
Sama ada tempat tersebut terdedah kepada kepanasan, lembapan, berminyak,
bahaya mekanik dsb.
g) Tempoh masa menyiapkan
Jika sesuatu pemasangan itu siap dalam tempoh yang sepatutnya masalah
kerugian dapat diatasi
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 5
Drp / Of : 15
h) Perubahan atau penambahan litar pada masa akan datang
Sama ada pemasangan ini berkehendakkan perubahan pada masa akan datang
seperti penambahan litar
i) Jenis voltan bekalan
Keperluan voltan bekalan bagi pepasangan
2.2.2 Persediaan Bahan.
Kesemua bahan hendaklah disediakan sebelum memulakan kerja. Proses penyediaan
bahan sebaiknya hendaklah berpandukan perkara-perkara di bawah :
a) Kesemua bahan adalah mengikut spesifikasi
b) Pastikan bahan adalah tulen dan semak harga
c) Kualiti bahan mengikut kualiti piawaian
d) Kuantiti bahan adalah mengikut kehendak
e) Pembelian berpandukan anggaran kos
f) Memeriksa penghantaran barang, jika terdapat kerosakan atau kesilapan
hendaklah dimaklumkan segera serta direkodkan
2.2.3 Persediaan Peralatan (Perkakas) Kerja.
Kerja-kerja pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping
perkakas kerja berkuasa elektrik. Dengan menggunakan perkakas yang betul dan
sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas. Selain
itu, keyakinan pengguna terhadap juruelektrik ketika membuat kerja juga bergantung
kepada kelengkapan perkakas kerja yang dimilikinya. Perkakas kerja perlu dipastikan
dalam keadaan baik manakala perkakas pemotong dipastikan tajam dan mempunyai
penutup perlindungan. Di antara perkakas kerja yang perlu ada pada setiap pendawai
ialah :
a) Perkakas asas :
Pemulas skru
Playar
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 6
Drp / Of : 15
Pemotong sisi
Pen penguji
Tukul
Gergaji
Pita pengukur
Beg galas kerja
Alat penguji
Pahat
Tangga
b) Perkakas kuasa :
Gerudi elektrik
Gerudi tangan mudah alih
Pemulas skru bateri
c) Perkakas kerja konduit :
Perengkuh paip
Gergaji besi
Acuan bebenang dan panduan
Dawai pemancing nilon
Mesin pembentuk konduit
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 7
Drp / Of : 15
2.3 PEMERIKSAAN PENDAWAIAN TIGA FASA
2.3.1 PEMILIHAN JENIS PENDAWAIAN
Seseorang pendawai akan menentukan dan memilih apakah jenis sistem pendawaian yang
akan dibuat pada sesuatu bangunan bergantung kepada beberapa faktor termasuklah :
a. Jenis bangunan
b. Suhu persekitaran
c. Keselamatan dan
d. Kos
Pendawai harus membuat keputusan dan memilih jenis pendawaian yang sesuai dengan
mengambil kira factor yang disebutkan serta situasi tempat melakukan kerja. Menjadi
tanggungjawab seorang pendawai mengenalpasti spesifikasi ini sebelum kerja pendawaian
boleh dilakukan, hasil spesifikasi ini juga pendawai boleh menentukan sistem pendawaian,
pemilihan jenis kabel dan aksesori yang di diperlukan dalam projek tersebut.
2.3.2 Faktor pemilihan sistem pendawaian
Berikut disenaraikan faKtor yang boleh mempengaruhi pemilihan jenis sistem pendawaian
1. Jenis pembinaan bangunan
Bagi menentukan perjalanan pendawaian, ikatan dan penamatan.
2. Suaian kepada sistem
Boleh menukar kedudukan bagi peralatan dan perjalanan pendawaian seperti mesin
dan juga bangunan sementara.
3. Suhu ambien (persekitaran/bilik)
Mengambil kira jenis pemasangan jika di dalam bilik dandang serta pemasangan
perawatan haba.
4. Keadaan pemasangan
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 8
Drp / Of : 15
Perlindungan ke atas keperluan kemungkinan berlaku kerosakan mekanikal dan
ketinggian tempat kerja
5. Kekemasan pemasangan
Mengenalpasti sama ada pemasangan sesui secara sistem pendawaian permukaan
atau pendawaian tersembunyi
6. Ketahanan pemasangan
Jangka tempoh hayat pemasangan
7. Ekonomi
Kos keseluruhan sesuatu pendawaian serta kemampuan pembiayaan kewangan
8. Aspek keselamatan
Laluan penghalaan pemasangan mengambil kira situasi dan keadaan yang dapat
menghindarkan daripada kemungkinan bahaya.
Bagi pemasangan sistem pendawaian kekal hendaklah mengambil kira segala aspek
perlindungan daripada kerosakan mekanikal, haba, api unsur-unsur kekaratan ke atas
pendawaian.
Maklumat berkaitan dengan pemilihan saiz kabel, jenis penebatan, sarung dan kaedah sistem
yang patut digunakan, kadaran arus yang dibenarkan dan kadaran voltan susut diberikan
dalam jadual pendawaian – peraturan pemasangan.
2.3.3 Keperluan Pemasangan
1. Keperluan asas untuk pemasangan bagi kabel dan sistem pendawaian adalah seperti
berikut:
2. Semua kabel yang dipilih mestilah betul saiznya serta keupayaan kadaran kuasa
mengikut keperluan kegunaannya.
3. Kesemua kabel fasa hendaklah dilindungi secukupyna serta penempatan yang sesuai
bagi mengelakkan kemunginan bahaya
4. Setiap litar hendaklah dilindungi daripada arus lebihan dan arus bocor ke bumi.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 9
Drp / Of : 15
5. Jika salur logam diguna bersama pemasangan atau berhampiran dengan kabel fasa
hendaklah disambung ke bumi atau pun CPC.
6. Langkah keselamatan khas diperuntukkan bagi kabel dan sistem pendawaian yang
terdedah kepada persekitaran mudah terbakar atau pada tempat lembap dan redam.
2.3.4 Perkara-perkara yang difikirkan perlu sebelum memulakan kerja pemasangan
1. Pemasangan hendaklah sesuai dengan struktur bangunan terutamanya tidak akan
menyebabkan kerosakan atau gangguan kepada bengunan tersebut.
2. Pelbagai peringkat pendawaian sepatutnya dilakukan mengikut pering yang betul
selaras dengan perkembangan pembinaan bangunan peringkat demi peringkat.
3. Ini dapat mengelakkan daripada melakukan perkara ang tidak perlu seperti pemotongan,
mengerudi serta mengalihkan fabri pada bangunan yang telah siap.
4. Kebanyakan bangunan masa kini dipasang siling jenis gantung, terlapis lepa dan salur
perhidmatan. Sudah tentunya memerlukan sistem pemasangan jenis tersembunyi.
2.3.5 Perancangan dan pemeriksaan awal Pendawaian Tiga Fasa
Apabila rekabentuk plan pendawaian telah disaipkan dan dipersetujui, tugas pendawaian
elektrik seterusnya adalah membuat anggaran kos keseluruhan yang meliputi kos bahan, upah
kerja dan kos sampingan. Segala anggaran yang dibuat hendaklah mengikut kadaran semasa.
Berikut persediaan atau perancangan serta pemeriksaan yang perlu dilakukan oleh seorang
pendawai ;-
1. Menyediakan/mendapatkan pelan bangunan/rumah/tempat pendawaian.
2. Membuat rekaletak pelan pemasangan.
3. Menyediakan pelan lukisan skema pendawaian.
4. Membuat pengiraan untuk mengenalpasti kapasiti peranti pelindugan, saiz
kabel. yang sesuai bagi litar akhir dan litar utama.
5. Membuat pelan bentangan laluan kabel untuk anggaran jumlah keperluan
kabel.
6. Membuat penyediaan pengiraan segala keperluan kerja dan kos pebelanjaan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 10
Drp / Of : 15
2.4 BAHAN, PERALATAN DAN ALATAN PENDAWAIAN
2.4.1 Peralatan Tangan
Kerja pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping alatan tangan
kerja berkuasa elektrik/bateri. Dengan menggunakan alatan tangan yang betul dan sesuai akan
membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas. Di antara alatan tangan yang
perlu ada pada setiap pendawai adalah seperti :
1) Playar
2) Playar pemotong sisi
3) Playar muncung panjang
4) Tukul
5) Gergaji
6) Test pen
7) Pita pengukur
8) Meter pelbagai
9) Alat uji keterusan litar
Peralatan tangan perlu disenggara supaya sentiasa dalam keadaan baik manakala perkakas
pemotong dipastikan tajam dan mempunyai penutup perlindungan. Untuk keselamatan ketika
bekerja pilihlah alatan tangan yang bahagian pemegangnya mempunyai penebat elektrik.
Peralatan tangan perlu digunakan dengan betul supaya kabel dan aksesori tidak mengalami
kerosakan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 11
Drp / Of : 15
2.4.2 Peralatan asas pendawai
Peralatan asas seorang pendawai adalah seperti berikut:
1. Pemulas skru
Pendawai memerlukan sekurang-kurang tiga saiz pemulas skru yang berbeza seperti kecil,
sederhana dan besar. Selain daripada saiz dan panjang yang berlainan juga diperlukan.
Pelbagai jenis playar mestilah mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.
Rajah 1: Pemulas skru dalam pelbagai saiz dan bentuk.
2. Playar
Playar lazimnya digunakan untuk memegang alatan dan membengkuk wayar dan juga
untuk memegag nat kecil ser washer. Playar tambahan daripada jenis pemotong sisi dan
mucung panjang juga diperlukan. Pelbagai jenis playar mestilah mempunyai penebat pada
bahagian pemegangnya.
Rajah 2: playar
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 12
Drp / Of : 15
3. Pemotong dan pelucut penebat
Pemotong sisi digunakan untuk memotong hujung wayar dan meratakan hujung kabel pada
sesuatu tamatan. Manaka pelucut penebat dari jenis yang boleh dilaras mengikut saiz kabel
berkeupayaan melucut penebat denga baik tanpa merosakan wayar pengalir
Pelucut penebat (cable stripper) pemotong kabel (cutter)
Rajah 3: Pemotong
4. Pisau
Membuang penebat juga boleh dilakuan dengan menggunakan pisau kecil. Segala kerja
yang dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan bahagian wayar
pengalir.
Rajah 4: Pisau
5. Pembentuk Klip Timah
Alat ini digunakan untuk membentuk klip timah bagi pendawaian permukaan. Klip boleh
dibentuk dengan saiznya yang berbeza-beza mengikut bilangan kabel pendawaian.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 13
Drp / Of : 15
6. Tukul
Sebaik-baiknya seorang juruelektrik mempunyai tiga jenis tukul iaitu jenis claw yang
digunakan untuk kerja am, jenis pin untuk membentuk klip kabel dan jenis club untuk
digunakan dengan pahat.
Jenis claw jenis pin jenis club
Rajah 5: Jenis-jenis tukul
7. Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur penempatan aksesori dengan tepat. Terdapa
pelbagai saiz pita pengukur. Dalam kerja pendawaian lazimnya menggunakan pita bersaiz
12 kaki atau 3 meter. Pita pengukur juga digunakan untuk membuat anggaran panjang kabel
bagi sesuatu pendawaian.
Rajah 6: Pelbagai jenis pita pengukur
8. Bag Galas Kerja
Seseorang juruelektrik melakukan kerja pendawaian di pelbagai tempat seperti di atas siling,
tingkat satu dan tingkat bawah. Perkakas kerja asas seperti tukul, playar, pemulas skru
lazimnya dalam keadaan sentiasa digunakan dalam apa juga kerja yang dilakukan. Selain itu
bahan keperluan seperti paku, skru dan klip kebal boleh ditempatkan pada ruang khas di bag
tersebut. Perkakas kerja yang tajam tidak sesuai di simpan di dalam saku baju atau seluar
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 14
Drp / Of : 15
kerana boleh mendatangkan bahaya. Oleh itu, perkakas kerja tersebut boleh disimpan pada
bag galas pendawaian. Bag ini boleh digantung pada bahagian hadapan supaya perkakas
mudah diambil apabila diperlukan. Bag gas kerja ini boleh didapati dari bahan kanvas, kain
tebal atau kulit asli.
Rajah 7:Bag Galas
9. Peralatan dan Bahan Pendawaian Tiga Fasa
Peralatan dan bahan Pendawaian mestilah merujuk kepada jenis pendawaian yang telah
dipilih. Bahan pendawaian termasuklah kabel pendawaian. Sebelum sesuatu pendawaian di
buat kita mesti menetapkan saiz kabel yang digunakan, saiz kabel ini biasanya bergantung
kepada jenis pendawaian dan jenis beban.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(2/10) Muka Surat / Page : 15
Drp / Of : 15
SOALAN / QUESTIONS :
1. Mengapakah pendawaian penting dalam kehidupan seharian
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
2. Mengapakah keselamatan penting dalam pendawaian
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
RUJUKAN / REFERENCES :
1. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth
Edition) Institution of Electrical Engineers
2. Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.
3. Pemasangan dan penyelenggaran elektrik edisi kedua. Oleh Abd. Samad Hanif