The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59165499, 2021-07-13 01:26:24

C03-P3 menjalankan pemeriksaan pendawaian elektrik

Menjalankan pemeriksaan pendawaian elektrik

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,

MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 3

KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3
EE-320-3:2012-C 03 THREE PHASE WIRING MAINTENANCE
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL, EQUIPMENT AND
NO. KOD / CODE NO. MATERIAL

3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION
4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE
5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALIT
6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE ACTIVITIES

EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 10

TAJUK/TITLE : MENJALANKAN PEMERIKSAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

TUJUAN :

Kertas penerangan ini menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti kerosakan, membaca
skematik diagram, mengesan dan menjalankan pemeriksaan pendawaian elektrik mengikut prosedur
serta cara-cara untuk menguji dan mengesahkannya.

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 2/ 10

PENERANGAN :

Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan bahawa
sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat , selaras dengan kehendak
undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut
antara lain :

i. Electricity Regulations.
ii. Electricity (Board Supplies) Rules.
iii. Electricity Ordinance.
iv. Safety Regulations.
v. IEE Regulations for electrical installations.
vi. Akta Bekalan Elektrik.

Sesuatu pepasangan pada umumnya akan mengalami kerosakan. Kerosakan yang biasa
berlaku pada pepasangan elektrik seperti :

i. Litar pintas.
ii. Arus bocor ke bumi.
iii. Peralatan tidak berfungsi.

Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap pepasangan-
pepasangan berikut :

i. Pepasangan baru elektrik.
ii. Pepasangan sedia ada untuk tujuan tambahan atau ubahsuaian.
iii. Pepasangan sedia ada secara berkala mengikut perencanaan bagi tujuan

penyelenggaraan.
iv. Tambahan pepasangan, khususnya tambahan besar.
v. Ujian di atas permintaan pengguna. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap

pepasangan.
vi. Ujian untuk proses kemasukan bekalan oleh TNB.

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 3/ 10

3.0 MENTERJEMAHKAN GAMBARAJAH SKEMATIK PENDAWAIAN TIGA FASA

1 1
2

3

4

5

6

27

8
9

10

12 3 4 5 67

Seseorang perlu kenalpasti fungsi peranti perlindungan litar. Secara umumnya fungsi
peranti adalah seperti berikut :
1. Cut out dan neutral link

Saiz fius 60A dapat ditentukan. Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal (TNB).
2. Meter Tenaga (Kwh meter)

Meter tenaga dipasang oleh pihak pembekal (TNB).
3. Suis utama (Main switch)

Kadaran saiz fius yang digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.
4. ELCB@RCCB

Fungsinya memberi perlindungan arus bocor ke bumi.
 ELCB@RCCB 1 : Melindungi litar kecil akhir bagi litar alat tetap.
Penentuan saiz ELCB@RCCB bergantung pada jumlah beban tersambung.
Sensitiviti 100mA – litar alat tetap.
 ELCB@RCCB 2 : Melindungi litar kecil akhir bagi litar kuasa.
Sensitiviti 30mA – Litar radas tangan.

5. MCB (Pemutus Litar Kenit)
Fungsinya mengawal arus lebih.
Ditentukan bergantung kepada jumlah beban tersambung.

6. Saiz kabel bagi litar kecil akhir
Ditentukan dari jumlah arus beban yang digunakan setelah faktor kepelbagaian.

7. Bilangan litar kecil akhir
Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa atau arus yang digunakan dalam pepasangan.

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 4/ 10

3.1 PERATURAN MENJALANKAN PEMERIKSAAN

i. Mengikut Peraturan 12 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan
bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu sedia oleh Pendawaian
dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga Fasa. Setelah siap, pendawaian
berkenaan hendaklah memperakukan mengesahkan suatu Perakuan Penyeliaan dan
Penyiapan.

ii. Mengikut Peraturan 13 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan
pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Satu Fasa atau oleh
Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberikuasa untuk menguji mana-mana
pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

iii. Mengikut Peraturan 14 (1) Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan
Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah
masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

3.2 PROSEDUR MENJALANKAN PEMERIKSAAN

i. Uji dengan ujian litar mati.
ii. Uji pepasangan. Ikut prosedur di atas.

 Ujian keterusan.
 Ujian penebatan.
iii. Ujian yang dilakukan bergantung kepada kerosakan yang berlaku.
iv. Uji dengan ujian litar hidup.
v. Uji bahagian yang telah dibaik pulih.
vi. Masukkan segala data baikpulih di dalam log book.

3.3 MENGESAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN

Di dalam mengenalpasti kerosakan yang berlaku seseorang pendawai itu hendaklah
mengetahui kaedah melakukan ujian. Kaedah menggunakan peralatan untuk menguji adalah
kemahiran asas yangsepatutnya ada pada seseorang pendawai.

Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum
diadakan sebarang ujian. Pemeriksaan penglihatan adalah pemeriksaan dengan cara melihat
untuk tujuan antara lain seperti berikut:

i. Untuk memastikan alat-alat elektrik ysng dipasang adalah mengikut British Standard
(BS), Malaysian Standard (MS), Suruhanjaya Tenaga (ST), IEE dan SIRIM. Sekiranya
alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan, pihak pemborong hendaklah
diminta supaya mengemukakn surat kelulusan berkenaan.

ii. Untuk memastikan keseluruhan pepasangan dijalankan mengikut peraturan IEE dan
lain- lain peraturan seperti dalam perkara di atas.

iii. Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan
atau yang disambung kepadanya

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 5/ 10

3.3.1 Litar Pintas

Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan
arus elektrik. Bagi pemasangan satu fasa, litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir
fasa dengan pengalir neutral

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna
melalui MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan.
Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama(PSU), maka fius utama
akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan.

Di antara penyebabnya ialah :
i. Penebat kabel terkoyak.
ii. Penebat kabel cair.
iii. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir

elektrik.
iv. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor elektrik

yang pecah pemisahnya, soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara
pengalir elektrik dan sebagainya.

A. Kaedah Mengesan Kerosakan

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut :
i. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya renjatan
semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
ii. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
iii. Sekiranya suis utama, PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana
bekalan sedang digunakan, penguji hanya perlu ‘OFF’ kan MCB untuk litar yang rosak
sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan.
Gunakan pakaian dan peralatan tangan keselamatan yang disyorkan.
iv. Gunakan alat uji rintangan penebat( Insulation Resistor Tester ) untuk
mengesan kerosakan litar pintas ini.
v. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , perkakas elektrik dari litar sebelum
diuji. (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan ).
Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan
mungkin merosakkan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
vi. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya ( fasa
dengan fasa dan neutral ).
vii. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar
tersebut telah berlaku litar pintas.
viii. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
ix. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak
sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 6/ 10

B. Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar
baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

Kerosakan seperti kabel terkoyak ( sedikit ), benda asing seperti tikus, cicak, air dan
kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru
pemasangan pendawaian itu . Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat
yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu
memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam
yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-
penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran atau
arus lampau tinggi melaluinya) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan
menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

3.3.2 Litar Bocor Ke Bumi

Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan
pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral) ke
bumi. Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik
kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri.

Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pengguna
bahawa PBLK terpelantik apabila digunakan litar yang rosak itu. Begitu juga apabila kerosakan
itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus apabila
di ‘ON’kan

Penyebab kerosakan adalah disebabkan seperti berikut :
i. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam
berbumi.
ii. Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi
atau bahagian logam berbumi.
iii. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh antara
pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.
iv. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor , lampu , soket alir keluar
yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.
v. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skeru pada trunking yang berbumi atau
tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi .

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 7/ 10

A. Kaedah Mengesan Kerosakan

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut :
i. Matikan bekalan elektrik pada suis utama ( main switch ) untuk menggelakkan
sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
ii. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
iii. Sekiranya suis utama, PBLK dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan
elektrik sedang digunakan, penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja
dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan. Sila gunakan
pakaian dan alat-alat kerja tangan keselamatan yang disyorkan.
iv. Gunakan alat penguji rintangan penebat ( Insulatioan Resistor Tester ) untuk
mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.
v. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , motor elektrik dan alat-alat elektrik
dari litar sebelum diuji ( sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya
perlu di’OFF’kan ). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat
keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat
uji tersebut.
vi. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya dengan
bumi ( fasa –fasa, neutral dan bumi ).
vii. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar
tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (rujuk Jadual 71A Peraturan IEE-Edisi 16).
viii. Teruskan mengesan litar-litar kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
ix. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari
satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan

B. Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru
pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit) , benda asing seperti tikus, cicak, air dan
kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat yang
koyak tersebut dengan pita PVC, andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai
dengan dibalut sahaja . Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi
punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 8/ 10

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran atau
arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan
menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

i. Litar Pintas
Simptom : MCB terpelantik dan fius putus.

Kaedah Ujian :
Ujian Keterusan.

Alat - Multimeter (Ohm meter).
Punca ujian - Pengalir fasa dan pengalir neutral.
Beban - Ditanggalkan.

ii. Arus Bocor Ke Bumi
Simptom : RCCB – Terpelantik.

Kaedah ujian :
Ujian Rintangan Penebatan.

Alat - Insulation Tester.
Punca Ujian - Pengalir fasa dan pengalir pelindung.

- Pengalir neutral dan pengalir pelindung.
Berbeban - Semua suis dalam keadaan “OFF”.
Tanpa Beban - Semua suis dalam kedaan “ON”.

iii. Peralatan tidak berfungsi
Ujian yang dijalankan.
Alat - Multimeter (Ohm meter)
Ujian Keterusan.
a. Uji fius.
b. Uji suis yang berada pada alat.
c. Uji pengalir tersambung pada alat.

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 9/ 10

3.4 Kerosakan Pendawaian Tiga Fasa

Bil Jenis Kerosakan Peralatan Prosedur
ujian

1 Litar pintas Multimeter 1. “ON”kan semua suis yang ada.
(ohm meter) 2. “OFF”kan semua MCB.
3. “ON”kan satu persatu MCB
4. MCB terpelantik apabila litar yang

rosak di “ON”kan.
5. “OFF”kan MCB yang dikenalpasti.
6. “OFF”kan semua suis bagi litar yang

bermasaalah.
7. “ON”kan MCB yang dikenalpasti.
8. “ON”kan suis litar yang bermasaalah

satu persatu.
9. MCB terpelantik bila kerosakan

ditemui.
10. Periksa bahagian yang telah

dikenalpasti rosak.
11. Periksa alat yang rosak.
12. Ganti alat yang rosak

Jenis Kerosakan Peralatan ujian Tindakan
2 Arus bocor ke bumi
Insulation tester 1. Uji terminal L & E dengan ujian
Multimeter(Ohm penebatan
meter)
2. Dapatkan bacaan.
- lebih 1MΩ (Baik)
- kurang 1MΩ (Kelemahan
penebat)

3. Kenalpasti kerosakan.
4. Periksa penebat L & E
*Jika tiada kerosakan pergi ke step

yang berikutnya.
5. Uji terminal N & E dengan ujian

penebatan
6. Dapatkan bacaan.

- lebih 1MΩ (Baik)
- kurang 1MΩ (Kelemahan

penebat)
3. Kenalpasti kerosakan.
4. Periksa penebat N & E
5. Kerosakan dikenalpasti.
6. Buka tamatan pada bahagian

rosak.
7. Baiki kerosakan.

NO. KOD / CODE NO EE-320-3:2012-C03/P(3/6) Muka Surat / : 10/ 10

3 Peralatan tidak Multimeter(Ohm 1. Pastikan supply ada.
berfungsi. meter) 2. Periksa sambungan pada terminal

penyambungan suis dan beban.
3. Uji fius ke beban (jika fius ada).
4. Uji keterusan pengalir pada alat.
5. Kerosakan dikenalpasti.
6. Baiki kerosakan.
7. Ganti bahagian yang rosak.

Jika tak boleh diganti pisahkan dari
pepasangan.

SOALAN
1. Ujian yang dijalankan dengan hanya menggunakan alat uji sahaja dinamakan ujian

…………………………….
2. Ujian yang dijalankan dengan menggunakan supply dinamakan ujian ………………

RUJUKAN

1. Teori Pemasangan Elektrik oleh T. G Francis
2. ISRIHERWAN BIN SENAIN oleh Pemasangan Dan Penyelenggaraan


Click to View FlipBook Version