The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosmahanie20, 2021-03-28 00:23:42

ROSMAHANIE SAYUN, TUGASAN 2 (PORTFOLIO)

ROSMAHANIE SAYUN, TUGASAN 2 (PORTFOLIO)

NAMA : ROSMAHANIE BINTI SAYUN
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2020302340217
KUMPULAN
KOD DAN NAMA KURSUS : 010220-12-0290

NAMA PENSYARAH : 2 PISMP PSV 1
TARIKH HANTAR
: PSVK 3033 PENGAJIAN DAN
PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN
SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

: KANNAGI A/P SUBRAMANIAM

: 28 MAC 2021

Saya Rosmahanie Binti Sayun dengan ini mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas kerja kursus saya daripada
pensyarah

Tandatangan : Tarikh :

ISI KANDUNGAN Muka surat

Bil Perkara 3
4
1.0 Pengenalan 9
2.0 Contoh susunan meja abad ke-21 14
3.0 Gambar bilik seni visual 20
4.0 Kajian Pelan Lantai 24
5.0 Lakaran Pelan lantai 25
6.0 Hasil pelan lantai bilik seni visual 27
7.0 Penerangan pelan lantai bilik seni visual
8.0 Kesimpulan

Rujukan

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan
‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pembelajaran. Melalui pernyataan tersebut,
persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting kerana persekitaran yang kondusif
boleh menggalakkan dan menghalang pembelajaran daripada terus berlangsung.
Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas,
hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid yang lain (Haliza Hamzah,
2009). Pengalaman pembelajaran murid akan lebih seronok jika persekitaran
selesa, kemas dan ceria. Susun atur bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail
pengajaran seseorang guru, menimbulkan rasa kepuasan dan membolehkan
berlakunya interaksi di dalam kelas. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih
dapat mewujudkan keselesaan kepada murid untuk belajar dan keselesaan untuk
guru mengajar. Oleh itu, aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah
bilik darjah harus ditekankan.

Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memahami dan
bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan
pembelajaran abad ke -21. Antaranya ialah, meja guru boleh diletakkan di hadapan
kelas ataupun dipenjuru hadapan kelas supaya tidak mengganggu pergerakan murid-
murid. Fedric H. Jones (2008), ada menyatakan bahawa meja guru tidak semestinya
berada di hadapan kelas. Hal ini kerana, akan menghadkan pergerakan guru dan
akan dapat mengurangkan pelajar duduk secara berdekatan. Kedudukan meja murid
juga perlu disusun mengikut kesesuai murid dan ruang yang tidak terlalu luas dan
sempit. Pelbagai bentuk digunakan untuk memberikan persekitaran yang selesa
kepada murid termasuklah bentuk U, L, barisan dan kumpulan. Bentuk ini sesuai
digunakan dalam kelas kerana memberi peluang kepada murid yang berada di
bahagian belakang dan tepi kelas agar dapat melihat tulisan ketika sesi
pembelajaran berjalan.

Contoh susunan 1 Contoh susunan 3

Contoh susunan 2 Contoh susunan 4

Contoh susunan 5 Contoh susunan 7

Contoh susunan 6 Contoh susunan 8

Contoh susunan 9 Contoh susunan 11

Contoh susunan 10 Contoh susunan 12

Contoh susunan 13
Contoh susunan 14

• Kelas seni diperlukan terutamanya untuk memaksimakan kebolehan dan bakat murid
dalam penerokaan murid dalam dunia seni.

• Dengan adanya kelas yang dikhaskan untuk merid dalam bidang seni, murid akan
mampu mempelajari dan membuat penemuan demi penemuan dalam bidang seni
dengan adanya kelas yang dijalankan khas untuk bidang kesenian.

• Ia penting bagi murid untuk mengenali elemen-elemen seni, murid mampu belajar
membuat ekxpresi dalam seni, mempelajari pelbagai kaedah dan teknik dan kaedah
menggambar, melakar dan merekabentuk.

• Hal ini membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali
cita rasanya sendiri.

• Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel.

• Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh
koordinasi pancaindera secara seimbang.





Suasana fizikal bilik seni menjadi rangka yang
menentukan keadaan pembelajaran, sama ada
menggalakkan atau menghalang pembelajaran.
Perancangan dan penyusunan fizikal bilik seni
melibatkan mengorganisasi, merancang dan
menggunakan perkara-perkara yang melibatkan tempat
duduk murid, alat bantu mengajar, alat-alat pandang
dengar, sudut-sudut aktiviti dan pameran, papan tulis
dan pelbagai perabot lain, dengan sempurna

Bilik seni yang cerah, berwarna-warni, selesa, ruang
yang luas dan interaksi guru dengan murid serta
sesama murid yang menyeronokkan pasti akan
menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan
kekal berbanding dengan keadaan sebaliknya. Susun
atur meja dan kerusi murid sebaik-baiknya dalam
keadaan kemas bagi memudahkan guru mengawal
kelas dan menggalakkan interaksi antara guru dengan
murid.

OBJEKTIF PENGHASILAN BILIK SENI
1. Membina kelas yang memberi fokus terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

melalui latihan intensif pengkaryaan.
2. Menyediakan ruangan khas yang kondusif kepada murid bagi memberikan fokus yang

lebih mendalam dalam seni visual.
3. Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui

pameran, aktiviti, kritikan dan pertandingan yang dijalankan.
4. Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni

dalam empat bidang bukan sahaja mengikut sukatan pelajaran malah meneroka
bidang ini ke peringkat masteri.
5. Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya yang
dipamerkan.
6. Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran yang
dilaksanakan.
7. Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

Suasana dan susun atur bilik
seni merupakan perkara
utama yang perlu
ditekankan. Dalam hal ini,
salah satu perkara yang
sangat penting adalah
pencahayaan. Hal ini kerana,
semua aktiviti seni
memerlukan murid
melakukan aktiviti dalam
keadaan yang jelas dan
terang. Pencahayaan ini
dapat diwujudkan sama ada
daripada lampu yang terang
mahupun cahaya matahari
yang semulajadi.

Selaras dengan itu,
pengudaraan di dalam
sesebuah bilik seni itu juga
perlu dititikberatkan kerana
pengudaraan yang baik

mampu memberi
keselesaan kepada murid

untuk melakukan kerja-
kerja seni. Dalam hal ini,
tingkap boleh diletakkan
pada sisi kanan dan kiri

kelas dan boleh dibuka
untuk melancarkan

pengudaraan semasa
melakukan kerja-kerja seni

Di dalam bilik seni juga, adalah
penting untuk menyediakan
kemudahan-kemudahan asas
seperti punca pendawaian
elektrik, sinki dan sebagainya.
Melihat daripada perkara
tersebut, sinki perlu diletakkan
pada kawasan yang sesuai
atau sistematik bagi
memudahkan kerja-kerja seni
dilakukan oleh murid. Sinki
yang boleh digunakan di dalam
bilik seni ialah sinki yang sedikit
dalam bagi mengelakkan air
melimpah keluar.

Seterusnya, susunan
barang-barang di dalam
bilik seni seperti meja dan
kerusi yang sesuai dengan

murid perlu disediakan
sepanjang murid

melakukan kerja-kerja seni
mereka. Dalam hal ini,
murid semestinya akan

melakukan pelbagai aktiviti
seni, menyebabkan

pentingnya pemilihan
perabot yang tepat untuk
diletakkan di bilik seni iaitu

meja yang tahan serta
kalis air.

Sejajar dengan itu, bilik seni
juga perlu mempunyai stor
bagi menyimpan barang-
barang atau peralatan seni
yang berharga, berbahaya
serta stok alat dan bahan
seni. Berdasarkan dengan
pernyataan tersebut, stor
seni juga boleh digunakan
untuk menyimpan hasil-hasil
karya murid yang tidak
dipamerkan pada masa itu.

Kemudian, bilik seni yang
dihasilkan juga perlu

mempunyai sudut pameran
sama ada rak mahupun papan

atau meja pameran. Hal ini
adalah untuk menghargai hasil
kerja murid sekaligus memberi

motivasi kepada murid untuk
menghasilkan karya yang lebih
baik.. Sebagai contoh, bilik seni

perlu mempunyai pameran
bidang menggambar, membuat

corak dan rekaan, mengenal
kraf tradisional serta

membentuk dan membuat
binaan

Lakaran 1

Di dalam lakaran ini, kedudukan
meja disusun membentuk huruf
‘V’ dan ditambah 3 barisan meja
pada tengahnya. Melalui lakaran
ini, kapasiti murid yang boleh
dimuatkan di dalam kelas dalam
1 sesi PdP hanya 25 orang.
Selain itu, sinki diletakkan pada
bahagian belakang kelas
berselang dengan tingkap.
Tingkap hanya ada pada
bahagian belakang. Tingkap pada
bahagian belakang menjadikan
pameran LCD terganggu kerana
cahaya akan terkena pada
banner putih pameran LCD
tersebut.

Lakaran 2

Dalam lakaran ini, meja yang
digunakan ialah meja bulat. Di dalam
1 meja, terdapat 4 orang murid.
Jumlah keseluruhan murid yang
boleh dimuatkan di dalam kelas ini
hanya 20 orang. Pencahayaan bagi
kelas ini sangat baik kerana tingkap
terdapat pada dinding kanan dan kiri.
Kelas ini juga dilengkapi dengan sinki
untuk mencuci peralatan seperti
berus yang telah digunakan atau
untuk mencuci palet warna. Rak
pameran pada kelas ini ada pada
bahagian belakang kelas dan rak
penyimpanan berada di hadapan
kelas.

Lakaran 3

Melalui lakaran ini, konsep susunan ‘Double
horseshoe’ digunakan namun diubahsuai
menjadi lebih baik. Dalam lakaran ini, susunan
meja disusun seolah-oleh mengelilingi sebuah
meja pada tengah kelas tersebut. Meja pada
tengah kelas tersebut digunakan untuk
memperlihatkan kepada murid sesebuah
objek sama ada objek yang ingin dilukis
mahupun contoh karya. Meja guru berdekatan
dengan papan putih merangkap kawasan
paparan LCD serta dekat dengan kawasan
masuk ke dalam kawasan tengah. Pameran
hasil karya murid boleh diletakkan pada
dinding belakang. Tingkap ada pada sisi
kanan dan kiri menjadikan pencahayaan kelas
ini sangat baik. Kelas ini boleh memuatkan 31
orang murid.

Lakaran 4

Di dalam lakaran ini, murid duduk
secara berkumpulan iaitu 4 orang
di dalam 1 meja. Susunan meja
seperti ini boleh menggalakkan
perbincangan oleh murid-murid.
Dengan susunan kelas seperti ini,
sebanyak 36 orang murid boleh
masuk ke dalam kelas sekaligus.
Meja guru terletak pada hadapan
kanan kelas berdekatan dengan
sudut pameran. Tingkap kelas ini
ada pada bahagian belakang
kelas yang diselangi dengan
beberapa sinki tempat
penyimpanan barang kelas ini
terletak pada sisi kiri kelas dan
pintu terletak pada hadapan kiri
kelas.



Segi empat tepat yang mempunyai Dinding pada bahagian ini boleh dijadikan sebagai Ini merupakan pintu
bulatan ini merupakan sinki yang kawasan pameran karya sementara atau karya semasa masuk ke dalam bilik
seni yang dihasilkan
digunakan untuk mencuci murid.
peralatan melukis seperti berus Meja ini diletakkan di
bahagian tengah bagi
dan palet.. murid melihat objek

rak ini digunakan untuk secara 360 darjah
menempatkan peralatan yang ditunjukkan oleh

dan bahan seni visual guru dengan lebih
mengikut kategori jelas.

seperti, pensel warna, Tingkap ini penting
warna air, berus, kertas bagi menggalakkan
lukisan dan sebagainya pencahayaan serta

Meja pada bahagian ini pengudaraan di
merupakan meja tambahan dalam
sekiranya murid terlalu ramai
sesebuah bilik
dan ruangan pada meja tersebut.
utama tidak mencukupi.
Garisan putus-putus
Rak ini untuk Papan putih ini digunakan Meja guru diletakkan ini menggambarkan
menyimpan hasil untuk menerangkan sesuatu berdekatan dengan papan putih ‘Tape’ yang dilekat
karya kekal atau teknik atau isi pembelajaran pada lantai dan meja
hasil karya yang serta rak hasil karya kekal bagi menggalakkan
tidak kerap ditukar kepada murid. LCD juga supaya guru dapat memantau penjarakan sosial.
kepada pameran boleh dipaparkan pada murid, dan karya kekal dengan
baru atau semasa.
bahagian ini baik.

• Pendidikan Seni Visual merupakan peluang yang bernilai kepada murid
pada peringkat akar umbi bagi menimba pengalaman dalam seni visual.

• Seni bermula pada media seperti lakaran pensil, warna pensil, krayon,
pastel, warna air dan sebagainya. Selain daripada itu, rekabentuk, kraf dan
rekacipta adalah perkembangan seni yang bernilai dalam memantapkan
kemampuan murid dalam dunia seni visual

• kelas yang kondusif bagi membina suasana pembelajaran yang lebih efektif
yang mana murid dapat meneroka dunia seni dengan lebih mendalam.

• Selain itu, kelas seni mampu memberikan murid motivasi dan
mengembangkan motivasi serta membina keyakinan diri mereka dalam
pembelajaran seni khususnya.

Dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru PSV, guru memerlukan ruangan
yang boleh membantu guru-guru untuk melaksanakan tugasan mereka dengan
lebih efektif. Ini kerana seni lukis dan pengkaryaan perlu latihan kemahiran dan
pemantapan kemahiran yang dilaksanakan sepanjang tahun. Justeru, dengan

adanya ruangan utama untuk kerja-kerja kesenian. Asas seni dari akar umbi
mampu dimantapkan, pembelajaran menjadi lebih sistematik dan efektif dan

murid mampu meneroka seni visual dengan lebih meluas.

Farihah Hasbulah. (2020). Portfolio pendidikan seni visual. Diakses pada 12 Mac 2021 daripada
https://fliphtml5.com/wdlzj/gdxm/basic

Fredric H. J. (1987). Positive Classroom Instruction. The university of Michingan: McGraw Hill.

Haliza Hamzah. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Irisha Dani Mohd Zaki. (2014). Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif. Diakses pada 16 Mac 2021 daripada
https://www.scribd.com/doc/208703879/Bilik-Pendidikan-Seni-Visual-Yang-Kondusif

Marland, M. (1975). The craft of the classroom: A survival guide to classroom management in the secondary school. London:
Heinemann Educational.

Nor Hamishah Intan. (2014). Penyediaam bilik pendidikan seni di sekolah. Dialkses pada 17 Mac 2021 daripada
https://www.scribd.com/doc/245246237/Contoh-Pelan-Bilik-PSV

Nur Ain Nabilah Ismail. (2018).Pelan lantai bilik seni visual yang ideal. Diakses pada 12 Mac 2021 Daripada
https://dokument.pub/folionur-ain-nabilah-binti-ismail-flipbook-pdf-i-5f1acc4a7cb40.html


Click to View FlipBook Version
Previous Book
contentpage_99_30_10 (1)
Next Book
BUKU LOG LENCANA JAYADIRI: ALVIN A/L SANDIYAVOO