The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

skema bahagian B NS, melaka , terengganu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK KUALA SELANGOR, 2022-03-11 01:21:57

skema bahagian B NS, melaka , terengganu

skema bahagian B NS, melaka , terengganu

NEGERI SEMBILAN
5. Rajah 3.1 dan Rajah 3.2 menunjukkan aktiviti-aktiviti dalam sektor pertanian dan

perhutanan.

a. Nyatakan satu faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam Rajah 3.1.
1. Semburan racun serangga
2. Semburan baja (berlebihan)

b. Berdasarkan Rajah 3.1, cadangkan dua kaedah teknologi hijau yang boleh
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
1. Penggunaan baja kompos
2. Penggunaan biojisim dari sisa pertanian dan najis haiwan
3. Kawalan biologi

c. Berdasarkan Rajah 3.2, apakah kesan jangka panjang kepada alam
sekitar sekiranya aktiviti tersebut dijalankan secara berleluasa?
1. Kesan rumah hijau
2. Pemanasan global

d. Namakan gas yang menjadi penyumbang utama kepada kesan yang
dinyatakan dalam 5(c) dan satu cara untuk mengatasi masalah tersebut
Gas : Karbon dioksida
Cara mengatasi :
1. Penanaman semula pokok
2. Mengurangkan/Menghalang pembakaran hutan
3. Kompaun lebih tinggi kepada pembalakan haram
4. Mewartakan hutan simpan

6 Rajah 4 menunjukkan sistem endokrin dalam badan manusia.

a. Namakan kelenjar P.
Pankreas

b. Nyatakan kepentingan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar P.
Mengawal aras glukosa /gula dalam darah

c. Apakah penyakit yang mungkin dihidapi oleh wanita itu sekiranya kelenjar P
kurang merembeskan hormon?
Diabetes mellitus // kencing manis

d. Tandakan R dalam Rajah 4, kelenjar yang bertindak sebagai kelenjar induk yang
menghasilkan hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain.

e. Selepas pemeriksaan kesihatan, seorang perempuan yang telah berkahwin
disahkan mengalami kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q.
Nyatakan satu masalah yang mempengaruhi kehidupannya dan nyatakan rawatan
yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalahnya.
Masalah : Wanita itu mengalami masalah kemandulan/ penghasilan ovum sedikit
Rawatan : 1. Mengambil pil yang mengandungi hormon progesterone
2. Rawatan kesuburan

Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan radas makmal dan ‘labu sayung’ yang diperbuat
daripada bahan yang berbeza.

a. Berdasarkan Rajah 5.1, namakan bahan yang digunakan untuk membuat
produk tersebut.
Kaca

b. Nyatakan satu ciri yang membolehkan ia sesuai untuk membuat produk
dalam 7(a)
1. Tahan terhadap haba
2. Lengai /tahan terhadap bahan kimia

c. Berdasarkan Rajah 5.2, berikan satu contoh produk lain yang menggunakan
bahan yang sama.
1. Jubin seramik
2. Pinggan mangkuk seramik

d. Nyatakan dua kelebihan menggunakan bahan dalam 7(c) bagi membuat
‘labu sayung’.
1. Keras
2. Kuat
3. Tahan haba

e. Tandakan ( √ ) pada kotak yang disediakan, satu contoh bahan yang direka bentuk
secara inovatif daripada jenis bahan yang membuat radas makmal.

Rajah 6 menunjukkan mikroorganisma M dan N.

a. Berikan satu penyakit berjangkit yang disebarkan oleh mikroorganisma M.
Pneumonia

b. Nyatakan cara rawatan penyakit berjangkit bagi jawapan anda di 8(a)
Antibiotik // Penisilin

c. Namakan kelas mikroorganisma N.
Fungi // Kulat

d. Nyatakan satu kegunaan mikroorganisma bagi jawapan anda di 8(c)
1. Roti
2. Kek
3. Donut

e. Habitat alga ialah air tawar, air masin, tanah lembap dan kulit pokok yang
terdedah kepada cahaya matahari.
Adakah alga sesuai hidup di dasar laut dalam?
Jelaskan jawapan anda.
Tidak //Tidak sesuai
Alasan:
Cahaya matahari tidak sampai (ke dasar laut dalam)

Rajah 7.1 menunjukkan satu poster bagi kempen mengurangkan penggunaan plastik.

a. Berdasarkan poster dalam Rajah 7.1, nyatakan satu cara untuk
mengurangkan penggunaan plastik.
1. Gunakan kotak
2. Gunakan beg kitar semula

b. Tandakan ( √ ) pada kotak yang disediakan, satu jenis kitar hayat umum bagi
suatu produk apabila anda memilih untuk menggunakan beg kitar semula.

c. Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis beg iaitu beg plastik dan beg kertas.

Berdasarkan Rajah 7.2, beg yang manakah lebih mesra alam?
Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
Beg kertas
Alasan:
Boleh mereput dengan cepat // mengambil masa yang singkat untuk terurai

Rajah 8 menunjukkan susunan radas bagi suatu proses elektrolisis.

a. Berdasarkan Rajah 8,
i. logam manakah berfungsi sebagai katod?
Logam L
ii. selepas lima minit, apa yang terjadi kepada anod?
1. Semakin nipis / kecil.
2. Jisim berkurangan

b. Spatula besi di dalam makmal sains telah berkarat.
Apakah kaedah saintifik yang sesuai untuk mengatasi masalah ini?
Wajarkan jawapan anda.
Kaedah: Penyaduran elektrik/logam
Wajaran: Mencegah permukaan besi daripada berkarat/kakisan (apabila terdedah kepada
oksigen//kelembapan)

MELAKA
Rajah 5.1 menunjukkan sebahagian peringkat P, Q, R dan S dalam suatu pembahagian sel
haiwan.

a) i) Berdasarkan Rajah 5.1, tandakan (✓) jenis pembahagian sel dalam jadual 3.

ii) Susunkan peringkat-peringkat pembahagian sel P, Q. R dan S mengikut susunan yang betul.
P, R, Q, S

b) Nyatakan bahagian pada badan manusia yang terlibat dalam pembahagian sel ini.
Testis/ Ovary

c) Nyatakan satu kegunaan proses ini dalam bidang pertanian.
Proses hybrid pembakaan /kacukan

d) Rajah 5.2 menunjukkan proses yang berlaku dalam peringkat P.

i) Namakan proses tersebut.
Pindah silang

ii) Nyatakan kepentingan pembahagian sel di atas.
Menyebabkan variasi

Rajah 6.1 menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin wanita.

a) Namakan kelenjar O
Kelenjar adrenal

b) Nyatakan satu kesan kepada wanita itu jika kedua-dua kelenjar P dikeluarkan
1. Tiada kitar haid
2. Tidak boleh mengandung
3. Mandul

c) Rajah 6.2 menunjukkan kesan daripada ketidakseimbangan hormon.

Nyatakan hormon tersebut
Tiroksina
d) Bagaimanakah hormon diangkut ke organ sasaran?
Dibawa oleh peredaran darah

e)Seorang lelaki mengalami simptom sentiasa berasa dahaga. Beliau juga mendapati kuantiti
urinnya yang berlebihan apabila membuang air kecil. Berdasarkan situasi tersebut, hormon
apakah yang tidak seimbang di dalam diri beliau? Nyatakan fungsi hormon tersebut.
Hormon antidiuresis (ADH)
Mengawal kuantiti air yang diserap semula oleh ginjal

Rajah 7 menunjukkan penghasilan ammonia dalam industri.

a) Namakan proses pada Rajah 7
Proses Haber

b) Nyatakan gas X.
Nitrogen

c) Rajah 7.2, menunjukkan dua kilang pengeluar ammonia

Kilang yang manakah dapat menghasilkan ammonia yang banyak mengikut masa yang
ditetapkan? Berikan justifikasi anda
Kilang A
Besi dapat mempercepatkan kadar tindak balas
d) i) Apakah suhu yang optimum bagi tindak balas ini

450 – 550 oC
ii) Terangkan mengapa suhu di bawah optimum tidak sesuai bagi tindak balas ini.

kadar tindak balas menjadi perlahan

Rajah 8 menunjukkan struktur bagi satu sel .

a) Namakan sel pada Rajah 8.
Sel kimia ringkas

b) Elektrod logam yang manakah bertindak sebagai
i) Terminal negatif : Magnesium
ii) Terminal positif : Jalur kuprum
c) Bagaimanakah terminal negatif ditentukan dalam suatu sel kimia ringkas?

Logam yang lebih tinggi dalam siri elektrokimia
d) i) Apakah yang diperhatikan pada bacaan voltmeter jika kepingan magnesium

digantikan dengan kepingan zink?
Bacaan pada voltmeter menjadi lebih kecil
ii)Berikan sebab bagi jawapan anda di 8 d)(i)
Pasangan logam yang terletak lebih dekat antara satu sama lain dalam siri elektrokimia
Akan menghasilkan voltan yang lebih rendah
Rajah 9 menunjukkan struktur lengan Amin untuk mengambil buku di atas meja.

a) Namakan otot P?
Bisep

b) X adalah tisu yang menghubungkan otot Q dengan skapula. Namakan X.
Tendon

c) Terangkan tindakan otot P dan Q dalam mekanisme membengkokkan lengan
Otot P mengecut manakala otot Q mengendur. Tendon menarik tulang (radius) ke atas
(menyebabkan lengan dibengkokkan )

Rajah 10 menunjukkan satu eksperimen untuk menghasilkan bahan M.

a) Berdasarkan Rajah 10 , namakan proses yang berlaku.
Pengesteran

b) Asid sulfurik pekat bertindak sebagai mangkin dalam ekperimen ini. Jika asid sulfurik
pekat tidak ditambahkan ke dalam tabung uji, apakah yang akan berlaku?
Proses (pengesteran) lambat berlaku

c) Alkohol mempunyai kegunaan yang meluas dalam pelbagai bidang dalam kehidupan
seharian. Penggunaan yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan.
Seorang individu perempuan, meneruskan tabiat ketagihannya mengambil alkohol
ketika beliau mengandung, apakah kesannya?
Kecacatan pada bayi/sindrom fetal alcohol
Kepala/otak bayi kecil
Muka tidak normal
Pertumbuhan terbantut

TERENGGANU
Hormon mempunyai peranan yang penting dalam setiap fungsi tubuh. Oleh itu kadar rembesan
hormon mesti seimbang dengan fungsinya.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan hormon

b) Maklumat di bawah menunjukkan satu keratan akhbar tentang masalah hormon.

Berdasarkan maklumat di atas, apakah kalenjar yang terlibat?
Kalenjar pituitari

c) Pasangan ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mengalami pertumbuhan yang
normal. Namun terdapat segelintir kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran seperti di
atas.
Cadangkan bagaimana ibu bapa dapat mengatasi masalah ini.

1. Melakukan rawatan terapi hormon
2. Amalkan pemakanan yang seimbang
d) Murid A dan murid B dikejar oleh anjing liar semasa berjalan kaki pulang dari sekolah.

Murid A dapat menyelamatkan diri dengan berlari laju manakala murid B didapati terkejut
dan pengsan di tempat kejadian . Terangkan mengapa situasi yang dialami oleh murid A
dan B berbeza.
Murid A, hormon adrenalina yang dirembeskan banyak menyebabkan dia boleh berlari laju
dan menyebabkan peningkatan denyutan jantung
Murid B, kalenjar adrenalina yang dirembeskan terlampau banyak menyebabkan
peningkatan denyutan sangat tinggi.
Semenjak plastik ditemui pada 5 Februari 1907, pelbagai produk dihasilkan dengan
menggunakan plastik. Kebergantungan kepada plastik memberikan impak positif dan juga negatif.
a) Apakah mikroplastik
Mikroplastik ialah kepingan plastik yang kurang 5 mm
b) Rajah 6.1 menunjukkan kitar hayat suatu produk

Apakah proses X ?
Dikitar semula
c) Sesetengah produk plastik ini biasanya dibuang oleh pengguna dan dibakar di udara.
Dengan menggunakan contoh yang sesuai , nyatakan bagaimana sisa plastik boleh
diubah suai supaya ianya menjadi bahan baru yang lebih bernilai tinggi.
Upcycle botol air mineral dibuat penyapu plastik
d) Rajah 6.2 menunjukkan mikroplastik dalam rantaian makanan.

Berdasarkan rajah 6.2 huraikan bagaimana mikroplastik boleh menyebabkan masalah
kesihatan kepada manusia.
Melalui rantaian makanan, bermula dari ikan kecil memakan mikroplastik
Mikroplastik kekal dalam rantai makanan
Orbit satelit yang mengelilingi bumi dikelaskan kepada lima jenis mengikut ketinggian orbit

( altitud )
a) Namakan satu contoh jenis orbit satelit
Orbit Tinggi Bumi // orbit Sederhana Bumi // Orbit Rendah Bumi // Orbit Geopegun // Orbit
Geosegerak
b) Satelit telah berjaya menghasilkan peningkatan dalam produktiviti sebilangan besar
industri jualan secara atas talian. Bagaimana seorang penghantar produk jualan boleh tiba
ke suatu lokasi pelanggannya mengikut tempoh pesanan?
Menggunakan GPS iaitu suatu sistem navigasi seperti waze dan MAPS yang memberikan
maklumat lokasi dan masa kepada penggunanya dalam semua keadaan cuaca
c) Rajah 7.1 dan rajah 7.2 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar ke orbit

Banding bezakan kedua-dua kenderaan pelancar tersebut.
Persamaan : kedua-dua kenderaan pelancar menghantar satelit atau kapal angkasa ke
angkasa lepas
Perbezaan :
Expandable Launch Vehicle ,ELV memerlukan lebih banyak kos berbanding Reuseable
Launch Vehicle, RLV
RLV boleh digunakan untuk banyak misi angkasa berbanding ELV
d) Negara Malaysia telah berjaya mencipta satu satelit baru. Satelit tersebut telah dihantar ke
Orbit Tinggi Bumi dengan menggunakan kaedah pemindahan Hohmann. Wajarkan
mengapa kaedah pemindahan tersebut dipilih.

Tindak balas kimia merupakan satu proses pertukaran bahan tindak balas untuk menghasilkan
hasil tindak balas yang melibatkan kadar tindak balas.

a) Takrifkan kadar tindak balas
Kadar tindak balas ialah perubahan kuantiti bahan atau hasil tindak balas per unit masa

b) Rajah 8.1 menunjukkan keputusan eksperimen murid untuk menentukan kadar tindak
balas 0.5g logam magnesium dengan asid hidroklorik cair. Tindak balas lengkap berlaku
selama 30 saat.

Tentukan kadar tindak balas pada rajah 8.1

c) Rajah 8.2 menunjukkan graf-graf perubahan kuantiti bahan tindak balas dan kuantiti hasil
tindak balas melawan masa

Berdasarkan graf-graf pada rajah 8.2 banding bezakan tindak balas cepat dan tindak balas
perlahan
Persamaan :
Kuantiti bahan tindak balas berkurang
Kuantiti hasil tindak balas bertambah

Perbezaan : Kadar tindak balas cepat
Kadar tindak balas perlahan Kadar tindak balas tinggi
Kadar tindak balas rendah Mengambil masa yang singkat
Mengambil masa yang panjang

d) Rajah 8.3 menunjukkan satu proses semulajadi yang berlaku dalam tumbuhan

Proses dalam rajah 8.3 ialah tindak balas perlahan. Wajarkan
Mengambil masa yang panjang untuk berlaku tindak balas

Rajah 9 menunjukkan dua jenis kerusi yang dicadangkan untuk digunakan di makmal sekolah.

a) Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi kestabilan objek
Pusat graviti // luas tapak

b) Cadangkan satu cara untuk menambahkan kestabilan kerusi X
Menambahkan jumlah kaki
Mengurangkan ketinggian kerusi

c) Semua pelajar kelas berkenaan diminta memilih kerusi yang sesuai untuk digunakan di
makmal sekolah, kerusi yang menjadi pilihan ialah kerusi Y.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan dan kekurangan jika kerusi Y dipilih sebagai
kerusi makmal?
Kelebihan :
Luas permukaan tapak lebih luas
Bilangan kaki lebih banyak
Lebih selesa duduk

Kekurangan :
Tinggi
Kurang stabil
Saiz tapak kaki lebih kecil

Rajah 10 menunjukkan sel kimia ringkas

a) Berdasarkan rajah 10, plat manakah yang berfungsi sebagai katod / terminal positif ?
Plat kuprum

b) Cadangkan bahan lain yang boleh kamu ambil di dapur rumah kamu jika bekalan larutan
kuprum(II) sulfat tidak dapat disediakan di makmal
Air garam , cuka, jus limau

c) Sel ringkas menghasilkan arus elektrik daripada tindak balas kimia dalam elektrolit.
Adakah anda bersetuju jika sel ini digunakan dalam dalam situasi terdesak seperti terputus
bekalan elektrik di rumah ? Nyatakan alasan untuk menyokong pendapat anda.
Setuju ,
Murah // mudah disediakan // boleh dicas semula

Tidak setuju
Elektrolit mudah tumpah // arus kecil


Click to View FlipBook Version