The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

soalan 11 percubaan 2021 -soalan dan jawapan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK KUALA SELANGOR, 2022-03-11 00:07:24

soalan 11 percubaan 2021 -soalan dan jawapan

soalan 11 percubaan 2021 -soalan dan jawapan

1. Perlis
Kaji Situasi berikut :

Susu segar yang disimpan dalam almari berbau busuk dan basi selepas satu hari tetapi susu segar
yang disimpan dalam peti sejuk berada di dalam keadaan yang elok walaupun selepas satu
minggu.

a. Nyatakan satu pernyataan masalah dari situasi di atas
Apakah kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria ?

b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas
1. Jika suhu rendah, maka pertumbuhan bakteria kurang pesat
2. Pertumbuhan Bakteria adalah paling pesat pada suhu bilik
3. Susu segar berbau busuk dan basi jika disimpan di dalam almari/
4. Susu segar berada dalam keadaan yang elok jika disimpan di dalam peti sejuk
5. Bakteria membiak dengan aktif pada suhu bilik//
6. Bakteria menjadi tidak aktif pada suhu rendah

c. Berdasarkan situasi yang diberi, reka bentuk satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda
dengan menggunakan dua tabung uji, bubur nutrien, larutan kultur bakteria, almari dan peti
sejuk.
i. Tujuan eksperimen
Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan Bakteria.
ii. Mengenal pasti pemboleh ubah
Dimanipulasikan : Suhu
Bergerak balas : kekeruhan bubur nutrien / pertumbuhan bakteria
Dimalarkan : Isipadu larutan kultur bakteria
iii. Prosedur atau kaedah

1. Masukkan bubur nutrien dan larutan kultur bakteria ke dalam kedua-dua tabung uji A dan
B// Rajah

2. Letakkan bubur nutrient dalam tabung uji A di dalam almari//Rajah
3. Letakkan bubur nutrient dalam tabung uji B di dalam peti sejuk// Rajah
4. Biarkan kedua-dua tabung uji selama 3 hari
5. Rekodkan kekeruhan bubur nutrien

iv. Penjadualan data

Suhu Kekeruhan bubur
Dalam almari/ suhu bilik nutrien

Dalam peti sejuk/ 5oC

2. Melaka
Kaji maklumat berikut .

Cikgu Maznah dan adiknya mengalami masalah rabun dekat. Kedua-duanya memakai cermin mata
yang diperbuat daripada kanta cembung. Oleh kerana Cikgu Maznah mengalami masalah rabun
dekat yang lebih teruk daripada adiknya, maka dia memakai cermin mata yang lebih tebal kerana
ianya menghasilkan jarak fokus yang lebih dekat. Manakala adiknya menggunakan cermin mata
yang lebih nipis.

a. Nyatakan satu pernyataan masalah dari situasi di atas
1. Adakah ketebalan kanta cembung mempengaruhi jarak fokus?

b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas

1. Semakin tebal kanta cembung, semakin dekat jarak fokus kanta
2. Kanta cermin mata Cikgu Maznah lebih tebal mempunyai jarak fokus yang lebih dekat.
3. cermin mata yang lebih tebal menghasilkan jarak fokus yang lebih dekat

c. Berdasarkan pernyataan yang diberi, cadangkan satu eksperimen makmal untuk menguji
hipotesis anda dengan menggunakan kanta cembung tebal, kanta cembung nipis,
pemegang kanta, lilin, skrin putih dan pembaris.

i. Tujuan eksperimen
Untuk mengkaji hubungan antara ketebalan kanta cembung dan jarak fokus

ii. Mengenal pasti pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi: Ketebalan kanta cembung
Pemboleh ubah bergerak balas: Jarak fokus
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis kanta / Jarak objek

iii. Prosedur atau kaedah

1. Satu kanta cembung tebal diletakkan di hadapan satu skrin putih.
2. Kanta itu dihalakan pada lilin sebagai objek.
3. Skrin dilaraskan supaya satu imej yang tajam terbentuk pada skrin.
4. Rekodkan jarak fokus.
5. Eksperimen diulang dengan menggunakan kanta cembung nipis.

iv. Penjadualan data

Ketebalan kanta Jarak fokus

Tebal

Nipis

3. Negeri Sembilan

Kaji maklumat berikut

Baldi yang penuh dengan pasir adalah lebih sukar digerakkan daripada keadaan pegun dan lebih
sukar berhenti berayun. Situasi ini menunjukkan masa yang diambil oleh objek yang bergerak
untuk berhenti berayun bergantung kepada jisimnya.

a. Nyatakan satu pernyataan masalah dari situasi di atas

1. Adakah jisim objek mempengaruhi inersia objek tersebut ?

b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas

1. Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek itu.
2. Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin sukar untuk objek berhenti berayun //

sebaliknya
3. Baldi yang penuh dengan pasir lebih sukar digerakkan berbanding baldi kosong

c. Berdasarkan pernyataan yang diberikan, rekabentuk satu eksperimen makmal
untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan plastisin 30 g, plastisin 70 g,
pengapit-G, bilah gergaji dan jam randik.

i. Tujuan eksperimen

1. Untuk mengkaji hubungan antara jisim plastisin dengan masa yang diambil untuk (bilah
gergaji) berhenti berayun

2. Untuk mengkaji hubungan antara jisim objek dengan inersia.

ii. Mengenal pasti pemboleh ubah

a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: jisim objek/jisim plastisin / Plastisin 30 g dan plastisin 70
g

b) Pemboleh ubah bergerak balas: inersia /masa diambil untuk (bilah gergaji) berhenti
berayun

c) Pemboleh ubah dimalarkan: Panjang bilah gergaji / jenis plastisin

iii. Prosedur atau kaedah

1. Apitkan bilah gergaji dengan pengapit-G pada kaki meja (secara mengufuk dengan
ketat)

2. Letakkan plastisin 30 g pada hujung bilah gergaji itu dan lepaskan
supaya berayun

3. Rekodkan masa yang diambil oleh (bilah gergaji) untuk berhenti berayun dengan
menggunakan jam randik.

4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan plastisin 70 g

iv. Penjadualan data

Jisim objek masa yang diambil untuk (bilah gergaji) berhenti
kecil berayun

besar

4. Terengganu
Kaji perbualan di bawah

a. Nyatakan satu pernyataan masalah dari situasi di atas

Apakah kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria?
b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas

Jika antibiotik berkepekatan tinggi, maka pertumbuhan bakteria kurang

c. Berdasarkan maklumat perbualan di atas, cadangkan satu eksperimen untuk menyiasat
kesan kepekatan antibiotik ke atas pertumbuhan bakteria dengan menggunakan agar-agar
nutrien, kultur bakteria, ceper antibiotik kepekatan tinggi, ceper antibiotik kepekatan rendah,
pita selofan dan piring petri.
i. Tujuan eksperimen
Untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria
ii. Mengenal pasti pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Kepekatan antibiotik
(b) bergerak balas : Luas kawasan jernih / pertumbuhan bakteria
(c) dimalarkan : isipadu kultur bakteria

iii. Prosedur atau kaedah

1. Masukkan agar-agar nutrien dan kultur bakteria dalam piring petri A dan B
2. Masukkan ceper antibiotik kepekatan tinggi dalam piring petri A dan ceper antibiotik

kepekatan rendah dalam piring petri B.
3. Tutup kedua-dua piring petri dengan pita selofan dan telangkupkan.
4. Biarkan radas selama 3 hari dalam almari gelap.
5. Rekodkan luas kawasan jernih
iv. Penjadualan data

5. SMKA & SABK
Kaji situasi berikut :

a. Nyatakan satu pernyataan masalah dari situasi di atas
1. Adakah saiz bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas
2. Apakah kesan saiz bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas

b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas
1. Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
2. Semakin kecil saiz daging, semakin cepat kadar tindak balas.

c. Berdasarkan pernyataan diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji
hipotesis anda dengan menggunakan 2g cebisan marmar hancur, 2g ketulan marmar
bersaiz besar, asid hidroklorik cair, penyumbat getah dengan salur penghantar, kelalang
kon, kaki retort dengan pengapit, buret dan jam randik.
i. Tujuan eksperimen
Untuk mengkaji kesan saiz bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas.
ii. Mengenal pasti pemboleh ubah
a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Saiz bahan tindak balas
b) Pemboleh ubah bergerak balas : Kadar tindak bala
c) s / Masa yang diambil untuk mengumpul 30.0 cm3 gas
d) Pemboleh ubah dimalarkan : suhu / jisim marmar

iii. Prosedur atau kaedah

1. Selaraskan aras air di dalam buret dan catat bacaan awal buret, V0.
2. Sukat 40 cm3 asid hidroklorik cair dan tuangkan ke dalam kelalang kon.//GR
3. Masukkan 2 g cebisan marmar hancur ke dalam kelalang kon//GR
4. Perhatikan dan rekod masa yang diambil untuk mengumpul 30.0 cm3 gas di dalam buret.
5. Ulangi langkah eksperimen dengan menggunakan ketulan marmar bersaiz besar

iv. Penjadualan data

Saiz marmar Masa yang diambil untuk mengumpul 30.0 cm3 gas
(saat)
Cebisan marmar hancur
Ketulan marmar
bersaiz besar

6. Kelantan
Kaji pernyataan berikut.

Seorang nelayan mendapati tangkapan ikan yang banyak dimusim pandemik covid-19 menghadapi
masalah kerana tiada pembeli yang datang membeli. Ikan yang telah ditangkap akan menjadi rosak
jika tidak dijual dengan segera akibat tindakan oleh mikroorganisma. Untuk mengelak daripada
kerugian, beliau telah memproses ikannya menjadi ikan kering supaya boleh disimpan lama dan
juga boleh dijual secara atas talian. Ini kerana ikan kering mempunyai tahap kelembapan berbeza
dengan ikan biasa.

a. Nyatakan satu pernyataan masalah dari situasi di atas

Apakah kesan kelembapan terhadap pertumbuhan bakteria

b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas

1. Kelembapan yang rendah merencatkan pertumbuhan bakteria
2. Jika kelembapan rendah maka pertumbuhan bakteria kurang
c. Berdasarkan pernyataan yang diberi, rancang satu eksperimen makmal untuk menguji
hipotesis anda dengan menggunakan agar nutrien steril, agar nutrien steril kering, kultur
bacillus subtilis, picagari, pita selofan dan piring petri. Huraian anda haruslah mengandungi
aspek-aspek berikut :

i. Tujuan eksperimen

Untuk mengkaji kesan kelembapan terhadap pertumbuhan bakteria

ii. Mengenal pasti pemboleh ubah

a) Dimanipulasi : Kelembapan agar-agar nutrien //lembap dan kering
Bergerak balas : Pertumbuhan bakteria// bilangan koloni bakteria
Dimalarkan : Jenis bakteria // kuantiti bakteria//Isipadu agar nutrien

iii. Prosedur atau kaedah

A B
Agar nutrien steril Agar nutrien steril kering

+ +
Kultur bacillus subtilis Kultur bacillus subtilis

1. Masukkan agar-agar nutrient lembap ke dalam piring petri A// Rajah.
2. Masukkan agar-agar nutrient kering ke dalam piring petri B.// Rajah.
3. Masukkan kultur Bacillus subtillis ke dalam kedua-dua piring petri // Rajah
4. Tutup kedua-dua piring petri dengan penutup dan pita selofan.
5. Simpan kedua-dua piring petri secara terbalik di tempat gelap pada suhu bilik.
6. Biar selama 3 hari
7. Rekodkan bilangan koloni bakteria

iv. Penjadualan data

Kelembapan agar - Pertumbuhan bakteria//bilangan koloni bakteria
agar nutrien
Agar nutrient lembap
Agar nutrient kering

7. PPD Serian
Kaji maklumat berikut.

Inersia sesuatu objek dipengaruhi oleh jisimnya. Jisim yang berbeza akan memberi kesan yang
berbeza terhadap inersianya.

a. Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas
Adakah jisim objek mempengaruhi inersia objek tersebut ?

b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas

Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek itu.

c. Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji
hipotesis anda dengan menggunakan plastisin, bilah gergaji, pengapit-G, penimbang digital
dan jam randik. Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:

d. Tujuan eksperimen

Mengkaji hubungan antara jisim objek dengan inersia.

e. Mengenal pasti pemboleh ubah

a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: jisim plastisin / jisim objek
b) Pemboleh ubah bergerak balas: masa diambil untuk (bilah gergaji) berhenti berayun/

inersia
c) Pemboleh ubah dimalarkan: Panjang bilah gergaji / jenis plastisin

f. Prosedur atau kaedah

1. Apitkan bilah gergaji dengan pengapit-G pada kaki meja (secara mengufuk dengan
ketat)

2. Letakkan plastisin 30 g pada hujung bilah gergaji itu dan lepaskan
supaya berayun

3. Rekodkan masa yang diambil oleh (bilah gergaji) untuk berhenti berayun dengan
menggunakan jam randik.

4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan plastisin 70 g

g. Penjadualan data

Jisim objek masa yang diambil (bilah gergaji) berhenti berayun
kecil
besar

8. Pahang
Kaji pernyataan berikut.

Aliya mendapati pokok bunga A dan B yang ditanam di halaman rumahnya menunjukkan kadar
pertumbuhan yang berbeza. Situasi ini menunjukkan bahawa kekurangan nutrient akan
merencatkan pertumbuhan tumbuhan

a. Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas

Apakah kesan kekurangan nutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan?
b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas

Jika kekurangan nutrien maka pertumbuhan tumbuhan terbantut / terencat

c. Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji
hipotesis anda dengan menggunakan Larutan Kultur Knop, Larutan Kultur tanpa nitrogen,
anak benih jagung, kapas, kertas hitam dan tabung uji. Huraian anda harus mengandungi
aspek berikut :

i. Tujuan eksperimen

Untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan

ii. Mengenal pasti pemboleh ubah

a) dimanipulasikan : Jenis larutan kultur / kehadiran nutrien
b) bergerak balas : Pertumbuhan tumbuhan / ketinggian anak benih jagung/ warna

daun anak benih jagung
c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur

iii. Prosedur atau kaedah

1. masukkan larutan kultur Knop ke dalam tabung uji A dan Larutan kultur tanpa nitrogen
ke dalam tabung uji B. (Rajah)

2. Masukkan anak benih jagung kedalam kedua dua tabung uji (Rajah)
3. Balut tabung uji dengan kertas hitam (rajah).
4. Letakkan kedua–dua tabung uji ditepi tingkap.
5. Biarkan selama 2 minggu
6. Rekodkan ketinggian anak benih jagung / warna daun anak benih jagung
iv. Penjadualan data

9. Daerah kota marudu
Kaji pernyataan berikut .
Kekacang merupakan snek kesukaan Adam. Adam ingin mengenal pasti nilai kalori bagi kekacang
kesukaannya, iaitu kacang gajus, kacang badam dan kacang tanah
a. Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas
Sampel makanan yang manakah yang mempunyai nilai kalori paling tinggi?
Adakah jenis sampel makanan mempengaruhi nilai kalori makanan ?
b. Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas
Kacang tanah mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi
c. Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji
hipotesis anda dengan menggunakan kaki retort, tabung didih,termometer, penghadang,
plastisin, jarum, 1 g kacang tanah, 1 g kacang badam, 1 g kacang gajus, kapas dan air
suling. Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:
i. Tujuan eksperimen

1. Untuk menganggarkan nilai kalori dalam beberapa sampel makanan dengan
menggunakan Kalorimeter

2. Untuk mengkaji hubungan antara jenis sampel makanan dan nilai kalori

ii. Mengenal pasti pemboleh ubah

(a) dimanipulasikan : Jenis sampel makanan
(b) bergerak balas : Perubahan suhu/ nilai kalori makanan
(c) dimalarkan : Jisim sampel makanan

iii. Prosedur atau kaedah

1. Susunan radas kalorimeter disediakan.
2. Rekodkan jenis sampel makanan dan jisimnya, jisim air dalam kalorimeter dan suhu

awal air pada termometer dalam jadual yang sesuai
3. Nyalakan kacang tanah dengan menggunakan pemetik api.
4. Rekodkan suhu akhir air dalam kalorimeter selepas kacang tanah terbakar sepenuhnya
5. Rekodkan perubahan suhu / nilai kalori makanan
6. Ulang eksperimen menggunakan kacang badam dan kacang gajus

iv. Penjadualan data

Jenis Sampel makanan nilai kalori makanan
Kacang tanah
Kacang badam
Kacang gajus

10. KEDAH
Kaji situasi berikut.

Raju telah memasukkan sedikit larutan ammonia ke dalam baldi yang berisi lateks
untuk memastikan lateks kekal cecair selepas dikutip dari pokok getah yang
ditoreh. Apabila dia hendak menghasilkan kepingan getah, beliau telah
memasukkan sedikit asid formik ke dalam lateks dimana lateks tersebut
menggumpal selepas beberapa jam. Situasi ini menerangkan kehadiran asid dan
alkali memberi kesan ke atas penggumpalan lateks.

Nyatakan satu pernyataan masalah daripada situasi di atas. [1 markah]

1. Apakah kesan asid dan alkali terhadap penggumpalan lateks

Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas. [1 markah]

1. Asid menggumpalkan lateks.
2. Alkali tidak menggumpalkan lateks
3. Asid menukarkan lateks menjadi pepejal
4. Alkali mengekalkan keadaan lateks

Berdasarkan situasi yang diberi, cadang satu eksperimen untuk menyiasat penggumpalan lateks

dengan menggunakan lateks, asid etanoik, larutan ammonia, rod kaca, penitis dan dua buah bikar.

Huraian anda harus mengandungi kriteria berikut:

Tujuan eksperimen [1 markah]

1. Untuk mengkaji kesan asid dan alkali terhadap penggumpalan lateks

Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak balas [2 markah]

Pemboleh ubah dimanipulasikan:
1. Asid dan alkali // Asid etanoik dan larutan ammonia

Pemboleh ubah bergerak balas: [4 markah]
Keadaan lateks // Penggumpalan lateks
Prosedur atau kaedah

1. Masukkan 50 cm³ lateks ke dalam dua buah bikar yang berlabel A dan B
2. Tambahkan beberapa titis asid etanoik ke dalam bikar A
3. Tambahkan beberapa titis larutan ammonia ke dalam bikar B
4. Kacau campuran di dalam kedua-dua bikar menggunakan rod kaca
5. Rekodkan keadaan lateks di dalam jadual

Penjadualan data [1 markah]

Jenis larutan Keadaan Lateks //
penggumpalan lateks
Asid etanoik + lateks
Larutan ammonia + lateks


Click to View FlipBook Version