1. Sekumpulan murid kelas 4 Kristal menjalankan eksperimen untuk mengkaji variasi jenis cap jari.
Jadual 1.1 menunjukkan cap jari 25 orang murid dalam kelas itu.
a. Berdasarkan data dalam jadual 1.1 lengkapkan jadual 1.2 di bawah.
74 8 6
b. Berdasarkan keputusan dalam jadual 1.2, lukiskan carta bar yang menunjukkan bilangan
murid melawan kumpulan jenis cap ibu jari.
c. Bagaimanakah perbezaan jenis cap ibu jari di kalangan manusia dapat diaplikasikan untuk
meningkatkan tahap keselamatan di bangunan kem tentera ?
Menggunakan cap ibu jari sebagai kebenaran / pas untuk masuk ke kem tentera
d. Apakah jenis variasi yang ditunjukkan oleh graf di ( b ) ?
Variasi tak selanjar
e. Beri contoh lain bagi variasi jenis ini.
Kebolehan mengulung lidah / warna anak mata / jenis darah
2. Rajah 2.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji ketahanan kakisan bagi aloi.
Jadual 2 menunjukkan keputusan selepas tiga hari.
Jenis paku Keadaan paku
Paku keluli Tiada perubahan
Paku besi Berubah menjadi perang
a. Berdasarkan Jadual 2, nyatakan satu pemerhatian bagi eksperimen ini.
Paku besi berubah menjadi perang manakala paku keluli tidak berubah
b. Berikan satu inferens berdasarkan pemerhatian di 2 ( a )
Paku keluli tidak berubah kerana ia tahan kakisan // paku besi berubah kerana ia tidak
tahan kakisan
c. Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
I. Pembolehubah dimalarkan : isipadu air
II. Pembolehubah dimanipulasi : jenis paku // paku besi dan paku keluli
d. Rajah 2.2. menunjukkan sebuah pagar di sebuah rumah
Pada pendapat anda, mengapakah pagar tersebut diperbuat daripada keluli ?
Keluli tahan kakisan
e. Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
i. Paku keluli lebih tahan kakisan
ii. Paku besi tidak tahan kakisan
iii. Jika paku keluli direndam dalam air, maka keadaan paku tiada perubahan.
iv. Jika paku besi direndam dalam air, maka keadaan paku berubah menjadi perang.
f. Tandakan ( / ) pada petak yang disediakan bagi bahan yang memberi keputusan yang
sama seperti paku besi dalam Rajah 1.2.
g. Rajah 1.3 menunjukkan ciri-ciri sejenis aloi.
Berikan satu contoh peralatan yang boleh dihasilkan menggunakan aloi ini.
Badan kapal terbang // rangka basikal lumba
h. Nyatakan definisi secara operasi bagi aloi berdasarkan eksperimen ini.
Aloi ialah bahan yang tiada perubahan apabila direndam dalam air selama tiga hari
3. Seorang murid tingkatan 4 telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan aktiviti fizikal
ke atas kadar denyutan nadi manusia. Jadual 1 menunjukkan bacaan nadi yang diperoleh apabila
beliau selesai melakukan tiga jenis aktiviti fizikal yang berbeza.
Jenis aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi ( bpm )
Berehat 90
Berjalan 120
Berlari 180
a. Nyatakan satu hipotesis berdasarkan maklumat dalam jadual 1.
Semakin lasak jenis aktiviti fizikal, semakin tinggi kadar denyutan nadi.
b. Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini
I. Pemboleh ubah dimalarkan : tempoh masa / umur / jantina
II. Pemboleh ubah dimanipilasi : jenis aktiviti fizikal
c. Nayatakan satu inferens bagi eksperimen ini.
Semakin lasak jenis aktiviti fizikal, semakin tinggi kadar denyutan nadi kerana kadar jantung
mengepam oksigen ke dalam badan semakin bertambah .
d. Eksperimen diulang kepada beberapa orang murid lain dalam kelas sama tetapi berbeza
jantina. Adakah setiap murid mempunyai kadar denyutan nadi yang sama ? Terangkan
sebabnya.
Tidak . kerana kadar denyutan nadi selepas melakukan aktiviti fizikal bagi pelajar lelaki lebih
rendah daripada pelajar perempuan
4. Jadual 3 menunjukkan keputusan suatu eksperimen untuk mengkaji kesan pH terhadap
pertumbuhan bakteria.
Tabung uji pH value Kekeruhan bubur nutrien
A Kurang daripada 7 ( asid ) Kurang keruh
B Sangat keruh
C 7 ( neutral ) Kurang keruh
Lebih daripada 7 ( alkali )
a. Lengkapkan jadual di atas berdasarkan keputusan eksperimen.
b. Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat :
I. Pemboleh ubah dimanipulasikan : nilai pH
II. Pemboleh ubah bergerak balas : kekeruhan bubur nutrien / pertumbuhan bakteria
c. Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
i. Jika nilai pH 7, maka pertumbuhan bakteria paling baik / pesat
ii. Bakteria membiak paling baik dalam keadaan neutral
iii. Jika keadaan neutral, maka pertumbuhan bakteria paling baik / pesat
5. Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap
pertumbuhan bakteria.
Piring petri tersebut dibiarkan dalam kawasan yang tidak mempunyai cahaya dan bilangan koloni
bakteria direkodkan selepas 3 hari. Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen.
a. Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
I. Pemboleh ubah bergerak balas : bilangan koloni bakteria
II. Pemboleh ubah dimalarkan : jenis bakteria / kuantiti bakteria / masa / kehadiran
nutrien/ keamatan cahaya
b. Ramalkan bilangan koloni bakteria jika piring petri B diletakkan di tempat bercahaya
7 /6 /5 / 4 /3 /2 /1
c. Berdasarkan keputusan eksperimen dalam Jadual 2, nyatakan definisi secara operasi bagi
pertumbuhan bakteria.
Pertumbuhan bakteria ialah proses yang menyebabkan bilangan koloni bakteria paling
banyak apabila diletakkan pada suhu 37oC selama tiga hari tanpa cahaya
d. Rajah 3.2 menunjukkan ujian yang dijalankan oleh seorang pelajar untuk mengkaji ciri pH
bagi ubat gigi menggunakan kertas litmus merah.
Beliau mendapati bahawa ubat gigi tersebut menukarkan warna kertas litmus merah kepada
biru. Ini menunjukkan bahawa ubat gigi adalah beralkali. Terangkan mengapakah ubat gigi
memerlukan pH yang beralkali ?
i. Menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut
ii. Membunuh bakteria dalam mulut
iii. Meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria pada gigi
6. Sekumpulan pelajar menjalankan satu eksperimen untuk menentukan nilai kalori makanan P, Q
dan R. Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen itu.
Formula untuk menghitung nilai tenaga makanan
a. Berdasarkan formula yang diberi, hitung nilai kalori makanan P dan Q.
P : 4.2 x 10 x ( 50−30 ) = 2800 Jg-1
0.3
Q :4.2 10 ( 85−30 ) = 7700 Jg-1
0.3
b. Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen
I. Pemboleh ubah dimanipulasikan : jenis makanan
II. Pemboleh ubah dimalarkan : jisim makanan / jisim air
c. Berdasarkan eksperimen ini, makanan manakah yang mempunyai nilai kalori paling tinggi ?
Q
7. Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas bagi menentukan tahap pencemaran air dalam sampel air
berlainan.
Jadual 3 menunjukkan keputusan kajian yang telah dijalankan .
a. Nyatakan satu pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
Jenis sampel air
b. Berikan satu pemerhatian berdasarkan keputusan eksperimen pada Jadual 3.
Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur bagi sampel air Q lebih cepat
berbanding sampel air P dan R
c. Nyatakan satu inferens di 7 ( b)
Sampel air Q paling tercemar / sampel air Q mempunyai kandungan oksigen paling rendah
d. Biochemical oxygen demand ( BOD ) ialah kuantiti oksigen terlarut yang diperlukan oleh
mikroorganisma pengurai untuk menguraikan bahan organik dalam suatu sumber air. BOD
juga digunakan sebagai penentu bagi tahap pencemaran sesuatu sampel air. Berdasarkan
keputusan eksperimen dalam jadual 3, sampel air yang manakah mempunyai nilai BOD
paling rendah ?
Sampel air P
e. Rajah 4.2 menunjukkan organisma yang digunakan dalam Teknologi Emisi Negatif bagi
membantu mengurangkan kesan rumah hijau.
Terangkan bagaimana organisma ini berfungsi untuk mengurangkan kesan rumah hijau ?
i. Menyerap karbon dioksida daripada atmosfera
ii. Mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera melalui fotosintesis
8. Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji proses elektrolisis sebatian ion dalam
keadaan yang berbeza.
a. Nyatakan satu pemerhatian dalam eksperimen ini.
Mentol dalam rajah 4.2 menyala , manakala rajah 4.1 tidak menyala
b. Nyatakan satu inferens bagi eksperimen ini.
i. Mentol dalam rajah 4.2 menyala kerana proses elektrolisis berlaku dalam leburan
Plumbum ( II ) bromida
ii. Leburan plumbum ( II ) bromida mengalirkan arus elektrik
c. Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
i. Keadaan leburan plumbum ( II ) bromida
ii. Pepejal plumbum ( II ) bromida dan leburan plumbum ( II ) bromida
d. Plumbum ( II ) bromida adalah sebatian ion. Tuliskan deinisi secara operasi bagi sebatian
ion.
Sebatian ion ialah bahan yang boleh menyalakan mentol dalam keadaan leburan sahaja
e. Penulenan logam merupakan salah satu contoh aplikasi elektrolisis dalam industri. Semasa
penulenan logam , apakah bahan yang dijadikan anod ?
Logam tidak tulen