NEGERI SEMBILAN
1. Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kadar denyutan nadi rehat berdasarkan
jantina yang berlainan. Kadar denyutan nadi rehat bagi seorang murid perempuan dan
seorang murid lelaki ditunjukkan dalam Jadual 1.
a. Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
i. Pemboleh ubah dimanipulasikan :
Jantina yang berlainan // lelaki dan perempuan // lelaki, perempuan
ii. Pemboleh ubah bergerak balas :
Kadar denyutan nadi (rehat)
b. Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini
1. Murid perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi
2. Jika jantina murid perempuan maka kadar denyutan nadi lebih tinggi
c. Ramalkan kadar denyutan nadi murid perempuan setelah dia berlari selama
sepuluh minit sewaktu kelas Pendidkan Jasmani.
79 // 80 // apa-apa jawapan melebihi 78 yang munasabah
d. Tandakan ( √ ) pada aktiviti yang meningkatkan kadar denyutan nadi.
Seorang murid telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan anak benih
kacang hijau. Ketinggian anak benih kacang hijau diukur pada setiap dua hari.
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
a. Mengunakan data dalam Jadual 2, lukis graf ketinggian anak benih kacang hijau
melawan masa.
b. Berdasarkan graf dalam 2(a), apakah hubungan antara ketinggian anak benih
kacang hijau dengan masa?
Apabila masa bertambah , ketinggian anak benih kacang hijau juga bertambah
c. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan
anak benih.
Pertumbuhan anak benih (kacang hijau) ialah keadaan/proses yang ditunjukkan oleh
ketinggian anak benih (pada setiap dua hari)
d. Rajah 1 menunjukkan lengkung pertumbuhan haiwan dengan rangka luar.
Pada pendapat anda, mengapa graf dalam Rajah 1 berbeza dengan graf yang
dilukis pada 2(a)?
1. Haiwan berangka luar akan mengalami beberapa peringkat eksdisis/bersalin kulit sebelum
mencapai dewasa.
2. Rangka luar yang keras dan tidak boleh mengembang ini akan menghalang pertumbuhan
haiwan rangka luar , maka lengkung pertumbuhan adalah berperingkat
Sekumpulan murid telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara
isipadu gas yang dibebaskan pada sela masa yang berbeza. Mereka telah menggunakan
0.5 g pita magnesium dengan asid hidroklorik cair.
Jadual 3 dan graf di bawah menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
a. Nyatakan satu hipotesis dalam eksperimen ini.
Semakin lama masa, semakin banyak isipadu gas yang dibebaskan
b. Apakah faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini?
1. Jisim pita magnesium
2. Isipadu asid hidroklorik cair
c. Berdasarkan graf, ramalkan isipadu gas yang dibebaskan pada minit ke-4
30 (cmᵌ)
d. Nyatakan dua faktor lain yang boleh mempengaruhi kadar suatu tindak balas.
1. Kehadiran mangkin
2. Kepekatan bahan tindak balas
3. Saiz bahan tindak balas
4. Tekanan
5. Suhu
Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji Prinsip Bernoulli.
a. Berdasarkan Rajah 2, nyatakan pemerhatian anda.
1. Paras air di Q lebih tinggi berbanding di R dan S
2. Paras air di R lebih rendah berbanding di Q dan S
b. Nyatakan satu inferens bagi jawapan anda di 4(a)
1. Paras air di Q lebih tinggi berbanding di R dan S kerana halaju air di X lebih rendah dan
tekanan di X lebih tinggi berbanding di Y dan Z
2. Paras air di R lebih rendah berbanding di Q dan S kerana halaju air di Y lebih tinggi dan
tekanan di Y lebih rendah berbanding di X dan Z
c. Nyatakan satu pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini.
1. Paras air
2. Tekanan air
d. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi Prinsip
Bernoulli.
Prinsip Bernoulli ialah prinsip yang ditunjukkan paras air dalam tiub lebih rendah apabila
halaju tinggi
e. Seseorang yang berdiri berhampiran landasan kereta api terasa seperti jatuh ke
dalamnya apabila kereta api yang bergerak laju melepasinya.
Terangkan bagaimana Prinsip Bernoulli diaplikasikan dalam situasi ini.
1. Halaju udara di hadapannya meningkat
2. Tekanan udara yang bergerak berkurangan apabila kelajuan udara bertambah
3. Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di belakangnya menolak dia ke hadapan.
MELAKA
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan asid
etanoik dan larutan ammonia ke atas lateks. Keputusan eksperimen diambil selepas
30 minit diperhatikan.
a. Apakah pemerhatian anda ke atas lateks dalam eksperimen ini?
Lateks pada Rajah 1.1 mengumpal manakala lateks pada Rajah 1.2 tiada perubahan
b. Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian pada Rajah 1.1
Asid akan menggumpalkan lateks //
Ion hidrogen yang bercas positif daripada asid meneutralkan cas negatif membran protein
c. Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
Pemboleh ubah bergerak balas : Keadaan lateks / Penggumpalan lateks
Pemboleh ubah dmanipulasikan : Jenis bahan kimia/
Asid etanoik dan larutan ammonia
d. Rajah 1.2 menunjukkan situasi di kebun getah. Selepas beberapa hari, lateks yang
terkumpul di dalam mangkuk didapati tergumpal. Mengapakah situasi ini terjadi?
Tindakan bakteria yang mengeluarkan asid
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen ayunan bandul yang dijalankan oleh sekumpulan
pelajar Tingkatan 4 di SMK Bahagia Selalu.
Panjang tali yang digunaan ialah 20 cm dan jisim bandul yang berbeza diayunkan dari
kedudukan A ke B. Masa untuk 10 ayunan lengkap direkodkan di dalam jadual 1.
Jisim bandul (g) Masa untuk 10 ayunan, t(s) Tempoh, T= t/10 (s)
30 45 4.5
40 60 6
50 80 8
60 90 9
70 105 10.5
a. Lengkapkan nilat T dalam Jadual 1
b. Berdasarkan jawapan anda di atas, lukiskan graf dengan menggunakan graf yang disediakan
di bawah.
c. Apakah hubungan antara jisim bandul dan masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap
tesebut?
Semakin tinggi jism bandul yang digunakan, semakin lama masa yang diambil untuk 10
ayunan lengkap bandul.
d. Maklumat di bawah menunjukkan satu situasi yang biasa diperhatikan di jalan raya.
Terangkan mengapa situasi ini berlaku.
Jisim yang lebih besar mempunyai inersia yang lebih besar.
Lori bermuatan 1 tan mempunyai inersia yang lebih besar berbanding kereta bermuatan 500 kg .
Rajah 3.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan Penisilin terhadap pertumbuhan
bakteria.
Diameter kawasan jernih diukur setiap hari selama lima hari dan dicatatkan dalam Jadual 2
a. Berdasarkan maklumat dalam Jadual 2, mengapakah diameter Kawasan jernih
bertambah?
Lebih banyak bakteria musnah
b. Apakah faktor yang diperhatikan dalam eksperimen ini?
Diameter kawasan jernih
c. Nyatakan hipotesis bagi keadaan di atas.
Semakin bertambah masa, semakin berkurang pertumbuhan bakteria
d. Penisillin ialah sejenis antibiotik. Nayatakan definisi secara operasi antibiotik.
Antibiotik ialah bahan yang menyebabkan diameter Kawasan jernih bertambah apabila
diletakkan di atas agar-agar nutrien selama lima hari
e. Maklumat dibawah menunjukkan satu situasi yang berlaku kepada seorang murid.
Namakan bahan kimia yang sesuai untuk merawat penyakit tersebut?
Antifungal // Clotrimazole
Seorang murid Tingkatan 5 Alfa menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan
kekurangan nutrient ke atas pertumbuhan anak benih.
Rajah 4 menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas lima hari.
a. Nyatakan satu faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini.
Isipadu larutan kultur// Jenis anak benih
b. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi larutan kultur
lengkap.
Larutan kultur lengkap ialah bahan yang menghasilkan akar yang banyak selepas lima hari
apabila diletakkan pada anak benih.
c. Maklumat berikut menunjukkan empat unsur nutrien
Bulatkan unsur yang sama kumpulan dengan fosforus.
d. Ramalkan pemerhatian jika kertas hitam tidak digunakan untuk membalut tabung didih
dalam eksperimen ini.
Pertumbuhan anak benih terjejas/ Pertumbuhan alga berlaku
e. Anda mendapati pokok yang ditanam mempunyai tanda-tanda terbantut, iaitu daunnya
mengalami klorosis. Berikan kandungan nutrient yang perlu ada dalam baja untuk
mengatasi masalah tersebut.
Nitrogen
TERENGGANU
Rajah 1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji pengoksidaan hirisan buah epal dengan
menggunakan larutan yang berbeza
Keputusan eksperimen dicatatkan dalam jadual 1
Berubah warna
a) Berdasarkan rajah 1, tulis pemerhatian anda dalam jadual 1
b) Nyatakan satu inferens dari pemerhatian di jadual 1
Jus limau menghalang pengoksidaan epal
c) Apakah faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini?
Jenis epal / suhu persekitaran / isipadu larutan / jus limau dan air suling
d) Perubahan warna pada hirisan epal disebabkan oleh pengoksidaan. Nyatakan definisi secara
operasi bagi pengoksidaan
Pengoksidaan ialah proses yang menyebabkan warna hirisan epal berubah selepas
direndam selama 30 minit dalam air suling.
e) Mengapa pengambilan vitamin C digalakkan dalam menu harian terutama pada tempoh
pandemik covid 19?
Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksidan
Sebagai barisan pertahanan terhadap risiko penyakit
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia.
a) Apakah faktor yang diubah dalam eksperimen ini?
Jisim
b) Berdasarkan data dalam jadual 2, lukis graf masa untuk 10 ayunan melawan jisim.
c) Berdasarkan graf, ramalkan masa untuk 10 ayunan jika jisim plastisin menjadi 80g
6.6 // 6.7 // 6.8 //6.9 // 7.0
d) Mengapa lori treler memerlukan lebih masa untuk berhenti berbanding kereta apabila kedua-
dua pemandu kenderaan ini menekan brek dengan mengejut pada kelajuan yang sama?
Kerana inersia treler lebih besar
Jisim kenderaan yang besar mempunyai inersia yang besar
Rajah 3.1 dan rajah 3.2 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji proses
penapaian
a) Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian anda pada rajah 3.1
Kerana Karbon dioksida terbebas // proses penapaian berlaku
b) Apakah faktor yang diubah dalam eksperimen ini?
Kehadiran yis
c) Ramalkan apa yang berlaku jika bahan dalam Rajah 3.1 dipanaskan sebelum eksperimen
Air kapur tidak keruh / tiada gelembung gas terhasil / tiada penapaian berlaku
d) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi yis
Yis ialah miroorganisma yang menyebabkan air kapur menjadi keruh apabila bertindak balas
dengan larutan glukosa
e) Rajah 3.3 menunjukkan satu kegunaan alkohol.
Mengapakah alkohol digunakan dalam alat di atas?
Kerana alkohol mudah terbakar
Rajah 4.1 menunjukkan aras air yang dihasilkan pada tiub venturi
a) Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan eksperimen dalam Rajah 4.1
Paras air di P2 paling rendah berbanding P1 dan P3
b) Tuliskan satu inferens bagi pemerhatian pada 4(a)
Paras air di P2 lebih rendah berbanding di P1 dan P3 kerana halaju air di P2 lebih tinggi
dan tekanan di P2 lebih rendah berbanding di P1 dan P3
c) Apakah pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen di atas?
1. Paras air
2. Tekanan air
d) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
Semakin meningkat halaju bendalir, semakin berkurang tekanan
e) Rajah 4.2 menunjukkan sebuah kereta api
Berdasarkan prinsip bernoulli kenapakah anda dilarang berdiri melepasi garisan keselamatan
ketika kereta api sedang bergerak?
Kawasan selepas garisan keselamatan mempunyai aliran udara berhalaju tinggi dan tekanan
udara rendah. Orang akan ditolak oleh daya ke arah kereta api.