The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK KUALA SELANGOR, 2022-03-10 10:47:23

skema dan SOALAN PERCUBAAN REKACIPTA

skema dan SOALAN PERCUBAAN REKACIPTA

Perlis
9. Dalam keadaan banjir besar, bekalan makanan dan ubat-ubatan kadangkala perlu dijatuhkan melalui

udara. Sering kali bekalan tersebut akan mengalami kerosakan disebabkan halaju yang tinggi semasa
mencecah permukaan bumi. Payung terjun digunakan untuk mengurangkan halaju tersebut. Anda
diberikan plastik hitam, benang dan pemberat. Reka bentuk satu payung terjun bagi menyelesaikan
masalah di atas.

10. Sistem hidraulik berfungsi dengan memindahkan tekanan melalui bendalir untuk menggerakkan
sesuatu objek. Anda dibekalkan dengan 2 picagari, batang kayu aiskrim, skru dan nat, kadbod
berlainan saiz, paip getah penghubung, tali , pemberat 50 g dan gam. Reka bentuk satu alat seperti
kren untuk mengangkat beban yang berat menggunakan sistem hidraulik.

Melaka
9.
Semasa ekspidisi mendaki Bukit Beruang, Razif telah terseliuh kaki kanannya. Dengan menggunakan bahan-
bahan yang diberikan, reka dan terangkan satu alat yang dapat membantu Razif menuruni bukit dengan
selamat dan stabil. Jawapan anda hendaklah diiringi dengan lukisan berlabel dan penerangan ringkas.

10. Dalam menghadapi kemelut Pendemik Covid-19, alkohol sangat diperlukan sebagai bahan asas untuk
menghasilkan bahan pembersih tangan. Terangkan bagaimana penghasilan alkohol dengan
menggunakan alatan dan bahan yang terdapat di rumah seperti berikut. Jawapan anda hendaklah
diiringi dengan lukisan berlabel dan penerangan ringkas.

Negeri Sembilan
9. Amin mendapati terdapat beberapa botol detergen terbuang di belakang rumahnya. Amin bercadang

untuk menjalankan ‘upcycle’ bagi menghasilkan penyodok sampah daripada botol-botol detergen itu.
Dengan menggunakan botol detergen kosong, paku dan sebatang kayu, anda dikehendaki membantu
Amin menghasilkan penyodok sampah tersebut. Lakarkan produk itu dalam ruang di bawah. Labelkan
rajah tersebut.

10. Proses elektrolisis boleh diaplikasikan untuk mengekstrak logam tulen daripada logam tidak tulen.
Anda dibekalkan dengan sekeping jalur argentum tidak tulen, sekeping jalur argentum tulen, bikar,
larutan argentum nitrat, wayar, ammeter dan bateri. Reka satu sel elektrolitik untuk menghasilkan
argentum tulen daripada pengekstrakan argentum tidak tulen di dalam ruang di bawah. Label rajah
anda

Terengganu
9.

10.

SMKA & SABK
9. Seorang murid membaca sebuah artikel yang menyatakan bahawa buah-buahan atau bahagian

tumbuhan lain dan air laut boleh menghasilkan tenaga elektrik. Azlan ingin mencuba menggunakan
bahan yang ada di rumahnya untuk membuktikan pernyataan di dalam artikel tersebut.
Menggunakan bahan seperti buah limau, paku besi, duit syiling kuprum, mentol LED dan wayar
penghubung, bantu Azlan untuk membuktikan pernyataan di dalam artikel yang dibacanya. Lukis
produk anda pada ruang yang disediakan di bawah. Labelkan terminal positif dan terminal negatif pada
lakaran anda.

10. Kamarul berasa kagum dengan perubahan fasa bulan dan berhasrat untuk melihat anak bulan
menggunakan sebuah alatan optik ringkas.
Dengan menggunakan kadbod manila, pita selofan, kanta mata dan kanta objek, bantu Kamal untuk
menghasilkan sebuah alatan optik ringkas bagi melihat anak
bulan. Lakarkan alatan optik tersebut pada ruang yang disediakan di bawah.
Labelkan kanta mata dan kanta objek pada lakaran anda.

KELANTAN
9. Selain daripada kewujudan bahan api, dapur juga mempunyai pelbagai bahan yang boleh menjadi

punca kebakaran di rumah.
Anda dibekalkan dengan satu botol kosong, air, cuka, soda bikarbonat, benang dan kertas tisu.
Rekacipta satu alat pemadam kebakaran ringkas menggunakan bahan-bahan tersebut.
Lukis dan labelkan rekaan anda dalam ruangan di bawah.

10. Kanta cembung digunakan dalam peralatan optik seperti teleskop. Anda dikehendaki melakar reka
bentuk sebuah teleskop ringkas dengan menggunakan dua kanta cembung yang berlainan ketebalan,
dua keping kertas manila hitam dan pita selofan dalam ruang yang disediakan dibawah. Labelkan rajah
anda.

PPD SERIAN
9 Dalam kejadian banjir besar, bekalan makanan dan ubat-ubatan kadangkala perlu dijatuhkan melalui

udara. Sering kali bekalan tersebut akan mengalami kerosakan disebabkan oleh halaju yang tinggi
semasa mencecah permukaan Bumi. Payung terjun digunakan untuk mengurangkan halaju.
Anda dibekalkan dengan beg plastik,tali,penyepit baju dan pita selofan. Reka bentuk sebuah payung
terjun ringkas dengan menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mengatasi masalah di atas. Labelkan
rajah anda.

10. Tenaga elektrik yang boleh dihasilkan daripada tindak balas kimia. Anda dibekalkan dengan sebatang
paku besi, kepingan zink, dawai, sebiji mentol dan sebiji buah oren. Reka bentuk sel rigkas
menggunakan bahan-bahan tersebut untuk menyalakan mentol dalam ruang yang telah disediakan di
bawah. Labelkan rajah anda.

PAHANG
9. Tenaga elektrik boleh dihasilkan daripada tindak balas kimia.

Anda dibekalkan dengan sebatang paku besi, kepingan zink, dawai, sebiji
mentol dan sebiji buah oren.
Reka bentuk sel ringkas menggunakan bahan-bahan tersebut untuk
menyalakan mentol dalam ruang yang disediakan di bawah. Labelkan rajah
anda.

10.

Upcycle merupakan satu idea pengurusan yang cekap untuk menghasilkan
produk plastik baharu.
Reka bentuk satu bekas makanan burung menggunakan bahan-bahan
dalam Rajah 10.2. Lukis dan labelkan reka bentuk anda dalam kotak yang
disediakan.

PPD KOTA MARUDU
10 Anda diberi tiga biji buah lemon, tiga batang paku besi, tiga batang rod kuprum, mentol dan dawai

penyambung dengan klip buaya. Dengan menggunakan bahanbahan tersebut, reka bentuk sel kimia
ringkas yang dapat menyalakan mentol dengan kecerahan maksimum. Lukis dan labelkan reka bentuk
anda dalam ruangan di bawah.

SELANGOR SET 2
9. Anda menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab STEM di sekolah. Anda diminta melancarkan

satu kereta belon.
Anda dibekalkan dengan sebiji belon, dua batang lidi buluh , satu batang penyedut minuman, empat biji
penutup botol dan sekeping kadbod.
Reka bentuk satu kereta belon dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Labelkan rajah anda.

10. Sistem hidraulik lazimnya dapat memudahkan kerja manusia.
Anda dibekalkan dengan Air, dua picagari, sekeping kadbod, tiub getah, tali, plastisin, empat batang
kayu pemegang aiskrim.

Reka bentuk satu kren hidraulik untuk mengangkat beban dengan menggunakan bahan-bahan
tersebut. Labelkan rajah anda.


Click to View FlipBook Version