PENGANGKUTAN AWAM CABARAN PENGANGKUTAN AWAM MASALAH PENGANGKUTAN AWAM CARA PENYELESAIAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM PENGARANG : JANETH & AISYAH
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN DEFINISI PENGANGKUTAN AWAM KELEBIHAN PENGANGKUTAN AWAM CABARAN PENGANGKUTAN AWAM MASALAH PENGANGKUTAN AWAM CARA MENGATASI MASALAH PENGANGKUTAN AWAM
AHLI KUMPULAN JANETH ROSS 6 ATAS MERAH AISYAH BINTI SAFRI 6 ATAS KUNING PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani Syukur kepada tuhan kerana dia kami dapat menyelesaikan tugasan projek untuk kelab PA & BM. Terima kasih juga kepada guru pembimbing kelab PA & BM kerana telah memberi dorongan dan sokongan kepada kami untukt menyelesaikan projek ini. Semoga guru kami sentiasa diberkati atas apa yang ilmu telah dicurahkan kepada kami. Projek yang telah kami lakukan ini banyak memberi manfaat kepada kami. Misalnya, kami bekerjasama dan saling membantu dalam menyelesaikan projek ini sehingga sempurna. Dalam masa menyelesaikan projek ini, banyak hal yang telah kami hadapi . Rintangan ini ialah masalah Internet dan juga tidak cukup masa untuk menyelesaikan tugas lain. Namun hasil kerjasama kami ini, telah memberi banyak pertolongan. semoga kami sentiasa mempunyai sikap kerjasama dan bertolak ansur dalam menyelesaikan projek ini, dan menjadi suntikan kepada pelajar lain untuk berusaha bersungguh sungguh dalam memcapai kemahuan dan cita cita yang mulia :
OBJEKTIF TAJUK : 4) MENGETAHUI CABARAN PENGANGKUTA N AWAM 2) MENGENALPASTI MASALAH PENGANGKUTAN AWAM 3) MENCARI CARA PENYELESAIAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM 1) MENGETAHUI KELEBIHAN PENGANGKUTAN AWAM
DEFINISI PENGANGKUTAN AWAM ? Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka( edisi keempat), maksud pengangkutan awam merujuk kepada sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum. kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkugan kawasan tempatan antara rumah mereka, tempat kerja dan pusat beli belah atau institusi pendidikan satu lagi batasan lanjut yang kadang - kadang dikenakan bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam keadaan dikongsi kecuali teksi bukan kongsi tumpang
KELEBIHAN PENGANGKUTAN AWAM Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat. Sebagai contoh, pengangkutan awam boleh digunakan oleh murid-murid untuk pergi ke sekolah. Orang ramai pula boleh menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar ke tempat kerja. Dengan adanya pengangkutan awam ini, urusan orang ramai untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju akan lebih mudah dengan adanya pengangkutan awam. Malah, pengangkutan awam mengenakan tambang yang murah berbanding dengan penggunaan kenderaan yang lain. Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat. Sebagai contoh, pengangkutan awam boleh digunakan oleh murid-murid untuk pergi ke sekolah. Orang ramai pula boleh menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar ke tempat kerja. Dengan adanya pengangkutan awam ini, urusan orang ramai untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju akan lebih mudah dengan adanya pengangkutan awam. Malah, pengangkutan awam mengenakan tambang yang murah berbanding dengan penggunaan kenderaan yang lain.
Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkanmasalah pencemaran udara. Ini kerana apabila orang ramaimenggunakan pengangkutan awam, asap kenderaan akankurang dilepaskan ke udara. Apabila asap kenderaan banyakdilepaskan, ini akan menyebabkan udara tercemar yang akanmenjejaskan kesihatan. Tambahan pula, asap yang tercemarterkandung berbagai-bagai jenis gas beracun. Ini bolehmengakibatkan kesihatan orang ramai terjejas dan akanmenganggu aktiviti harian seseorang. Oleh itu, pencemaranudara boleh dikurangkan melalui penggunaan pengangkutanawam oleh orang ramai.t Seterusnya, pengangkutan awam juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini kerana dengan adanya pengangkutan awam, ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Sebagai contoh, pengangkutan awam seperti bas memerlukan ramai pemandu bas untuk memastikan bas beroperasi. Begitu juga dengan kereta api yang memerlukan kakitangan teknikal untuk menjalankan penyelenggaraan bagi memastikan kereta api tersebut berjalan dengan baik. Ini sekaligus memberikan peluang pekerjaan orang ramai terutamanya generai muda di setesen-setesen kereta api yang ada. Peluang pekerjaan ini dapat mengurangkankan kadar pengangguran di dalam negara. Oleh itu, pengangkutan awam terbukti mampu memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang ramai.t
CABARAN PENGNGKUTAN AWAM ! Cabaran yang dihadapi ialah mewujudkan pengangkutan awam yang berkualiti dan lestari. pengngkutan awam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti cepat, cekap dan selesa disamping berupaya mengurangkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar. cabaran kedua ialah menyelaraskan pengendalian pengangkutan awam. operasi pengangkutan awam di seluruh Malaysia mempunyai satu garis panduan atau penyelarasan yang berkesan walaupun melibatkan pelbagai agensi. cabaran yang ketiga ialah meningkatkan bilanganpenumpangpengangkutan awam. Ramai orang memilih untukmenggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke suatudestinasi yang jauh. Hal ini kerana mereka akan menghadapimasalah kesesakan jika menggunakan kenderaan sendiri. olehitu pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untukmelancong dan sebagainya.
MASALAH PENGANGKUTAN AWAM Antara salah satu sebab kurangnya rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam adalah tambangnya yang mahal. Mereka akan membandingkan harga tambang dan kos jika menggunakan kereta sendiri. Kemudian didapati bahawa tiada perbezaan yang ketara antara dua pilihan tersebut. Kos tambang yang mahal amat dirasai oleh pengguna yang berpendapatan rendah dan menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian mereka. Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, masalah kos tambang pengangkutan awam yang mahal menjadi kerisauan buat mereka. Ada laporan mengatakan segelintir pemandu teksi tidak menggunakan meter dan mengenakan caj yang mahal kepada pengguna. Perkara ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kurangnya pengguna pengangkutan awam di Malaysia Petikan Asal Artikel Dari : https://www.permohonan.my/masalah-pengangkutan-awam/ | Permohonan.my
Kekerapan pengangkutan awam yang sedikit menyebabkanpengguna terpaksa menunggu lama untuk menggunakanpengangkutan awam seperti bas dan KTM tiba di stesen.Kadang kala pengguna terpaksa menunggu bas atauKTMtiba sehingga sejam lamanya. Ini akan menyulitkanperjalanan pengguna terutama mereka yang ingin ketempatkerja. Disebabkan kekerapan pengnagkutan awamyangtidak efisien ramai rakyat Malaysia tidak mahu menggunakanpengangkutan awam kerana terlalu lambat danakanmengakibatkan perjalanan mereka terganggu. Petikan Asal Artikel Dari : https://www.permohonan.my/masalah-pengangkutan-awam/ | Permohonan.my Ada beberapa syarikat penyedia pengangkutan awam menggunakan kenderaan yang tidak diselenggara dan uzur. Ini mengakibatkan kenderaan tersebut sering rosak di tengah jalan dan menyebabkan perjalanan pengguna terganggu. Ia juga menjadi kebimbangan pengguna kerana merasakan kenderaan yang mereka naiki tidak selamat. Hal ini sering terjadi pada bas awam. Semoga perkongsian ini dapat membantu pihak berwajib untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam yang ada di Malaysia bagi mengelakkan kesesekan lalu lintas. Petikan Asal Artikel Dari : https://www.permohonan.my/masalah-pengangkutan-awam/ | Permohonan.my
CARAMENYELESAIKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus pengangkutan awam di bandar mahupun negeri hendaklah mengenal pasti dan mengkaji secara berkala kawasan yang betul-betul memerlukan pengangkutan awam. Pembancian dan pengumpulan data maklumat terkini tidak lagi dilihat sebagai cara yang kolot kerana dengan kecanggihan teknologi ia mampu memudahkan proses tersebut dari segi masa dan tahap keberkesanan pembancian. Bak kata peribahasa Melayu, lain dahulu lain sekarang. Kerjasama dengan pegawai perancang bandar dan desa juga hendaklah diperlukan agar laluan pengangkutan awam yang terbaik dapat dirancang dan dilaksanakan. Tahap ketersampaian kawasan awam seperti pasar, sekolah, terminal bas dan bangunan kerajaan akan memudahkan rakyat sekaligus menambah pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/langkah-memperbaikipengangkutan-awam.html
langkah yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki pengangkutan awam adalah dengan menggunakan tenaga alternatif seperti elektrik di setiap kenderaan pengangkutan awam. Hal ini dapat mengelakkan penggunaan petrol yang harganya berdasarkan pasaran dunia dan semakin meningkat dari hari ke hari. Maka, pendekatan alternatif yang menggunakan sumber tenaga lain dan murah adalah langkah terbaik dalam mengurangkan kos perkhidmatan pengangkutan awam. Tambahan pula, terdapat sebuah syarikat tempatan, Eletrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM) yang telah berjaya menghasilkan produk bus eletrik menggunakan 100 peratus tenaga kerja mahir tempatan. Mereka hanya memerlukan pelabur dan sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan produksi berskala besar agar dapat menyumbang kepada pengangkutan awam negara sekaligus mempromosi kemahiran tenaga kerja tempatan Langkah seterusnya adalah dengan melihat kepada golongan yang disasarkan untuk menggunakan perkhidmatan ini iaitu orang awam. Semua orang awam sudah pasti ada telefon pintar masing masing dan ini merupakan kelebihan yang perlu dimanfaatkan pengusahapengusaha pengangkutan awam dengan membangunkan aplikasi pengangkutan awam. Sebagai contoh, kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan aplikasi Smart Selangor di mana pengguna aplikasi tersebut dapat menjejaki lokasi sebenar bas percuma yang disediakan. Perkara ini dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan merujuk masa yang dikongsikan oleh aplikasi tersebut waktu jangkaan bas awam akan tiba di perhentian yang diinginkan. Teknologi ini akan menambah keberkesanan perkhidmatan awam serta menyaingi perkhidmatan e-hail.
KESIMPULAN: Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diatur untuk menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Sikap yang mementingkan keuntungan dan monopoli dalam perkhidmatan pengangkutan awam hendaklah dielakkan kerana ia merupakan tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan negara khususnya. Sekiranya perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan lebih berkualiti, kondusif dan konsisten, ia mampu menarik kepercayaan orang awam dan pelancong secara tidak langsung untuk menuju ke destinasi yang mereka rancang. Langkah yang holistik perlu disusun supaya perkhidmatan pengangkutan awam dapat memberi manfaat kepada rakyat dan menjadi model terbaik untuk negara-negara lain