TUGASAN 2
PENGHASILAN PRODUK
NAMA : NUR AMIRAH ZAHIDAH BINTI MOHD ZAMRI
ANGKA GILIRAN : 2021052310037
NO KAD PENGENALAN : 031003-10-1184
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 2
KOD/NAMA KURSUS : PIMK1094
NAMA PENSYARAH : PUAN SHARIFA BINTI SAMSUDIN
PELAKSANAAN IBADAT
SOLAT DAN KETIKA
PENULARAN WABAK
SOLAT
“Kemudian apabila kamu telah selesai
mengerjakan solat, maka hendaklah kamu
menyebut dan mengingati Allah semasa kamu
berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram
(berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah
solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).
Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan atas orang-orang yang
beriman, yang tertentu waktunya”
Surah An-Nisa : ayat 103
Apa itu solat
• Solat dari segi bahasa ialah doa.
• Solat dari segi syara’ ialah perkataan dan
perbuatan yang dimulai dengan takbiratul
ihram beserta niat dan diakhiri dengan
salam beserta syarat-syarat tertentu.
• Solat terbahagi kepada :
- Solat fardhu
- Solat sunat
Dalil Pensyariatan Solat
Surah Al-Baqarah Hadis Nabi Muhammad SAW
: ayat 43
“Solat pada waktunya, barangsiapa
َوَأ ِقيمُو۟ا أل َّصلَ ٰو َة َو َءاتُو۟ا أل َّز َك ٰو َة َوأ ْر َك ُعو۟ا ََ ََ أل َّ َّٰر ِك ِع َي yang meninggalkan solat maka
“Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah tiadalah agama baginya dan solat
zakat, dan rukuklah beserta orang yang itu merupakan tiang agama”.
[Riwayat al-Baihaqi
rukuk”
Solat Fardhu
• Solat fardhu ada 5 iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya’.
Berdasarkan dalilnya dalam hadis Nabi Muhammad SAW:
Daripada Talhah bin Ubaidullah R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:
ََ ْخ ُس َصلَ َوا ٍت ِِف ال َي ْو ِم َواللَّ ْي َ ِل
Maksudnya: Ada lima solat (yang wajib didirikan) pada siang malam.
(HR al-Bukhari (46) dan Muslim (11))
• Solat fardhu boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.
• Walaubagaimanapun, seorang lelaki muslim digalakkan untuk menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah di masjid dan
hukum melakukannya adalah sunat muakkad manakala meninggalkannya adalah makruh.
• Hal ini bertepatan dengan Hadis Nabi Muhammad SAW:
َصل َا ُة الْ َج َماعَ ِة َأفْ َض ُل َِ ْن َصل َا ِة الْ َف ِذ ِب َس ْبٍَ َو ِع ْْ ِشي َن َد َر َجة
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”
(HR. Muslim (1509))
• Pada awalnya, Allah s.w.t memerintahkan solat 50 waktu dalam sehari semalam kepada Rasulullah s.a.w.
Baginda pun menerima perintah itu dan ingin kembali ke bumi. Tetapi di langit keenam, Baginda bertemu Nabi Musa a.s lalu
ditanya mengenai perintah yang diberikan Allah kepada Baginda s.a.w.
Lalu baginda menjawab, perintah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam telah diberikan kepadanya oleh Allah s.w.t. Nabi
Musa a.s pun menasihatkan Rasulullah untuk kembali bertemu Allah s.w.t bagi meminta untuk jumlah itu dikurangkan. Umat
sebelum ini juga gagal melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah inikan pula untuk umat Nabi Muhammad melakukan solat
50 waktu sehari semalam, pesan Nabi Musa a.s.
• Rasulullah s.a.w menerima nasihat itu lalu Baginda pun kembali menghadap Allah s.w.t untuk meminta
pengurangan. Lalu jumlah itu dikurangkan kepada 40.
Nabi s.a.w turun semula ke langit keenam bertemu Nabi Musa a.s yang kemudian mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi;
“Umatmu masih belum mampu melakukannya wahai Muhammad.”
• Begitulah seterusnya berulang kali, sehingga jumlah tersebut berkurang menjadi lima waktu. Selepas perintah itu
bertukar menjadi lima waktu sahaja, Nabi SAW turun bertemu Nabi Musa yang mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi.
Namun, baginda bersabda:
“Aku telah berulang kali memohon keringan kepada Rabbku, sehingga aku berasa malu. Aku reda dan menerima perintah
tersebut”.
Waktu Solat
Pelaksanaan Ibadah
Solat ketika Penularan
Wabak
Penyebaran virus Covid-19 telah mencetuskan pelbagai polemik dan persoalan dalam
kalanganmasyarakat. Dalam masa yang sama, sebagai langkah pencegahan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Mac 2020
menggesa agar :
• Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi
mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku;
• Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri
program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan;
• Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-
kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain).
Maka, daripada gesaan dan saranan di atas, isu yang timbul ialah hukum
melaksanakan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid dalam situasi yang saat
kritikal sekarang kerana melibatkan perhimpunan secara beramai-ramai dan tidak
menjaga jarak sosial (social distancing).
Pihak Haiah Kibar Ulama’ al-Azhar al-Syarif dalam satu kenyataan rasminya pada 15 Mac 2020 telah
memaklumkan tentang keharusan di sisi syarak untuk menghentikan solat Jumaat dan solat berjemaah
di semua kawasan berikutan penularan wabak COVID-19. Dalam kenyataan tersebut, pihak Haiah
menggariskan keputusan bahawa harus di sisi syarak bagi negara (daulah) untuk menghentikan untuk
satu tempoh sementara bagi solat Jumaat dan solat berjemaah kerana ia akan membawa kepada
menular dan tersebarnya virus yang berbahaya ini.
Disamping itu, pihak Hai’ah juga mengingatkan orang awam berkaitan tiga perkara penting iaitu:
•Pertama: Wajib melaungkan azan pada setiap waktu solat di masjid-masjid pada situasi dihentikan
solat Jumaat dan solat berjemaah, dan harus juga bagi muazzin untuk menyebutkan pada setiap azan,
َصلُّوا ِِف بُ ُيوِت ُ ْك
•Kedua: Bagi setiap ahli rumah yang hidup bersama, teruskanlah solat berjemaah seperti biasa di rumah
- kerana tidak semestinya solat berjemaah itu dilakukan di masjid, sehinggalah ditamatkan sekatan,
InshaAllah.
•Ketiga: Diberikan keringanan (rukhsah) untuk tidak hadir solat berjemaah, solat Jumaat dan
solat Hari Raya serta solat Terawih bagi golongan warga emas, kanak-kanak, yang menghidap
penyakit berkaitan saluran penafasan dan yang menghidap penyaki antibodi lemah. Hendaklah
mereka menunaikan solat di rumah mereka atau di tempat mereka berada, serta mereka perlu
mendirikan solat Zohor bagi menggantikan solat Jumaat.
•Keempat: Apa yang berkaitan dengan Haji, Umrah dan ziarah pula: wajib ke atas semua
golongan untuk sentiasa merujuk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh pemerintah negara
Arab Saudi. Hal ini bertitik-tolak daripada tanggungjawab mereka untuk menjaga orang yang
melaksanakan Haji dan Umrah serta orang yang datang berziarah untuk kesihatan dan
keselamatan mereka.
•Kelima: Wajib di sisi syarak kepada semua pihak yang lain untuk menghulurkan bantuan
kepada kementerian menguruskan hal ini dengan bantuan yang sepatutnya, bagi menghalang
penyebaran dan menghapuskan wabak ini. Hal ini dengan tidak menyebarkan info-info yang
tidak benar dan hanya menyebarkan maklumat rasmi daripada kementerian.
•Keenam: Seruan kepada semua pihak dan individu untuk menghulurkan tangan bagi menolong
dan membantu berdasarkan kepakaran masing-masing. Di samping itu, tidak memanipulasikan
keadaan seperti ini dengan menaikkan harga barang keperluan terutamanya ubat-ubatan dan
barang perubatan.
•Ketujuh: Sandaran syarak bagi fatwa ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-
Quran, Sunnah Nabawiah, Ijma’ dan Qiyas.
Hukum
Mengikut
Arahan
Pemerintah
Mentaati pemerintah merupakan salah satu perkara yang
dituntut oleh syarak. Dalam hal ini, umat Islam harus mengikuti
arahan pemimpin bagi menggurangkan penularan wabak Covid-
19. Banyak nas baik dari Al-Quran mahupun Al-Sunnah yang
jelas menunjukkan kepada perkara ini. Antaranya adalah firman
Allah S.W.T :
ٰاَيُُّيَا اََِّّلي َن أا ََنُوا َأ ِطي ُعوا اللَّـ َه َوَأ ِطي ُعوا ال َّر ُسو َل َوُأو ِِل ا ْْ َل َْ ِر َِن ُ ْك ۖ فَا ن تَََا ََ ْع ُ ُْ ِِف َ َْ ٍء فَ ُر ُّدو ُه ا ََل اللَّـ ِه َوال َّر ُسو ِل
ا ن ُكَ ُ ُْ تُ ْؤ َِنُو َن ِبللَّـ ِه َوالْ َي ْو ِم ا ْْلا ِخ ِر ۚ ذَّٰ ِ َل َخ ْْ ٌي َوَأ ْح َس ُن تَأْ ِويللا
Maksudnya : Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah,
taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para
pemimpin) dari kalangan kamu.
Surah Al-Nisa’ (59)
Prosedur Operasi Standard
(SOP)
Solat Jumaat
Solat Jemaah
Rujukan
https://www.scribd.com/embeds/188371636/content?start_page=1&view_mode
=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
https://tzkrh.com/tahukah-anda-peristiwa-di-sebalik-sejarah-solat-fardhu-
lima-waktu/
https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/4338-bayan-linnas-
siri-ke-225-covid-19-fatwa-fatwa-terkini-berkaitan-penangguhan-solat-
jumaat-dan-solat-berjemaah
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4332-irsyad-
al-fatwa-siri-ke-457-wajibkah-mengikut-arahan-pemerintah-untuk-tidak-
pergi-ke-masjid