The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irwanzin87, 2022-09-29 01:49:21

2.6 PRINSIP BERNOULLI (2)

2.6 PRINSIP BERNOULLI (2)

FIZIK TINGKATAN 5

Bab 2: Tekanan

(2.6 Prinsip Bernoulli)

Cikgu Maimunah Khairuddin
SMK Bandar Baru Uda

2021

Pengaliran udara dengan halaju yang tinggi menghasilkan satu kawasan yang bertekanan rendah berbanding dengan
tekanan di sekeliling. Perbezaan tekanan menghasilkan suatu daya yang bertindak dari kawasan tekanan tinggi ke
kawasan tekanan rendah. Kesan daripada tindakan daya tersebut boleh dilihat melalui pergerakan kertas dan belon

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.45 dan Rajah 2.46.

Halaju air bergantung pada luas keratan rentas tiub. Semakin kecil luas keratan rentas, semakin tinggi
halaju air. Dari X ke Y, halaju air bertambah dan tekanan air berkurang. Dari Y ke Z, halaju air berkurang
dan tekanan air bertambah.

Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju
pengaliran suatu bendalir bertambah, tekanan dalam

bendalir akan berkurang atau sebaliknya.

Penghasilan Daya Angkat
Bagaimanakah daya angkat dihasilkan untuk mengangkat kapal terbang itu naik ke udara?



Jumlah daya angkat yang bertindak ke atas kapal terbang juga dipengaruhi oleh sudut serang seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.51. Apabila aerofoil berada pada sudut serang yang tertentu, aerofoil mengenakan satu

daya pada aliran udara. Menurut Hukum Gerakan Newton Ketiga, satu daya tindak balas akan bertindak pada
sayap kapal terbang dan menyumbang daya angkat yang bertindak ke atas kapal terbang.

Aplikasi Prinsip Bernoulli dalam Kehidupan Harian





SPM 2017

Diagram 2 shows a cross-section of a spoiler which is attached to a racing car. The aerofoil shape of
the spoiler produces a downward force when air flows through it.
Rajah 2 menunjukkan keratan rentas sebuah spoiler yang dipasang kepada sebuah kereta lumba. Bentuk
aerofoil bagi spoiler tersebut menghasilkan satu daya ke bawah apabila udara mengalir melaluinya.

1. Name the principle involved in producing the downward force.
Namakan prinsip yang terlibat untuk menghasilkan daya ke bawah.

2. The area of the upper surface of the spoiler is 0.25 m2. The pressure at the upper
surface of the spoiler is 1500 Pa and the pressure at the lower surface is 500 Pa.Luas
permukaan atas spoiler adalah 0.25 m2. Tekanan pada permukaan atas spoiler tersebut
adalah 1500 Pa dan tekanan pada permukaan bawahnya adalah 500 Pa.

Calculate / Hitung
(i) the difference in pressure between the upper and lower surfaces of the spoiler.

perbezaan tekanan antara permukaan atas dan bawah bagi spoiler tersebut.
[1 mark]

(i) the downward force acting on the spoiler due to the difference in pressure in 2(b)(i).
daya ke bawah yang bertindak ke atas spoiler tersebut disebabkan perbezaan tekanan dalam
2(b)(i).
[2 marks

3. Give one reason why a downward force is needed when the racing
car is moving fast.Beri satu sebab mengapa daya ke bawah diperlukan
apabila kereta lumba itu bergerak dengan laju.
[1 mark]


Click to View FlipBook Version