The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norermasuhaimah, 2021-12-08 00:39:49

BMMB1074 EPORTFOLIO

BMMB1074 EPORTFOLIO

• TELEFON: 087-331444/331444 • FAKS: 087-331817

• Laman Web: ipgkk.moe.edu.my • E-Mel: [email protected]

e-Portfolio

NORERMASUHAIMAH BINTI
AWANG

P21014635
PPISMP BAHASA MELAYU

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER I

BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPT 2021-JAN 2022

ISI KANDUNGAN

1.0) SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
1.1) SISTEM TULISAN PALLAWA
1.2) SISTEM TULISAN KAWI
1.3) SISTEM TULISAN JAWI
1.4) SISTEM EJAAN ZA’BA
1.5) SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
1.6) PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

2.0) SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA
2.1) PERANAN PEJABAT KARANG-MENGARANG
2.2) PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
2.3) PERANAN ASAS 50
2.4) BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
2.5) PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

3.0) CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
3.1) PENDIDIKAN
3.2) EKONOMI
3.3) PENTADBIRAN KERAJAAN
3.4) KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
3.5) PERCAMPURAN KOD
3.6) SLANGA

4.0) KESIMPULAN

5.0) SUMBER RUJUKAN

1.0)SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

1.1)SISTEM TULISAN PALLAVA

Tulisan ini merupakan tulisan yang paling awal digunakan di Kawasan Kepulauan
Melayu.Tulisan ini juga paling awal digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu Kuno,yang
mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit.Kedatangan orang India ke kepulauan
Melayu membawa tulisan pallava ini.Tulisan ini diasaskan daripada sistem tulisan abad pertama
masyarakat India yang dinamakan Vatteluttu.
Bukti paling awal penemuan tulisan pallava dipercayai berasal daripada abad ke-7.Sistem
tulisan pallava yang berasaskan kepada masyarakat India dan agama Hindu menyebabkan
kesukaran apabila tibanya era kedatangan Islam pada masyarakat Melayu.Hal ini
kerana,elemen-elemen Sanskrit dan Hindu menyukarkan orang Melayu menterjemah dan
memahami al-Quran dan Hadis dengan senang,menyebabkan orang Melayu zaman dahulu
berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan ini.
Tulisan Pallava dibangunkan sekitar abad ke 3 hingga 5.Tulisan pallava terbahagi kepada dua
penggunaan simbol hurufnya iaitu vokal dan konsonan.Terdapat juga beberapa simbol
tambahan yang digunakan bagi mewujudkan bunyi-bunyi yang berlainan.Sistem tulisan ini jauh
lebih kompleks berbanding dengan sistem rumi yang ada kerana tulisan ini turut sama
memperkenalkan simbol bagi gabungan bunyi seperti -au,-ai,pa,ya,kka dan lain-lain lagi,dengan
setiap konsonan juga tidak menandakan huruf semata-mata,tetapi membawa bunyi yang
berbeza.
Beberapa buah batu bersurat yang ditemui memaparkan tulisan ini,iaitu batu besurat Kedukan
Bukit (683M) dan batu bersurat Taong Tawo (684M) di Palembang,batu bersurat Kota Kapur
(686M) dan batu bersurat Karang Brahi (692M) di Hulu Jambi,Indonesia.

1.2)SISTEM TULISAN KAWI

Tulisan kawi merupakan tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8.Tulisan ini
digunakan serentak dengan bermulanya era permulaan tulisan jawi di kalangan orang
Melayu.Hal ini berdasarkan sebuah penemuan batu nisan orang Melayu di Pangkalan
Kempas,Sungai Ujung,Negeri Sembilan.Batu nisan orang Melayu yang dikenali dengan nama
Ahmadd Majnun pada tahun 1463 memaparkan kedua-dua bentuk tulisan iaitu kawi dan jawi
yang melambangkan era tersebut merupakan era transisi tulisan orang Melayu kepada tulisan
jawi yang ada sekarang serta bukti kedatangan pengaruh Islam yang mula bertapak di Tanah
Melayu.
Tulisan kawi dikenali dengan nama tulisan lama jawa.Hal ini kerana,tulisan ini diasakan oleh
orang Jawa.Tulisan ini banyak meminjam daripada istilah bahasa Sanskrit serta elemen-elemen
Hindu.Nama ‘kawi’ itu sendiri diambiil daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud ‘penyajak’
atau ‘penyair’ bagi melambangkan bahasanya yang cantik.
Terdapat dua artifak lama yang ditemui memaparkan tulisan kawi di daerah
Tapanull,Sumatera.Iaitu batu bersurat yang dikenali sebagai batu bersurat Joreng (1179M) dan
batu bersurat Padang Lawas (1213M).

1.3)SISTEM TULISAN JAWI
Tulisan jawi telah wujud sekitar tahun 1300M di Kepulauan Melayu.Perkembangannya
berhubung kait dengan ketibaan Islam,khususnya daripada orang Parsi.Abjad Arab yang
diperkenalkan diubahsuai agar sesuai dengan bahasa Melayu Klasik Lisan.Tulisan ini ditulis
dari kanan ke kiri dan ditambah dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab,iaitu
ca,pa,ga,nga,va dan nya.Hal ini menjadikan keseluruhan huruf yang terdapat dalam sistem
tulisan jawi ialah sebanyak 37 apabila 6 huruf baru ditambah dengan 31 huruf yang diambil
daripada bahasa Arab.

Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan penemuan batu bersurat Terengganu
yang bertarikh 702H atau 1303M.Hal ini menunjukkan pengaruh Islam di Tanah
Melayu.Kemunculan tulisan ini berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke
Nusantara kerana tulisan ini berasal daripada tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab
yang dimasukkan ke dalam penulisan bahasa Melayu.
Semasa penguasaan British,tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu.Pada zaman dahulu juga,tulisan jawi memainkan peranan penting dalam
masyarakat.Ianya digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran,adat
istiadat dan perdagangan.Contohnya,digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara
pihak-pihak Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis,Belanda dan Inggeris.
Selain itu,Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia juga tertulis dalam abjad
jawi.Bukti bertulis mengenai Pengisytiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam
Bahasa Melayu adalah bertulisan jawi.Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 juga ditulis
dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

1.4)SISTEM EJAAN ZA’BA

Sistem ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu
yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1983 iaitu sebelum Perang Dunia
Kedua dan telah tersiar dalam sistem ejaan Melayu jawi-rumi 1949.Sistem ejaan Wilkinson
yang dipakai sebelum initerdapat beberapa kelemahan.Maka,sistem ejaan rumi Za’ba telah
diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu.

Anara pembaharuan dalam sistem ejaan Za’ba ialah membahagikan huruf-huruf bahasa
Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar.Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada
enam abjad iaitu,a,e,e,i,o,u dan huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21
huruf .Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukakan dalam sistem ejaan Za’ba.Antaranya
ialah,jika suku kata diakhiri dengan huruf h dan k,maka vokal e yang dipilih pada suku kata
itu.Contohnya,sireh,chantek,leteh dan sebagainya,kecuali jika terdapat deretan bunyi diftong a-
i, maka ejaan diftong dikekalkan.Contohnya,naik,baik,raih dan sebagainya.Manakala,jika suku
kata bukan oleh konsonan h dan k, maka vokal i yang digunakan pada suku kata
itu.Contohnya,nasib,katil,kutip dan sebagainya,kecuali jika suku kata pertama ialah vokal o dan
e, maka vokal e yang digunakan.Contohnya,deret,leher,montel dan sebagainya.

Selain itu,perkataan pinjaman bahasa Arab yang belum diasimilasi sepenuhnya,hendaklah
dieja mengikut bunyi asalnya dengan memakai tanda ‘ dan ditulis dengan huruf
condong.Contohnya,wa’salam,ahlu’n-nujun,’amiru’-minin dan sebagainya.Manakala perkataan
pinjaman bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu dieja
mengikut sebutan Melayu.Contohnya,saman,repot,geran dan sebagainya.

Dalam sistem tulisan Za’ba,huruf besar digunakan dengan dua kaedah .Kaedah yang pertama
ialah huruf besar pada awal perkataan di pangkat ayat,kemudian selepas noktah,kemudian
selepas tanda tanya dalam suatu penulisan,kemudian selepas tanda seru dalam suatu
penulisan,kemudia huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap baris syair atau
pantun,kemudian huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama dalam perkataan
teriakan.Kaedah yang kedua pula ialah,huruf besar pada huruf awal dalam kata nama
khas,tempat,nama bangsa,nama kitab,tajuk,nama-nama ilmiah dan bidang-bidangnya,nama
bulan dan sebagainya.

1.5)SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres. Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil
dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21
September 1956. Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi
bahasa Melayu. Sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2
ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.

Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan
fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. Kedua,
perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku
akhir tertutup.

Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali
dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes
tertentu sahaja. Keempat, terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa
perkataan tertentu disebabkan ejaan Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan
sebutannya yang asal.

Kelima, terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si,
kata depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang
mengikutinya tanpa penggunaan sempang

1.6)PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan cetusan
daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada
tahun 1972itu ialah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan
Malaysia danpemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun
pedoman ejaan Rumi diMalaysia ialah Jawatankuasa ini diletakkan di bawah pengurusan
Dewan Bahasa dan Pustaka.

1.PENGGUNAAN ABJAD

a)ABJAD

Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf yang
disenaraikan di bawah dan sebutan tiap-tiap huruf disertakan di sebelahnya.Huruf Sebutan

Aa e

B b bi

C c si

D d di

Ee i

F f ef

G g ji

H h ec

I i ai

J j je

K k ke

L l el

M m em

N n en

Oo o

P p pi

Q q kiu

R r ar

S s es

T t ti
U u yu
V v vi
W w dabliu
X x eks
Y y wai
Z z zet

b)HURUF VOKAL

Terdapat enam fonem atau bunyi vocal standard dalam bahasa Melayu.Huruf-huruf yang
melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a,e,i,o,u seperti dalam rajah di bawah.

Huruf Fonem Di depan Di tengah Di belakang
a [a] sapi badi lupa
e [e] emak sena Imperialisme
enak petak tauge
i [i] itu simpan sini
o [o] oleh kota pidato
u [u] usang tunas siku

POLA KESELARIAN VOKAL

• Digunakan untuk mengeja kata-kata dasar asli bahasa Melayu.
• Dalam peraturan keselarasan antara dua vokal hanya berlaku kata dasar.
• Tidak libatkan kata berimbuhan atau kata terbitan.
• Kata dasar yang terlibat mesti berakhir dengan suku kata tertutup/bunyi konsonan.

POLA CONTOH KATA
a-a Alah,tampar,sembahyang
a-i Adik,dalih,selampit
a-u Adun,tamping,senandung
e(pepet)-a Emak,sental,gemerlap
e(pepet)-i Herdik,penting,sembelih
e(pepet)-u Empuk,sembuh,kedekut
e(taling)-a Endah,merah,kerenah
e(taling)-e(taling) Enteng,sendeng,seleweng
e(taling)-o Tempoh,tembok,selekoh
i-a Insan,singkap,selimpat
i-i Intim,rintih,kerinting
i-u Induk,rimbun,kecimpung
o-a Ombak,lonjak,kelodak
o-e(taling) Orkes,sompek,celoreng
o-o Omboh,sondol,ceroboh

u-a Undang,muntah,gelumang
u-i Umpil,gundik,seruling
u-u Umbut,kunjung,kerumun
POLA KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL

• Berlaku pada kata-kata asing,khususnya Bahasa Nusantara dan Bahasa
Inggeris.

POLA BAHASA NUSANTARA BAHASA INGGERIS
a-e(taling) Kaget,pamer Panel,cabaret
a-e(pepet) pakem Teater
a-o Lapor,perabot Kontraktor,atom
e(pepet)-e(pepet) pepet -
e(pepet)-e(taling) gembleng Setem
e(pepet)-o Jempol,bendok Intercom,gabenor,setor
e(taling)-i - Tesis
e(taling)-u - Petroleum
e(taling)-e(pepet) - Meter
i-e(taling) imlek Piket,parlimen,kriket
i-e(pepet) iseng Partikel,sistem
i-o Ikon,pilon Diftong,silikon
o-e(pepet) - Oktober
o-i - Fosil,hipokrit
o-u - Oktopus,focus
u-e(taling) Tulen,ulet Rumen,molumen,subjek
u-e(pepet) lumer Skuter
u-o Lelucon,bunglon Kupon,konduktor

c)HURUF DIFTONG

Terdapat tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf dalam bahasa
Melayu.

Bunyi Huruf Di depan Di tengah Di belakang
/ai/ ai aising ghairah Pandai
/au/ au aurat saudara Harimau
/oi/ oi oidium boikot amboi

d)HURUF KONSONAN

Bunyi Huruf Di depan Di tengah Di belakang
/b/ b bahasa sebut adab
/c/ c cakap kaca Mac
/d/ d dua ada ahad
/f/ f fakir tafsir maaf
/g/ g guna tiga beg
/gh/ gh ghaib maghrib mubaligh
/h/ h hari saham tuah
/j/ j jalan manja kolej

/k/ k kami paksa katak
/x/ kh khusus akhir tarikh
/l/ l lekas alas kesal
/m/ m maka kami diam
/n/ n nama anak daun
/ng/ ng ngilu angin pening
/ny/ ny nyata hanya -
/p/ p pasang apa siap
/q/ q Qur’an wuquf buraq

e)PEMENGGALAN KATA

i)Pemisahan suku kata pada kata dasar.

• Kalau di tengah kata ada dua huruf vokal yang berurutan,pemisahan berlaku di
antara kedua-dua vokal itu.Contohnya,ma-in,sa-at.

• Kalau di tengah kata ada huruf konsonan (termasuk gabungan huruf
konsonan),di antara dua huruf vokal,pemisahan tersebut berlaku sebelum huruf
konsonan atau gabungan huruf konsonan itu.Contohnya,ba-rang,ke-nyang.

• Kalau di tengah kata ada tiga konsonan atau lebih,pemisahan tersebut berlaku di
antara huruf konsonan yang pertama (termasuk gabungan huruf konsonan
)dengan huruf konsonan kedua.Contohnya,kon-tra,sang-gul.

• Kalau di tengah kata ada dua huruf konsonan yang berurutan,(kecuali gabungan
huruf konsonan),pemisahan tersebut berlaku diantara kedua-dua huruf konsonan
itu.Contohnya,man-di,sombong.

ii)a)Imbuhan,termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk dan partikel yang biasanya
ditulis serangkai dengan kata dasarnya,dalam penyukatan dipisahkan sebagai satu
kesatuan.Contohnya,mem-ban-tu, ma-ka-nan.

b)Pada kata yang berimbuhan sisipan,pemenggalan kata dilakukan sebagai
berikut,contohnya,te-lun-juk, ge-ri-gi.

iii)Apabila suatu kata terdiri lebih daripada satu unsur dan salah satu unsur itu dapat bergabung
dengan unsur lain,penyukatan dilakukan dalam dua tahap iaitu:

a)Di antara unsur-unsur itu.(Contohnya,kilogram,kilo-gram)

b)Di antara suku-suku dalam tiap-tiap unsur itu.(Contohnya,ki-lo-gram)

2.PENULISAN HURUF

i)Penggunaan huruf besar

• Digunakan bagi huruf pertama kata awal ayat.Contohnya,Kita harus bekerja keras.
• Digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama

orang.Contoh:Gabenor Ahmad Sarjawi
• Huruf pertama nama bangsa,suku bangsa dan bahasa.Contoh:bahasa Melayu
• Digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.Contoh:Kata ibu,’Dia akan

berangkat.’

ii)Penggunaan huruf condong

• Digunakan untuk menulis nama buku,majalah atau surat khabar yang dikutip dalam atau
untuk sesuatu penulisan.Contoh:majalah Bahana

• Digunakan untuk menegaskan huruf,bahagian perkataan,atau kelompok
perkataan.Contoh:Pekerja ditegah menghisap rokok dalam bangunan pejabat.

• Digunakan untuk menulis perkataan yang berstatus sebagai nama ilmiah atau ungkapan
asing kecuali yang telah disesuaikan ejaannya.Contoh:Politik divide et impere pernah
berlaku di rantau ini.

iii)Huruf tebal

• Digunakan pada tajuk buku,bab,bahagian bab,daftar isi,daftar jadual,daftar
lambing,indeks dan lampiran.

• Digunakan untuk menulis tajuk jadual dan yang sejenisnya di dalam naskhah.
• Juga dapat digunakan untuk menggantikan huruf condong.

3.PENULISAN KATA

i)Kata dasar

• Tiap-tiap kata dasar ditulis terpisah.
• Misalnya:Buku itu tebal sekali

ii)Kata turunan

• Imbuhan ditulis serangkai dengan kata dasarnya.
• Jika bentuk kata dasar berupa gabungan kata,awalan atau akhiran ditulis serangkai

dengan unsur yang langsung mengikuti atau mendahuluinya.
• Jika salah satu unsur gabungan kata hanya digunakan dalam kombinasi,iaitu bentuk

yang tidak dapat berdiri sendiri (terikat),maka gabungan kata itu ditulis serangkai.
• Jika bentuk kata dasar berupa gabungan kata dan sekaligus mendapat awalan,akhiran

atau apitan,maka unsur gabungan kata itu ditulis serangkai.

iii)Bentuk gandaan

• Ditulis secara lengkap dengan menggunakan tanda sempang (-).
• Contoh:anak-anak,buku-buku,kuda-kuda

iv)Gabungan kata

• Lazim disebut rangkai kata,termasuk istilah khusus dan bahagian-bahagiannya
ditulis terpisah.Contoh:duta besar,kertas kerja,meja tulis

• Gabungann kata,termasuk istilah khusus (yang mungkin menimbulkan kesalahan
pengertian) diberi tanda sempang untuk menegaskan pertalian antara unsur yang
berkaitan.Contoh:alat pandang-dengar

• Gabungan kata yang sudah lazim dianggap sebagai satu kata ditulis
serangkai.Contoh:matahari,bumiputera

v)Kata ganti ku,kau,mu dan nya

• Ku dan kau hadir di bahagian depan perkataan (proklitik).ku,mu dan nya hadir di
bahagian akhir perkataan (enklitik).

• Contoh 1:apa-apa kumiliki boleh kuambil
• Contoh 2:Ya Tuhan,aku memohon keampunan-Mu di dunia dan di akhirat.

vi)Kata depan di,ke dan dari

• Kata depan ini ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya kecuali dalam gabungan
kata yang sudah lazim dianggap sebagai satu gabungan kata seperti kepada dan
daripada.

vii)Kata Si dan Sang

• Ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya.
• Contoh:Harimau itu marah kepada Sang kancil

viii)Partikel

• Lah,kah dan tah ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.
• Partikel pun ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya.
• Partikel per ditulis terpisah daripada bahagian-bahagian ayat yang mendahului atau

mengikutinya,.

ix)Angka sebagai lambang bilangan

• Digunakan untuk menyatakan ukuran Panjang,berat,luas,satuan,waktu,nilai,wang dan
kuantiti.Contoh:0.5 sentimeter

• Digunakan untuk menunjukkan nombor jalan,tempat kediaman,atau bilik pada
alamat.Contoh:Bilik 70,Pullman Hotel.

• Angka yang menunjukkan kuantiti dalam jumlah yang besar wajar dieja sebahagian
supaya lebih mudah untuk dibaca.

• Digunakan untuk menunjukkan kedudukan bersiri.

4.TANDA BACA

• Tanda titik .Digunakan pada akhir ayat yang bukan ayat pernyataan atau ayat seruan.
• Tanda koma.Digunakan sebagai pemisah unsur-unsur dalam satu ayat atau

pembilangan.

• Koma bertindih.Digunakan pada akhir suatu pernyataan apabila diikuti suatu pemerian.
• Tanda pisah.Digunakan untuk menegaskan adanya keterangan aposisi atau keterangan

yang lain agar ayat menjadi lebih jelas.
• Tanda ellipsis,Digunakan untuk menunjukkan bahawa dalam sesuatu teks itu,ada

bahagian yang sengaja dihilangkan.
• Tanda tanya.Digunakan pada akhir kata tanya.
• Tanda sempang.Untuk menyambung suku-suku kata dasar yang terpisah oleh

penggantian baris.
• Tanda seru.Digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa

seruan,perintah,atau yang menegaskan kebenaran,ketidakpercayaan atau rasa emosi.
• Tanda kurung.Untuk mengapit keterangan atau penjelasan tambahan.
• Tanda kurung siku.Untuk mengapit keterangan dalam ayat penjelas yang sudah

bertanda kurung,
• Tanda petik.Untuk mengapit petikan yang berbentuk dialog.
• Tanda ulang.Digunakan bagi tujuan mempercepatkan catatan.
• Tanda garis condong.Digunakan untuk penomboran kod surat,
• Tanda penyingkat.Digunakan untuk menunjukkan bahagian kata yang hilang.
• Tanda petik tunggal.Digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda

petik.

5.PENULISAN UNSUR SERAPAN

Dalam perkembangan Bahasa Melayu,bahasa ini menyerap unsur dari pelbagai bahasa
lain,baik daripada sesuatu bahasa daerah atau bahasa asing,misalnya bahasa
Sanskrit,Tamil,Cina,Arab,Portugis,Belanda dan Inggeris.

Contoh penulisan unsur serapan:

• Ph menjadi f
• Q menjadi k
• Ng mrnjadi ng
• Th menjadi t

2.0)SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA

Bahasa Melayu Pramerdeka

Sebelum perang Dunia Kedua,bahasa Melayu masih digunakan untuk tujuan urusan rasmi di
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan di jabatan polis di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu dikehendaki
mempelajari bahasa Melayu dan lulus peperiksaan sebelum disahkan jawatan.Oleh itu,banyak
pegawai Inggeris yang menguasai bahasa Melayu dengan baik,antaranya R.O Winstedt,J.R
Wilkinson,W.Marsden,W.G.Shellabear,J.Crawfurd,C.C.Brown dan W.E.Maxwell.

Selepas perang Dunia Kedua,kedudukan bahasa Melayu tergugat apabila British
mengutamakan bahasa Inggeris dengan menjadikannya bahasa pengantar di
sekolah,kelulusannya menjadi asas untuk mendapat kedudukan tinggi,dan menjadi bahasa
pentadbiran.Namun,terdapat pegawai-pegawai British yang menguasai bahasa Melayu turut
memberikan sumbangan tersendiri dalam perkembangan bahasa Melayu pada pramerdeka
ini,Mereka menghasilkan penulisan tentang sistem bahasa Melayu,kesusasteraan Melayu
,sejarah,politik dan geografi.

Bahasa Melayu Pascamerdeka

Perkembangan bahasa Melayu moden bermula sejak negara masih belum merdeka.Desakan
untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu muncul dalam tiga Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu (1952,1954,1958).Laporan Razak (1956) turut mencadangkan supaya
bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah dan menengah dengan
bantuan kerajaan.Pada zaman ini,telah tergubal akta-akta yang menyentuh hal kedudukan
bahasa Melayu,malah telah ditubuhkan institusi yang bertanggungjawab untuk
mengembangkan bahasa kebangsaan.

2.1) PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

• PENUBUHAN DAN PEMIMPIN

Ditubuhkan di Sultan Idris Training College
(SITC) oleh pengetua O.T Dussek dan Za'ba.

O.T Dussek dan R.O Windstet bertindak
sebagai penasihat.

Za'ba menjadi pengarang dan Penterjemah
kanan

Aktiviti dibiayai oleh Negeri-Negeri Selat
dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Selepas dibubarkan,peranannya diambil
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

• MATLAMAT PENUBUHAN

• TUJUAN PEJABAT KARANG MENGARANG

Membina asas Menerbitkan Menerbitkan
pengetahuan buku sekolah bahan bacaan
bahasa Melayu
Melayu untuk
dan ilmu masyarakat
mengarang TUJUAN
Melayu

Mewujudkan Menerbitkan
perpustakaan jurnal
bergerak ke
bergambar
desa-desa

• PERANAN

Memperjuangkan kedaulatan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang kini telah
menjadi bahasa dan sastera kebangsaan

Menerbitkan dan menterjemahkan buku teks dari Barat terutamanya yang
berbahasa Inggeris untuk menampung bahan bacaan di sekolah Melayu dan juga
untuk kegunaan di SITC sendiri

Menerbitkan cerpen,novel,puisi dan akhbar berbahasa Melayu

Ini telah membuktikan wujudnya perjuangan bahasa dan kesusasteraan bahasa
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mulai tahun 1922 hingga ke era sebelum
merdeka pada tahun 1957

2.2) PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
• PENUBUHAN DAN PEMIMPIN

PENUBUHAN/PEMIMPIN

DITUBUHKAN TEMPAT/BAHASA PENGASAS PENAMAAN
SEBELUMNYA
Ditubuhkan pada Ditubuhkan di Johor Diasaskan oleh Dato’
tahun 1888 Bahru dan merupakan Seri Amar Diraja Abdul 7 April
pertubuhan bahasa Rahman Andak dan 1934,Pakatan ini
yang pertama untuk Dato’ Muhammad dikenali sebagai
mengembangkan Ibrahim Munsyi. Pakatan Melayu
Bahasa Melayu dan Persuratan
Buku-Buku
Diraja.Telah
ditukar kepada
Pakatan bahasa
Melayu Persuratan
buku diraja Johor
(PBmPBD)

• PROSES PENUBUHANNYA

Peringkat awal penubuhannya aktiviti utama penubuhan ini termasuklah mengadakan majlis-
majlis ceramah dan perbincangan tentang pelbagai aspek ilmu bahasa Melayu seperti
persoalan ejaan dan perkataan,sesuai dengan konsep belajar dan mengajar pertubuhan
tersebut.Akhir abad ke-19,kegiatan Pakatan ini agak lembap kerana kurang mendapat
sambutan dan menghadapi masalah kewangan.

• KEBANGKITAN

Pada tahun 1934,pertubuhan ini telah dihidupkan semula untuk kali yang kedua.Kebangkitan
ini adalah diatas inisiatif Dato’ Abdullah Abdul Rahman dan Mejar Dato’ Muhammad Said
Sulaiman.Pertubuhan ini diberi gelaran DIRAJA oleh sultan Johor pada tahun 14 April 1935.

• OBJEKTIF / MATLAMAT

Menerbitkan Predar Memelihara, Menstandardkan
atau jurnal bagi memperlembagak ejaan dan perkataan

setiap enam bulan an dan
dan mewujudkan memodenkan
bahasa Melayu
perpustakaan serta memelihara
tulisan Jawi

OBJEKTIF/
MATLAMAT

Mengembangkan Membentuk/
pengetahuan mencipta perkataan-

melalui penyelidikan perkataan baharu
dan ceramah

Pada mulanya,pertubuhan ini mengkaji dan menerbitkan buku bahasa ,Sejarah dan
kebudayaan.Kemudian,menggalakkan orang Melayu menerbitkan karya untuk memperkaya
perbendaharaan sastera Melayu.PBmPBD bukan sahaja telah menarik minat orang sekitar
Johor untuk menjadi ahlinya,tetapi juga orang-orang di sekitar Singapura,Kelantan,Perak dan
Negeri Sembilan sehingga keahliannya telah melampaui angka 200 orang.Antar tokoh yang
menjadi pertubuhan ini termasuklah Dato’Onn Jafar,Za’ba , Abdul Rahim Kajai dan Ibu Zain.
Pada tahun 1935 hingga 1947,PBmPBD telah menerbitkan sebanyak 34 buah buku.Daripada
jumlah itu,sebanyak 16 buah buku adalah tentang ilmu bahasa Melayu yang meliputi bidang
perkamusan,tatabahasa,ejaan dan daftar kata.Jumlah yang selebihnya ialah buku-buku yang
berkaitan dengan sejarah,kebudayaan,riwayat perjalanan dam maklumat tentang PBmPBD itu
sendiri.

• TAHUN PENERBITAN

Peribahasa (1930)

Jalan Bahasa Melayu (1937)

Buku Katan (1936-1937)

Perihal Tanah Jawa (1939)

2.3) PERANAN ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50)

• PENUBUHAN DAN PEMIMPIN
Penubuhan/
pemimpin

Definisi: Ditubuhkan: Pendaftaran: Pengasas:

Pertubuhan 6 Ogos 1950 di 1951,dikenali Tongkat Warrant,
sebelum merdeka Singapura sebagai ASAS Keris Mas,
yang sangat besar A.Samad
50
sumbangannya Ismail,Masuri
kepada S.N,Asraf,Rosmer

perancangan dan a dan Hamzah
perkembangan Hussien
Bahasa.

• TUJUAN PENUBUHAN

Mengembangkan Bahasa dan kesusasteraan Melayu
Menjaga kebajikan dan kepentingan para penulis
Memperkenalkan pembaharuan dalam sastera tanpa
mengesampingkan yang lama

Pada April 1952,ASAS 50 telah berjaya menghimpunkan 20 buah persatuan bahasa,sastera
dan budaya sehingga berjaya menganjurkan Kongres Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.Kongres Bahasa dan Persuratan pula menyusul pada tahun 1954.Pada tahun
ini,usul Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura supaya tulisan rumi dijadikan sebagai tulisan
rasmi untuk memudahkan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan telah diterima oleh
pihak kongres.

Dua tahun kemudian,cadangan pertama ASAS 50 ialah penubuhan Balai Pustaka yang kini
ialah Dewan Bahasa dan Pustaka.Cadangan seterusnya ialah penyatuan Bahasa Melayu dan
Bahasa Indoseia.Akhir sekali, ASAS 50 mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar di sekolah.

• KEGIATAN ASAS 50

Karangan ahli Perjuangan dalam
diberikan bayaran bidang
dan dilindungi dari
segi undang-undang kesusasteraan
melalui konsep
'SENI UNTUK
MASYARAKAT'

Mengadakan Menganjurkan 3
syarahan dan kongres Bahasa dan
perdebatan tentang
sastera dan bahasa kesusasteraan
Melayu

Kegiatan ASAS
50

• PERANAN

Mengembangkan Bahasa Melayu termasuklah aspek ejaan dan
istilah hingga mengangkat taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Sumbangannya dalam bidang bahasa dan persuratan amat penting ketika negara kita
sedang menuju kemerdekaan

2.4) BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di sekolah Melayu semasa pemerintahan
Inggeris.Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus
di maktab perguruan sejak tahun 1900.Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat
berdasarkan zaman yang berikut:

➢ Zaman pramerdeka (sebelum tahun 1957)
➢ Zaman pascamerdeka (tahun 1957 hingga tahun 1970)
➢ Zaman dasar ekonomi baharu (tahun 1971 hingga tahun 1990)

a) LAPORAN BARNES (1951)

Tujuan:
Menyiasat kedudukan dan
memperbaiki pendidikan

orang Melayu

Laporan
Barnes

(1951)

Laporan Barnes ditentang Disediakan oleh L.J Barnes
hebat oleh kaum Cina (pengarah Latihan Sosial di
dan India dan
terbentuklah Laporan Universiti Oxford)
Fenn-Wu 1951

Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar.Apabila salah satu daripada bahasa tersebut
dipilih sebagai bahasa pengantar,maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa
kedua.Jawatankuasa Barnes telah menggariskan Sekolah Melayu bertujuan untuk memupuk
perkembangan individu kearah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan
kemahiran,menggalak,merangsang serta membolehkan komuniti Melayu mencapai
kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan
membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi
semua kaum.

• CADANGAN LAPORAN BARNES 1951
Menubuhkan sekolah dwibahasa dimana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
menjadi bahasa pengantar

Sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan

Pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin
mempelajari bahasa ibunda mereka

Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu

Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu

Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris

b) LAPORAN FENN-WU (1951)
Laporan Fenn-Wu (1951)

Laporan pendidikan Tujuan: Pandangan dan -Disediakan sebagai
Cina di Malaysia ini kajian laporan ini reaksi tidak puas hati
diketuai oleh Dr.Fenn Mengkaji dan kemudian diserap masyarakat Cina
(setiausaha Kerja menilai semula dalam Ordinan terhadap Laporan
Bersekutu-Negara kewajaran Laporan Pelajaran 1952 Barnes 1950
China) dan Profesor Barnes 1950
Dr.Wu Teh Yao yang -Masyarakat Cina
menganggap
bekerja dengan laporan tersebut
Pertubuhan Bangsa- bertujuan untuk
menghapuskan
Bangsa Bersatu bahasa Cina dan
kebudayaan Cina

Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan
menggantikan sistem persekolahan yang berasakan kaum kepada pendidikan yang tidak
bercorak perkauman.Bahasa Melayu dan Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar
manakala bahasa lain sebagai pilihan.

• CADANGAN LAPORAN FENN-WU 1951

Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina,Tamil dan Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan
tiga bahasa iaitu,Bahasa Melayu,Cina dan India serta Bahasa kebangsaan juga diadakan

Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris ) dikekalkan

Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir
yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu/ Malaysia

c) ORDINAN PELAJARAN (1952)

Ordinan Pelajaran 1952 dan juga dikenali sebagai Penyata Pelajaran 1952.Ordinan Pelajaran
1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di
Tanah Melayu untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).Pada 21 November
1952,Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan
sebulat suara.Dalam perbahasan untuk meluluskan Ordinan Pelajaran 1952,Datuk
E.E.C.Thuraisingam menyatakan ordinan pelajaran ini bertujuan untuk mengukuhkan asas
perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan ‘vernacular’ moden dan
membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu.

• MATLAMAT ORDINAN PELAJARAN (1952)

1.Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan,kemahiran dan perwatakan yang baik
untuk setiap individu

2.Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam
masyarakat berbilang bangsa di negara ini

3.Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari
pelbagai kaum

Dalam usaha mencapai matlamat Ordinan Pelajaran 1952 ini,satu dasar dan sistem pelajaran
baru diwujudkan iaitu menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang
mengandungi dua jenis iaitu Sekolah aliran Inggeris yang menjadikan mata pelajaran Bahasa
Melayu mata pelajaran wajib.Manakala,sekolah aliran Melayu,menjadikan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua.Walaubagaimanapun,sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa
perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di
dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.Kerajaan juga
memberikan pelajaran percuma selama 6 bulan dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara
yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun.Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini
akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional mengikut
kemampuan dan kelayakan masing-masing.

• CADANGAN ORDINAN PELAJARAN 1952

Sekolah Sementara
Kebangsaan sekolah vernakular
sebagai corak
tidak diterima
sistem sebagai sistem
persekolahan persekolahan
kebangsaan
kebangsaan

Bahasa tamil dan
Bahasa Cina cuma

diajar sebagai
Bahasa ketiga

Cadangan

• Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya darurat dan
juga disebabkan masalah kewangan.

d) LAPORAN RAZAK (1956)

Pada 6 Mei 1956,Dato’ Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien Menteri Pelajaran Persekutuan
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran mengumumkan cadangan-cadangan yang telah
dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956.Selain itu,mengesyorkan beberapa perubahan dalam
sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak 1956.Penyata ini merupakan
cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk
Persekutuan Tanah Melayu.Matlamatnya adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan
di Malaysia.Laporan Razak merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes yang digemari
oleh orang Melayu dan Laporan Fenn-Wu yang digemari oleh orang Cina dan India.Antara
perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah
Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK.

• BIDANG TUGAS JAWATANKUASA TERSEBUT

BIDANG TUGAS

Membentuk satu Menjadikan bahasa Menjaga Mengkaji Ordinan
sistem pendidikan Melayu sebagai perkembangan Pelajaran 1952 dan
kebangsaan yang membuat pindaan
bersesuaian dengan bahasa kebangsaan bahasa dan
kebudayaan kaum yang perlu
aspirasi
menyatupadukan lain
penduduk berbilang

bangsa

• CADANGAN PENYATA RAZAK (1956)
Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan untuk

memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris,Cina dan
Tamil agar terus maju

Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, dan juga untuk menyusun
semula sistem pengajaran di Tanah Melayu

Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan

Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),Sekolah
Menengah Atas (SMA) dan Pra-Universiti

Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan yang akan ditubuhkan

Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum

2.5) PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

a)DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa (DBP) pada tanggal 22 Jun
1956.Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertujuan untuk mengembangkan
Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan ketika itu.Pada tahun 1959,DBP telah
dinaik taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka
1959.

• PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

1.Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi.

❖ Dalam bidang sains dan teknologi,hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris
yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan
yang baru khususnya dalam bidang perubatan.

❖ Oleh itu,pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha dan memainkan peranan yang
sangat penting bagi memperkayakan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu
supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu

2.Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-
buku,risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.

❖ Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang penting dalam industry pencetakan dan
penerbitan buku kerana ianya merupakan sebuah organisasi penerbitan yang terbesar
di Malaysia.

❖ DBP bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu
mahupun dalam Bahasa Inggeris.Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh pihak DBP
adalah sangat penting kerana memberi impak yang baik dalam bidang
kesusasteraan,pendidikan dan juga industry percetakan Negara.

3.Membakukan ejaan dan sebutan,dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan.

❖ Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantara di sekolah menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP)

❖ Jawatankuasa istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institut
pengajian tinggi awam untuk mengumpul,membentuk dan menyebar luas istilah bahasa
Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan.

4.Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

❖ Tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan
Bahasa Melayu dengan betul.Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu
yang tidak betul.

❖ Oleh itu,pihak DBP mewujudkan buku-buku-risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang
menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul
dalam kalangan rakyat.

5.Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara
meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

❖ Pihak DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa
kebangsaan ,pemantauan ,pemupukan,penataran ,perkhidmatan dan penyebaran bagi
memperkembangkan bahasa Melayu.

❖ DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui penggunaan media sosial dan elektronik
bagi mengadakan program pembelajaran Bahasa Melayu bagi memperluaskan
penggunaan bahasa Melayu.

b) KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa

memang telah ada dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu,sejak
zaman Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi dan memuncak dalam zaman Kesultanan
Melayu,dalam tempoh beberapa ratus tahun.Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi
benua secara langsung berkait dengan bidang pendidikan bahasa,khususnya strategi
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing.Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
antarabangsa benar-benar menyerlah dalam zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad
ke-15 dan beberapa abad berikutnya walaupun tidak dominan seperti bahasa Inggeris yang
menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda.

• USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU DI BEBERAPA BENUA
NEGARA

Peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh DBP Malaysia
semasa pimpinan Dato'Haji A.Aziz Deraman,DBP Brunei di bawah pimpinan Dato'Paduka Haji bin

Haji Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi

Pusat pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden,Belanda pada tahun 1876,dan
sehingga kini pusat itu telah diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat

antarabangsa

Malaysia telah memulakan penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah dengan menempatkan
seorang professor di Universiti Leiden.Penubuhan Kursi bukan sahaja untuk mempertingkatkan
kajian sastera di Eropah,malah untuk mengembangkan bahasa dan budaya Melayu di rantau dunia

Pada tahun 1995,Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan di Universiti Victoria,Wellington dan
New Zealand

Malaysia juga telah menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing
(BFSU),China. Seorang professor telah ditempatkan di sana pada awal tahun 2008 yang lalu

• KEPENTINGAN PENUBUHAN KURSI-KURSI
Kepentingan

Menjalin dan Merangsangkan Senario ini akan Perkembangan
melestarikan minat para turut mencetuskan bahasa,sastera dan
persefahaman iklim sosioekonomi budaya Melayu ke
budaya serta pengkaji,sarjana,paka danasosialpolitik
mengakrabkan r dan cendekiawan yang lebih kondutif peringkat
kerjasama antara yang berminat dalam antarabangsa akan
Dunia Melayu bidang lebih jelas arahnya
dengan rantau sosiologi,antropologi
,bahasa,sastera dan
Eropah budaya Melayu atau

Dunia Melayu secara
keseluruhannya

• USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU MELALUI KERJASAMA
NEGARA

➢ Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat munasabah dan forum-
forum kerjasama yang diwujudkan misalnya Majlis Bahasa Brunei Darussalam-
Indonesia -Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Majlis
Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau
(FOKEPS),Mesyuarat Kerjasama Kebangsaan dan Persuratan (MEKKAP) Kawasan
segi tiga Asia Tenggara.

➢ Usaha-usaha memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke peringkat serantau dan
antarabangsa telahpun dipergiatkan atau disokong oleh pelbagai institut seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia dan Brunei,Pusat Bahasa Indonesia dan beberapa
institut pengajian tinggi serantau melalui program seminar atau Minggu Sastera Melayu
di luar negara.

3.0)CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

Perkembangan zaman kemerdekaan dan zaman moden telah memberi cabaran kepada
perkembangan Bahasa Melayu.Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu
pada suatu ketika dahulu menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman empayar Sriwijaya pada
abad ke-7 Masihi sehinggalah abad ke-19 ,iaitu apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua
Franca di rantau ini.

3.1)PENDIDIKAN

i) Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Kajian oleh Juriah Long et al. (2002) mendapati beberapa kekangan ditemui dalam proses
pengajaran dan pembelajaran,antaranya:

➢ Tidak semua guru yang mengajar Bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam
bidang bahasa.Ini akan menjejaskan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid.

➢ Guru bergantung pada buku teks.
➢ Kemahiran lisan,bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan bukannya secara

penggabung jalinan atau penyerapan.
➢ Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza.
➢ Jumlah masa pengajaran di SK,SJKC dan SJKT yang berbeza.
➢ Murid yang bersikap negatif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding

Bahasa Inggeris.

ii) Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta
• Apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan,maka semua IPTS
dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
• Oleh sebab IPS merupakan sebahagian daripada sistem Pendidikan Kebangsaan,maka
IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa pengantar sama ada untuk
mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon
pengecualian mengikut Seksyen 17 Akta berkenaan.
• Kelonggaran IPS memilih bahasa pengantar mereka sendiri telah merendahkan
martabat Bahasa Melayu sekali gus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat
dasar pendidikan kebangsaan.

3.2)EKONOMI

i) Bahasa Melayu dalam pengurusan perniagaan
➢ Dokumen perniagaan syarikat swasta masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa utama dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
➢ Bahasa Inggeris mendominasi 100% industry perhotelan,syarikat jualan
kereta,barangan elektrik dan komputer.

ii) Bahasa Melayu dalam peluang pekerjaan
➢ Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru
Bahasa Melayu dengan mengikut kursus-kursus iktisas seperti PISMP / DPLI, Banchelor
Pendidikan dan sebagainya.
➢ Graduan Bahasa Melayu boleh memilih bidang penulisan kreatif,pengacaraan,editor dan
penterjemah.

3.3)PENTADBIRAN KERAJAAN

i) Urusan Rasmi Dalam Negara
➢ Surat rasmi
-Surat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa Kebangsaan.
- Jika terima surat selain daripada Bahasa Kebangsaan,hendaklah dibalas beserta dengan
dokumen lampiran dalam Bahasa Kebangsaan.

➢ Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
- Urusan surat menyurat,minit mesyuarat dan nota pembentangan dalam Bahasa

Kebangsaan.

➢ Dokumen perjanjian
- Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa

Kebangsaan.
- Dokumen tambahan boleh dilampirkan dalam Bahasa Inggeris.

➢ Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
- Urusan surat menyurat, minit mesyuarat dan nota pembentangan dalam Bahasa

Kebangsaan.

ii) Urusan Rasmi Antarabangsa
➢ Surat rasmi antarabangsa
-Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan
menggunakan bahasa kebangsaan bersertakan dengan lampiran dalam Bahasa Inggeris.

➢ Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
- Urusan surat mesyuarat,minit mesyuarat dan nota pembentangan dalam Bahasa

Kebangsaan iaitu Bahasa Inggeris.

➢ Dokumen perjanjian antarabangsa
- Semua dokumen perjanjian antarabangsa oleh agensi kerajaan hendaklah

menggunakan Bahasa Inggeris.
- Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan diperlukan bagi tujuan rekod dan semakan.

➢ Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
- Urusan surat menyurat,minit mesyuarat dan nota pembentangan dalam Bahasa

Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

iii) Pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam
- Hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan

iv) Perkhidmatan kaunter
- Menggunakan Bahasa Kebangsaan.
- Boleh menggunakan Bahasa lain yang difahami oleh pelanggan.

v) Maklum balas aduan di akhbar dan isu media massa
- Sebarang isu atau maklum balas menggunakan Bahasa Kebangsaan.
- Jika siaran dalam Bahasa Inggeris perlu ada terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan.
- Salah tafsir dapat dielakkan

3.4)KERANCUAN BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),telah menjelaskan bahawa kata ‘rancu’ ialah tidak
teratur,campur aduk,kacau (bahasa) kekeliruan serta mentakrifkan perkataan kerancunan
sebagai keadaan rancu (tidak teratur) ,kekacauan yang berkaitan dengan penggunaan bahasa
yang tidak betul.

➢ Faktor-faktor berlakunya kerancuan Bahasa Melayu

i) Pengaruh Bahasa Ibunda
Kerancunan bahasa Melayu berlaku kerana terdapat pengaruh bahasa ibunda yang digunakan

oleh murid di sekolah.Bagi murid Melayu,kesalahan tersebut kurang ketara berbanding murid
bukan Melayu.Satu daripada kesalahan umum murid bukan Melayu ialah kegagalan mereka
mengenali perbezaan antara bunyi e` dan e semasa membaca dan menulis.

ii) Pengaruh bahasa dialek / daerah
Bagi murid-murid,bahasa dialek ini sudah menjadi bahasa pertama yang mereka perolehi dari
rumah,maka dalam pertuturan seharian mereka akan menggunakan bahasa tersebut.

iii) Pengaruh bahasa asing
Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan faktor murid bertutur
dan menulis dalam bahasa Melayu yang salah penggunaannya.Kesalahan ini berlaku kerana
penggunaan istilah yang tidak tepat.

iv) Pengaruh teknologi
Sekarang masyarakat mudah berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan sistem
yang baik seperti laman interaksi menggunakan media sosial seperti ‘facebook’ blog dan twitter
atau menggunakan telefon bimbit.Kebanyakkan medium bahasa yang digunakan bercampur
aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Hal yang demikian telah menimbulkan
kecelaruan atau kekeliruan serta kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu.

v) Pengaruh majalah,cerpen dan novel
Banyak kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis atau pengarang.Mereka menggunakan
bahasa Melayu dalam penulisan majalah,novel dan cerpen semata-mata untuk melahirkan
bahasa yang digunakan menarik dan sesuai dengan bahan yang ingin ditulis,namun
mengetepikan penggunaan bahasa Melayu yang beul.

3.5)PERCAMPURAN KOD

Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh
berbahasa lebih daripada satu.Percampuran kod berlaku apabila seseorang bertutur
mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara dialek
dengan dialek-dialek yang lain.Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia kerana di sini
terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu,Tamil dan suku kaum serta
dialek tempatannya.

i) Penggantian konsonan [m],[n],ke [ng]
- Bahasa Melayu Baku : Dialek Terengganu

Dalam: Dalang
Malam: Malang

Ikan: ikang

ii) Penghilangan Konsonan
- Bahasa Melayu : Dialek Terengganu
Sampai : sapa
Bantai : bata

iii) Konsonan [s],[f] di akhir diganti dengan [h]
- Bahasa Melayu : Dialek Terengganu
Panas : panah
Maaf : maah

iv) Penghilangan diftong
- Bahasa Melayu : Dialek Terengganu
Kedai : koda
Pisau : pisa
Amboi : ambo

3.6)BAHASA SLANGA
Bahasa slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang

tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa.

➢ Faktor Pengaruh Bahasa Slanga

Keinginan seseorang itu untuk meningkatkan perkataan dan
rangkai kata yang digunakan dalam komunikasi seharian

Bertujuan untuk gurauan,slogan,identiti kumpulan dan
melahirkan perasaan

Untuk menimbulkan keakraban dan kemesraan dalam
sesebuah kelompok masyarakat

Pengaruh akibat kelaziman dalam persekitaran keluarga dan
masyarakat

Kata slanga untuk memudahkan Kata slanga daripada bahasa asing
ekspresi
Diambil daripada bahasa asing tetapi dieja
Gabungan / ringkasan dua perkataan dalam BM.Melibatkan bahasa
menjadi satu perkatan.Contohnya,
Inggeris,bahasa Cina dan bahasa Arab.
diorang ( dia orang), takpe (tidak apa) Contohnya, kiut (cute) dan otai (ketua)

4.0)KESIMPULAN

Kesimpulan I

Kesimpulannya,tulisan bahasa Melayu yang digunakan pada masa sekarang telah melalui
banyak perubahan dari zaman dahulu lagi.Hal ini bagi memantapkan lagi tulisan bahasa Melayu
dan memastikan difahami oleh semua orang terutamanya masyarakat yang tinggal di tanah
Melayu.Perkembangan tulisan yang telah dilalui menjadikan tulisan bahasa Melayu sangat
berguna dan diguna pakai dalam bidang pendidikan.Hal ini dapat membantu dalam melahirkan
generasi yang bijak pandai dan berpengetahuan kerana masalah buta huruf dapat diatasi
dengan adanya tulisan yang mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat yang ada di
tanah Melayu.Oleh itu,setiap individu yang tinggal di tanah Melayu perlulah bersyukur dan
sentiasa memartabatkan tulisan bahasa Melayu agar tulisan ini dapat terus berkembang dan
dipandang tinggi oleh negara luar.

Kesimpulan II

Kesimpulannya,pelbagai usaha telah diambil untuk mengembangkan bahasa Melayu ini.Usaha
yang dilalui telah memberi kesan yang baik kepada bahasa ini sehinggalah menjadi sebuah
bahasa yang moden dan telah dimartabatkan menjadi bahasa rasmi di Malaysia.Hal ini juga
telah menjadikan bahasa ini dipandang tinggi oleh negara luar kerana menjadi sebuah bahasa
yang rasmi bagi sesebuah negara.Sekiranya usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa
Melayu ini tidak diambil oleh tokoh-tokoh pada zaman dahulu,sudah semestinya bahasa ini
telah lesap dan tidak digunakan lagi.Pengaruh dan penggunaan bahasa Inggeris yang telah
menggugatkan bahasa Melayu pada zaman pemerintahan British juga dapat diatasi melalui
desakan untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu.Desakan ini telah muncul dalam
tiga kongres.Melalui desakan yang dilakukan,maka terguballah akta-akta yang menyentuh hal
kedudukan bahasa Melayu.Hal ini telah membantu dalam perkembangan bahasa Melayu
ini.Oleh itu,setiap individu perlulah menggunakan bahasa Melayu dan mempelajari bahasa
Melayu dengan lebih mendalam bagi menghargai pengorbanan tokoh-tokoh yang telah
berusaha untuk mengembangkan bahasa ini sehingga bahasa Melayu ini telah menjadi sebuah
bahasa rasmi di negara kita.Pihak kerajaan juga perlu mempertingkatkan penggunaan bahasa
Melayu di institusi-institusi pendidikan agar penduduk di tanah Melayu terus menggunakan
bahasa ini di samping di pelajari oleh pelajar yang datang dari luar negara.Kesannya,bahasa ini
semakin berkembang dan dikenali oleh negara luar.

Kesimpulan III

Kesimpulannya,walaupun bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia,namun
bahasa ini juga masih mempunyai cabaran untuk terus dimartabatkan dan terus berkembang di
tanah Melayu.Hal ini kerana,pengaruh bahasa asing akan mempengaruhi masyarakat di tanah
Melayu untuk tidak menggunakan bahasa Melayu ini.Kesannya,bahasa Melayu akan semakin
lesap dan ditelan zaman.Hal ini sekaligus akan membuatkan segala pengorbanan para tokoh
sebelum ini yang berusaha mengembangkan dan memertabatkan bahasa Melayu hanyalah sia-
sia.Oleh itu,sebagai individu yang tinggal di tanah Melayu,kita perlulah sentiasa menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa seharian kita dan sentiasa mempelajari bahasa Melayu agar
bahasa ini dapat terus digunakan oleh seluruh masyarakat di Tanah Melayu.Selain itu,pelbagai
usaha juga perlu diambil bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan
bahasa Melayu ini dan mengelakkan daripada penggunaan bahasa asing yang berleluasa
dalam kalangan masyarakat di tanah Melayu.

5.0)SUMBER RUJUKAN
Bahagian I
Chearlyn Beat. (2021,November 16).Sejarah Perkembangan Tulisan Dalam Bahasa
Melayu.Anyflip.
http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Jessleen.(2021,November 15).Sejarah Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu.Anyflip
http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Namri Sidek.(2019,Ogos 17).Tiga Jenis Tulisan Orang Melayu Lama:Rencong,Pallava Dan
Kawi.
https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-dan-
kawi.html

Nursyazni.(2021,November 17).Bmmb1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.Anyflip.
http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Umairah Farizah.(2021,November 16).Sejarah Perkembangan Tulisan.Anyflip.
http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Bahagian II
Nur Syazwani Zain.(2021,Oktober 20).Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
Dan Pascamerdeka.Anyflip

http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Muhammad Amirun.(2021,November 14).Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
Dan Pascamerdeka.Anyflip.
http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Nur Zahirah Helmi.(2021,November 9).Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
Dan Pascamerdeka.Anyflip.
http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Fitriah.(2013,Julai 24).Bahasa Melayu Pascamerdeka.[PowerPoint Slides].SlideShare.
https://www.slideshare.net/fitriahgikwang/pasca-merdeka

Bahagian III
Abdul Razak Kassim.(2017,Julai 5).Cabaran Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai
Ibunda Penutur Asli Bahasa Melayu.
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/cabaran-memartabatkan-bahasa-melayu-
sebagai-bahasa-ibunda-penutur-asli-bahasa-melayu/

Azmi Amigo. (n.d).Masa Depan Dan Cabaran Bahasa Melayu.
https://www.scribd.com/doc/232773440/Masa-Depan-Dan-Cabaran-Bahasa-Melayu

Jaafar Jambi.(2021,April 29).Cabaran Dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu.Anyflip.
http://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Laila Wati Johari.(2015,Mac 24).Cabaran Bahasa Melayu.[PowerPoint Slides].SlideShare.
https://www.slideshare.net/lailawati/cabaran-46222440

Nazarinanawawi.(2012,Mei 3).Masa Hadapan Bahasa Melayu.[PowerPoint Slides].SlideShare.
https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayu


Click to View FlipBook Version