MBA2013
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG
Kajian Kes
Sejarah Tahun 5
Nama Penuh : Nur Aisy Humaira Binti Abdul Rashid
No. MyKid : 110922-08-1204
Tahun/Kelas : 5 UUM
Guru mata pelajaran: Puan Norashiken binti Abu Kasim
Tarikh akhir penghantaran: 31 Ogos 2022
Jalur Gemilang
Kebanggaanku
PERNYATAAN MASALAH
Bendera kebangsaan ialah lambang kemegahan sesebuah negara.
Perciptaan Jalur merupakan perkara penting yang perlu dihayati dan
difahami. Mengetahui dan memahami identiti bendera kebangsaan dapat
memupuk rasa bangga terhadap negara.
Bendera kebangsaan menjadi simbol penyatuan setiap individu tanpa
mengira kaum dan agama. Sebagai warga negara yang patriotik, kita
perlu mengetahui dan memahami sejarah penciptaan bendera
kebangsaan negara kita. Memahami sejarah dan kronologi pencipta
bendera kebangsaan membolehkan kita menghargai kreativiti serta
usaha pemimpin terdahulu.
1
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Puan Zaiton binti
Zainal, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang sebagai
pemimpin tertinggi di sekolah ini.
Puan Norashiken binti Abu Kasim, guru mata pelajaran Sejarah 5 UUM
yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan Kajian
Kes Sejarah Tahun 5.
Saya juga amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Cikgu
Mohd Fatahazzaman bin Ibrahim dan Cikgu Zuraidah binti Zakaria
kerana telah memberikan sokongan, panduan dan membantu dari segi
peranti, idea dan bahan semasa menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tahun
5.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Puan Farina binti Che Zaki
selaku guru kelas 5 UUM dan semua rakan-rakan dari Kelas 5 UUM yang
telah terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam
menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tahun 5.
2
ISI KANDUNGAN 1
2
1. Pernyataan Masalah 4
2. Penghargaan 4
3. Objektif Kajian 5
4. Kaedah Kajian 6–8
5. Pengenalan 9
6. Laporan Kajian 10
7. Kesimpulan 11 – 14
8. Rujukan
9. Lampiran
3
OBJEKTIF KAJIAN
Di akhir kajian ini, saya akan dapat:
a) Menyatakan sejarah penciptaan bendera Malaysia
b) Mengetahui nama bendera kebangsaan
c) Mengenali identiti Jalur Gemilang
KAEDAH KAJIAN
Untuk menyiapkan kajian kes Sejarah Tahun 5 ini, saya menggunakan
carian internet dan merujuk kepada buku teks KSSR Semakan Sejarah
Tahun 5 Sekolah Kebangsaan di muka surat 120 sehingga 126.
4
PENGENALAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang-Nya, saya dapat
menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tahun 5.
Kajian ini menerangkan aspek kewarganegaraan yang dijelmakan
melalui identiti kenegaraan iaitu Bendera Kebangsaan. Pengetahuan
dan penghayatan terhadap identiti negara ini dapat membentuk jati diri
serta rasa bangga dan cinta akan negara.
5
LAPORAN KAJIAN
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-raja dengan Kerjasama Majlis
Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk
memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada
Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada
15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang bejaya dipilih ke
peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan
Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang.
Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan
sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan
warna kuning bagi melambangkan warna raja. Reka bentuk bendera
tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Pada 26 Mei1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah
Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan
dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King
George VI.
6
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara
rasmi pada 31 Ogos 1957 di padang Kelab Selangor seiring dengan
berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama
diperdengarkan kepada umum. Bendera Persekutuan Tanah Melayu
yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih
telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan
Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963.
Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997
sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir
Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah
mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera
Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.
Nama Jalur Gemilang diberi kerana bender akita mempunyai 14 jalur.
Jalur bermaksud satu haluan yang sama untuk menuju kegemilangan
bangsa dan negara. Gemilang pula bermaksud bercahaya dan
cemerlang.
7
Setiap warna dan lambang pada bendera kebangsaan mempunyai
makna yang tertentu. Sebagai warganegara yang cinta akan negara, kita
perlu mengetahui, menghayati dan menghormati setiap makna tersebut.
Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara serta
kedaulatan Raja Berpelembagaan. Warna biru tua melambangkan
perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan bersatu padu serta berusaha
memajukan ekonomi. Warna putih melambangkan kesucian dan
keikhlasan. Warna putih juga melambangkan kesungguhan bagi
mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab. Warna merah
melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran.
Bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama Persekutuan
Malaysia. Bintang pecah 14 dan 14 jalur melambangkan perpaduan 13
buah negeri dan Kerajaan persekutuan.
8
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian ini saya dapat membuat beberapa kesimpulan iaitu:
a) Memahami sejarah dan kronologi penciptaan bendera kebangsaan
membolehkan kita menghargai kreativiti serta usaha pemimpin
terdahulu.
b) Menyanjungi dan menghormati Jalur Gemilang menjadi
tanggungjawab semua warganegara.
c) Menghayati maksud dan lambing pada bendera kebangsaan
menjadikan kita sebagai seorang warganegara yang
bertanggungjawab terhadap keharmonian serta kemajuan negara.
d) Walau di mana-mana kita berada, kita harur berbangga untuk
mengibarkan bendera kebangsaan kita.
e) Mengibarkan bendera kebangsaan menjadi bukti kita sayang dan
bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
9
RUJUKAN
1. Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/09/22/sejarah-penciptaan-
jalur-gemilang/
2. Buku Teks KSSR Semakan Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan
(muka surat 120 hingga 126)
3. https://www.pinterest.com/
4. Buku teks Digital Asas (BTDA) KSSR Semakan Sejarah Tahun 5
Sekolah Kebangsaan
10
LAMPIRAN
11
LAMPIRAN
12
LAMPIRAN
13
LAMPIRAN
14