The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairunnisajuhari20, 2022-05-08 10:11:20

ajaran - ajaran sesat di malaysia

pendidikan islam

Keywords: pengajianislam

Kesimpulan

Ajaran sesat membawa pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia yang tidak
mempunyai pegangan agama yang kukuh dan utuh. Oleh yang demikian satu anjakan
paradigma harus dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta
masyarakat sejagat agar dapat mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya
menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Justeru itu, kekuatan Iman adalah benteng terakhir yang mesti ditembusi oleh pengikut
dan pengasas mana ajaran sesat ini. Hanya dengan iman yang teguh dan benarsahaja
akan terselamat daripada pengaruh ancaman-ancaman tersebut. Oleh yang demikian
beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya akan memberi kepuasan dan
kebersihan hatidan fikiran seterusnya akan melahirkan sifat taqwa serta membantu
seseorang itu menjalani kehidupan ini dengan mengikut jalan yang lurus. Dalam hal ini
kerjasama amat diperlukan dari semua pihak termasuk orang awam, pihak berkuasa
agama dan juga agensi persekutuan, kerajaan negeri dan ahli politik agar dapat sama-
sama meletakkan agenda pembasmian ajaran sesat dalam masyarakat kita sebagai
keutamaan pada masa kini. Ini kerana dalam agama Islam, konsep amar makruf nahi
mungkar menuntut sumbangan dari semua pihak dan perlu dilihat secara menyeluruh.
Ia bukan tugas pihak berkuasa semata-mata, malah itulah peranan setiap individu
muslim dalammelaksanakan tanggungjawab hidup bermasyarakat.

Di pihak penguatkuasa agama pula, pemahaman kehendak undang-undang berkaitan
risikan dan penyiasatan hendaklah dimantapkan. Pemahaman ajaran sesat mesti
dibenterang sehingga keakar umbi supaya menjadi tauladan kepada masyarakat.
Kerjasama Jabatan Agama Islam setiap negeri dengan pelbagai pihak seperti
penguatkuasa Polis Diraja Malaysia atau kerajaan tempatan perlu disebarkan kepada
masyarakat sebagi bukti kesungguhnya segelintir umat Islam membendung penularan
gejala sesat tersebut. Natijahnya, sebahagian umat Islam terjebak ke dalam fahaman
dan ajaran sesat yang ditaja oleh golongan-golongan tertentu adalah berkepentingan.

Masyarakatlah golongan pertama yang mampu mengetahui sama ada wujud sebarang
aktiviti berkaitan ajaran yang menyimpang dari Islam atau tidak di kawasan mereka.
Imam-imam masjid, surau, penghulu dan ketua masyarakat perlu sentiasa peka
dengan aduan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh penduduk kariah masing-

masing. Paling penting ialah ciri ajaran sesat perlu disebarkan untuk maklumat awam.
Ini kerana golongan yang kurang arif dengan agama akan mudah terpesong kepada
amalan agama yang mudah dan sesuai dengan corak hidup mereka.


Click to View FlipBook Version