The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eiznie27972, 2024-05-18 07:43:43

DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 2024

DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 2024

ZURAINY BINTI MD ISA NOR AZIMAH BINTI ABU BAKAR


DOKUMENTASI MESYUARAT MESYUARAT PIBG SMKSAB KALI KE 37 BIL PERKARA MAKLUMAT 1. TARIKH 4 MEI 2024 2. HARI/MASA SABTU /8.00 PAGI 3. PROGRAM MESYUARAT PIBG SMKSAB KALI KE 37 4. TEMPAT DEWAN IBNU SINA SMK SYED ABU BAKAR 5. ANJURAN PIBG SMK SYED ABU BAKAR 6. KEHADIRAN WARIS KEHADIRAN WARIS Waris Tingkatan 5 – 23 Waris Tingkatan 4 – 30 Waris Tingkatan 3 – 34 Waris Tingkatan 2 – 36 Waris Tingkatan 1 – 46 Jumlah waris yang hadir - 169 7. PERASMI Tuan Haji Zabidi bin Nasan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa 8. PENGENALAN Bagi merealisasikan visi dan misi sekolah, ibu bapa atau penjaga serta para guru harus menggembleng tenaga, masa, wang ringgit dan sebagainya. Ibu bapa dan guru harus menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai visi dan misi ini melalui PIBG yang diwujudkan di sekolah ini. Ibu bapa atau penjaga serta para guru juga bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti PIBG sekolah ini bagi meningkatkan akademik dan kokurikulum khususnya dari segi pembentukan jasmani,rohani, emosi dan intelek murid-murid. 9. OBJEKTIF Memberi penerangan kepada ibu bapa dan penjaga serta muridmurid tentang masalah kehadiran dan program-program yang telah dirancang untuk meningkatkan pencapaian anak-anak masing-masing, seterusnya memohon kerjasama ibu bapa serta penjaga agar memantau aktiviti sekolah anak-anak dan berharap segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat. 10. TEMA Do The Best, Beat The Rest 11. ULASAN Kehadiran waris kurang memberangsangkan.


AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSAB KALI KE-37 2024 1. Ucapan aluan pengerusi 2. Ucapan penasihat 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu (kali ke 36) 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023 6. Membentang dan membahas usul 7. Hal-hal lain 8. Ucapan penangguhan


MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 36 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ABU BAKAR 09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN TARIKH: : 5 Julai 2023(Rabu) MASA : 12.15 tengahari TEMPAT : Dewan Ibnu Sina KEHADIRAN : 273 orang 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Tuan Haji Aznan bin Abd Manaf selaku pengerusi sementara mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada para waris yang hadir bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini. Beliau mengharapkan waris semua memberikan kerjasama untuk kelancaran perjalanan mesyuarat pada hari ini. (Tindakan : Makluman) 1.2 Encik Mohd Syukri bin Nawi, Yang Dipertua PIBG SMK Syed Abu Bakar mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih kepada barisan pentadbiran, guru-guru dan ibubapa kerana menjayakan mesyuarat agung PIBG pada hari ini. Melalui PIBG dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di sekolah ini. (Tindakan : Makluman) 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG YANG LALU (KALI KE-35) 2.1 Encik Mohamad Rizuan bin Awang Kechik, Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Syed Abu Bakar kali ke-35 (Rujuk muka surat 1–7) seperti dalam edaran Buku Laporan Minit Mesyuarat Agung PIBG yang disediakan. (Tindakan : Makluman) 2.2 Encik Azman bin Saad mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Syed Abu Bakar kali ke-35 diterima dan disokong oleh Encik Alias bin Ariffin. (Tindakan : Makluman) 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Syed Abu Bakar kali ke-35. (Tindakan : Makluman) BUKU MESYUARAT AGUNG


4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 4.1 Puan Nurul Akmah binti Mohd Tajudin, Bendahari PIBG SMK Syed Abu Bakar sesi 2022/2023 membentangkan Laporan Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 (Rujuk muka surat 8 dan 9). (Tindakan : Makluman) 4.2 Puan Hanita binti Abd Kadir mencadangkan Laporan Kewangan tersebut diterima dan cadangan ini disokong oleh Puan Hasrina binti Jamaluddin. (Tindakan : Makluman) 5.0 MEMBUBARKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 5.1 Tuan Haji Aznan bin Abd Manaf mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 atas sumbangan khidmat yang diberikan dalam menjayakan program serta aktiviti yang dijalankan selama ini. Beliau membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. (Tindakan : Makluman) 6.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 6.1 Penasihat PIBG SMK Syed Abu Bakar adalah Tuan Pengetua, Tuan Haji Md Daud bin Kasim. Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 3 orang AJK Guru akan dilantik oleh pihak sekolah. (Tindakan : Penasihat PIBG) 6.2 Puan Nor Suzila binti Che Makhtar mencadangkan Encik Ahmad Muzafar Arif bin Matsum sebagai Yang DiPertua(YDP) PIBG sesi 2023/2024. Cadangan disokong oleh Puan Nor Asyikin binti Marta. Mesyuarat menerima sebulat suara. 6.3 Encik Mohd Saufi bin Ramli mencadangkan Puan Nor Aini binti Adam sebagai Naib Yang DiPertua (NYDP) PIBG sesi 2023/2024. Cadangan diterima sebulat suara. 6.4 Tuan Pengetua mencadangkan AJK Waris dilantik seramai 5 orang. Puan Nor Aini binti Adam mencadangkan Puan Hijrawati binti Saad dan Puan Siti Zauyah binti Yahaya. Tn. Hj. Aznan mencadangkan Encik Mohd Saufi bin Ramli. Puan Siti Zauyah binti Yahaya mencadangkan Encik Azman bin Saad. Encik Mohamad Rizuan bin Awang Kechik mencadangkan Encik Yahya bin Ahmad.


6.5 Kelima-lima nama AJK PIBG sesi 2023/2024 yang dicadangkan diterima sebulat suara. 7.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL 7.1 Pencadang: Encik Muslim bin Yusoh Usul 1: Masalah tiada bekalan air di asrama yang selalu dihadapi. Mohon dibincangkan punca dan penyelesaiannya. Makluman: Encik Mohamad Nasir bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran menjelaskan masalah air yang dihadapi dari tahun lepas berpunca daripada tekanan yang rendah dan tiada langsung air. Pihak SADA telah menghantar bekalan air untuk kegunaan di asrama dan juga di tandas sekolah. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) telah datang bersama kontraktor. Penyelesaiannya adalah dengan menyediakan rumah pam yang mana melibatkan kos yang agak tinggi. PPD telah memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah(JPN) dengan kerjasama SADA. (Tindakan : Makluman) 7.2 Pencadang : Encik Muhammad Farid bin Awang Kechik Usul 2 : Memberi imbuhan kepada anak-anak sekolah SMKSAB yang terpilih mewakili Daerah ke Negeri (RM50) dan Negeri ke Kebangsaan(RM150 – RM200) melihat kepada keputusan mesyuarat dan mengikut ketegori Individu atau Kumpulan. Imbuhan sebagai pembakar semangat. Makluman: Usul 2 diterima sebulat suara. (Tindakan : Bendahari) 7.3 Pencadang: Puan Nur Effa Asmida binti Johan Usul 3: Mohon dinaikkan jumlah sumbangan PIBG daripada RM25 (sekarang) kepada RM50. Makluman: Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Usul 3. (Tindakan : Bendahari) 7.4 Pencadang : Puan Saadiah binti Shariat Usul 4: Isu rambut murid lelaki yang Panjang, berfesyen dan berwarna. Pihak sekolah memohon persetujuan waris dalam menangani masalah tersebut oleh pihak sekolah. Makluman: Usul 4 diterima sebulat suara. Para waris juga diminta bersama-sama peka dengan penampilan anak-anak. (Tindakan : sekolah)


7.5 Pencadang: Puan Khalijah binti Ahmad Usul 5: Mohon bersihkan kawasan sebelah kanan untuk ke sekolah supaya waris yang menaiki motor boleh menunggu untuk mengambil anak di situ dan dapat kurangkan kesesakan sebelah kiri tempat waris yang berkereta menunggu untuk mengambil anak. Makluman: Tuan Haji Aznan bin Abd Manaf menjelaskan sebelum ini kawasan itu telah dibersihkan, pihak sekolah akan mengambil tindakan membersihkannya selepas ini. (Tindakan : sekolah) 7.6 Pencadang : Tuan Haji Aznan bin Abd Manaf Usul 6: Memohon peruntukan kewangan bagi pembinaan kawasan berbumbung di bahagian tepi Dewan Ibnu Sina seluas 1800 kaki persegi. Ini adalah untuk kemudahan pelajar-pelajar untuk mengadakan perhimpunan dan melakukan aktiviti dalam situasi yang lebih selesa. RM10,000 lagi yang masih belum mencukupi, nilai ini termasuk kos upah sebanyak RM5000. 7.6.1 Puan Saadiah binti Shariat mencadangkan waris boleh memberikan sumbangan berbentuk bahan – bahan binaan seperti simen. 7.6.2 Encik Mohd Saufi bin Ramli mencadangkan PIBG memberikan RM5000 dan baki RM5000 lagi daripada sumber-sumber lain. 7.6.3 Tn. Hj. Aznan bin Abd Manaf menyuarakan pengorbanan guru-guru SMK Syed Abu Bakar telah dan masih terus memberikan sumbangan wakaf untuk projek ini sehingga hari ini. Beliau merasakan adalah wajar PIBG memberikan RM10 000 memandangkan sumbangan PIBG akan dinaikkan kepada RM50. Tambahan pula baki PIBG di bank RM38 286 seperti yang dibentangkan oleh Puan Bendahari. 7.6.4 Setelah penjelasan diberikan oleh Tuan Haji Aznan bin Abd Manaf, semua ahli mesyuarat bersetuju menerima usul yang dicadangkan dimana PIBG menyumbang RM 10,000. (Tindakan : Bendahari) 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Yang Dipertua PIBG SMK Syed Abu Bakar sesi 2023/2024, Encik Ahmad Muzaffar Arif bin Matsum dalam keadaan yang masih terkejut dengan pelantikan beliau sebagai YDP PIBG memohon kejasama semua terutama daripada pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG. YDP juga berharap PIBG sesi 2023/2024 akan lebih cemerlang untuk kebaikan anak-anak pelajar SMK Syed Abu Bakar. (Tindakan : PIBG sesi 2023/2024)


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang. Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Syed Abu Bakar kali ke – 36 Cik Nur Azrina binti Md Nazir Puan Siti Hajar binti Omar Puan Siti Rodiah binti Zakaria Puan Noraini binti Ismail Disediakan oleh: Disemak oleh: ___________________________ _____________________________ (ENCIK MOHAMAD RIZUAN BIN (ENCIK AHMAD MUZAFFAR ARIF BIN AWANG KECHIK) MATSUM) Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023, Yang Di Pertua PIBG Sesi 2022/2023, SMK Syed Abu Bakar. SMK Syed Abu Bakar.


PARA PERKARA TINDAKAN CATATAN 7.1 Makluman: Encik Mohamad Nasir bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran menjelaskan masalah air yang dihadapi dari tahun lepas berpunca daripada tekanan yang rendah dan tiada langsung air. Pihak SADA telah menghantar bekalan air untuk kegunaan di asrama dan juga di tandas sekolah. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) telah datang bersama kontraktor. Penyelesaiannya adalah dengan menyediakan rumah pam yang mana melibatkan kos yang agak tinggi. PPD telah memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah(JPN) dengan kerjasama SADA. SEKOLAH SELESAI 7.2 Memberi imbuhan kepada anak-anak sekolah SMKSAB yang terpilih mewakili Daerah ke Negeri (RM50) dan Negeri ke Kebangsaan(RM150 – RM200) melihat kepada keputusan mesyuarat dan mengikut ketegori Individu atau Kumpulan. Imbuhan sebagai pembakar semangat PIBG SELESAI 7.4 Isu rambut murid lelaki yang Panjang, berfesyen dan berwarna. Pihak sekolah memohon persetujuan waris dalam menangani masalah tersebut oleh pihak sekolah. SEKOLAH /WARIS 7.5 Mohon bersihkan kawasan sebelah kanan untuk ke sekolah supaya waris yang menaiki motor boleh menunggu untuk mengambil anak di situ dan dapat kurangkan kesesakan sebelah kiri tempat waris yang berkereta menunggu untuk mengambil anak. SEKOLAH /MAJLIS DAERAH 7.6 Memohon peruntukan kewangan bagi pembinaan kawasan berbumbung di bahagian tepi Dewan Ibnu Sina seluas 1800 kaki persegi. Ini adalah untuk kemudahan pelajar-pelajar untuk mengadakan perhimpunan dan melakukan aktiviti dalam situasi yang lebih selesa. RM10 000 lagi yang masih belum mencukupi, nilai ini termasuk kos upah sebanyak RM5000. PIBG RINGKASAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36


JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSAB KALI KE-37 Tarikh : 4 Mei 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.00 Pagi Tempat : Dewan Ibnu Sina SMK Syed Abu Bakar A. AHLI JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 BIL NAMA JAWATAN 1 Tuan Haji Md Daud Bin Kasim Pengetua SMKSAB 2 Encik Ahmad Muzaffar Arif Bin Matsum Yang DiPertua PIBG 3 Puan Nor Aini Binti Adam Naib Pengerusi PIBG 4 Encik Mohamad Rizuan Bin Awang Kechik Setiausaha PIBG 5 Puan Noor Hani Suhaini Binti Abd Rashid Penolong Setiausaha PIBG 6 Puan Nurul Akmah Binti Mohd Tajudin Bendahari PIBG 7 Cik Nur Azrina Binti Md Nazir Penolong Bendahari PIBG 8 Puan Nor Asyikin Binti Marta AJK Guru 9 Encik Muhammad Noor Azlan Bin Idris AJK Guru 10 Encik Mohamad Fouzi Bin Hussain AJK Guru 11 Encik Mohamad Asri Bin Ishak AJK Guru 12 Encik Fairus Bin Shamsudin AJK Guru 13 Encik Mohd Saufi Bin Ramli AJK Waris 14 Puan Siti Zauyah Binti Yahaya AJK Waris 15 Puan Hijrawati Binti Saad AJK Waris 16 Encik Azman Bin Saad AJK Waris 17 Encik Yahya Bin Ahmad AJK Waris JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG


B. AHLI JAWATANKUASA KERJA ( JAWATANKUASA SAMBUTAN – JEMPUTAN KHAS ) Bil. Nama Jawatan 1. Tuan Hj Daud Bin Kasim Pengetua 2. Encik Mohamad Nasir Bin Ahmad Pen. Kanan Pentadbiran 3. Puan Noor Hashimah Binti Abdul Hamid Pen. Kanan HEM 4. Encik Rahiman Bin Abd Hadi Pen. Kanan Kokurikulum 5 Encik Ajazi Bin Mhd Bakri Pen. Kanan Petang 6. Puan Hajjah Fazilah Bt Latip GKM Sains & Matematik 7. Puan Siti Mariam Binti Jusoh GKM Bahasa 8. Puan Khursiah Binti Abdul Rani GKM Kemanusiaan 9. Encik Hasrul Bin Mohd Bakri GKM Teknik dan Vokasional 10. Puan Nor Azimah bt Abu Bakar Kaunselor 11. Puan Nor Asyikin Binti Marta Kaunselor BIL JAWATANKUASA SENARAI TUGAS 1 Jk Sambutan ( Waris ) 1. Pn. Siti Mariam binti Jusoh 2. Pn. Khursiah Binti Abdul Rani 3. En. Mohamad Hasrull B. Mohamad Bakri 4. Pn. Hjh Fazilah Binti Latip 5. Pengawas SMKSAB • Menyambut para waris yang hadir • Mengarahkan mengarahkan waris ke Dewan mesyuarat 2 Jk Buku Program & Jemputan / Hebahan 1. Pn Nurul Tasnim Bt Md Yusoff (K) 2. Pn.Nor Rosyidah Bt Yahya 3. Pn. Siti Rahana binti Saud 4. Pn. Nurul Izzati Binti Alias 5. Pn Nur Effa Asmida Bt Johan • Menyediakan Buku Program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 • Siap dicetak pada 4 Mei 2024 • Membuat urusan surat menyurat • Menghubungi perasmi mesyuarat • Membuat hebahan di masjid-masjid berdekatan • Menyediakan dan menyerahkan buku program kepada jemputan sebelum majlis bermula • 3 Jk Persiapan Tempat ( Sebelum dan Selepas) 1. En. Mohd Hazry Izany Bin Halim(K) 2. En. Faridul Nadzri Bin Abdullah 3. En Muhammad Akmal Bin Mokhtar 4. En Mohd Fahmi Bin Ahmad 5. En. Muhammad Zakri Bin Zainol 6. En. Mohamad Rizuan Bin Awang Kechik 7. Pekerja Swasta • Membersihkan dewan • Menyediakan tempat duduk untuk 400 orang. • Menyediakan meja mesyuarat &pencatat • Mengemaskan dewan selepas mesyuarat


4. Jk Hiasan Pentas / Backdrop 1. Pn. Norsuzila Bt Che Makhtar (K) 2. Pn Asniza Bt Abdullah 3. Pn. Siti Hajar Binti Omar 4. Pn. Liyana Bt Abd Halim • Menempah 2 banner (backdrop dan pagar sekolah) • Menyediakan alas meja mesyuarat &pencatat • Menyiapkan hiasan pentas • Menyusun kerusi untuk jemputan • Mengemaskan pentas selepasmesyuarat dijalankan 5. Jk Jamuan Waris 1. Pn. Norliza Binti Abdul Hamid (K) 2. Pn. Suhada Binti Shaharruddin 3. Pn. Roziana binti Mohd Sabri 4. Pn Surelawati Bt Dolah 5. Pn. Balqis binti Jamil 6. Pn. Faridah Binti Isa Jk Jamuan Guru 7. Pn.Siti Ngaishah Bt. Abd Hamid (K) 8. Pn Rafishah Bt Abd Razak 9. Pn Mardiah Bt Wahid Jk Jamuan VIP 10. Pn. Nor Suhaily Binti Said (K) 11. Pn. Ammrina Binti Ahmad 12. En Muhamad Farid Bin Awang Kechik • Membuat tempahan makanan • Menyediakan jamuan untuk jemputan • Menyediakan jamuan waris untuk diagih di dewan pada hari mesyuarat Jemputan : RM 800.00 (80 x 10.00) Waris : RM 1500.00 (300 x RM 5.00) Jk Keselamatan 1. En Mohd Fais Bin Che Ahmad (K) 2. En. Mohamad Fouzi bin Hj. Husin 3. En Aznan Bin Abd Manaf • Memastikan sekolah berada dalamkeadaan yang bersih, teratur dan selamat. • Kawalan disiplin pelajar 7. Jk Cenderamata perasmi/waris 1. Pn.Nurul Akmah binti Mohd Tajudin (K) 2. Pn. Muriza Binti Mohd Yusof 3. Pn. Noor Hani Suhaini bt Abd Rashid 4. Cik Nur Azrina Binti Md Nazir 5. En. Zakaria bin Ismail 6. En. Mohamad Rizuan Bin Kateno 7. En. Muhammad Ali Hafiz Bin Mohd Ariffin • Menyediakan cenderamata untuk perasmi (Peruntukan RM 100) • Sumbangan hadiah kepada waris 100 terawal (Beras 5kg)


8. Jk Siaraya 1. En. Fairus Bin Shamsudin (K) 2. En. Mohamad Fadzli Bin Md Ghazali 3. En. Riduan Bin Abd Rahman Menyediakan siaraya sepanjangmajlis berlangsung. • Menyediakan muzik selingan pada masa terluang. 9. Jk Pendaftaran 1. Pn. Zalihi Bt Jais (K) 2. Pn Salasiah Binti Wa Daud 3. Pn Latifah Bt Abd Rahman 4. Pn. Intan Sabrina Bt Mohd Sabri 5. Pn. Oh Choon Mei 6. Pn Rosidah Bt A. Bakar • Menyediakan tempat pendaftaranwaris yang hadir mesyuarat • Menyediakan senarai nama ahli PIBG berdasarkan kelas • Mendaftar kehadiran ahli PIBG pada hari mesyuarat 10. Jk Dokumentasi /perakam peristiwa 1. Pn. Nor Azimah Bt Abu Bakar (K) 2. Pn. Zurainy binti Md Isa • Menyediakan 3 buah dokumentasi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37 • Serahkan kepada Setiausaha sesi 2023/2025 • Merakam peristiwa sepanjang berlangsungnya majlis 11. Jk Lalu Lintas & Keselamatan 1. Encik Mohd Asri bin Ishak (K) 2. En Muhammad Affandi Bin Ibrahim 3. En Abd Aziz Bin Abdullah 4. En. Mohamad Nizar Bin Ismail 5. Pengawal Keselamatan • Menentukan tempat meletak kereta dan motosikal waris dan jemputan • Penunjuk tempat mesyuarat 12. Jk Pencatat Minit Perasmian 1. Pn. Norhayati Binti Jusoh (K) 2. Pn. Noraini Binti Ismail • Mencatat dan menaip ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 • Ketua JK menyerahkan minit perasmian kepada Setiausaha PIBG sesi 2023/2025dalam bentuk ’soft copy’ seminggu selepas mesyuarat Agung 13. Jk Pencatat Minit Mesyuarat Agung 1. Pn Norashima Binti Ahmad Khairuddin (K) 2. En Wan Muhammad Izzat Bin Wan Rusli 3. Cik Nur 'Aisyah Binti Mat Latfee 4. Pn Siti Nabilah Binti Ahmad • Mencatat dan menaip minit mesyuarat sepanjang perjalananmesyuarat. • Ketua JK menyerahkan minit mesyuarat kepada Setiausaha PIBGsesi 2023/2025 dalam bentuk ’softcopy’ seminggu selepas Mesyuarat Agung


14. Jk Penulis Teks Ucapan 1. Pn. Fadzilah binti Abd Razak (K) 2. Pn. Suaya Binti Hj Ab Rahman 3. Cik Nurul Fatihah Bt Othman • Menyediakan teks ucapan Perasmi,Pengetua dan YDP PIBG. 15. Pengacara Majlis 1. En. Yusof bin Saman 2. Pn. Nor Asyikin bt Marta 3. En. Mohammad Noor Azlan bin Idris • Menjalankan acara majlis perasmian mesyuarat • Motivasi waris 16. Bacaan Doa 1. En. Muhammad Haziq Bin Abd Rahman • Menyedia dan membacakan doa untuk majlis 17. Perarakan 1. Pn. Zawati bt Zainon (K) 2. Pn. Hjh Habibah binti Hasan 3. Pn Siti Rodiah Bt Zakaria • Menyediakan bunga manggar untuk perarakan. • Menyediakan muzik iringan yang sesuai 18. Penapis Usul Semua Ahli Jawatankuasa Induk ATUR CARA MAJLIS (TENTATIF) MASA AKTIVITI 8.30 Pagi Pendaftaran para waris/penjaga. 9.30 Pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 37 dimulakan. 11.00 Pagi : Ketibaan Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa : Nyanyian Lagu Negaraku. : Bacaan Doa. : Ucapan Tuan Pengetua : Ucapan Yang Dipertua PIBG. : Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 oleh Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa 12.30 Petang Bersurai


https://anyflip.com/gjoar/vbkw/ BUKU PROGRAM


RAKAMAN PERISTIWA SEPANJANG MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SYED ABU BAKAR KALI KE-37


PERSIAPAN TEMPAT


SAMBUTAN WARIS DAN PENDAFTARAN


MESYUARAT AGUNG


MAJLIS PERASMIAN


JAMUAN MAKAN


Click to View FlipBook Version