MPU24021
KELAB KALIGRAFI
Muhammad Shahihsan Bin Shahrizal (18DSK20F1029)
Zul Akmal Bin Zaihari (18DPM20F1026 )
1
ISI KANDUNGAN
1.PENGENALAN KHAT
2.SEJARAH KHAT
3.JENIS-JENIS KHAT
4.CONTOH KHAT
5.HUKUM MENULIS KHAT
6. K ESI M PU L AN
7.RUJUKAN
2
PENGENALAN ILMU SENI KHAT KHAT MERUPAKANSALAH SATU DARIPADAHASILKESENIANYANG
INDAH DAN HALUS. SENI INI LAHIR DAN BERKEMBANG DALAM PENULISANARAB DANTERKANDUNG
DALAM RUANG LINGKUPPERADABAN ISLAM. SETELAHKEHADIRAN ISLAM, PENULISANARABTELAH
MEMASUKITAHAPPERKEMBANGANYANG BEGITUCEPAT. PADAABADPERTAMADAN KEDUAHIJRAH,
KHAT MERUPAKAN SALAHSATU CIRI UNTUK MEMPERINDAH SESUATU PENULISAN. MELALUI KHAT,
SESUATUMAKSUD DAPATDIUNGKAPKAN. KHATTURUT MENJADI UNSUR PENTING DARIPADACABANG-
CABANGKESENIANYANG MASIH TERPELIHARAHINGGAKE HARI INI. KHAT IALAH PERKATAANARAB
YANG
BERMAKSUDGARISAN. SENI KHATBERMAKSUDGARISANINDAHYANG MEMBENTUKTULISAN. IAJUGA
BERMAKSUDTULISAN-TULISAN (KITABAH) YANG TERIKATDENGAN PERATURANDAN KAEDAHYANG
TELAH
DIKAJI DAN DITENTUKANOLEH MEREKAYANG TERLIBATDENGAN KEMAJUANSENI. TULISAN-TULISAN
ARAB
PULAMEMPUNYAI NILAI DAN KAEDAHTERTENTUYANG MEMPUNYAI ESTETIKAYANG TINGGI. SENI KHAT
BUKANSEKADARWACANAPENYAMPAI MAKLUMATTETAPI MENGANDUNGI NILAI-NILAIABSTRAKYANG
DISIMPULKAN DENGAN KEHALUSAN, KELEMBUTAN, KESINAMBUNGAN, PERHUBUNGAN, PERGERAKAN,
KEHARMONIANDAN SEBAGAINYA.
3
SEJARAH KHAT
Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan,
berkaitan dengan penjilidan (kitab, lebih-lebih lagi Al-Quran) [1], di kawasan yang berkongsi warisan
kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama
digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing seperti tulisan jawi. Mereka
menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan
gambar.[2] Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi di antara seni-seni Islam yang lain kerana ia
merupakan salah satu cara utama mengekalkan keaslian kandungan ayat-ayat suci al-Qur'an selain
melalui hafalan para huffaz (penghafal Al-Quran). Pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk
yang boleh membawa kepada taghut dan penyembahan berhala mendorong perkembangan seni khat dan
gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi
konteks keagamaan.Karya-karya yang dihasiklan oleh khattat (pakar-pakar khat) dikumpul dan amatlah
dihargai kerana ianya mempunyai nilai yang besar dalam rujukan kaedah-kaedah penulisan khat.
4
TANDATANGAN BERGAYA(TUGHRA) SULTAN EMPAYAR UTHMANIYAH MAHMUD II
TULISANCERMIN SENI KHAT EMPAYAR UTHMANIYAHABAD KELAPAN BELAS.
MENGGAMBARKANAYAT (علي ولي الله
ALIADALAH WALIALLAH') PADAKEDUA-DUAARAH.
SENI KHAT ORANG-ORANGARAB, PARSI, DAN EMPAYAR UTHMANIYYAH DIKAITKAN
DENGAN MOTIFABSTRAKARABES PADADINDING DAN SILING MASJID DAN JUGAPADA
KITAB.AHLI SENI LUKIS SEMASADALAM DUNIAISLAM MEMETIK WARISAN KHAT UNTUK
MENULIS KHATATAU PENGABSTRAKAN HASIL KARYAMEREKA.
5
JENIS-JENIS KHAT
6
CONTOH KHAT
Tamadun Islam kaya dengan keseniannya. Antara seni yang menarik dalam tamadun Islam ialah
dalam penulisan. Hasil seni tulisan tangan dalam tamadun Islam dikenali sebagai seni khat. Seni khat
terbahagi kepada 8 model utama. Antaranya:
1.Khat Kufi
khat kufi
Khat Kufi berasal dari Kufah. Khat ini dijadikan hiasan pada bangunan masjid, bangunan
pemerintah, kubah atau menara azan pada zaman Abasiah. Al-Quran yang pertama ditulis dalam
bentuk khat kufi.
7
2. Khat Thuluth
khat thuluth
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan untuk hiasan sahaja seperti yang
terdapat dalam mashaf uthmani (Al-Quran), nama buku atau kitab dan untuk
tujuan yang lain.
8
3. Khat Nasakh
khat nasakh
Tulisan khat jenis Nasakh ini paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku
keagamaan. Tulisan khat jenis ini lebih mudah dibaca dan tidak mengelirukan. Khat Nasakh
dilengkapkan oleh penulis Arab iaitu Al-Wazir Abu Aly Muhammad Ibnu Muglah dan
adiknya Abu Abdullah al-Hassan. Mereka mewujudkan peraturan untuk penulisan Khat
Nasakh dengan menentukan panjang pendek huruf dan jarak antara huruf.
9
4. Khat Farisi
khat farisi
Khat Farisi ini mula berkembang di Parsi. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat Farisi banyak
digunakan dalam penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Karangan dalam bahasa Urdu juga ditulis dengan khat ini. Khat jenis ini digunakan dengan meluas di Parsi,
Pakistan dan Turki.
10
5.Khat Riq'ah
khat riq'ah
Khat Riq'ah ini lebih mudah dan dapat ditulis dengan cepat. Khat Riq'ah ini
sering digunakan untuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar
universiti untuk mengambil nota kuliah.
11
6. Khat Diwani
khat diwani
Diwani membawa erti catatan atau analogi karangan. Khat Diwani digunakan
secara meluas semasa pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di
Mesir. Khat ini turut berfungsi sebagai perhiasan selain untuk urusan rasmi seperti
surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya.
12
7. Khat Diwani Jali
khat diwani jail
Khat Diwani Jali mempunyai sedikit perbezaan berbanding khat Diwani. Khat
Diwani Jali lebih banyak bentuk, rumit penulisannya, lebih cantik dan estatik.
Khat Diwani Jali selalunya diubah dalam bentuk daun, perahu, ikan , burung dan
sebagainya.
13
8. Khat Raihani
Khat Raihani
Khat Raihani hampir menyerupai khat Thuluth. Huruf khat Raihani agak besar dan
panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.
14
HUKUM MENULIS KHAT
SOALAN:
Apa hukum menulis ayat al-Quran mengikut corak tertentu
seperti wau, bunga dan lain-lain. Mohon penjelasan.
JAWAPAN:
Pada asasnya, al-Quran wajib dimuliakan, diagungkan dan dihindarkan daripada sebarang
perkara yang boleh membawa wujudnya unsur kehinaan atau merendahkan. Imam Nawawi
dalam menegaskan hal ini menyebut: “Para ulama telah bersepakat akan wajibnya menjaga
Mushaf al-Quran dan memuliakannya.” (Lihat: al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, hlm. 190)
Malah jumhur ulama' menyatakan wajib bagi seseorang Muslim itu suci daripada hadas kecil dan
besar sebelum dia memegang mushaf dan menanggungnya. Firman Allah SWT:
اَل اي ام ُّس ُه إَِال ا ْل ُمطا اه ُرو ان
“Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.” [Surah al-Waqi’ah
(79)]
15
Di dalam kitab Nawadir al-Usul dijelaskan: “Menyentuh, memegang atau membawa (mengangkat mushaf al-Quran)
hendaklah dalam keadaan suci (berwudhu'), sama ada ayat-ayat al-Quran itu ditulis pada kertas, papan, besi, kain dan
sebagainya.” (Lihat: Nawadir al-Usul fi Ma’rifah Ahadith al-Rasul, 2/392)
Matlamat utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur, dihayati, diimani dan seterusnya diaplikasikan dalam
kehidupan seorang Muslim.
Dalam isu persoalan di atas, kami nukilkan di sini jawapan daripada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bertarikh 13-15 Jun 2005 dalam muzakarah kali ke-69, antara lain
menyebut:
Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran
kepada pembaca adalah dilarang.
Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan mudah dibaca.
Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampur adukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan
pembaca.Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-
putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubahnya.
16
Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk
sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-
Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah
dilarang.(Lihat: Kompilasi Muzakarah MKI 2016 – Jakim, hlm. 210-211)
Begitu juga disebut:
“Dilarang menulis atau membentuk ayat-ayat suci al-Quran berbentuk
binatang, manusia, bangunan, alat permainan seperti wau, tumbuhan,
bunga-bungaan dan seumpamanya.”
(Lihat: Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan
Ayat Suci Al-Quran oleh Jakim, hlm. 17
Terdapat juga Garis Panduan Kaligrafi Al-Quran yang dikeluarkan oleh Lembaga
Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, antara lain
menyatakan:
Dilarang menulis kaligrafi al-Quran berbentuk makhluk bernyawa atau sebarang bentuk yang
boleh menjatuhkan kesucian al-Quran;
Latar belakang kaligrafi tidak boleh mengandungi sebarang unsur makhluk bernyawa atau
yang tidak sesuai dengan kemuliaan al-Quran;
Setiap penulisan mestilah sempurna dan mengikut kaedah penulisan kaligrafi al-Quran;
Khat yang susah dibaca seperti Khat Kufi Murabba’ dan Khat Diwani Jaliyy hendaklah
menyertakan sekali Khat Nasakh bersaiz kecil di bahagian bawah karya tersebut bagi
memudahkan pengecaman masyarakat untuk membaca kaligrafi al-Quran;
Setiap penulisan mestilah sempurna dari segi maksud ayat dan tidak tergantung dari aspek
maksud ayat.
18
KESIMPULAN
Berdasarkan kenyataan di atas, kami berpendapat adalah tidak harus untuk
menulis al-Quran dalam bentuk gambar-gambar kerana ia sejuzuk daripada
merendahkan martabat al-Quran. Begitu juga, kerana ia menjadikan banyak
tafsiran serta andaian yang kurang sihat terhadap al-Quran sedangkan al-
Quran kitab dan kalam Allah yang suci lagi mulia, yang wajib dimuliakannya.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar cintakan al-Quran.
Kami akhiri dengan doa:
اوه اَا اَ َُ ُم ْو ِِناا، اوجلاا اء أا ْح ازانِناا، اونُ ْو ار ُص ُد ْو ِرناا،االلا ُه ام ا ْج اع ِل ا ْل ُق ْرآ ان اربِي اع ُقلُ ْوبِناا
“Ya Allah! Jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang
menyinari dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami.”
19
RUJUKAN
http://akbarkufiart.blogspot.com/2014/10/salam-maal-hijrah-jenis-khat.html
https://blackrosehuntermy.blogspot.com/2014/11/8-jenis-seni-khat.html
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Seni_khat_Islam
https://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-menulis-ayat-al-quran-
dengan.html?m=1
20