The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurakmal07-1237, 2023-06-28 06:40:26

2021212350128_TUGASAN 1_MPU3081

2021212350128_TUGASAN 1_MPU3081

NAMA JABATAN/UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) SESI 2022 / SEM 4 Nama : NURAKMAL NAJIHAH BINTI KAMARUL AZAM Angka Giliran : 2021212350128 Nombor Kad Pengenalan : 020721-16-0046 Kumpulan / Unit : PISMP TESL F JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : MDM SARIMAH@SYARINA BINTI MAHMOOD Tarikh Hantar : 28 JUN 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.


2 | P a g e SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YUK CHYUN BT 6/12 JALAN KLANG LAMA 4600, PETALING JAYA SELANGOR KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB PETAH BICARA BAHASA INGGERIS DISEDIAKAN OLEH: KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS


3 | P a g e 1.0 TUJUAN KERTAS KERJA Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan dan persetujuan daripada pihak tuan untuk merialisasikan pelaksanaan penubuhan Kelab Petah Bicara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chyun. Penubuhan kelab ini dapat membantu dalam memperlihatkan minat pelaajar dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih jitu dan tepat terutama sekali dari segi perbualan seharian atau sektor profesional. 2.0 PENGENALAN Kelab Petah Bicara Bahasa Inggeris adalah sebuah kelab yang akan ditubuhkan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk berbicara, memberi dan berkongsikan pandangan dalam pengucapan awam. Kelab ini akan memfokuskan komunikasi bahasa Inggeris sebagai bahasa utama yang digunakan dalam kelab ini. Pengucapan awam merupakan satu aktiviti penting yang boleh mempengaruhi seseorang individu atau entiti. Oleh hal yang demikian, dengan wujudnya kelab ini di sekolah, ia dapat membantu muridmurid untuk melatih dan mencungkil bakat mereka dalam pengucapan awam mahupun debat. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kelab ini adalah juga bertujuan untuk melatih para murid untuk fasih dalam berucap dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Menurut Zikmundová (2016) Bahasa Inggeris sebagai lingua franca berfungsi pada peringkat umum sebagai bahasa yang menyatukan rakyat satu negara di mana pelbagai bahasa dituturkan oleh penduduknya. Namun pada ketika ini, oleh sebab kita telah mencapai satu era globalisasi di mana penggunaan Bahasa Inggeris adalah lebih melua, ia dapat membantu para murid untuk sentiasa bersedia dan membuka peluang kepada mereka untuk menyertai pelbagai program sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. 2.1 MAKSUD PERSATUAN Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. 2.2 DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM MENURUT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid


4 | P a g e peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah." Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan". Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu : Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: • Penyertaan dalam sukan dan permainan. • Penyertaan dalam persatuan dan kelab. • Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. • Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan. 2.2.1 DASAR UTAMA (1) – KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am. “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”


5 | P a g e 2.2.2 DASAR UTAMA (2) – PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB • Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” – {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}. • Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. – {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}. • Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}. • Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. – {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}. 2.2.3 DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB • Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. • Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.). • Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.


6 | P a g e • Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”. 2.2.4 DASAR UTAMA (4) – PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” • “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}. • Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. • Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilainilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang. 2.2.5 DASAR UTAMA (5) – PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI” • Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000). • Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar. (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Kolum “Kokurikulum”)


7 | P a g e 3.0 RASIONAL Penubuhan Kelab Petah Bicara dapat memberikan input yang positif terhadap murid-murid di SJK(C) Yuk Chyun kerana: 3.1 Memenuhi dasar utama kokurikulum yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk menambah dan mengukuhkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah 3.2 Memberi pendedahan awal kepada para murid tentang kepentingan dan caracara untuk membuat pengucapan awam 3.3 Mengajar murid-murid yang menyertai kelab ini dalam memberikan pandangan secara sivil dan tertib 3.4 Kelab ini akan berperanan untuk mengukuhkan kemahiran para murid untuk bertutur secara fasih dalam Bahasa Inggeris 3.5 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif kepada para murid untuk mengukuhkan pengetahuan mereka tentang pengetahuan am dan dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah 3.5 Memupuk nilai murni seperti bersikap rasional dalam melakukan perbincangan secara kumpulan dan memberikan idea yang bernas dalam pengucapan awam Bahasa Inggeris 4.0 MATLAMAT Penubuhan Kelab Petah Bicara SJK(C) Yuk Chyun ini adalah untuk memantapan para murid dalam mengukuhkan pengetahuan am dan memberi pendedahan kepada meraka atas kepentingan berucap di tempat awam di dalam Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, kelab ini juga bertujuan sebagai satu batu loncatan kepada para murid untuk bersiap siaga dalam menempuh era globalisasi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai lingua franca (bahasa perantara). Kelab ini juga berpotensi untuk membina keseimbangan dari segi aspek intelek dan sosial dan melahirkan individu yang berkeyakinan dalam memimpin dan berucap di khalayak ramai. 5.0 OBJEKTIF KELAB PETAH BICARA BAHASA INGGERIS SJK(C) YUK CHYUN Perancangan bagi menubuhkan Kelab Petah Bicara Bahasa Inggeris ini adalah untuk: 4.1 Melahirkan murid yang berketerampilan tinggi dalam menyampaikan pengucapan awam Bahasa Inggeris 4.2 Membimbing murid untuk mengenali bakat dan potensi diri yang ada dalam diri mereka demi mencapai wawasan kecemerlangan 4.3 Membentuk sikap positif ke arah penonjolan imej kendiri yang bersesuaian


8 | P a g e 4.4 Memberikan ruang kepada murid untuk menjana dan berkongsi idea tentang isuisu semasa yang relevan untuk perkembangan potensi diri 6.0 VISI DAN MISI 6.1 VISI Memastikan kualiti murid dalam pengucapan awam dapat memberikan manfaat kepada komuniti terdekat melalui topik-topik rangsangan yang diutarakan. 6.2 MISI Mencungkil bakat, memberikan ruang dan menjana idea kepada murid-murid tentang pengetahuan am melalui topik-topik rangsangan yang diutarakan dalam aktiviti Kelab Petah Bicara Bahasa Inggeris 7.0 LOGO Maksud Logo i- Berucap di podium : Melambangkan keyakinan seseorang untuk berucap di khalayak ramai ii- Warna Kuning : Menunjukkan maksud kespontanan. Setiap individu yang mahir berucap perlu mahir mengutarakan hujah secara spontan dan relevan ke khalayak ramai


9 | P a g e 8.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang terdiri daripada: 6.1 Murid-murid Tahun 3 6.2 Murid-murid Tahun 4 6.3 Murid-murid Tahun 5 6.4 Murid-murid Tahun 6 Murid-murid yang berminat untuk menyertai boleh mengisi borang penyertaan kelab/persatuan di Lampiran 4. 9.0 AHLI JAWATANKUASA 9.1 STRUKTUR ORGANISASI PENAJA Penaung : Puan Wong Mei Choo (Guru Besar) Penasihat : Encik Muhammad Hazim (Penolong Kanan I) Setiausaha : Puan Siew Choo Huat (Penolong Kanan Kokurikulum) Bendahari : Puan Gan Hsin Kuah (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Guru Penasihat I : Cik Nurakmal Najihah Guru Penasihat II : Puan Jamilah Adnan 9.2 STRUKTUR ORGANISASI MURID Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiausaha : Naib Setiausaha : Bendahari : Naib Bendahari : AJK Tahun 3 : AJK Tahun 4 : AJK Tahun 5 : AJK Tahun 6 : 10.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN Menurut surat pekeliling yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, perjumpaan mingguan kokurikulum mempunyai nilai minima sebanyak 12 minggu (rujuk lampiran). Oleh hal yang demikian, aktiviti tahunan yang dilampirkan adalah aktiviti yang akan diadakan selama 12 minggu


10 | P a g e RANCANGAN AKTIVTI TAHUNAN KELAB PETAH BICARA BAHASA INGGERIS MINGGU AKTIVITI PENGISIAN AKTIVITI CATATAN 1 Mesyarat agung tahunan bagi kelab/persatuan ▪ Kata alu-aluan oleh Ketua Guru Penasihat ▪ Pelantikan ahli jawatankuasa (AJK) ▪ Menerangkan tanggungjawab ahli jawatankuasa dan ahli aktif ▪ Membentangkan aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan oleh kelab/persatuan - Penglibatan semua ahli kelab adalah wajib 2 Gotong-royong membersihkan bilik khas ▪ Ahli-ahli bersama guruguru penasihat akan membersihkan bilik khas yang akan digunakan oleh kelab untuk setiap perjumpaan sepanjang tahun - Penglibatan semua ahli kelab dan guru-guru penasihat adalah wajib - Tempat Perjumpaan: Bilik Panitia Bahasa Inggeris 3 Menonton video dan membuat draf pengucapan awam bahasa Inggeris ▪ Guru penasihat yanng bertugas untuk memantau aktiviti kelab akan memainkan video pengucapan bahasa Inggeris kepada ahli-ahli kelab ▪ Ahli-ahli kelab akan diberikan satu topik bebas dan membuat draf pengucapan awam dalam satu kertas kosong yang diedarkan - Video pengucapan awam “JPN PULAU PINANG (Public Speaking Competition for Primary schools)” di Youtube - Tajuk pengucapan awam: “The Importance of Saving Money” - Penglibatan semua ahli kelab


11 | P a g e ▪ Setelah draf selesai disiapkan, ahli-ahli kelab akan menyerahkan kertas draf pengucapan awam mereka kepada guru penasihat yang bertugas adalah wajib 4 Pengucapan Awam (sesi 1) ▪ Guru mengedarkan semula kertas draf pengucapan awam ahliahli kelab ▪ Ahli-ahli kelab akan diberikan masa 5 minit untuk persiapan membuat pengucapan awam secara rawak ▪ 2 Wakil dari setiap darjah akan memberikan pengucapan awam di hadapan ahli-ahli kelab yang lain - Penglibatan semua ahli kelab adalah wajib 5 Menonton Video Debat dan membuat draf isi perdebatan ▪ Guru penasihat yanng bertugas untuk memantau aktiviti kelab akan memainkan video debat bahasa Inggeris kepada ahli-ahli kelab ▪ Ahli-ahli kelab akan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut darjah masing – masing dan akan membincangkan tajuk yang diberikan ▪ Dua kumpulan dari setiap - Video debat “Raffles Girls Primary School @ RI debate” di YouTube - Penglibatan semua ahli kelab adalah wajib


12 | P a g e darjah adalah kumpulan “Proposition” dan “Opposition” ▪ Setelah draf selesai disiapkan, ahli-ahli kelab akan menyerahkan kertas draf debat mereka kepada guru penasihat yang bertugas 6 Aktiviti Berdebat (sesi 1) ▪ Guru mengedarkan semula kertas draf pengucapan awam ahliahli kelab ▪ Kumpulan-kumpulan dari ahli kelab Tahun 3 dan Tahun 4 akan memulakan sesi berdebat pada minggu ini - Kehadiran semua ahli kelab adalah diwajibkan 7 Aktiviti Berdebat (sesi 2) ▪ Guru mengedarkan semula kertas draf pengucapan awam ahliahli kelab ▪ Kumpulan-kumpulan dari ahli kelab Tahun 5 dan Tahun 6 akan memulakan sesi berdebat pada minggu ini - Kehadiran semua ahli kelab adalah diwajibkan 8 Menonton video bicara berirama ▪ Guru penasihat yanng bertugas untuk memantau aktiviti kelab akan memainkan video bicara berirama bahasa Inggeris kepada ahli-ahli kelab ▪ Ahli-ahli kelab menonton video tersebut sambil - Video bicara berirama “Johan Kebangsaan Choral Speaking 2022 - SK Subang Jaya” di YouTube - Kehadiran semua ahli kelab adalah wajib


13 | P a g e menulis nota tentang isiisi penting dalam video bicara berirama yang ditunjukkan ▪ Guru penasihat yang bertugas bertanya kepada ahli kelab tentang konsep bicara berirama ▪ Ahli kelab berbincang tentang topik yang sesuai untuk membuat bicara berirama 9 Menghasilkan buku skrap ▪ Ahli-ahli kelab akan dibekalkan dengan surat khabar dan poster ▪ Guru penasihat akan memberikan topik kepada mengikut tahun dan ahli kelab perlu membuat buku skrap mengikut tahun mereka Topik-topik dalam pembuatan buku skrap kepada ahli-ahli kelab: Tahun 3: The Importance of Saving Money (Kepentingan Menabung) Tahun 4: The Importance of Hygiene (Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri) Tahun 5: How To Live a Healthy Live (Bagaimana Untuk Meneruskan Gaya Hidup Sihat) Tahun 6: How to Be an Excellent Pupil (Bagaimana Untuk Menjadi Murid Yang Cemerlang) - Kehadiran semua ahli kelab adalah wajib 10 Pameran Buku ▪ Guru penasihat bersama - Kehadiran semua


14 | P a g e Skrap ahli-ahli kelab akan menyusu kedudukan bilik khas yang digunakan supaya ia sesuai untuk dijadikan bilik pameran ▪ Guru penasihat dan AJK bagi setiap darjah akan menyusun buku skrap yang telah disiapkan untuk tujuan pameran ▪ Ahli-ahli kelab boleh menelaah dan meneliti buku skrap yang disiapkan oleh ahli kelab yang lain ahli kelab dan guru penasihat adalah wajib - Murid-murid yang tidak mendaftar dengan kelab ini boleh masuk ke dalam bilik pameran 11 Jamuan akhir tahun dan majlis perpisahan ▪ Majlis makan-makan yang bertujuan untuk menunjukkan apresiasi kepada semua ahli kelab yang menjayakan aktiviti kelab sepanjang tahun - Kehadiran semua ahli kelab adalah wajib 12 Gotong-royong akhir tahun ▪ Mengemas dan menyusun semula bilik khas yang digunakan sepanjang tahun bagi melaksankan aktiviti kelab - Kehadiran semua ahli kelas adalah wajib 11.0 ANGGARAN KEWANGAN UNTUK KEGUNAAN KELAB/PERSATUAN SEPANJANG TAHUN BIL. PERKARA TARIKH JUMLAH CATATAN 1. Kenderaan bagi penyertaan pertandingan 24 Mei 2023 (Anggaran) RM150 - Sewaan Van


15 | P a g e 2. Makanan dan Minuman untuk peserta pertandingan di luar sekolah 24 Mei 2023 (Anggaran) RM50 - 2 Peserta untuk setiap tahap (Tahap 1 & Tahap 2 - Bayaran untuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang 3. Jamuan Akhir Tahun 3 Februari 2024 RM250 - Makanan untuk 40 ahli kelab, 2 orang guru dan pentadbir sekolah termasuk guru besar, PK Kokurikulum, PK Hal Ehwal Murid dan PK Akademik Jumlah RM450 12.0 SUMBER KEWANGAN BIL. SUMBER KUANTITI JUMLAH (RM) 1. Yuran Keahlian (RM3/ahli) RM3 X 40 orang ahli 120 2. Sumbangan Guru Penasihat RM70 X 2 orang guru 100 3. Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM350 350 Jumlah Besar 570 13.0 PENUTUP Penubuhan Kelab Petah Bicara Bahasa Inggeris ini berupaya untuk menjadi platform pada peringkat awal untuk melatih murid-murid menjadi seorang individu yang berpotensi untuk melakukan pengucapan awam di khalayak ramai. Oleh itu, sekiranya kertas kerja penubuhan kelab ini diluluskan, kerjasama daripada pihak Tuan adalah amat dialu-alukan bagi mejayakan setiap aktiviti yang di jalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah


16 | P a g e Diharapkan agar kertas kerja penubuhan Kelab Petah Bicara Bahasa Inggeris ini dapat dipertimbangkan oleh pihak atasan sekolah supaya sekolah dapat melahirkan individu yang kompeten dan berkeyakinan tinggi. 14.0 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). KPM - Kokurikulum. Www.moe.gov.my. https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/kokurikulumpendidikan-menengah Zikmundová, E. (2016). Západočeská univerzita v Plzni Fakulta filozofická Bakalářská práce ENGLISH AS A LINGUA FRANCA: THEORY AND PRACTICAL IMPLICATIONS. https://core.ac.uk/download/pdf/295581652.pdf


17 | P a g e LAMPIRAN


18 | P a g e Lampiran 1 (Surat Pemakluman Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mingguan Bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dari KPM)


19 | P a g e


20 | P a g e Lampiran 2 (Surat Permohonan Penubuhan Kelab/Persatuan Kepada Guru Besar)


21 | P a g e Lampiran 3 (Minit Mesyuarat Penubuhan Kelab Petah Bicara SJK(C) Yuk Chyun)


22 | P a g e


23 | P a g e Lampiran 4 (Borong Penyertaan Murid ke Kelab Petah Bicara Bahasa Inggeris SJK(C) Yuk Chyun)


24 | P a g e


Click to View FlipBook Version