PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Nama: Kelas: Tarikh: PAT 1 Modul Praktis Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 PEMAHAMAN [50 markah] Masa: 1 jam 15 minit BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 8 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Encik Syafiq merupakan seorang guru besar yang bertanggungjawab kerana banyak jasa untuk sekolah ini. A dia B kita C beliau D mereka 2 “Saya menyiapkan karangan ini sebelum pergi bermain di taman permainan,” kata Aiman kepada ibunya. A telah B mahu C sudah D masih Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Medina membantu neneknya mengisi ke dalam bantal. A jejari C bebola B kekisi D kekabu 4 “ akan menyediakan segala kelengkapan untuk belayar yang titahkan,” kata Laksamana kepada Sultan Mahmud. A Hamba ... tuan hamba B Hamba ... baginda C Patik ... baginda D Patik ... tuanku 5 Pancaran matahari hari ini agak menyebabkan saya agak letih. A suam B terik C hangat D kering 6 Cikgu Ida memasang muzik yang semasa murid-murid melakukan senamrobik di padang. A laju B sayu C lemah D rancak 7 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada pemandunya. A kelajuan B kecuaian C kesibukan D keberanian 8 Penduduk bekerjasama sebuah dewan serba guna demi kemudahan penduduk di kampung itu. A menciptakan B menjadikan C mendirikan D melahirkan Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat di bawah. 9 Emak membuat agar-agar sebagai untuk kami selepas makan. A mulut murai B banyak mulut C pencuci mulut D mulut tempayan MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 1 9/17/21 8:59 AM
PAT 2 PAT 3 © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 10 Hasnita gemar menghidu bau bunga ros yang harum. Pilih perkataan sinonim bagi menghidu. A merasa B mencium C mencuba D mengesan 11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Ibu selalu minum air jarang sebelum tidur. II Pakaian itu agak jarang. III Adik jarang tidur pada waktu petang. IV Anjing peliharaan Tauke Wong sangat jarang. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 12 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Cara penjagaan gigi yang betul dapat mengelakkan penyakit gusi. A Apakah penjagaan gigi yang betul? B Mengapakah penyakit gusi perlu dielakkan? C Bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit gusi? D Adakah penyakit gusi dapat dielakkan dengan cara penjagaan gigi yang betul? 13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Berapakah jumlah murid yang akan menyertai lawatan ke Muzium Negara? A Lawatan ke Muzium Negara akan diadakan pada minggu hadapan. B Lawatan ke Muzium Negara itu dianjurkan oleh Kelab Sejarah. C Lawatan ke Muzium Negara itu akan menggunakan perkhidmatan bas sekolah. D Saya tidak pasti jumlah murid yang akan menyertai lawatan ke Muzium Negara. 14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Encik Kamal termenung apabila melihat burung memakan padi-padinya. A Burung memakan padi-padi Encik Kamal sambil termenung. B Padi-padi Encik Kamal dimakan oleh burung yang termenung. C Encik Kamal dan burung memakan padi-padi sambil termenung. D Melihat padi-padinya dimakan oleh burung, Encik Kamal termenung. 15 Pilih ayat yang betul. I Seni bina bangunan ini amat cantik. II Syahir bercita-cita untuk menjadi doktor. III Beliau adalah Tokoh Bahasa yang dikagumi. IV Tun Abdul Razak ialah perdana menteri malaysia yang ke-2. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 2 9/17/21 8:59 AM
PAT 2 PAT 3 Modul Praktis Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Soalan 16 hingga 20 Baca petikan dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Firdaus : Ini rumah saya. Jemputlah masuk. Fahmi : Terima kasih. Manakah ahli keluarga awak yang lain? Firdaus : Mereka semua tiada di rumah. Adik saya dibawa oleh Pak Usu saya pergi bersiar-siar ke pekan. Ayah dan ibu pula pergi ke rumah Mak Long kerana sepupu saya akan bertunang hari ini. Fahmi : Awak tak rasa takutkah tinggal seorang diri? Firdaus : Apa yang nak ditakutkan? Jiran-jiran saya ramai dan rumah mereka terletak berhampiran dengan rumah saya. Fahmi : Seronoklah macam itu. Tapi di bandar tak macam itu. Kadang-kadang antara jiran sebelah rumah pun tak kenal. Kalau ibu dan bapa saya hendak ke manamana, saya mesti ikut sama. Firdaus : Hidup di kampung ini memang saling muafakat. Kami hidup seperti sebuah keluarga besar dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Fahmi : Oh, ya! Mari kita siapkan kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Mael. Kalau kita dapat siapkan kerja rumah ini dengan segera, kita boleh bermain di taman permainan di hadapan rumah. Firdaus : Kalau begitu, mari kita buat sekarang. 16 Rumah Firdaus terletak di A sebuah desa. B sebuah kuarters. C sebuah rumah pangsa. D sebuah kawasan bandar. 17 Ibu bapa Firdaus tiada rumah kerana A bekerja di pejabat. B pergi ke rumah jiran. C membawa adik bersiar-siar. D pergi ke rumah Mak Longnya. 18 Fahmi menggambarkan masyarakat di bandar A kadang-kadang tidak mengenali jiran sebelah rumah. B sering mengambil berat tentang masalah jiran. C sering bekerjasama dalam melakukan aktiviti. D selalu berkunjung ke rumah jiran. 19 Pilih penyertaan yang benar berdasarkan petikan. A Adik dan Pak Usu pergi ke kedai runcit. B Hidup di kampung mementingkan diri sendiri sahaja. C Fahmi sentiasa mengikut ibu dan bapanya ke mana-mana. D Firdaus dan Fahmi bercadang bermain badminton selepas siap kerja rumah. 20 Rangkai kata saling muafakat dalam petikan bermaksud A sentiasa bersungguh-sungguh. B saling mementingkan diri. C sentiasa rajin. D saling sepakat. BAHAGIAN A TAMAT MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 3 9/17/21 8:59 AM
PAT 4 PAT 5 © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 Bahagian B [30 markah] Soalan 21 (a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul dalam ruang yang disediakan. 1 Kita harus menjaga kebersihan sekolah untuk penuh tanggungjawab. dengan 2 Dana yang terkumpul itu ialah hasil sumbangan dari penduduk kampung. daripada 3 Wani sentiasa bangun awal untuk ke sekolah lalu tidak ketinggalan bas. agar 4 Pemuda itu berasal daripada Negeri Sembilan. dari 5 Farhan membuka pintu agar masuk ke dalam rumah. lalu [5 markah] (b) Tandakan (✓) di dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 1 Pengawal keselamatan di kedai emas itu menyandang se senapang pada bahunya. batang laras ✓ bilah 2 Ayah mengerat rotan-rotan itu dengan menggunakan se parang. bilah ✓ ikat buah 3 Mak Cik Fauziah menanam beberapa serai di belakang rumahnya. helai kuntum rumpun ✓ 4 Posmen itu memasukkan se surat ke dalam peti surat. ruas pucuk ✓ batang 5 Pak Cik Man pergi ke kedai untuk membeli se sabun. buku ✓ buah biji [5 markah] MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 4 9/17/21 8:59 AM
PAT 4 PAT 5 Modul Praktis Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 (c) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. 1 Encik Saiful papan itu menggunakan gergaji. menebang 2 Pak Samad batang kelapa bagi memudahkannya memanjat pokok itu. memotong 3 Ayah ranting pokok yang sudah panjang itu. menakik 4 Dia pokok itu kerana pokok itu sangat dekat dengan tiang elektrik. mencantas [2 markah] (d) Tandakan (✓) pada ayat yang betul dan (✗) pada ayat yang salah. 1 Pemenang pertandingan bercerita itu tidak peserta dari Kelantan. ✗ 2 Surat itu dikirim daripada sahabat baiknya di luar negara. ✓ 3 Pakaian yang tidak terpakai itu sudah saya simpankan di dalam kotak. ✗ 4 Kami sekeluarga menikmati pelbagai jenis lauk di Restoran Berkat. ✓ 5 Ibu meminta kakak mengelap meja bila selesai makan nanti. ✗ [5 markah] MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 5 9/17/21 8:59 AM
PAT 6 PAT 7 © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 Soalan 22 Teliti carta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Proses Penghasilan Kain Batik melukis corak mencanting mewarna pemasaran menjemur merebus (a) Apakah proses yang dilakukan sebelum mewarna kain batik? Proses yang dilakukan sebelum mewarna kain batik ialah melukis corak dan mencanting. [1 markah] (b) Mengapakah kain batik perlu direbus dan dijemur? Kain batik perlu direbus dan dijemur supaya warna pada kain batik itu tahan lama dan tidak mudah pudar. [3 markah] (c) Pada pendapat kamu, apakah cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat golongan muda memakai pakaian bercorak batik? Pada pendapat saya, cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat golongan muda memakai kain corak batik adalah dengan mereka motif yang sesuai dengan usia golongan muda. Selain itu, promosi kepada golongan muda perlu dipertingkatkan bagi menarik minat mereka. [3 markah] MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 6 9/17/21 8:59 AM
PAT 6 PAT 7 Modul Praktis Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Soalan 23 Baca resipi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap. Resipi Bubur Kacang Hijau Bahan-bahan: 1. 500 gram kacang hijau 2. 300 gram santan 3. ½ cawan gula merah 4. Gula secukup rasa 5. Garam secukup rasa 6. Air secukupnya 7. Daun pandan Cara-cara membuat: 1. Masukkan kacang hijau dan air ke dalam periuk. 2. Masukkan sedikit garam. 3. Masukkan gula merah dan kacau. 4. Masukkan gula dan daun pandan. 5. Akhir sekali, masukkan santan. 6. Tutup api jika kacang hijau sudah lembut. 7. Sedia untuk dihidang dan dinikmati. (a) Nyatakan bahan yang tidak menggunakan sukatan tertentu untuk memasak bubur kacang. Bahan yang tidak menggunakan sukatan tertentu untuk memasak bubur kacang ialah daun pandan. [1 markah] (b) Jika tiada kacang hijau, apakah bahan lain yang sesuai untuk menggantikannya? Bahan yang sesuai untuk menggantikan kacang hijau ialah jagung atau kacang merah. [2 markah] (c) Apakah yang boleh dimakan bersama bubur kacang supaya lebih sedap? Biskut atau roti boleh dimakan bersama bubur kacang yang masih panas supaya lebih sedap. [3 markah] MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 7 9/17/21 8:59 AM
PAT 8 PAT 9 © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PENULISAN [50 markah] Masa: 1 jam 15 minit BAHAGIAN A [10 markah] [Masa yang dicadangkan: 15 minit] Gambar di bawah menunjukkan suasana aktiviti gotong-royong di sebuah taman rekreasi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 1 2 3 4 5 Dua orang lelaki sedang mengecat tangga papan gelongsor. Dua orang remaja lelaki sedang menanam pokok di dalam pasu. Dua orang lelaki sedang membaiki bangku panjang yang rosak. Seorang budak lelaki sedang menyapu sampah. Seorang budak lelaki sedang memasukkan sampah ke dalam tong sampah. MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 8 9/17/21 8:59 AM
PAT 8 PAT 9 Modul Praktis Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Jadual Tugasan Kelas 5 Mutiara BAHAGIAN B [15 markah] [Masa yang dicadangkan: 25 minit] Gambar di bawah menunjukkan jadual bertugas di dalam bilik darjah. Tulis ulasan tentang kepentingan jadual bertugas di dalam bilik darjah dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kepentingan jadual bertugas: • Murid dapat mengurus rutin bilik darjah dengan baik • Murid akan lebih bertanggungjawab • Bilik darjah bersih dan ceria Jadual bertugas di bilik darjah memberi banyak kebaikan kepada murid melakukan rutin harian mereka. Antara kebaikannya ialah murid dapat mengurus bilik darjah dengan baik dan adil. Selain itu, murid akan lebih bertanggungjawab dengan tugasan yang diamanahkan kepada mereka untuk menjaga kelas mereka sendiri. Di samping itu, bilik darjah akan lebih bersih dan ceria jika semua murid menjalankan peranan masing-masing untuk menjaga kebersihan dan keceriaan. Kesimpulannya, jadual bertugas di bilik darjah mempunyai banyak kepentingan terutamanya dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa kepada murid-murid. MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 9 9/17/21 8:59 AM
PAT 10 PAT 11 © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 BAHAGIAN C [25 markah] [Masa yang dicadangkan: 35 minit] Tulis sebuah karangan berdasarkan satu daripada soalan di bawah. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. Soalan 1 Kamu akan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah “Faedah Amalan Menabung”. Tulis syarahan kamu itu selengkapnya. ATAU Soalan 2 Perkembangan teknologi membantu kehidupan manusia agar lebih sempurna. Tulis karangan yang bertajuk “Kebaikan Teknologi kepada Kehidupan Manusia”. Tulis karangan kamu itu selengkapnya. Jawapan Soalan 1 Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, guru-guru penolong kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi yang ceria ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Amalan Menabung”. Banyak faedah yang kita peroleh apabila kita menabung. Kita dapat menggunakan wang simpanan tersebut pada masa kecemasan, contohnya membayar kos rawatan di hospital. Wang simpanan juga dapat menampung perbelanjaan membaiki kerosakan harta benda sekiranya terjadi sesuatu bencana. Jika kita menabung, kita tidak perlu berhutang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, duit simpanan juga boleh digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah. Contohnya, kita dapat membeli buku-buku rujukan, alat tulis dan membayar yuran sekolah. Hal ini dapat meringankan bebanan ibu bapa untuk pendidikan anak-anaknya. Hadirin sekalian, Disamping itu, wang simpanan yang diperoleh melalui amalan menabung juga dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading kelak. Wang tersebut dapat digunakan untuk membiayai kos dan yuran pengajian. Seterusnya, amalan menabung juga dapat menyemai sikap berjimat cermat dalam diri individu. Kita akan lebih berhati-hati ketika berbelanja sekali gus membeli barang yang betul-betul diperlukan sahaja. Hadirin yang dikasihi, Sebagai kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mengamalkan sikap menabung ini sekarang seperti kata peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Sekian, terima kasih. MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 10 9/17/21 8:59 AM
PAT 10 PAT 11 Modul Praktis Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu KSSR • Tahun 5 Jawapan Soalan 2 Kemajuan sains dan teknologi masa kini telah banyak memudahkan urusan manusia. Kini, perkembangan teknologi seiring dengan peredaran semasa. Banyak kebaikan yang diperoleh daripada perkembangan teknologi kepada kehidupan manusia. Antaranya, kemajuan dalam bidang komunikasi dapat memudahkan perhubungan antara satu sama lain. Hubungan antara sahabat handai dan ahli keluarga yang jauh dapat dieratkan. Komunikasi ini memudahkan proses perkongsian maklumat antara satu sama lain. Selain itu, dalam bidang pengangkutan juga menyaksikan pelbagai kenderaan yang canggih dan selesa dicipta untuk keperluan manusia. Pelbagai ciri keselamatan telah ditambah baik bagi meningkatkan keselamatan. Di samping itu, kemajuan teknologi dalam bidang pertanian telah meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Penggunaan mesin dan jentera memudahkan urusan dan menjimatkan masa petani. Seterusnya, pelbagai jenis ubat baharu telah dihasilkan dalam bidang perubatan bagi meningkatkan tahap kesihatan manusia. Keadaan ini dapat mengurangkan jumlah pesakit yang menghidap penyakit kritikal. Kesimpulannya, kemajuan teknologi ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di negara kita ke arah yang lebih baik. MP PBD BM T5 PAT-QR.indd 11 9/17/21 8:59 AM