SERIGALA DENGAN PAKAIAN
KAMBINGNYA
suatu masa dahulu, hiduplah sang serigala yang
menghabiskan masanya memerhati sekawan biri-biri, ia
membayangkan ia sedang memakan biri-biri itu.
ia sering mendekati kawanan biri-biriitu dengan tujuan
menangkap anak biri-biri yang kecil, walaubagaimanapun,
pengembala kawanan biri-biri itu cepat bertindak, setiap kali
serigala menghampiri biri-biri,dia akan menghalau serigala itu.
suatu hari , sang serigala terjumpa kulit biri-biri yamg usang. ia
memakai kulit itu seperti memakai baju. beberapa hari kemudian
ia mendekati kawanan biri-biri itu.
sebaik sahaja pengembala tidur, aku akan menangkap
seberapa banyak biri-biri yang dapat, serigala berkata
kepada dirinya sendiri.maka,sang serigala meneruskan
lakonannya, bermain dengan anak bir-biri yang lain
sehinga waktu malam.
tapi tanpa diketahui serigala, sebenarnya,pengembala
telah merancang untuk memasak seekor biri-biri sebagai
hidangan malam.pengembala melihat ke kawanan biri-biri
dan ternampak seekor biri-biri yang besar. pengembala
pantas membunuh biri-biri besar itu.alangkah terkejutnya
pengembala apabila dia sedar bahawa biri-biri yang dia
bunuh adalah seekor serigala.
PENGAJARAN
JANGAN CUBA MENYAMAR
SEBAGAI ORANG LAIN
KERANA JIKA TIDAK BALA
AKAN MENIMPA
TAMAT