TARIKH DAN HARI MASA DAN TEMPAT
04 DISEMBER 2022 Jam 8.00 pagi - 1.00 petang
AHAD Di Masjid Al-Muhajirin
Felda Ulu Jempol
PENDAHULUAN
Karnival Masjid AlMuhajirin Felda Ulu Jempol diadakan setiap tahun. Acara ini
mengumpulkan penduduk setempat untuk menyertai pelbagai aktiviti yang
dianjurkan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk
setempat disamping menyemai rasa cinta untuk mengimarahkan masjid ini.
Majlis Sambutan Maulidurrasul adalah salah satu daripada hari kebesaran Islam.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menanamkan dalam diri setiap insan agar
cinta kepada Rasul-Nya (Nabi Muhammad SAW) dengan mengamalkan segala
akhlak Rasulullah. Ia juga diadakan sebagai memperingati hari-hari kebesaran
umat Islam dan mengisi hari tersebut dengan aktiviti yang berfaedah. Ia memberi
peluang kepada kita untuk menyelami dan mengambil iktibar peristiwa tersebut
serta dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala.
OBJEKTIF PROGRAM
• Mengimarahkan Masjid.
• Menjalinkan persefahaman dan kerjasama tenaga serta usaha antara
penduduk setempat.
• Dapat melahirkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah SAW.
• Mengisi hari-hari kebesaran Islam dengan perkara-perkara yang
berfaedah.
• Merapatkan diri dengan sirah Rasulullah SAW yang menjadi
contoh dan tauladan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Pendaftaran Peserta dan Mengambil Tempat
7.45 pagi : Lantunan Selawat Dan Penilaian
8.15 pagi : Perarakan Kontijen Selawat Bermula
8.45 pagi : Minum Pagi dan Peserta Mengambil Tempat
9.00 pagi : Pembacaan Ayat Suci Al-Quran Oleh Johan
Pertandingan Tilawah Al-Quran Karnival Masjid 2022
oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria Bin Hashim
: Persembahan Bercerita Johan Pertandingan
Bercerita Karnival Masjid 2022 oleh Adik Aliyah
Afifah Binti Abd Samad
: Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Masjid Al-Muhajirin
Felda Ulu Jempol
: Persembahan Johan Marhaban Dan Nasyid Karnival
Masjid oleh Kumpulan Peringkat 05
: Ucapan Perasmian oleh Encik Mohd Amizi Bin Mat
Ghani (Pengurus Felda Ulu Jempol)
10.45 pagi : Penyampaian Hadiah
12.30 tgh/hari : Jamuan Dan Solat Fardhu Zohor
SELAWAT KE ATAS NABI
SELAWAT KE ATAS NABI
SEKALUNG PENGHARGAAN
Masjid AlMuhajirin Felda
Ulu Jempol d e n g a n tulus
ikhlas merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan
terima kasih di atas
kerjasama dan sokongan
yang telah diberikan kepada
s e m ua pihak yang telah
terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.