The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulqarnaen, 2019-12-17 01:41:32

Pengurusan 2020 STK - Terkini 17.12.2019

JAWATANKUASA BUKU PENGURUSAN 2020































Pengerusi : Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Mohd Nor
Timb. Pengerusi : Pn. Hjh. Mariam Binti Mohd Noor
Naib Pengerusi : Pn. Zainab Binti Ghazali
Cik Juanita Primrose A/P Mariyam Pillai
Dr. S. Hasimah Wati Binti Zainal

Penyelaras : Tn. Hj. Fauzan Bin Ahmad
Pen. Penyelaras : Pn. Munizarina Binti Malan
Editor : En. Mohammad Azimal Bin Jamaluddin
Urusetia : Pn. Nor Azizah Binti Abdullah

Ahli Jawatankuasa : Pn. Hjh. Arina Binti Sahat (GKMP Bahasa)
Pn. Hjh. Noor Azah Binti Ismail (GKMP Kemanusiaan)
En. Noor Azmyee Binti Mohamad (GKMP Mate & Sains)
Pn. Haslinawati Binti Hasan (GKMP Teknik & Vok)
Pn. Woon Siew Wearn (KU Sains Matematik)
Pn. Balkesh Zubaidah Binti Ahmad (Penyelaras Peperiksaan)
En. Letchumanan A/L Jayabalan (Penyelaras Peperiksaan Ting. 6)
Pn. Hjh. Hasjazurah Binti Hasan (Kaunselor)
Pn. Rasyidah Binti Rahmat (Unit Koko Ting. 6)
Pn. Sariza Binti Taib (S/U Kokurikulum)
Pn. Nik Suryati Marleni Binti Nik Mohamad (S/U Kurikulum)
Pn. Nurul Ayuni Binti Suandi (S/U Unit HEM)
Pn. Norzihana Binti Ismail (S/U Ting. 6)
Pn. Nor Fatihah Binti Mohd Yunus (Guru Perpustakaan Media)
Tn. Hj. Zamri Bin Rohani (Guru Bestari)
Pn. Haryani Binti Hassan (Ketua Pembantu Tadbir)
Pn. Zalina Binti Yaacob (Penyelia Asrama)
Pn. Mazalina Binti Mashuri (Pembantu Makmal)
Pn. Mazinah Binti Mohd Kaus (Pembantu Tadbir)

Cetakan dan Pengagihan : Pn. Natura Nazanrina binti Jamil
En. Ahmad Zaidi bin AbuBakar

KANDUNGAN

KATA ALUAN PENGETUA 5
SURAT LANTIKAN DAN PENGESAHAN 2020 6
SURAT TERIMA LATIKAN 7
SURAT AKU JANJI 8

A.DASAR DAN HALATUJU 9
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 10
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN GELOMBANG 2 (2016 - 2020) 11
PRINSIP ETIKA KERJA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA 12
AMANAT PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR 13
HALATUJU PENDIDIKAN JOHOR 14
AMANAT TAHUN BARU PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH 18
PRINSIP KERJA PENGETUA SEKOLAH TINGGI KLUANG 20
BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG 21
PENGAJARAN BERKESAN 22
KEPIMPINAN SEKOLAH BERIMPAK TINGGI (HISL) 23
PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 24
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) 26
SUSUN ATUR BILIK DARJAH PAK-21 40
KARAKTER MURID JOHOR (KMJ) 42

B.MAKLUMAT AM SEKOLAH 43
PROFIL SEKOLAH 44
LAGU SEKOLAH 45
PIAGAM PELANGGAN 46
PANDUAN AM GURU DAN AKP 47
SENARAI TENAGA PENDIDIK 57
SENARAI ANGGOTA KAKITANGAN (AKP) 62

C.UNIT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN 63
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH TINGGI KLUANG 64
MAJLIS PENGURUSAN SEKOLAH TINGGI KLUANG 65
PELAN SEKOLAH TINGGI KLUANG 92
PELAN KECEMASAN SEKOLAH TINGGI KLUANG 93
PERINCIAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020 94
PENGHANTARAN RPH TAHUN 2020 95
PENCERAPAN GURU (TING.1 & 2) TAHUN 2020 98
PENYEMAKAN HASIL KERJA MURID 100
PAKEJ MATA PELAJARAN DITAWARKAN TAHUN 2020 104
SISTEM PENGGREDAN PBS / UJIAN / PEPERIKSAAN 106

D.UNIT PENTADBIRAN DAN KURIKULUM 108
CARTA ORGANISASI 109
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL (OPM) 110
MAJLIS KURIKULUM SEKOLAH TINGGI KLUANG 2020 111
TAKWIM PENYEMAKAN FAIL-FAIL PANITIA TAHUN 2020 125
TAKWIM PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2020 126
PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN 2020 127
PROGRAM KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2020 131
PROGRAM MBMMBI TAHUN 2020 132
PROGRAM STEM TAHUN 2020 133
REKOD-REKOD KECEMERLANGAN AKADEMIK 2013 - 2019 134

E.UNIT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 135
CARTA ORGANISASI 136
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL (OPM) 137
MAJLIS HAL EHWAL MURID SEKOLAH TINGGI KLUANG 2020 138
SENARAI GURU TINGKATAN SEKOLAH TINGGI KLUANG 2020 159
TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN 2020 161
TAKWIM PROGRAM ASRAMA TAHUN 2020 181

F.UNIT PENGURUSAN KOKURIKULUM 183
CARTA ORGANISASI 184
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL (OPM) 185
PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH TINGGI KLUANG 2020 186
MAJLIS KOKURIKULUM SEKOLAH TINGGI KLUANG 2020 188
JADUAL PEMAKAIAN UNIFORM PBB TAHUN 2020 209
PENGURUSAN GENERATING LEADERS 210
GENERATING LEADERS 219
TAKWIM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) 221

G.UNIT PENGURUSAN TINGKATAN 6 223
CARTA ORGANISASI 224
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL (OPM) 225
MAJLIS TINGKATAN 6 SEKOLAH TINGGI KLUANG 2020 226
TAKWIM PROGRAM KECEMERLANGAN TINGKATAN 6 2020 236
H.LAMPIRAN 238
TAKWIM 2020 239
JADUAL MINGGUAN PERSEKOLAHAN 245
SENARAI AGIHAN TUGAS GURU 246
SENARAI GURU BERTUGAS MINGGUAN / HARIAN 247
PEMANTAUAN SEKOLAH 2020 252
CATATAN MESYUARAT 2020 257

KATA ALUAN PENGETUA




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam STKG Sekolahku Sayang

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya saya
diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan Sekolah 2020.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan kerana berjaya menyempurnakan
buku ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi, sudah tentu Buku Pengurusan Sekolah
2020 tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua STK ingin memanjatkan setinggi-
tinggi kesyukuran kepada yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada semua Jawatankuasa kerana telah
menggembleng tenaga, mencurahkan idea dan meluangkan masa dalam melengkapkan Buku Pengurusan 2020 yang
bertemakan Transformasi Kepimpinan Berteraskan Pementoran.

Pada tahun 2020, semua warga STK akan memberikan seluruh komitmen kepada proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang terbaik. Usaha yang padu daripada seluruh warga sekolah amat
diharapkan agar dapat merealisasikan misi dan visi sekolah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan
akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien dengan berkonsepkan pementoran di dalam setiap bidang dengan mencapai
kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Dalam mencapai matlamat ini, maka usaha yang gigih dan penerapan konsep Ihsan merupakan faktor utama penentu kejayaan
yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Iltizam yang tinggi perlu diperkasakan dalam menjalankan semua tugasan yang terkandung
di dalam buku ini dengan mengikut garis panduan yang dinyatakan di dalamnya.
Justeru dengan adanya transformasi kepimpinan maka kelangsungan STK untuk terus mendepani cabaran yang mendatang
berteraskan pementoran ini, diharap warga STK berpeluang mempelajari dan mendalami bidang pdpc dan pengurusan melalui interaksi,
tunjuk ajar dan bekerja dalam pasukan dengan warga yang lain seperti GPK, Ketua Panitia, Guru Bimbingan dan Kaunseling, AKP dan lain-
lain.
Akhir kalam, marilah kita bersama-sama menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan penuh
keikhlasan dan kesungguhan. Mudah-mudahan usaha murni ini diberkati Allah s.w.t dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada
kemudian hari. Amin…..Insha Allah.

STKG Sekolahku Sayang
Together We Achieve More
Sekian, terima kasih.
MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah Sekolah Tinggi Kluang Kod Sekolah JEB 2037
Alamat 429, Jalan Sekolah, No. Pendaftaran J/2/SMK/015
86000 Kluang, Johor Darul Takzim. Sekolah
No. Telefon 07-7711037 Lot Tanah Lot 465
No. Fax 07-7760016 Mukim Bandar Kluang
Alamat e-mel [email protected] Keluasan 7,126 Hektar
Laman Web http://www.kluanghighschool.edu.my




















5

Ruj. Fail : JEB2031/
Tarikh : 1 JANUARI 2020

Kepada

Penama-penama
(Yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah 2020)



Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH TINGGI KLUANG TAHUN 2020

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan dengan rasminya dilantik sebagai ahli jawatankuasa (Pengurusan dan Pen-
tadbiran/Pengurusan Hal Ehwal Murid/Pengurusan Kokurikulum/ Pengurusan Tingkatan 6) seperti yang telah dicat-
atkan dalam Buku Pengurusan Sekolah Tinggi Kluang bagi tahun 2020.

3. Tarikh kuat kuasa lantikan ini mulai 1 JANUARI 2020 hingga 31 DISEMBER 2020.

4. Tuan dengan ini diarah menjalankan tugas untuk memastikan segala program dan aktiviti yang dirancang sepanjang
tahun 2020 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berintegriti.

5. Semoga pelantikan dan amanah ini dapat dijalankan dengan komitmen serta iltizam yang tinggi untuk membina
kecemerlangan dalam pengurusan Sekolah Tinggi Kluang.

Sekian, terima kasih.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“STK GLORIOUS”



Saya yang menjalankan amanah,


………………………………......................…….
(HJ. ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR)
Pengetua Cemerlang JUSA C
Sekolah Tinggi Kluang
















6

Rujukan Kami : JEB2037/
Tarikh : 1 Januari 2020


Kepada
Pengetua
Sekolah Tinggi Kluang


Tuan,

PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH TINGGI
KLUANG TAHUN 2020



Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa saya, .....................................................................................................,
(No.KP:...........................................................) dengan rasminya menerima pelantikan sebagai ahli
jawatankuasa seperti yang telah dicatatkan dalam Buku Pengurusan Sekolah Tinggi Kluang bagi
tahun 2020.

3. Saya maklum bahawa tarikh kuat kuasa pelantikan ini adalah mulai 1 JANUARI 2020 hingga 31
DISEMBER 2020.

4. Oleh itu, saya akan menjalankan tugas dengan penuh berintegriti untuk memastikan segala
program dan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2020 dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“STK GLORIOUS”

Saya yang menjalankan amanah,



…………………………………………………
Nama :

















7

SURAT AKU JANJI

Saya,……………………………………… ……….No.Kad Pengenalan:………………............................................................................................

Beralamat di ...................................................................................................................................................................................
Dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh
Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan.
Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya:

(i) akan sentiasa taat kepada Yang Di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,
amanah dan bertanggungjawab;
(iii) tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan
tugas awam saya;
(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah
membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya
sebagai pegawai awam
(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri.
(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam
(viii) tidak akan memmbawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan
(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsir sebagai ingkar perintah.


Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan
tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Di hadapan saya,



……………………………………………. ……………………………
( )
Tarikh:























8

A.







Dasar Dan Halatuju


















































9

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga dan kemakmuran masyarakat dan Negara.







LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA















RASIONAL
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras
konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang
pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif'
melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman
dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi-fikasikan sebagai pengetahuan atau ke-
pandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan
roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan
Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan
Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru
bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih
melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.


Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)





















10

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025














































GELOMBANG 2 (2016 – 2020)


 Memacu peningkatan system transformasi pendidikan.
 Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan dalam semua mata
pelajaran, pemikiran, kepimpinan, etika/kerohanian dan identiti nasional.
 Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambah baik latihan pra-perkhidmatan
untuk memugarkan profesion keguruan
 Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat menengah bagi
meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa
 Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immersion BI dan mengukuhkan penyediaan
pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
 Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid untuk
menangani isu kapasiti
 Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti lain,
pintar cerdas dan berkeperluan khas
 Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan
vokasional swasta
 Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan
kebolehan dan keupayaan pelaksanaan






11

PRINSIP ETIKA KERJA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


YBhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia



















































































12

AMANAT PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR



Tuan Haji Azman Bin Adnan
Pengarah Pendidikan Johor

















































































13

HALATUJU PENDIDIKAN JOHOR


HALATUJU PENDIDIKAN JOHOR: Memacu Transformasi Pendidikan Negara



















































































14

15

16

17

AMANAT TAHUN BARU PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLUANG























































































18

19

PRINSIP KERJA PENGETUA SEKOLAH TINGGI KLUANG


Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Mohd Nor
Pengetua Cemerlang
Sekolah Tinggi Kluang
















































































20

BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG


Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan
tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha
tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.
Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Etika:
Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

Integriti:
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti
berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.

Budaya kerja:
Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.

Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja
Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar.
Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat,
integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga
kakitangan sokongan.

Budaya Kerja Dalam Organisasi
Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan
apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya:
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina
masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi
budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan
masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup
anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran
globalisasi dengan lebih berkesan.



















21

Budaya Kerja Berkualiti
Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;

I. Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja
cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan
masa untuk cemerlang.
II. Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.
III. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan
segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
IV. Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited
kepada matlamat utama jabatan.
V. Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh
meningkatkan kecemerlangan organisasi.

PENUTUP
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah
organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja
dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.

Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasional




PENGAJARAN BERKESAN


Menurut Slavin (1984), beliau telah memperkenalkan beberapa elemen dalam model pengajaran berkesan berdasarkan
perkara seperti berikut:

(a) Kualiti Pengajaran
Pengajaran yang berkualiti terjadi apabila maklumat yang disampaikan boleh diterima, menarik minat, dan mudah untuk
diingati serta dilakukan oleh pelajar.

(b) Tahap Kesesuaian Pengajaran
Tahap keupayaan pelajar dalam penerimaan pembelajaran perlu dipertimbangkan. Kebolehan pelajar adalah berbeza-beza
dengan mengambil kira latar belakang pendidikan, tahap kecerdasan dan sebagainya. Guru harus bijak menggunakan kaedah
dan strategi mengikut tahap penerimaan pelajar itu sendiri.

(c) Insentif
Galakan dan insentif daripada guru adalah penting bagi menarik minat serta menggalakkkan pelajar agar terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung atau tidak langsung. Pemberian pujian serta hadiah harus
dipertimbangkan oleh guru bagi mewujudkan suasana yang bermotivasi. Guru perlu menunjukkan bagaimana pelajar boleh
mencapai kemajuan. Galakan yang berterusan adalah lebih baik kerana proses pengajaran adalah secara berterusan serta
puji-pujian perlu diberikan pada tempat yang sepatutnya supaya pelajar dapat mengenal pasti dan mengetahui kejayaan
mereka. Dengan penghargaan yang diberikan, ianya dapat membantu menggalakkan penglibatan para pelajar di dalam kelas
dan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.

(d) Masa
Penggunaan masa yang betul dapat memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Perancangan pengajaran yang bertepatan dengan objektif pengajaran dapat memastikan hasil yang berkualiti.




22

KEPEMIMPINAN SEKOLAH BERIMPAK TINGGI (HISL)


Terdapat enam gaya kepemimpinan iaitu, Kepemimpinan Individu, Kepemimpinan Mengurus, Kepemimpinan Instruksional,
Kepemimpinan Transformasional, Kepemimpinan Distributif dan Kepimpinan Berasakan Nilai (Amin, 2008).

Kepemimpinan Instruksional
Peranan utama kepimpinan sekolah adalah sebagai Pemimpin Instruksional yang memastikan guru mengajar dan pelajar
belajar secara berkesan. Oleh kerana itu pemimpin instruksional perlu menguasai kemahiran-kemahiran merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal kurikulum. Pemimpin Instruksional perlu menumpukan kepada kecemerlangan akademik
dan keperibadian tinggi pelajarnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kepemimpinan Transformasional
 Pertimbangan individu - sejauh mana pemimpin yang menghadiri dengan keperluan setiap pengikut ini, bertindak sebagai
mentor atau jurulatih kepada pengikut dan mendengarkan kebimbangan dan keperluan pengikut itu.
 Stimulasi Intelek - pemimpin seperti ini menggalakkan pengikut mereka untuk menjadi inovatif dan kreatif.
 Motivasi Inspirasional - sejauh mana pemimpin yang jelas melahirkan wawasan yang menarik dan memberi inspirasi
kepada pengikut.
 Pengaruh ideal - sejauh mana pemimpin yang bertindak sebagai model peranan untuk pengikut mereka.

Kepemimpinan Distributif
Kepemimpinan distributif (Ishak, 2009) secara konsepnya boleh dikatakan sebagai kesediaan pemimpin untuk berkongsi
kepemimpinan dengan orang bawahan secara sukarela membangunkan kapasiti setiap individu di dalam organisasi.
Kepemimpinan distributif ini lebih merupakan kepada amalan pemimpin yang bersedia menyebarluaskan dan mengagihkan
tugasan, membuat keputusan, tanggungjawab dan akauntabiliti.

Prinsip Sustainability Leadership
 Memahami saling hubungan sistem. Ia adalah penting untuk mengiktiraf bagaimana setiap kumpulan faktor-faktor yang
berkaitan (manusia, objek, proses, dan sebagainya) yang berkaitan dan memberi kesan antara satu sama.
 Berfikir secara global dan arah masa depan. Pertimbangkan apa yang semasa dan impak masa depan anda membuat
dengan setiap keputusan di negara-negara lain, masyarakat, lautan, haiwan, masyarakat, sisa, sumber, dan lain-lain.
 Melindungi alam semula jadi dan manusia. Membezakan bagaimana tindakan yang diambil memberi kesan kepada
manusia dan alam sekitar. Cuba untuk membuat keputusan yang akan mengurangkan kesan negatif pada tahap ke-2 dan
ke-3 daripada manusia, proses, alam sekitar, dan ekonomi.
 Mengubah perniagaan seperti biasa. Melakukan sesuatu yang berbeza dalam jangka anda kawalan. Tukar tabiat yang
mengurangkan sisa seperti membaca melalui e-buku atau mencetak dua sisi.
 Memimpin melalui teladan dalam tindakan anda. Bertanggungjawab untuk diri sendiri, kerja anda, tindakan anda, dan
organisasi anda. Setiap organisasi bertanggungjawab untuk memimpin melalui teladan dalam segala tindakan. Anda
bertanggungjawab untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan. Orang lain akan mengikuti.




















23

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)






















































































24

25

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (pak21)






















































































26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

SUSUN ATUR BILIK DARJAH PAK21























































































40

41

KARAKTER MURID JOHOR























MATLAMAT
Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali.


OBJEKTIF
Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor.
Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi.

3. Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti.
Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor.
5. Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai budaya tempatan.

5 CIRI UTAMA KRMJ
Beridentiti dan berpengetahuan
Daya kepimpinan tinggi
Muafakat dan perpaduan
Menghayati sejarah bangsa
Mengamalkan seni budaya


AKTIVITI FASA 1
Keseragaman kemeja-T
Budaya bersalam
Doa
Semangat patriotik Johor

AKTIVITI FASA 2
Budaya kesantunan
Memupuk seni budaya Johor
Rambut ala Johor

AKTIVITI FASA 3
Program kendalian murid
Program kepimpinan











42

B.







Maklumat Am






Sekolah








































43

PROFIL SEKOLAH TINGGI KLUANG




MOTO

MAJU TERUS MAJU

TAGLINE

“STK GLORIOUS”
“Sekolahku Sayang”
“Together We Achieve More”

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

FALSAFAH

Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah wadah utama bagi pelajar mencapai kecemerlangan. Memandangkan
semua pelajar boleh dididik, boleh belajar dan boleh mencapai kemajuan, justeru itu, sekolah akan berusaha
memperkembangkan potensinya untuk mencapai keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar.

MATLAMAT

1. Berusaha menyediakan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkualiti dan berkesan.
2. Berusaha meningkatkan prestasi akademik yang cemerlang.
3. Berusaha membimbing murid ke arah sahsiah dan disiplin yang cemerlang.
4. Berusaha meningkatkan penglibatan kokurikulum yang cemerlang.
5. Berusaha mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, sihat, selamat dan menyeronokkan untuk semua warga
sekolah

OBJEKTIF SEKOLAH

1. 5% calon STPM mencapai 4.0 dengan PGNK 3.00 .
2. Semua calon mencapai kelulusan Band 3 dan ke atas dalam peperiksaan MUET.
3. 3% calon SPM mencapai semua A+ dengan GPS 2.50 .
4. 20% calon PT3 mencapai semua A dengan GPS 1.20 .
5. Pengurusan kewangan yang cemerlang.
6. Data sentiasa dikemas kini dan dihantar seminggu sebelum tempoh akhir.
7. Semua murid mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam PAJSK.
8. 100 orang murid mencapai penglibatan peringkat kebangsaan dalam aktiviti kokurikulum.
9. 95% murid hadir ke sekolah setiap hari.
10. Salah laku dalam kesalahan sederhana dan berat kurang daripada 2%.
11. Persekitaran sekolah yang bermaklumat, kemas, bersih, indah dan tenang.













44

LAGU SEKOLAH




ONWARD

High School Kluang
We’re comrades all
As members let us serve
The school that thaught our chidhoold days
Never from the night to swerve

Remember we are members all
As our dear school we praise
Who led us, cheered us, then and now
In calm and stormy days

High School Kluang forever
None more loved can be
What can we do to serve thee
Who belong to thee
Harder ever harder
We for thee will strive

On, on and onward
School and town for aye



STK GLORIOUS CHEER SONG

STK hebat bergaya
Dengan semangat membara
Maju dan terus maju bersama
STK melangkah gagah

Oh Sekolah Tinggi Kluang
Namamu harum terbilang
Siap sedia hadapi cabaran
Gerak langkah bagaikan pahlawan

Together we achieve more excellently
Maju jayalah
Sekolah Tinggi Kluang
Glorious!






45

PIAGAM PELANGGAN





1. Melahirkan para pelajar yang mempunyai identiti, disiplin diri dan berpandangan positif,

tahan lasak, berani menghadapi segala cabaran dan berkarekter.


2. Berusaha meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang cemerlang

sesuai dengan cogankata “STK Must Lead”


3. Berusaha menjalankan tanggungjawab dengan adil, jujur, cekap dan amanah.



4. Bersikap prihatin terhadap masalah pelajar, guru-guru,kakitangan dan berusaha mengurusi

masalah tersebut berdasarkan perkhidmatan penyayang.


5. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan positif untuk keselesaan dan keselamatan

warga STK.



6. Mengenalpasti, mengembang dan memupuk potensi pelajar dalam segala bidang.


7. Melahirkan pelajar yang bersatu padu dalam konteks masyarakat majmuk.



8. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa dan
masyarakat untuk kebaikan sekolah.


























46

PANDUAN AM GURU DAN AKP






















































































47

48

49

50


Click to View FlipBook Version