The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menerangkan makna rasuah dan jenis-jenis kegiatan yang dikategorikan sebagai rasuah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jamesaik7999, 2023-07-05 22:19:43

RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA

Buku ini menerangkan makna rasuah dan jenis-jenis kegiatan yang dikategorikan sebagai rasuah.

Keywords: #ebook,#rasuah

JENAYAH RASUAH DAN KEWAJIPAN MELAPORKAN ? ALEXANDER S KUNGHI (Penolong Kanan Pesuruhjaya) Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sabah RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA 22 JUN 2023 KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN & PERUMAHAN


RASUAH APA tu….


Rasuah PENERIMAAN atau PEMBERIAN SUAPAN bertujuan supaya seseorang itu MELAKUKAN atau TIDAK MELAKUKAN sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.


BENTUK SUAPAN Wang Derma Hadiah Bonus Perkhidmatan Diskaun Jawatan BENTUK SUAPAN BILAKAH IANYA MENJADI RASUAH??


4 1. Meminta/Menerima rasuah Kesalahan utama Rasuah Di bawah Akta SPRM 2009 1.1 Seksyen 16 (a) (A) ASPRM 2009 – Kesalahan Meminta / Menerima / Bersetuju untuk menerima 1.2 Seksyen 17 (a) ASPRM 2009 – Kesalahan Menyetuju terima / Memperolehi / Bersetuju untuk menyetuju terima / cuba untuk memperolehi


Timbalan Pengarah Perbadanan Putrajaya • Menerima tiket kapal terbang pergi balik dari Kuala Lumpur ke London bernilai RM3,022.00 daripada seorang kontraktor. • Sebagai dorongan memberikan projek penyelenggaraan Taman Putra Perdana, Putrajaya bernilai RM 3,521,894.48 kepada kontraktor berkenaan. • Pada 28 Mac 2012, beliau dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM15,110. CONTOH KES:


4 2. Menawar/Memberi rasuah Kesalahan utama Rasuah Di bawah Akta SPRM 2009 2.1 Seksyen 16 (b) (A)/ (B) ASPRM 2009 Kesalahan Memberikan /Menjanjikan/ Menawarkan 2.2 Seksyen 17 (b) ASPRM 2009 – Kesalahan Memberikan / Bersetuju untuk memberikan /Menawarkan


Beri suapan RM1,100.00 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip • KUALA LUMPUR, 19 Februari 2018 - Seorang pembekal alat ganti mesin dan jentera dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000.00 • Kesalahan memberi suapan RM1,100.00 kepada pegawai polis ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan. • Tertuduh yang didapati positif dadah jenis Syabu memberi wang suapan itu agar pegawai polis: a. tidak mengambil sampel air kencingnya b. menukarkan kepada air paip dalam botol urin.


4 3. Guna atau kemuka dokumen palsu SEKSYEN 18 ASPRM 2009 SESIAPA GUNA ATAU KEMUKA DOKUMEN PALSU DENGAN NIAT UNTUK MEMPERDAYAKAN PRINSIPAL Kesalahan utama Rasuah Di bawah Akta SPRM 2009


Contoh 1: Tuntutan bayaran penuh, padahal barang tidak cukup bilangan atau tidak ikut spesifikasi. Contoh 2: Menuntut bayaran bagi barang yang belum lagi dihantar. Contoh 3: Menuntut TNT tetapi tidak dilaksana atau menuntut lebih dari amaun sebenar CONTOH KESALAHAN


4 4. SALAHGUNA KUASA SEKSYEN 23 ASPRM 2009 PENJAWAT AWAM GUNA KUASANYA UNTUK DAPATKAN SUAPAN UNTUK DIRINYA ATAU SAUDARANYA ATAU SEKUTUNYA Kesalahan utama Rasuah Di bawah Akta SPRM 2009


Contoh 1: Ketua jabatan meluluskan projek kepada syarikat anaknya. Contoh 2: Pengarah projek terlibat membuat keputusan pemilihan tender kepada syarikat yang dimiliki oleh adiknya. CONTOH KESALAHAN


PENJARA tidak lebih 20 tahun; DAN HUKUMAN AKTA SPRM 2009 (Seksyen 24) RASUAH: JIKA BERSALAH… DENDA 5 kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.


Seksyen 21(1) Akta Pencen 1980, “… jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini dikenakan hukuman mati atau penjara selama sesuatu tempoh oleh suatu Mahkamah, maka pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti dengan serta-merta.” Hukuman penjara boleh menyebabkan seseorang penjawat awam HILANG KELAYAKAN PENCEN


Hasil rasuah DISITA & DILUCUT HAK


SPRM menyita: • 69 akaun bernilai RM8.33 juta, • Merampas rumah • 12 kereta mewah (Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR & Toyota Vellfire). • Jam Richard Mille (RM400,000) • 40 beg tangan termasuk jenama Hermes (RM400,000) • Set cadar mewah (RM260,000), • Cincin mutiara Cartier (RM600,000). 8 Mac 2016 - SPRM menahan Setiausaha Bahagian, disyaki mendalangi sindiket seleweng dana kerajaan RM107 juta. PENYELEWENGAN DI KBS


SKANDAL JABATAN AIR Negeri SABAH 5 Oktober 2016 SPRM menyita aset bernilai RM115 juta Terdiri daripada: • wang tunai RM52.2 juta • simpanan bank • barang kemas • beg tangan berjenama • Puluhan kereta mewah • 127 geran tanah


29 Disember 2016 Pengarah JANS didakwa dengan 14 kesalahan pengubahan wang haram membabitkan wang tunai dan di dalam akaun bank berjumlah RM56.9 juta.


Longgokan wang tunai yang dijumpai di pejabat dan rumah suspek


Barang kemas yang dijumpai di rumah suspek


6 buah kereta disita daripada Pengarah JANS


Pada 19 April 2017, Exco Negeri didakwa di mahkamah dengan 33 tuduhan rasuah membabitkan isu hartanah, melibatkan lebih RM30 juta. KES RASUAH EXCO NEGERI


SPRM menyita • 26 kenderaan mewah • 150 beg tangan • membekukan 45 akaun bank Selain Exco, enam tangkapan lain termasuk anak dan pegawai khas beliau.


OPS STICKER: BONGKAR SINDIKET JUAL SETEM HASIL DAN PELEKAT PLKS (Februari 2021) • Sindiket menjual setem hasil RM250 pada harga RM40-RM60. Manakala, setem hasil RM10 dijual pada harga RM5-RM6. • Pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dijual kepada warga asing pada harga RM700-RM800 sekeping. Bayaran sebenar bagi mendapatkan PLKS adalah antara RM2,000- RM3,000 sekeping yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. • 7 ditangkap, 4 daripadanya adalah kakitangan Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd (PKNSB). • Rampasan berjumlah RM14,595,367.64 iaitu wang tunai RM462,385, kereta dan motorsikal (nilai RM279,800), koleksi jam G-Shock (nilai RM18,000), ASNB (RM1,148,982.64) dan setem hasil bernilai RM12,686,200.


OPS RAYA: SPRM TUMPASKAN KARTEL MELIBATKAN TENDER KERAJAAN BERNILAI RM3.8 BILION (April 2021) • Dari 2014 sehingga 2021, kartel memperolehi 345 tender kerajaan daripada 56 kementerian/jabatan bernilai RM3.8 bilion. • Kartel - 100 syarikat dan 114 pekerja. Menggunakan taktik ‘mengepung harga’ - menyertai tender melalui banyak syarikat dengan harga berbeza. • Kartel merasuah pegawai KKR 5-10% daripada nilai tender; mendapat tips dari ‘orang dalam’ (seperti harga siling); memalsukan dokumen; dan memberikan butiran palsu dalam borang tender. • 8 ditahan (1 penjawat awam dan 7 orang awam. • Rampasan - RM3,179,770 (wang tunai), 57 barangan lain bernilai RM17,731,000 termasuk kereta mewah, sebuah helikopter peribadi dan sebuah bot mewah milik suspek.


• Pulau Pinang - Seramai 165 individu ditangkap melibatkan 69 pegawai JPJ dan selebihnya adalah pekerja sektor swasta serta orang awam. • Berdasarkan siasatan, setiap penguat kuasa JPJ terlibat menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM32,000 secara bulanan. • Rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori lebih muatan – Dilindungi berdasarkan pelekat khas yang hanya dikenali penguat kuasa terbabit. • Mereka turut membocorkan maklumat operasi JPJ. • 31 penguat kuasa JPJ telah didakwa di mahkamah - 310 pertuduhan. OPS SARAT (April-Sept. 2019)


• Macau Scam didalangi warganegara China (PRC) yang berada di Malaysia. Ejen-ejen mereka adalah rakyat Malaysia. • DITANGKAP - 2 ketua sindiket (Malaysia) dan 44 pegawai/anggota polis. • Sindiket di Malaysia menyediakan premis judi online, kenderaan, bodyguard dan merasuah pegawai kanan POLIS bagi melindungi jenayah ini. • Hasil haram ‘dilaburkan’ dalam pelbagai perniagaan dan syarikat dummy diwujudkan untuk ‘mencuci’ wang haram. • SITA/BEKU - 799 akaun bank (lebih RM114 juta), wang tunai RM4 juta, 24 buah kenderaan mewah, beg tangan berjenama, barang kemas dan jam tangan mewah. OPS B: MENUMPASKAN SINDIKET ‘MACAU SCAM’ (1 Oktober 2020)


• Membongkar kegiatan menerima rasuah oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) daripada ejen-ejen sindiket sebagai upah untuk mengesahkan cop keluar masuk tanpa kehadiran pemegang pasport. • DITANGKAP - 39 pegawai Imigresen, 17 ejen sindiket dan 10 orang awam. • SITA - harta alih dan harta tidak alih bernilai RM15,785,611.07. OPS SELAT: BONGKAR KEBOLOSAN WARGA ASING (16 - 30 November 2020)


• ISU - kegiatan mesin judi, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing tanpa tindakan penguatkuasaan di sekitar Sungai Buloh. • SIASATAN - berlaku amalan rasuah oleh pegawai/kakitangan MBSA, Cawangan Sungai Buloh, Selangor. OPS BURGER: MENGESAN AKTIVITI PERNIAGAAN HARAM DI SUNGAI BULOH (11 Ogos 2020) • Pegawai terlibat menerima rasuah RM300 hingga RM3,500 daripada pemilik-pemilik premis perniagaan. • Sebagai balasan, mereka akan melindungi premis-premis tersebut yang telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil serta peraturan yang ditetapkan oleh MBSA. • TANGKAPAN - 14 pegawai/kakitangan MBSA dan seorang orang awam.


Pengiktirafan kepada penjawat awam yang menolak Rasuah Mulai 1 Jun 2011, Pengiktirafan kepada Penjawat Awam yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah berkuat kuasa.


Bagi MENGIKTIRAF penjawat awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah, mereka boleh diberikan: 1. Sijil penghargaan; dan 2. Dipertimbangkan pencalonan anugerah pingat peringkat persekutuan/negeri.


GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN Jumlah GANJARAN adalah berdasarkan nilai sogokan yang diberi atau diterima. Jika sogokan melibatkan harta alih atau tidak alih (contohnya, kereta atau rumah), nilai sogokan akan ditentukan berdasarkan nilai pasaran. Nilai ganjaran minimum adalah RM500.00.


Hayati dan fahami…


Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version