Majlis Anugerah
Kecemerlangan
:
, DSDK
Timbalan Menteri Kewangan MALAYSIA
SK SRI GUNONG
UCAPAN ALUAN
GURU BESAR SK SRI GUNONG
Assalamualaikum. Salawat dan salam ke atas Junjungan Baginda
Rasulullah ﷺ
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua murid
yang telah berjaya mengharumkan nama ibubapa dan sekolah. Begitu
juga sekalung penghargaan saya sematkan untuk semua ibubapa dan
guru yang sememangnya menjadi tulang belakang kejayaan anak-
anak ini. Tanpa usaha semua pihak kita tidak akan dapat merasai
manisnya sebuah kejayaan.
Pihak sekolah sentiasa berusaha memastikan sekolah ini memiliki
suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif bagi memacu
kecemerlangan. Walau bagaimanapun usaha ini memerlukan
kerjasama dan komitmen semua pihak seperti para guru, PIBG, ibu
bapa dan murid-murid. Selain itu, masyarakat hari ini juga perlu lebih
bersedia untuk menggunakan segala teknologi terbaru di abad ke-21
ini, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Tahniah dan syabas juga saya khususkan buat guru-guru dan semua
pihak yang terlibat menjayakan majlis anugerah kecemerlangan kali
ini. SKSG julung julung kalinya menggunakan QR code dalam
mengakses maklumat berkaitan majlis dengan begitu cemerlang
sekali. ‘Semua maklumat di hujung jari anda’.
Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh
guru di samping memperkembangkan potensi murid. Bagi murid pula,
pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan
pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran diharapkan memberi kesan
berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan
inovatif. E-mel, e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi
teknologi membolehkan murid-murid mendapatkan meklumat dalam
masa yang singkat.
1
SK SRI GUNONG
Pembelajaran abad ke 21 memerlukan penguasaan yang jelas oleh guru-
guru untuk berkolaborasi dan berkomunikasi dengan murid seterusnya
mencungkil bakat dan minat mereka dan apabila ide baru dikeluarkan
maka terhasillah inovasi yang boleh memberi faedah bagi alam sejagat.
Inilah bunga bangsa yang kita cita-citakan. Yang dapat memberi manfaat
kepada dirinya dan orang lain.
Bagi murid-murid yang belum menampakkan kejayaan seperti rakan-
rakan mereka pada kali ini diharapkan akan terus berusaha dan tidak
patah semangat untuk menggapai kejayaan. Perhatian dan bimbingan
secara berterusan dari para guru dan ibubapa khususnya diharap dapat
diberikan agar mereka juga merasai nikmat kejayaan.
Melalui program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun,
saya berharap agar SKSG akan terus mengekalkan kejayaan-kejayaan
yang telah dicapai malah memperbaiki segala kelemahan agar lebih
cemerlang di masa hadapan.
Akhir kata, besarlah harapan saya agar majlis yang seumpama ini akan
terus menyemarakkan lagi semangat cinta ilmu dan menjadi tapak yang
sebaik-baiknya untuk anak-anak bangsa kita berlumba-lumba dan
bersaing secara sihat dalam mengejar kejayaan.Berbetulan dengan tema
sambutan kita pada tahun ini “ BUNGA BANGSAYANG TERCINTA”
,marilah kita sama-sama menyusun barisan usaha agar sederap dalam
menggalas , memikul amanah seterusnya melangkah kearah kejayaan
anak-anak kita di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
2
SK SRI GUNONG
UCAPAN ALUAN
, DSDK
Timbalan Menteri Kewangan MALAYSIA
Ahli Parlimen Kubang Pasu
Merangkap ADUN Anak Bukit
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera.
Alhamdulillah, terlebih dahulu, marilah sama-sama kita mengucapkan rasa
syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan izinya, limpah dan hidayah-Nya,
maka dapat sama-sama kita berhimpun pada pagi ini dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sri Gunong. Bagi pihak kerajaan, saya
mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada SK Sri
Gunong dengan kerjasama PIBG, kerana telah berjaya menganjurkan Majlis
Anugerah Kecemerlangan pada hari ini.
Saya merakamkan ucapan terima kasih atas penghargaan yang telah
diberikan kepada pihak kami sebagai perasmi majlis ini. Sesungguhnya
penghargaan ini kami anggap sebagai kesinambungan perhubungan antara
pihak kami dengan sektor pendidikan dalam usaha untuk meningkatkan
pencapaian akademik murid-murid. Saya berasa amat berbesar hati atas
undangan ini, dan diharapkan majlis yang dirancang rapi pada pagi ini berjalan
lancar dan mendapat keberkatan daripada Alllah SWT.
Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis yang diadakan pada pagi ini merupakan program tahunan setiap
sekolah. Saya memahami bahawa program yang diadakan saban tahun ini
antara lain sudah tentulah bertujuan untuk memberikan penghargaan dan
pengiktirafan kepada murid-murid di sekolah ini atas kejayaan mereka
mengharumkan nama sekolah sama ada dalam bidang akademik, sahsiah dan
juga dalam kokurikulum.
Pada hemat saya, majlis ini merupakan antara majlis yang sentiasa dinanti-
nantikan oleh murid-murid, guru-guru serta ibu bapa kerana dalam majlis
inilah segala usaha yang telah dilakukan oleh guru dan murid diiktiraf dalam
bentuk penyampaian anugerah
3
SK SRI GUNONG
seumpama ini. Dalam majlis ini juga, kita sebagai ibu bapa berpeluang
untuk melihat anak-anak menunjukkan bakat mereka dalam membuat
persembahan pentas.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Saya yakin, selain pihak yang berkaitan dengan pendidikan, pihak swasta
dan badan korporat juga sentiasa mempunyai tanggungjawab sosial
dalam memberikan sokongan yang penuh kepada pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan demi masa depan dan
kebaikan anak-anak kita.
Kami sedia maklum bahawa tugas pihak sekolah menjalankan setiap
aktiviti yang dirancang bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, saya
menyeru kepada para ibu bapa agar marilah kita bersama-sama
berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG dalam
menjalankan apa sahaja aktiviti yang berkaitan. Dengan adanya
hubungan tiga hala antara guru, murid dan ibu bapa, sudah pasti suasana
sekolah akan menjadi lebih harmoni, ceria, kondusif dan cemerlang.
Tanpa kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak terutama para
ibu bapa serta penjaga, sudah pasti setiap perancangan akan menemui
jalan buntu. Saya difahamkan, Program Sarana Ibu bapa yang cuba
direalisasikan boleh menjadi platform terbaik untuk menghubungkan
sekolah dengan ibu bapa, seterusnya menjadikan SK Sri Gunong ini
sebagai antara sekolah yang berjaya dan terbilang dalam semua aspek
pada masa hadapan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa sumbangan dan penglibatan agensi-
agensi kerajaan dan swasta kepada sekolah-sekolah juga merupakan
sebahagian daripada program Sarana Sekolah. Inilah yang dikatakan
sebagai tanggungjawab sosial syarikat
kepada komuniti .Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kejayaan
yang dicapai adalah impak sokongan dan kerjasama daripada pelbagai
pihak.
4
SK SRI GUNONG
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Berbalik pada Majlis Anugerah Cemerlang pada pagi ini, saya amat
berharap agar anugerah yang disampaikan nanti akan dapat dijadikan
pendorong kepada murid-murid supaya lebih berjaya pada masa
hadapan. Ingatlah bahawa kejayaan yang dicapai hendaklah disertai
dengan sahsiah yang terpuji. Jadilah murid yang baik dan anak yang
mendengar kata. InsyaAllah, berkat kerjasama dan komitmen tinggi
daripada guru-guru dan ibu bapa, kejayaan dan kegemilangan pasti akan
dicapai.
Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput
saya untuk hadir dalam majlis ini. Terima kasih dan tahniah kepada
semua AJK Kerja Majlis ini yang terdiri daripada guru-guru dan warga
kerja SK.Sri Gunong kerana telah menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi. Terima kasih juga kepada PIBG kerana sentiasa menyokong
pihak sekolah dalam apa juga program. Inilah yang kita harapkan.
Kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini, tahniah diucapkan.
Semoga jasa baik tuan, puan, saudara dan saudari akan mendapat
keredhaan daripada Allah SWT.
5
SK SRI GUNONG
8.00 pagi :Pendaftaran Penerima Hadiah dan Waris
8.15 pagi
8.30 pagi :Ketibaan Tetamu Jemputan
:KetibaanYB Dato’ Ir Haji Amiruddin
bin Hamzah
Timbalan Menteri Kewangan
Merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu
:Majlis bermula
:Nyanyian Lagu Negaraku
:Bacaan Doa
:Ucapan dan Laporan Guru Besar
:Ucapan Perasmian
YB Dato’ Ir Haji Amiruddin bin Hamzah
:Penyampaian Hadiah
:Persembahan
:Jamuan
:Majlis Bersurai
6
SK SRI GUNONG
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN
JAWATAN KUASA INDUK
PENGERUSI :PN. HJH SITI HASANAH BT. ISMAIL
NAIB PENGERUSI :EN. MOHD FAUZI BIN AWANG LIPAH
SETIAUSAHA : PN. SAFIZA BT. MOHD AZMI
JAWATAN KUASA KERJA
JK PENDAFTARAN
1. ROSHIDA BT. OSMAN
2. FUZIYAH BT. AZIZ
3. FUNIZAH BT. MAN
JK JEMPUTAN
1. NURMAJIDAH BT. MD SALLEH
2. SAFIZA BT MOHD AZMI
3. NURIZA BT AHMAD
4. AJK PIBG
JK HADIAH
1. NORHAYATI BT ISMAIL
2. NORAZIZAH BT UMAT
3. NOR RAIHAN BT FADZIL
4. AZLIZA BT ABDULLAH
5. NORHAYATI BT AHMAD
6. MOHD IHSAN BIN HUSSAIN
7
SK SRI GUNONG
JK SIAR RAYA
1. MOHD RIDZUAN BIN SAMAD
2. MOHD SHAHRIL BIN IBENIL HARJAD
JK PERSIAPAN PENTAS
1. SARINAH BT ABDUL AZIZ
2. NORHAYATI BT MAT ISA
3. NORAINI BT DIN
4. ZAITON BT SHUIB
JK JAMUAN VIP
1. NORLINA BT AHMAD
2. ROSHIDA BT OSMAN
3. SURYANTI BT ILYAS
4. NURUL LIDA BT ISMAIL
JK JAMUAN WARIS&MURID
1. ZITA SUHANA BT MOHAMAD
2. NURMAJIDAH BT MD SALLEH
3. ZAITON BT SHUIB
8
SK SRI GUNONG
JK PERSEMBAHAN
1. SYAJARATULDUR BT HAMZAH
2. SUHAIDA BT SALLEH
3. NOOR AZWA BT KHAMIS
4. MOHD SHAHRIL BIN IBENIL HARJAD
5. NURUL LIDA BT ISMAIL
6. AZYYATI BT A. HALIM
JK DOKUMENTASI
1. SITI NURSHAZWANI BT ABDUL
SALAM
2. ZAINAB BT RAMLI
JK KAWALAN MURID
1. AZLIZA BT ABDULLAH
2. NORAZIZAH BT UMAT
3. ROSLI BIN ABD RAHMAN
PENGACARA
1. NOOR AZWA BT KHAMIS
2. NORAZYYATI BT ABD HALIM
9
SK SRI GUNONG
JK PERSIAPAN TEMPAT
1. KU NASRADHI BIN KU YAHAYA
2. ROSLI BIN ABD RAHMAN
3. MUHAMAD TAKYILLAH@THOWUS
BIN OTHMAN
JK BUKU PROGRAM
1. MOHD SHAHRIL BIN IBENIL HARJAD
2. MOHD IHSAN BIN HUSSAIN
10
SK SRI GUNONG
TERBAIK PRA SEKOLAH
PRA
MUHAMMAD AL NURUL AQILAH SITI NURAINA
AMIN BIN MOHD BINTI AZMI MARISSA BINTI
HELMI SUHARDI
11
SK SRI GUNONG
ANUGERAH PENCAPAIAN PBD
1 KASIH
ABBAS BIN TASNIM SOFI BINTI FAKHARATUL
RAHIMI MOHAMMAD HUDA BINTI
MOHAMMAD
AZRUL HISHAM FAKHRURAZI
1 SAYANG
NUR AFIFAH BINTI NUR SYAZANA NURFATIMA
ROSSAZALI BINTI MOHD AMANDA BINTI
SHUKRI
ROSLI
12
SK SRI GUNONG
ANUGERAH PENCAPAIAN PBD
2 KASIH
NUR SYASYA SITI AISYAH MUHAMMAD
HUMAIRAH BINTI HUMAIRAH BINTI MUNIF AQIL BIN
MOHD SUHAIMI MOHAMAD ZAINI
MOHAMAD
RASHDAN
2 SAYANG
MUHAMMAD ANIQ SITI HAJAR BINTI NUR FATIN NAJIHA
NAQIUDDIN BIN HUSNI BINTI MOHD
ABDUL HAKIM SHUKRI
13
SK SRI GUNONG
ANUGERAH PENCAPAIAN PBD
3 KASIH
SITI PUTRI ZAHIRA NUR ZAHRA BINTI NURUL IMAN BINTI
BINTI MUHAMMAD MOHAMAD ZOHIR DEDI ASHRUAL
ZAILI
3 SAYANG
PUTERI QISTINA NUR ALYA NASUHA NUR BALQIS BINTI
DANISYA BINTI ABU BINTI ZULKIFLI MOHD
BAKAR 14 SOLAHUDDIN
SK SRI GUNONG
TERBAIK DALAM KELAS
NUR WAFA UMAIRA BINTI
MUHAMAD FIRDAUS
Terbaik Bahasa Inggeris Kefahaman
Terbaik Bahasa Inggeris Penulisan
Terbaik Bahasa Melayu Penulisan
MUHAMMAD DANNIS SHAH
BIN JAMALUN SHAH
Terbaik Matematik
Terbaik Pendidikan Islam
Terbaik Sains
MUHAMMAD A'KIF BIN MOHD
RADZI
NUR ANIS NAZIRAH BINTI MD
RODZI
Terbaik Bahasa Melayu Kefahaman
15
SK SRI GUNONG
TERBAIK DALAM KELAS
NUR AIDA ADRIYANA BINTI
MOHD YUSRI
MUHAMMAD AMIRUL AMIN
BIN SUHAILI
NUR FARAH ADRIANA BINTI
MOHAMAD NAZUANDY
16
SK SRI GUNONG
TERBAIK DALAM KELAS
MUSFIRA SAFIYA BINTI
MUNIFF
Terbaik Bahasa Melayu Penulisan
Terbaik Bahasa Inggeris Kefahaman
SITI PUTRI ZAMIRA BINTI
MUHAMMAD ZAILI
Terbaik Pendidikan Islam
MUHAMMAD NABIL AQIB BIN
MOHAMMAD AZRUL HISHAM
MOHAMAD IRFAN HAKIMI BIN
MOHAMAD FAYSAL ASRA
Terbaik Bahasa Inggeris Penulisan
Terbaik Sains
NUR ALYA MAISARAH BINTI
ISMAIL
Terbaik Bahasa Melayu Kefahaman
HANIS BATRISYIA BINTI
MOHAMAD HILMI
Terbaik Matematik
Terbaik Sains
17
SK SRI GUNONG
TERBAIK DALAM KELAS
NURUL MUKMIN BINTI MD
NASIR
MUHAMMAD DANIAL IKRAM
BIN MOHD NASIR
AFFANURRAHMAN BIN
AHMAD ZUBIR
18
SK SRI GUNONG
TERBAIK DALAM KELAS
MUHAMMAD AFIQ DANISH
BIN MOHAMMAD NIZAM
Terbaik Bahasa Melayu Kefahaman
Terbaik Matematik
NUR ELAINI HAJAR BINTI
ZULKIFLI
Terbaik Bahasa Inggeris Penulisan
Terbaik Bahasa Melayu Penulisan
Terbaik Pendidikan Islam
AHMAD FAHMI BIN
AZHANUDDIN
AWAL BIN RAHIMI
Terbaik Bahasa Inggeris Kefahaman
Terbaik Sains
19
SK SRI GUNONG
TERBAIK DALAM KELAS
SITI NUR HIDAYAH BINTI ABD
HADI
NUR AKHMA LYDIA NG BINTI
MOHD RUSLAN NG
MUHAMMAD FAZRIL BIN
MOHAMAD ARIF
20
SK SRI GUNONG
TERBAIK PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI PEMBELAJARAN
MUHAMMAD AMIRUL
LUQMAN BIN SUHAILI
MUHAMMAD NUR FAKHRUL
HAFIZ BIN ROSLAN
MUHAMMAD ADAM IRFAN BIN
ISMAIL
21
SK SRI GUNONG
TERBAIK KELAS HARAPAN
(PEMULIHAN)
MUHAMMAD NUR RAMADHAN
BIN MOHD HAIRUL WAZER
MUHAMMAD MUHAIMIN BIN
SHAFRULNIZAR
22
SK SRI GUNONG
UJIAN PENILAIAN KELAS
KAFA(UPKK) 8A
AHMAD FAHMI BIN
AZHANUDDIN
AWAL BIN RAHIMI
MUHAMMAD AFIQ DANISH BIN
MOHAMMAD NIZAM
MUHAMMAD AFIQ HAIKAL BIN
SHARUL NIZAM
ALYA NURHAZWANI BINTI
MUHAMAD BASIR
NUR AUNI SAFUHAH BINTI
AZIZAN
NUR ELAINI HAJAR BINTI
ZULKIFLI
2
SK SRI GUNONG
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH
RENDAH (UPSR 2018)
NUR ISMA IRDINA
BT. ABDULLAH
MUHAMMAD ANIQ ZULFAN
B. ZAIDI
24
SK SRI GUNONG
MUHAMMAD AFIQ DANISH
B. MOHAMMAD NIZAM
KETUA PENGAWAS SEKOLAH
AWAL B. RAHIMI NUR ELAINI HAJAR
BT. ZULKIFLI
PENOLONG
KETUA PENGAWAS SEKOLAH PENOLONG
KETUA PENGAWAS SEKOLAH
ILHAM HAMZAH B. MUFDI NUR AUNI SAFUHAH
BT. AZIZAN
KETUA PENGAWAS PSS
PENOLONG
KETUA PENGAWAS PSS
25
SK SRI GUNONG
ANUGERAH PENCAPAIAN
KOKURIKULUM
SITI NURAMNA MAISARAH BINTI
SUHARDI
ANUGERAH KOKURIKULUM
MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN
ROSLAN
26
SK SRI GUNONG
TOKOH MURID
MUHAMMAD AFIQ DANISH BIN
MOHAMMAD NIZAM
ANUGERAH AZ-ZAHRA
(SAHSIAH TERPUJI)
AWAL BIN RAHIMI
27
Penghargaan
JABATAN KERJA RAYA
AZ-ZAHRA OPTOMETRIS
GALERI ILMU SDN. BHD
MAJLIS BANDARAYA
ALOR SETAR
28