The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM KEJOHANAN PING PONG MSSM 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd shahril ibenil harjad, 2022-09-06 04:28:43

KEJOHANAN PING PONG MSSM 2022

BUKU PROGRAM KEJOHANAN PING PONG MSSM 2022

1

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kandungan

PERKARA MUKA SURAT

1. Atur Cara Majlis Penutupan Rasmi & Penyampaian Hadiah 2

2. Kata Alu-aluan Menteri Kanan Pendidikan 3

3. Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4

4. Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia 5

5. Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM 6

6. Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah 7

7. Senarai Anggota Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022 8-9

8. Senarai Sekretariat Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022 10

9. Senarai Penyelaras Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022 11

10. Senarai Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM 2022 12

11. Senarai Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022 13

12. Senarai Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ping Pong MSSM 2022 14 - 18

13. Kronologi Kejohanan Ping Pong MSSM 2022 19 - 20

14. Senarai Kontinjen Kejohanan Ping Pong MSSM 2022 21

15. Jadual Permainan (Berpasukan) Kejohanan Ping Pong MSSM 2022 22 – 25

16. Carta Kumpulan (Berpasukan) Kejohanan Ping Pong MSSM 2022 26 – 33

17. Carta Level (Perseorangan) Kejohanan Ping Pong MSSM 2022 34 – 37

18. Sekalung Penghargaan` 38

2

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Atur Cara
Majlis Penutupan Rasmi & Penyampaian Hadiah

Tarikh : 07 September 2022 (RABU)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah

2.30 petang - Kontinjen mengambil tempat
- Ketibaan Para jemputan
2.45 petang - Ketibaan tetamu VVIP
3.00 petang - Perlawanan Akhir Ping Pong
4.00 petang - Perarakan masuk kontinjen
- Tetamu mengambil tempat
- Lagu ‘Negaraku’
- Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan
- Penyampaian Hadiah
- Lagu ‘1Murid 1Sukan’
- Bersurai

3

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kata Alu-aluan
Menteri Kanan Pendidikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun
2022.

Kejohanan MSSM yang diadakan saban tahun memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti menyeronokkan di
samping dapat mencungkil bakat dan potensi atlet murid yang mampu bersaing di peringkat nasional serta antarabangsa.
Ini juga sejajar dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang menerapkan elemen penting dalam kehidupan seperti
mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang selamat, sihat dan seronok untuk semua warga sekolah.

KPM sentiasa menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum melalui pelbagai pendekatan bagi
menarik minat murid. Aktiviti sebegini dapat memberi ruang untuk murid menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran serta nilai-nilai yang dipelajari dalam bilik darjah. Dalam konteks pentaksiran pula, penglibatan murid dalam
kegiatan sukan dan kokurikulum direkod dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang
merupakan antara komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh demikian, MSSM dapat menjadi salah satu
platform utama dalam membantu sekolah merancang program kokurikulum, khususnya bagi tujuan pembangunan dan
kecemerlangan sukan atlet murid.

Saya yakin bahawa pelibatan murid dalam Kejohanan MSSM sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum ini dapat
membantu mereka membina sahsiah, jati diri dan karakter, dan seterusnya menjadi generasi pewaris negara yang mampu
menyumbang kepada masyarakat dan negara. KPM komited memberi sepenuh sokongan kepada usaha MSSM dalam
menyahut saranan Kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat seawal usia mereka, iaitu sejak di
peringkat sekolah rendah lagi.

KPM akan terus mempergiatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang terlibat bagi menyemarakkan lagi
penganjuran MSSM. Pendekatan yang dilaksanakan juga perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa agar seiring dengan
peredaran zaman serta bersesuaian dengan keperluan semasa bagi menarik lebih banyak penyertaan atlet murid.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran kejohanan MSSM pada tahun ini. Selamat maju jaya!

4

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kata Alu-aluan Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini.
Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang menggalas tanggungjawab menganjurkan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia Kali Ke-62.
Penganjuran kejohanan MSSM ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada atlet murid untuk mengembangkan bakat
sukan dan menonjolkan potensi diri selaras dengan hasrat Dasar Sukan Negara untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi
yang mempunyai sahsiah yang positif, komitmen diri yang tinggi dan berdaya saing. Melalui penganjuran kejohanan ini
juga, secara tidak langsung dapat memberikan impak yang positif kepada keberhasilan atlet murid dan menggalakkan
pertandingan yang sihat, sikap muhibah serta toleransi yang tinggi, persefahaman, pembinaan kualiti moral dan fizikal yang
berterusan seperti mana yang terkandung dalam Dasar Sukan Negara.
Pada peringkat KPM, MSSM merupakan watak utama dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan atlet
murid di peringkat akar umbi yang bermula dengan hasrat ‘Sukan Untuk Semua' di bawah Dasar 1Murid 1Sukan
sehinggalah kepada aspirasi Sukan Untuk Kecemerlangan di bawah Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.
Ketelusan dan tadbir urus yang baik hendaklah sentiasa diamal serta diutamakan pada setiap masa dalam penganjuran
kejohanan sukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan MSSM pada kali ini. Justeru, semua aspek pengelolaan kejohanan
hendaklah dilaksanakan dengan nilai akauntabiliti yang tinggi serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran dan pengelolaan kejohanan ini
kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan berdedikasi dan cemerlang. Semoga kejohanan MSSM tahun 2022 ini
berlangsung dengan jaya dan mencapai matlamatnya.
Sekian, terima kasih.

5

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberikan ruang dan peluang untuk menitipkan
ucapan dalam buku program Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2022 yang penuh bermakna
ini. Sudah pastinya segala usaha yang telah dimainkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bakal diterjemahkan dalam kejohanan yang bakal berlangsung di seluruh negara untuk murid-
murid sekolah menyerlahkan bakat mereka dalam bidang sukan yang diceburi.
Tahniah juga diucapkan atas usaha anak-anak ini yang telah bertanding di peringkat sekolah, daerah dan seterusnya di
peringkat negeri dengan bersungguh-sungguh dalam memartabatkan mutu sukan di tanah air. Sudah pastinya peranan
guru dalam melatih atlet murid dalam kemahiran sukan tertentu tidak ternilai harganya. Pada masa yang sama, aspek
akademik sudah pastinya tidak pernah diketepikan kerana dengan pendidikan kita dapat melahirkan atlet yang mampu
berfikir pada aras yang lebih tinggi.
Di samping itu juga, 14 elemen yang terdapat dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA sudah pasti dapat diterapkan dalam
aktiviti bersukan sama ada semasa menjalani latihan mahupun semasa menyertai pertandingan. Aspek sosial murid dapat
ditingkatkan selari dengan perkembangan jasmani dan emosi kerana dalam sukan itu sendiri banyak menerapkan nilai-nilai
yang saling berkait.
Sebelum menutup bicara, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Kejohanan MSSM Kali Ke-62 pada tahun ini. Sesungguhnya, tanpa usaha sama semua pihak
segala yang direncanakan itu sudah pastinya tidak membuahkan hasil seperti yang dihasratkan. Selamat maju jaya kepada
semua atlet murid yang bakal bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. Anda semua ialah Anak Yang Baik Lagi Cerdik
(ABC) yang bakal menjadi generasi pewaris negara pada masa hadapan. Selamat maju jaya!

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

6

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kata Alu-aluanPengarah Bahagian
Sukan,Kokurikulum dan Kesenian, KPM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian sentiasa berusaha untuk memberi ruang dan peluang kepada murid
melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Kokurikulum merupakan wadah paling berkesan
untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan murid seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan, usaha ini dijana melalui
pelaksanaan Dasar 1Murid 1 Sukan yang mana dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Selaras dengan hasrat ini juga, Kementerian
Pendidikan (KPM) melaksanakan inisiatif berterusan demi meningkatkan pelibatan murid terutamanya dalam sukan
prestasi tinggi sekolah. Antaranya melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan bagi mengupayakan minat dan
kecenderungan murid dalam bidang sukan.

Justeru, Bahagian ini telah mengambil langkah yang proaktif dengan menghasilkan Pelan Pendidikan Sukan Negara
(PPSN) 2021-2030 sebagai usaha untuk meningkatkan aspek kemenjadian dan keberhasilan atlet murid dalam bidang
sukan secara keseluruhannya. Malah, KPM juga telah menyalurkan sejumlah peruntukan yang besar bagi memastikan
program pembangunan sukan sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efisien. Maka dengan itu, saya berharap
agar peruntukan yang disalurkan ini dapat digunakan sebaik-baiknya dalam membangunkan dan melahirkan atlet murid
yang cemerlang dalam bidang sukan dan memberikan pulangan serta impak yang positif terhadap KPM dan negara.

Dalam pada itu, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) memainkan peranan yang amat besar untuk menggilap potensi
dan menghasilkan atlet murid yang cemerlang dalam sukan. Bagi penganjuran dan pengelolaan Kejohanan MSSM pada
tahun ini, KPM telah bersetuju agar kejohanan MSSM dilaksanakan secara bersemuka setelah berakhirnya pandemik
Covid-19 di negara ini. Dengan pelaksanaan kejohanan secara bersemuka ini, diharapkan agar semua pihak yang terlibat
dapat memberikan penekanan kepada nilai dan budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti. Melalui nilai kerja yang
terpuji, saya yakin segala aspek positif dapat diserap dalam tadbir urus kejohanan bagi memastikan penganjuran program
yang terbaik dan cemerlang.

Di sini, saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Jabatan Pendidikan Negeri dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha
menjayakan kejohanan MSSM tahun 2022. Semoga segala usaha kita merealisasikan harapan untuk meningkatkan aspek
kemenjadian dan keberhasilan atlet murid dalam arena sukan khususnya KPM dapat dicapai sepenuhnya dengan
cemerlang demi kelestarian sukan negara amnya.

7

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kata Alu-aluan
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk
merakamkan kata alu-aluan sempena Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2022 di Negeri
Kedah Darul Aman. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia atas penghormatan yang telah diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk mengelola Kejohanan
Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada tahun ini.
Sukan merupakan satu wadah untuk menyemai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Melalui sukan, nilai-nilai murni
yang dipelajari dapat dipraktikkan dan melalui sukan juga, jurang integrasi antara kaum dapat dirapatkan. Selain itu,
kejohanan sukan seumpama ini dilihat dapat memupuk semangat berpasukan serta disiplin di kalangan pegawai, jurulatih
dan atlet yang terlibat.
Pegawai, jurulatih dan atlet yang bertanding diingatkan agar sentiasa mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.
Kemenangan bukanlah segalanya tetapi cara bagaimana untuk kita memperoleh kejayaan itu amat penting. Jangan kerana
terlampau mengejar kemenangan kita terlupa tentang nilai-nilai semangat kesukanan dan jangan pula kita korbankan
perpaduan yang ada demi untuk mencapai kejayaan.
Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2022 yang telah bekerjasama dalam memastikan
kejayaan penganjuran yang cemerlang. Selamat datang ke 'Negeri Jelapang Padi’ dan selamat bertanding!
“SUKAN MEMUPUK PERPADUAN”
“#KEDAH UNGGUL”

(HAJI ROZAINI BIN AHMAD, SDK.,AMK.,BCK.)

8

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Anggota Majlis Sukan Sekolah Malaysia

PENGERUSI Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
TIMBALAN PENGERUSI
YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili
SETIAUSAHA AGUNG Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Operasi Sekolah
BENDAHARI
JAWATANKUASA YBrs. Dr. Latip bin Muhammad
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Encik Yahya bin Ab Ghani
Setiausaha Bahagian Kewangan

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta

Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

9

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Anggota Majlis Sukan Sekolah Malaysia

JAWATANKUASA Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
10
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Pengarah
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

Pengarah
Jabatan Pendidikan WP Labuan

Pengarah
Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Sekretariat Majlis Sukan Sekolah Malaysia

Pengerusi YBrs. Dr. Latip bin Muhammad
Timbalan Pengerusi Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Setiausaha Agung
Bendahari Encik Ithnin bin Mahadi
Penyelaras Sukan Timbalan Pengarah
Pengerusi Teknik dan Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan
Pembangunan Sukan Kesenian
MSSM Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Encik Shamsuddin bin Mustapha
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelarasan

Encik Cyril Christopher Singam
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid

Tuan Haji Mustapha bin Sidi
Timbalan Pengarah
Sektor Kurikulum, Kejurulatihan dan Penggalakan Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian

Encik Halim bin Saad
Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Kecemerlangan
Sukan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Encik Shahril Nizam bin Idris
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Khidmat Pengurusan

24 penyelaras sukan yang dilantik

24 pengerusi teknik dan pembangunan sukan MSSM yang dilantik

11

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Penyelaras Sukan
Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022

Penyelaras Sukan Akuatik Puan Liza binti Mohd Alias
Penyelaras Sukan Badminton Puan Norshyafini binti Abu Mansor
Penyelaras Sukan Bola Baling Puan Rizawani binti Mustafa
Penyelaras Sukan Bola Jaring Puan Noor Aziran binti Hamid
Penyelaras Sukan Bola Keranjang YBrs. Dr. Wee Akina Sia Seng Lee
Penyelaras Sukan Bola Tampar Puan Dalizwa Deena binti Salihin
Penyelaras Sukan Bola Sepak Encik Samsyul Hisham Bin Abdul Manaf
Penyelaras Sukan Boling Tenpin Encik Raja Zul Khairi bin Raja Nong Abdul Rashid
Penyelaras Sukan Catur Puan Rabitah binti Abdul Razak
Penyelaras Sukan Gimnastik Artistik Cik Siti Nattizah binti Sheikh Ilman
Penyelaras Sukan Gimrama YBhg. Datin Nik Shareeza Roslyn binti Mohd Rosli
Penyelaras Sukan Golf Encik Kamaruddin bin Selamat Din
Penyelaras Sukan Hoki YBrs. Dr. Izham bin Md Isa
Penyelaras Sukan Kriket Ts. Mohd Zaki bin Ghazali
Penyelaras Sukan Memanah Cik Noor Azilah binti Ismail
Penyelaras Sukan Merentas Desa dan Olahraga Encik Tajudin bin Abdullah
Penyelaras Sukan Ping Pong Puan Nur Asmara Diana binti Abdullah
Penyelaras Sukan Pelayaran Encik Hafiz Ridhuan bin Md Daud
Penyelaras Sukan Ragbi Encik Jamil Hamzah bin Sazali
Penyelaras Sukan Sepak Takraw Encik Badrol Nizam bin Hamzah
Penyelaras Sukan Skuasy Encik Muhd Zukhairi bin Haji Ahmad
Penyelaras Sukan Sofbol Puan Siti Zuraida binti Hashim
Penyelaras Sukan Tenis Encik Muhammad Sanjay bin Paramarie

12

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022

PTPS MSSM Akuatik Cik Goh Kim Nee

PTPS MSSM Badminton Encik Mohd Najib bin Abdul Latiff

PTPS MSSM Bola Baling Encik Vijaya Kumar a/l Arumugam

PTPS MSSM Bola Jaring Puan Hajah Aminah Binti Asaari

PTPS MSSM Bola Sepak Encik Ronzi Bin Zainal

PTPS MSSM Bola Keranjang Encik Tan Ka Keong

PTPS MSSM Bola Tampar Encik Chiah Chee Teck

PTPS MSSM Boling Tenpin Encik Mohd Isa bin Sulaiman

PTPS MSSM Catur Encik Idris bin Jamal

PTPS MSSM Gimnastik Artistik Encik Mohd Nurul Zaman bin Mansor

PTPS MSSM Gimrama Puan Foong Peik Chow

PTPS MSSM Golf Encik Faizal bin Haji Jaafar

PTPS MSSM Hoki Encik Azhar bin Mohamed

PTPS MSSM Kriket Encik Yeshod a/l Parameswaran

PTPS MSSM Memanah Encik Nordin bin Yusopp

PTPS MSSM Olahraga dan Merentas Desa Encik Norshamizi Bin Ismail

PTPS MSSM Pelayaran Encik Mat Ropi bin Yazid

PTPS MSSM Ping Pong Encik Lee Su Hau

PTPS MSSM Ragbi Encik Helmi bin Md Isa

PTPS MSSM Sepak Takraw Encik Borhanuddin bin Hj Aziz

PTPS MSSM Skuasy Tuan Haji Ampandi bin Omar

PTPS MSSM Sofbol Encik Nazarudin Bin Sahak Muhamed Aly

PTPS MSSM Tenis Encik Mohammad Khusaini bin Hassan

13

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Setiausaha Agung
Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022

Setiausaha Agung MSS Perlis Encik Mohamad Nasir bin Desa
Setiausaha Agung MSS Kedah Encik Haizul Azli bin Abu Bakar
Setiausaha Agung MSS Pulau Pinang Encik Shamsir bin Jemain
Setiausaha Agung MSS Pahang Tn. Syed Shobaudin bin Syed Abdullah
Setiausaha Agung MSS Kelantan Encik Mohd Nuzulhan bin Muhammad Zin
Setiausaha Agung MSS Terengganu Puan Salbina binti Hamzah@Jaafar
Setiausaha Agung MSS Perak Encik Mohamad Sayuti bin Abas
Setiausaha Agung MSS Melaka Encik Azmi bin Osman
Setiausaha Agung MSS Johor Encik Mohamad Faizal bin Sarman
Setiausaha Agung MSS Negeri Sembilan Encik Abdul Rahim bin Abdullah
Setiausaha Agung MSS Selangor Encik Jailani bin Abdul
Setiausaha Agung MSS Sabah Encik Ruslan bin Madisal
Setiausaha Agung MSS Sarawak Encik Johnny Rasit
Setiausaha Agung MSS WP Kuala Lumpur Encik Muhamad Tarmizi bin Muhamad Nor
Setiausaha Agung MSS WP Labuan Encik Aznan bin Abidin
Setiausaha Agung MSS WP Putrajaya Encik Rozaidi bin Idris

14

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan PingPong MSSM 2022

JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA

PENGERUSI : TUAN HAJI ROZAINI BIN AHMAD, D.S.K, A.M.N, B.C.K
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK SABRI BIN OSMAN, B.C.K
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah (Pembangunan Murid)

NAIB PENGERUSI : ENCIK WAN NOR AZMAN BIN ZAINOL
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

SETIAUSAHA : ENCIK HAIZUL AZLI BIN ABU BAKAR
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Sukan),
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

PENOLONG SETIAUSAHA : MOHD SYAHRIL AZAHAR BIN ABDULLAH OMAR
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Sukan),
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

BENDAHARI : PUAN NORHASHIMAH BINTI ABD AZIZ
Pembantu Tadbir Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

15

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan PingPong MSSM 2022

AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA

: ENCIK ISHAK BIN ZULKIFLI
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

: ENCIK MOKHTAR BIN MANSOR
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan

: TUAN HAJI MAHADHIR BIN ISMAIL
Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu

: ENCIK ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN
Pegawai Pendidikan Daerah Baling

ENCIK AHMAD BASHORI BIN RAHIM
: Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap

: TUAN HAJI WAN KHALIM BIN AHMAD
Pegawai Pendidikan Daerah Pendang

: ENCIK AZHARI BIN ABDUL RASHID
Pegawai Pendidikan Daerah Sik

:-
Pegawai Pendidikan Daerah Kulim / Bandar Baharu

: TUAN HAJI MOHD KAMAL BIN HASHIM
Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi

16

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan PingPong MSSM 2022

JAWATANKUASA KERJA PENGELOLA

PENGERUSI : ENCIK SABRI BIN OSMAN, B.C.K
Timbalan Pengarah Pendidikan Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK ISHAK BIN ZULKIFLI

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

NAIB PENGERUSI I : ENCIK WAN NOR AZMAN BIN ZAINOL
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

NAIB PENGERUSI II : ENCIK DZIAUDDIN BIN SAAD
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

SETIAUSAHA : ENCIK HAIZUL AZLI BIN ABU BAKAR
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Sukan),
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

PENOLONG SETIAUSAHA : ENCIK MOHD SYAHRIL AZAHAR BIN ABDULLAH OMAR
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Sukan),
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

BENDAHARI : PUAN NORHASHIMAH BINTI ABD AZIZ
Pembantu Tadbir Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

17

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan PingPong MSSM 2022

PENGARAH JAWATANKUASA KERJA PENGELOLA
PERTANDINGAN
PENGERUSI TEKNIKAL : ENCIK LEE SU HAU
EX-OFFICIO Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Ping Pong MSSM

URUS SETIA : ENCIK TAN CHIRN YONG
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Ping Pong MSSK

: PUAN NOR ASMARA DIANA BINTI ABDULLAH
Penyelaras Ping Pong MSSM,
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

: ENCIK MOHD ADRIE BIN ADENAN
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Sukan), JPN Kedah

: ENCIK MUHAMMAD YAZIR BIN MD RODZI
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Sukan), JPN Kedah

: ENCIK ROSLI BIN ABDUL HALIM
Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kubang Teduh.

: ENCIK MUHAMAD SUFIAN BIN DAUD
Penolong Kanan Kokurikulum, SK Haji Abdul Rahman

18

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan PingPong MSSM 2022

JAWATANKUASA KECIL

PERTANDINGAN : Pengetua
SMJK Keat Hwa, Alor Setar

PERSIAPAN VENUE KEJOHANAN : Guru Besar
SJKC Pumpong, Alor Setar

: Guru Besar
SJKC Kou Hua, Kuala Nerang

SISTEM SIAR RAYA (PA SYSTEM) : Guru besar
SJKC Keat Hwa (S), Alor Setar

PENGINAPAN/ PENDAFTARAN : Pengetua
ATLET SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar

PERUBATAN DAN BANTU MULA/ : Pengetua
KAWALAN KESELAMATAN SMJK Keat Hwa 2, Alor Setar

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN/ : Guru Besar
CENDERAMATA SK Mergong, Alor Setar

PENYAMPAIAN HADIAH / SIJIL : Guru Besar
SK Sultanah Asma, Alor Setar

KEBERSIHAN/ KECERIAAN : Guru Besar
SK Suka Menanti, Alor Setar

MINUMAN/ JAMUAN PENUTUPAN : Guru Besar
RASMI SK Jalan Pegawai, Alor Setar

BUKU PROGRAM : Pengetua
SMK Agama Kedah, Alor Setar

FOTOGRAFI/ RAKAMAN/ : Guru Besar
DOKUMENTASI SK Convent, Alor Setar

SISTEM PERTANDINGAN : Pengetua
SMK Alor Janggus, Alor Setar

19

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kronologi Kejohanan

TARIKH MASA PROGRAM TEMPAT

• Ketibaan Kontinjen dan Pendaftaran Penginapan di

Penginapan Asrama Sekolah / Penginapan Alternatif

03 September 2022 • Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Dan Pembangunan
(Sabtu) Sukan Ping Pong Bil. 2/2022 di Bilik Kenanga SSTP
• JPN KEDAH, Alor Setar, Kedah.
( 2.00 petang )
8.00 pg - 6.00 ptg
Pendaftaran Pengadil Kejohanan di Hotel Seri
• Malaysia, Alor Setar, Kedah

Mesyuarat Pengurus Pasukan Ping Pong MSSM
2022 di Bilik Kenanga SSTP JPN KEDAH, Alor Setar,
Kedah.
( 5.00 petang )

• Mesyuarat /Taklimat Hakim Kejohanan di Hotel Seri

Malaysia, Alor Setar.
( 8.00 malam )

04 September 2022 8.00 pg - 6.00 ptg Kejohanan Ping P_ong MSSM 2022
(Ahad) Hari Pertama Acara Berpasukan Pusingan Awal
di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka
Menanti, Kedah.

05 September 2022 8.00 pg - 6.00 ptg Kejohanan Ping Pong MSSM 2022
(Isnin)
Hari Kedua Acara Berpasukan Pusingan Akhir di
Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti,
Kedah.

20

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Kronologi Kejohanan

TARIKH MASA PROGRAM TEMPAT

06 September 2022 8.00 pg - 6.00 ptg • Kejohanan Ping Pong MSSM 2022
(Selasa)
8.00 malam • Hari Ketiga Acara Perseorangan di Stadium Sultan
Abdul Halim, Jalan Suka Menanti ,Kedah.
Jamuan Makan Malam Kejohanan Bola Sepak dan
Kejohanan Ping Pong MSSM Tahun 2022 di Hotel
Raia.

8.00 pg - 2.00 ptg • Kejohanan Ping Pong MSSM 2022

07 September 2022 3.00 ptg • Hari Keempat Acara Perseorangan di Stadium
(Rabu) Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti,Kedah.

MAJLIS PENUTUPAN RASMIDAN
PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN PING
PONG MSSM 2022

(Bertempat di Stadium Sultan Abdul
Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah)

08 September 2022 9.00 pg Kontinjen MSS Negeri (termasuk pengadil) bergerak
(Khamis) pulang

21

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Senarai Kontinjen

22

23

24

25

26

2726

2827

2928

3029

3130

3231

3332

3433

3534

35

3736

3837

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

SekalungPenghargaan

JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA
JAWATANKUASA KERJA PENGELOLA

JAWATANKUASA KECIL
BARISAN PENGURUSAN
PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIK
JURULATIH-JURULATIH

GURU-GURU
PIHAK PENAJA NESTLE PRODUCTS DAN HURRICANE

DAN
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM

MENJAYAKAN
KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA TAHUN 2022

39

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Catatan

40

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2022

Catatan

41

42


Click to View FlipBook Version