The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vifboys, 2020-01-14 23:58:59

Minit HEM 3/2019

HEM

DIALOG PRESTASI
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA TEMBELING

BIL 3/2019

Tarikh : 14 November 2019 (Khamis)

Masa : 2.45 ptg

Tempat : Bilik Gerakan, SMK Kuala Tembeling

Agenda Mesyuarat :

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2/2019

3.0 Perkara-perkara berbangkit

4.0 Penilaian semula

4.1 HEM

5.0 Hal-hal lain

6.0 Penangguhan mesyuarat

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1 En. Mahmad Basri bin Idrus Pengetua

2 Pn. Zarena binti Hamzah GPK Pentadbiran

3 En. Razmi bin Omar GPK HEM

4 En. Sohaimi bin Hamzah GPK Kokurikulum

5 En. Mohamad Sopi bin Ismail KB Kemanusiaan

6 Pn. Normaziah binti Ismail KB Teknik & Vok

7 En. Rosdi bin Abdul Razak KB Bahasa

8 En. Mohd Idham bin Suhaimi KP Sivik /Guru Media

9 Pn. Norma binti Abd Manam Guru Bimbingan dan Kaunseling

10 Pn. Roslamiyah binti Ab. Latif GC Sains / KP Sains

11 Pn. Norhayaniwati binti Abdul Rasak Guru Matematik dan Sains

12 Pn. Norul Azlina binti Samsudin KP Pendidikan Islam

13 En. Mohd Zulkeflee bin Seman KP PJK

14 Cik Roshainaida binti Abdul Khalid KP Pendidkan Seni Visual

15 Pn. Aliza binti Adnan KP Matematik / Guru Data

16 Pn. Azroha Uwaihiddah binti Mohd Rozin KP Bahasa Inggeris

17 Pn. Hafizah binti Ibrahim KP Perniagaan

18 Pn. Farawahida binti Razali KP Kemahiran Hidup

19 Pn. Nor Fdzlina binti Sharuddin KP Geografi

20 Pn Norhashimah binti Muda KP Tasawwur Islam

21 Cik Nor Aliza bt Yusoff Penyelaras Pendidikan Khas

Tidak Hadir :
Bil
Nama Jawatan Sebab

1 En. Norirwan bin Zakaria Guru Pendidikan Khas Masalah kesihatan (Gout)

1

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mahmad Basri bin Idrus. Beliau mengalu-
alukan kedatangan Guru-guru Penolong Kanan (GPK), setiausaha mesyuarat
guru, guru kaunseling serta barisan guru.

1.2 Syukur ke hadrat Illahi kerana dapat bersama di Mesyuarat Akhir Bil 3
walaupun buat masa sekarang adalah amat sukar untuk mengumpulkan
kesemua guru memandangkan terdapat pelbagai tugas yang perlu digalas
seperti pengawas peperiksaan SPM, Pentaksir PT3, Penyelia Kawasan dan
sebagainya.

1.3 Beliau turut menzahirkan rasa simpati buat cikgu Norirwan di atas masalah
kesihatan iatu penyakit gout yang teruk sehingga menyukarkan beliau untuk
hadir ke mesyaurat pada petang ini.

1.4 Terdapat pelbagai perkara yang akan dibincangkan pada petang ini dan guru
diminta untuk merujuk minit mesyaurat Bil 2/2019 dengan melayari laman
web online di alamat sesawang anyflip.com/qzll/pmxl. Minit mesyuarat tidak
lagi diedarkan secara hardcopy tujuannya adalah untuk mengurangkan
pengurusan kertas.

1.5 Untuk makluman awal, surat pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 hingga 5
bagi tahun 2020 telah diedarkan kepada pelajar untuk makluman penjaga
masing-masing.

1.6 Tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian oleh para guru ialah:

 30.12.2019 - Mesyuarat Pentadbir
 31.12.2019 - Dialog Prestasi Pengurusan dan Pentadbiran
 01.01.2020 - Pendaftaran pelajar ting 1-5 dan pendaftaran pelajar

Asrama

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Pn. Roslamiyah bt Abd Latif mencadangkan agar minit mesyuarat diterima.
Cadangan disokong oleh En. Mohd Rosdi bin Abd Razak dan En. Mohd Idham bin
Suhaimi.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit
Antara perkara berbangkit ialah:

3.1 GPK HEM membuat makluman bahawa:
Bil Nama/Jawatan
11. Jawatankuasa Pengurusan SMM/APDM
(DIBATALKAN)

Jawatankuasa ini akan diwujudkan semula dan dibawah tanggungjawab Pn. Aliza
bt. Adnan. Beliau turut memohon kerjasama dari En Mohd Idham untuk membantu
guru-guru menggunakan sistem ini.

Tindakan : Pn. Aliza dan En. Mohd Idham

2

3.2 Tn. Pengetua memohon En. Zulkeflee untuk menghasilkan gelanggang
petanque sebelum bersara untuk dibuat kenang-kenangan memandangkan
beliau merupakan Pengerusi Persatuan Petanque Jerantut.
(En. Mohd Zulkeflee memaklumkan bahawa pembinaan gelanggang ini
masih dalam perancangan dan agak sukar untuk dilaksanakan kerana
tiada bajet).

4.0 Penilaian Semula

4.1 Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)
Pembentangan oleh GPK HEM, En. Razmi bin Omar .

4.1.1 Mohon semua guru untuk mengemaskini pelaporan bagi perkara berikut
dan menghantarnya ke bilik GPK HEM iaitu:
 Fail Jawatankausa
 S/usaha Hal ehwal pelajar
 Disiplin
 Badan pengwas sekolah
 Takaful
 Keselamatan
 Bina insan
 Biasiswa
 Bantuan persekolahan
 Kaunseling
 Asrama
 Warden
Tindakan : Semua Setiausaha Unit HEM

4.1.2 Semua guru dijemput hadir ke Anjung Qaseh pada 20 November 2019
jam 8.00 malam untuk majlis makan malam asrama yang bertemakan
Arabian Night. Semua pelajar asrama akan dibawa ke sana.
Makluman: Semua guru

4.1.3Jawatankuasa data akan diwujudkan semula dan berada di bawah seliaan
Pn. Aliza.
Tindakan: Pn. Aliza bt Adnan

4.1.4 Guru kelas sila pastikan status kenegaraan murid adalah betul terutama
bagi pelajar tingkatan 2 dan 4 memandangkan pelajar terebut akan
menduduki peperiksaan awam pada tahun depan. Status dan
pendapatan penjaga juga perlu dikemaskini.Terdapat ralat yang dicurigai.
Mohon kerjasama guru kelas untuk mengemaskini dan membuat
semakan sehingga 15 November sekiranya terdapat ralat.
Tindakan: Guru kelas

4.1.5 Pn. Azroha selaku s/usaha SPBT memaklumkan bahawa buku teks bagi
pelajar yang hilang perlu diganti atau beli yang baru.

3

4.1.6 Pn Hafizah selaku warden momohon dilepaskan jawatan warden yang
dipegang oleh beliau selama setahun. Tempoh perjanjian adalah setahun
sahaja. Mohon pihak pentadbir untuk meneliti kembali perjanjian yang
telah dibuat dan membuat pertimbangan. Respon dr Tn. Pengetua ialah
beliau akan meneliti dan mengkaji semula permintaan tersebut.
Tindakan: Tn. Pengetua dan GPK HEM

4.1.7 Mohon guru mengemaskini fail masing-masing dan ucapan terima kasih
atas kerjasama dan perhatian dari guru-guru.
Tindakan : Semua Guru

5.0 Hal-hal lain

5.1 Guru-guru dimohon untuk menyelesaikan semua tugas sebelum cuti.
Walaupun begitu sekiranya terdapat keperluan guru boleh dipanggil bekerja
tidak lebih dari 1/3 cuti yang diperuntukkan. Pihak sekolah telah menerima
surat dari MLFS dan 10 orang pelajar yang akan terlibat menyertainya.
Makluman: Semua guru

5.2 Pn. NorHayaniwati secara rasminya meletakkan jawatan sebagai pengerusi
kelab guru bagi tahun 2019 kerana sudah ada lantikan baru untuk tahun
2020.Keputusan undian kelab guru telah diedarkan kepada semua guru dan
dilampirkan bersama penyata keewangan kelab guru pada tahun 2019.
Semua guru di jemput untuk hadir ke Rotarium pada 15 November 2019 untuk
menikmati makan malam bagi majlis penutup aktivit kelab guru pada tahun
2019.
Makluman: Semua guru

5.3 En. Mohd Sohaimi menyatakan perancangan aktiviti kokurikulum pada tahun
hadapan perkehemahan akan dijalankan di Pulau Perhentian. Ia dijangka
akan dijalankan dari bulan Februari hingga ogos. Tujuannnya untuk
mebolehkan pelajar mendapatkan sijil ke peringkat yang lebih tinggi.
Makluman: Semua guru

6.0 Ucapan Penangguhan

Tn. Pengetua mengharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik
dalam semua urusan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

4

Disediakan oleh :

……………………………………….
(NORMA BINTI AB. MANAM)
Setiausaha Hal Ehwal Murid

Disemak oleh : ,

……………………………………….
(RAZMI BIN OMAR)
GPK Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh :

…………………………….
(MAHMAD BASRI BIN IDRUS)
Pengetua

5


Click to View FlipBook Version