The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vifboys, 2019-12-30 09:16:56

minit mesyuarat bil 3/2019

bil 3

DIALOG PRESTASI
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA TEMBELING

BIL 3/2019

Tarikh : 14 November 2019 (Khamis)

Masa : 2.45 ptg

Tempat : Bilik Gerakan, SMK Kuala Tembeling

Agenda Mesyuarat :

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2/2019

3.0 Perkara-perkara berbangkit

4.0 Penilaian semula

4.1 Pentadbiran

4.2 Kurikulum

4.3 HEM

4.4 Kokurikulum

5.0 Hal-hal lain

6.0 Penangguhan mesyuarat

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1 En. Mahmad Basri bin Idrus Pengetua

2 Pn. Zarena binti Hamzah GPK Pentadbiran

3 En. Razmi bin Omar GPK HEM

4 En. Sohaimi bin Hamzah GPK Kokurikulum

5 En. Mohamad Sopi bin Ismail KB Kemanusiaan

6 Pn. Normaziah binti Ismail KB Teknik & Vok

7 En. Rosdi bin Abdul Razak KB Bahasa

8 En. Mohd Idham bin Suhaimi KP Sivik /Guru Media

9 Pn. Norma binti Abd Manam Guru Bimbingan dan Kaunseling

10 Pn. Roslamiyah binti Ab. Latif GC Sains / KP Sains

11 Pn. Norhayaniwati binti Abdul Rasak Guru Matematik dan Sains

12 Pn. Norul Azlina binti Samsudin KP Pendidikan Islam

13 En. Mohd Zulkeflee bin Seman KP PJK

14 Cik Roshainaida binti Abdul Khalid KP Pendidkan Seni Visual

15 Pn. Aliza binti Adnan KP Matematik / Guru Data

16 Pn. Azroha Uwaihiddah binti Mohd Rozin KP Bahasa Inggeris

17 Pn. Hafizah binti Ibrahim KP Perniagaan

18 Pn. Farawahida binti Razali KP Kemahiran Hidup

19 Pn. Nor Fdzlina binti Sharuddin KP Geografi

20 Pn Norhashimah binti Muda KP Tasawwur Islam

21 Cik Nor Aliza bt Yusoff Penyelaras Pendidikan Khas

Tidak Hadir :
Bil
Nama Jawatan Sebab

1 En. Norirwan bin Zakaria Guru Pendidikan Khas Masalah kesihatan (Gout)

1

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mahmad Basri bin Idrus. Beliau mengalu-
alukan kedatangan Guru-guru Penolong Kanan (GPK), setiausaha mesyuarat
guru, guru kaunseling serta barisan guru.

1.2 Syukur ke hadrat Illahi kerana dapat bersama di Mesyuarat Akhir Bil 3
walaupun buat masa sekarang adalah amat sukar untuk mengumpulkan
kesemua guru memandangkan terdapat pelbagai tugas yang perlu digalas
seperti pengawas peperiksaan SPM, Pentaksir PT3, Penyelia Kawasan dan
sebagainya.

1.3 Beliau turut menzahirkan rasa simpati buat cikgu Norirwan di atas masalah
kesihatan iatu penyakit gout yang teruk sehingga menyukarkan beliau untuk
hadir ke mesyaurat pada petang ini.

1.4 Terdapat pelbagai perkara yang akan dibincangkan pada petang ini dan guru
diminta untuk merujuk minit mesyaurat Bil 2/2019 dengan melayari laman web
online di alamat sesawang anyflip.com/qzll/pmxl. Minit mesyuarat tidak lagi
diedarkan secara hardcopy tujuannya adalah untuk mengurangkan
pengurusan kertas.

1.5 Untuk makluman awal, surat pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 hingga 5 bagi
tahun 2020 telah diedarkan kepada pelajar untuk makluman penjaga masing-
masing.

1.6 Tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian oleh para guru ialah:

 30.12.2019 - Mesyuarat Pentadbir
 31.12.2019 - Dialog Prestasi Pengurusan dan Pentadbiran
 01.01.2020 - Pendaftaran pelajar ting 1-5 dan pendaftaran pelajar

Asrama
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Pn. Roslamiyah bt Abd Latif mencadangkan agar minit mesyuarat diterima.
Cadangan disokong oleh En. Mohd Rosdi bin Abd Razak dan En. Mohd Idham bin
Suhaimi.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

Antara perkara berbangkit Semasa Mesyuarat Guru Bil 2/2019 ialah:

5.1 GPK HEM membuat makluman bahawa:

Bil Nama/Jawatan

11. Jawatankuasa Pengurusan SMM/APDM

(DIBATALKAN)

Jawatankuasa ini akan diwujudkan semula dan dibawah tanggungjawab Pn. Aliza bt.

Adnan. Beliau turut memohon kerjasama dari En Mohd Idham untuk membantu guru-

guru menggunakan sistem ini. Tindakan : Pn. Aliza dan En. Mohd Idham

7.6 Tn. Pengetua memohon En. Zulkeflee untuk menghasilkan gelanggang
petanque sebelum bersara untuk dibuat kenang-kenangan memandangkan
beliau merupakan Pengerusi Persatuan Petanque Jerantut.

2

(En. Mohd Zulkeflee memaklumkan bahawa pembinaan gelanggang ini
masih dalam perancangan dan agak sukar untuk dilaksanakan kerana
tiada bajet).

4.0 Penilaian Semula
Tn. Pengetua meminta semua GPK untuk membentangkan dan membuat penilaian
sama ada aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 sesuai atau tidak
untuk dijalankan pada tahun hadapan. Guru-guru diminta untuk memberikan
pandangan dan pendapat. Tujuan mesyuarat adalah lebih kepada dialog prestasi.

4.1 Pengurusan Pentadbiran

Pembentangan oleh GPK Pentadbiran, Pn. Zarena bt Hamzah.

4.1.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPP)

Terdapat guru yang belum menyerahkan Borang Keberhasilan

walaupan tarikh memasukkan markah pada 22 November telah pun

berakhir. 90% guru didapati masih belum mendapat maklumat jelas

tentang PBPPP. Oleh itu, setiausaha LADAP diminta untuk

menjalankan aktivit LADAP pada tahun hadapan sebelum mengisi dan

menghantar borang keberhasilan untuk mengelakkan sebarang

kesilapan seperti tahun ini. Tindakan: S/usaha LADAP

4.1.2 SKPMg2
Alhamdulillah SKPMg2 telah selesai dan berjaya dilaksana mengikut
masa yang telah ditetapkan.

4.1.3 LADAP dan PLC
Analisis PPD mendapati SMKKT berada di tempat ke-15 di daerah
Jerantut.
Hanya tujuh aktiviti PLC dilaporkan, walaupun banyak aktiviti PLC
dilaksanakan.
S/usaha Ladap memaklumkan bahawa mata kredit minimum bagi
setiap guru ialah 42. Guru yang mempunyai sumbangan khusus di
PPD hendaklah memasukkan sendiri ke dalam sistem.
Tindakan: Semua guru

4.2 Pengurusan Kurikulum
Pembentangan oleh GPK Kurikulum, Pn. Zarena bt Hamzah.
4.2.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pengisian PBD dilihat tidak lancar kerana guru mengisi tahap prestasi
pelajar di fasa yang kedua setiap hujung tahun.
Pengisian PBD mempunyai dua fasa iaitu:
 Fasa 1 dari bulan januari hingga Jun
 Fasa 2 dari bulan Julai hinggga November
Diharapkan guru dapat mengisi secara sistematik mengikut fasa
bukannya mengumpulkan dan mengisinya di penghujung tahun.
Tindakan: Semua guru
4.2.2 Peperiksaan Akhir Tahun
Semua keputusan akan diserahkan kepada pelajar. Satu slip akan
diserahkan kepada pelajar manakala satu lagi slip akan disimpan di
dalam fail peribadi pelajar. Guru-guru juga dimohon untuk

3

4.2.3 memasukkan markah akhir tahun selewat-lewatnya pada 18
November supaya setiausaha peperiksaan dapat membuat analisis.

Tindakan: Semua guru
Kenaikan pangkat
Guru diminta untuk alert tarikh penting kenaikan pangkat. Pastikan
semua maklumat di dalam e-operasi disemak dan betul. Mohon juga
guru memberi perhatian kepada tarikh-tarikh penting seperti tahun
pengalaman mengajar,opsyen dan sebagainya.

Tindakan: Semua guru

4.2.4 Mohon guru-guru mengemaskini jumlah waktu mengajar di dalam e-
operasi. Jumlah waktu mengajar sepatutnya ialah:

 GPK antara 14-16 waktu
 guru media dan guru data tidah melebihi 16 waktu
 ketua bidang dan guru akademik 24-32 waktu.

Tindakan:Setiausaha jadual waktu

4.2.5 Bagi tahun 2020, jumlah kelas yang akan dibuka adalah seperti

berikut:

Tingkatan 1: 2 kelas

Tingkatan 2 : 2 kelas

Tingkatan 3 : 1 kelas

Tingkatan 4 : 2 kelas

Tingkatan 5 : 2 kelas

Tingkatan 3 sahaja satu kelas dan setakat ini masih lagi belum

muktamad dari En. Basri PPD. Makluman: Semua guru

4.2.6 Pada tahun 2020 jugak, guru kelas bagi setiap kelas adalah dua

orang. Ia bertujuan untuk menguruskan kelas sekiranya ketiadaan

guru pada masa-masa tertentu. Makluman: Semua guru

4.2.7 Pada masa pertama iaitu 7.40pagi berlaku defisit pembelajaran. Pada

tahun 2020 jadual pdpc akan dilewatkan sebanyak 20minit untuk

memberi laluan kepada pengurusan kelas. Kedatangan pelajar dan

pengurusan kelas akan diuruskan oleh guru kelas pada jam 7.40-8.00

pagi.

Dua hari sahaja yang ada pengurusan kelas iaitu hari selasa dan

khamis.

Pn. Norul Azlina juga mencadangkan semua guru waktu akhir untuk

menyorongkan kerusi sebelum balik dan membuang sampah. Ia

bertujuan untuk membentuk soft skill amanah, bertanggungjawab

dapat dipraktikkan. Makluman: Semua guru

4.2.8 Pn. Zarena mengedarkan borang senarai semak serahan dokumen
dan peralatan. Ia perlu di hantar pada 21 November 2019.Guru juga
diwajibkan menghantar Fail Rekod Mengajar (FRM). Di dapati
penghantaran FRM pada bulan oktober cuma 65% sahaja. Ia
menunjukkan proses penghantaran FRM yang sangat rendah. FRM
yang telah siap perlu dihantar ke bilik GPK 1.

Tindakan: Semua guru

4

4.2.9 Mohon juga kepada guru-guru yang memegang kunci-kunci bilik khas
menyerahkan kunci tersebut kepada Pn. Salmah dan mengisi
maklumat penyerahan ke dalam buku yang disediakan. Ia bertujuan
untuk penyelanggaraan pada masa cuti. Tindakan: Semua guru

4.2.10 Ketua bidang bahasa, kemanusiaan dan teknik vokasional diminta
melengkapkan borang penetapan guru matapelajaran yang akan
mengajar pada tahun 2020 dan diserahkan kepada Pn. Nor Fdzlina
untuk disusun jadual waktu semua guru. Tindakan: Ketua Bidang

4.2.11 Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada Pn. GPK 1 di atas
laporan yang telah dibuat. Tn. Pengetua mengharapkan guru
mengambil berat bidang tugas yang diamanahkan dan membuat
perubahan ke arah yang lebih baik. Tn. Pengetua juga bercadang
untuk melaksanakan e-rph online tetapi ia mengambil masa untuk
dilaksanakan.

4.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)
Pembentangan oleh GPK HEM, En. Razmi bin Omar .

4.3.1 Mohon semua guru untuk mengemaskini pelaporan bagi perkara
4.3.2
berikut dan menghantarnya ke bilik GPK HEM iaitu:
 Fail Jawatankausa
 S/usaha Hal ehwal pelajar
 Disiplin
 Badan pengwas sekolah
 Takaful
 Keselamatan
 Bina insan
 Biasiswa
 Bantuan persekolahan
 Kaunseling
 Asrama
 Warden

Semua guru dijemput hadir ke Anjung Qaseh pada 20 November

2019 jam 8.00 malam untuk majlis makan malam asrama yang

bertemakan Arabian Night. Semua pelajar asrama akan dibawa ke

sana. Makluman: Semua guru

4.3.3 Jawatankuasa data akan diwujudkan semula dan berada di bawah

seliaan Pn. Aliza. Tindakan: Pn. Aliza

4.3.4 Guru kelas sila pastikan status kenegaraan murid adalah betul

terutama bagi pelajar tingkatan 2 dan 4 memandangkan pelajar

terebut akan menduduki peperiksaan awam pada tahun depan.

Status dan pendapatan penjaga juga perlu dikemaskini.Terdapat ralat

yang dicurigai. Mohon kerjasama guru kelas untuk mengemaskini

dan membuat semakan sehingga 15 November sekiranya terdapat

ralat. Tindakan: Guru kelas

5

4.3.5 Pn. Azroha selaku s/usaha SPBT memaklumkan bahawa buku teks
bagi pelajar yang hilang perlu diganti atau beli yang baru.

4.3.6 Pn Hafizah selaku warden momohon dilepaskan jawatan warden
yang dipegang oleh beliau selama setahun. Tempoh perjanjian
adalah setahun sahaja. Mohon pihak pentadbir untuk meneliti
kembali perjanjian yang telah dibuat dan membuat pertimbangan.
Respon dr Tn. Pengetua ialah beliau akan meneliti dan mengkaji
semula permintaan tersebut.

Tindakan: Tn. Pengetua dan GPK HEM

4.3.7 Mohon guru mengemaskini fail masing-masing dan ucapan terima
kasih atas kerjasama dan perhatian dari guru-guru.
Tindakan : Semua Guru

4.4 Pengurusan kokurikulum
Pembentangan oleh GPK Kokurikulum, En. Sohaimi bin Hamzah .
4.4.1 Setiap tahun dilaksanakan aktiviti merentas desa bermula pada awal
tahun. Tiada masalah berbangkit. Berkemungkinan pada tahun
hadapan akan disegerakan persiapan untuk merentas desa.
Makluman: Semua guru

4.4.2 Mohon guru-guru memberikan pendapat sekiranya terdapat

cadangan untuk menambah atau mengurangkan aktiviti sukan. Guru

mungkin tidak akan bertukar rumah sukan kerana ia nya baru

ditukarkan. Makluman: Semua guru

4.4.3 Mohon setiausaha yang baru dilantik pada tahun hadapan untuk
megenalpasti pelajar supaya pelajar yang kuat dapat digaihkan
secara adil mengikut rumah sukan masing-masing.

Tindakan:S/usaha kokurikulum

4.4.4 Pada tahun ini sekolah tidak menghantar pelajar ke pertandingan
bola sepak,bola jaring, dan bola tampar. Walupun begitu, pihak
sekolah telah menghantar pelajar untuk menyertai pertandingan
sepak takraw dan berjaya merangkul gelaran johan.

4.4.5 Pada tahun hadapan, pihak sekolah masih lagi tidak mampu untuk

menghantar pelajar mewakili pertandingan bola sepak, bola jaring,

dan bola tampar. Makluman: Semua guru

4.4.6 Setiusaha kelab mohon menghantar semua laporan ke bilik GPK
Kokurikulum. Tahun depan akan ada fail putih untuk memasukkan
segala kertas kerja yang telah dibuat. Makluman: Semua guru

4.4.7 Guru penasihat diminta untuk menghantar fail dan buku laporan ke
bilik GPK Kokurikulum.

4.4.8 PAJSK telah siap. Ia diisi pada setiap awal dan hujung tahun dan
dibuat oleh guru kelas.

6

4.4.9 PAJSK diuruskan En. Mohd Zulkeflee. Keputusan yang telah siap
akan dicetak disimpan di dalam fail dan diserahkan kepada pelajar.
Slip tersebut perlu dicetak sebelum 30 Disember 2019. Jika gagal
dilaksanakan pada tarikh tersebut segala maklumat akan hilang. Fail
PAJSK dan fail kokurikulum perlu dihantar ke bilik GPK Koko.

4.4.10 Perkhemahan unit beruniform yang telah diadakan merupakan

aktiviti kokurikulum yang terakhir. Perbelanjaan perkhemahan

adalah seperti berkit:

Perbelanjaan perkhemahan RM 5 200

Sumbangan PIBG RM 1 000

Sumbangan pelajar RM 3 500

Baki yang masih ada adalah RM 326. Guru boleh membuat tuntutan

perjalanan bagi yang menghantar pelajar ke tapak perkhemahan

menggunakan kereta sendiri. Aktiviti kokurikulum akan diadakan

pada waktu pagi pada tahun hadapan seperti pada tahun 2019.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Guru-guru dimohon untuk menyelesaikan semua tugas sebelum cuti.

Walaupun begitu sekiranya terdapat keperluan guru boleh dipanggil

bekerja tidak lebih dari 1/3 cuti yang diperuntukkan. Pihak sekolah telah

menerima surat dari MLFS dan 10 orang pelajar yang akan terlibat

menyertainya. Makluman: Semua guru

5.2 Pn. NorHayaniwati secara rasminya meletakkan jawatan sebagai

pengerusi kelab guru bagi tahun 2019 kerana sudah ada lantikan baru

untuk tahun 2020.

Keputusan undian kelab guru telah diedarkan kepada semua guru dan

dilampirkan bersama penyata keewangan kelab guru pada tahun 2019.

Semua guru di jemput untuk hadir ke Rotarium pada 15 November 2019

untuk menikmati makan malam bagi majlis penutup aktivit kelab guru

pada tahuan 2019. Makluman: Semua guru

5.3 En. Mohd Sohaimi menyatakan perancangan aktiviti kokurikulum pada

tahun hadapan perkehemahan akan dijalankan di Pulau Perhentian. Ia

dijangka akan dijalankan dari bulan Februari hingga ogos. Tujuannnya

untuk mebolehkan pelajar mendapatkan sijil ke peringkat yang lebih

tinggi. Makluman: Semua guru

6.0 Ucapan Penangguhan
Tn. Pengetua mengharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik dalam
semua urusan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

7

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………. ……………………………………….
(NOR FDZLINA BT SHARUDDIN) (ZARENA BINTI HAMZAH)
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh :

…………………………….
(MAHMAD BASRI BIN IDRUS)
Pengetua

8


Click to View FlipBook Version