The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vifboys, 2020-01-14 01:34:33

dialog prestasi 4 2019

kurikulum

MINIT DIALOG PRESTASI KURIKULUM
SMK KUALA TEMBELING
BIL. 4 / 2019

TARIKH : 17 September 2019
Masa : 2.45 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Kuala Tembeling

Agenda : 1.0 Aluan Pengerusi
2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2019
6.0 Hal-hal lain
7.0 Penangguhan mesyuarat

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan
1 En.Mahmad Basri bin Idrus Pengetua
2 Pn Zarena binti Hamzah GPK Kurikulum dan Pentadbiran
3 En Razmi bin Omar GPK Hal Ehwal Murid
4 En Rosdi bin Abdul Razak Guru Bahasa Melayu
5 En Mohamad Sopi bin Ismail Guru Sejarah
6 Pn Normaziah binti Ismail Guru Prinsip Akaun/perniagaan
7 Pn Roslamiyah binti Ab Latif Guru Sains
8 Pn Hafizah binti Ibrahim Guru Bahasa Melayu /Perniagaan
9 Cik Roshainaida binti Abdul Khalid Guru Pendidikan Seni Visual
10 Pn Azroha Uwaihiddah binti Mohd Rozin Guru Bahasa Inggeris
11 Pn Norhayaniwati binti Abdul Rasak Guru Matematik
12 Pn Nor Fdzlina binti Sharuddin Guru Geografi

Tidak Hadir :

Bil Nama Alasan
1 En Mohamad Fadli bin Mat Husin

1

1.0 Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. Fokus utama dialog kali ini
adalah untuk membincangkan prestasi calon SPM dalam peperiksaan percubaan 2019.
1.2 Pengerusi menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih mempunyai masa dan
ruang untuk memperbaiki keputusan.
1.3 Pecutan akhir dalam tempoh sebulan sebelum peperiksaan sebenar.
1.4 Peperiksaan sebenar SPM bagi mata pelajaran Geografi dan Pendidikan Seni Visual
adalah pada 15 dan 17 Oktober 2019

2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

Setiausaha membentangkan minit daripada muka surat 1 hingga muka surat 3.
Pengesahan minit mesyuarat Dialog Prestasi Kurikulum bil 3/2019
2.1 Dicadangkan oleh Roshainaida binti Abdul Khalid.
2.2 Disokong oleh Rosdi bin Abdul Razak

3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada

4.0 Analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2019

4.1 Pembentangan analisis oleh Pn Zarena binti Hamzah
4.1.1 11 orang calon sahaja yang lulus mata pelajaran Bahasa Melayu
4.1.2 Tiada calon yang lulus mata pelajaran Sejarah.
4.1.3 Program Intervensi adalah salah satu usaha untuk memperbaiki keputusan
calon.

4.2 Pembentangan mata pelajaran Bahasa Melayu oleh En Rosdi bin Abdul Razak
4.2.1 9 orang calon gagal termasuk Arsyad
4.2.2 Soalan kertas 2 peperiksaan percubaan ini agak sukar dan pemyumbang kepada
kegagalan adalah bahagian pemahaman.
4.2.3 Tiada calon yang mendapat lebih daripada 5/15 untuk bahagian novel. Soalan
menyoal tentang peristiwa sedangkan calon tidak membaca novel kerana tidak
menarik.
4.2.4 Kaedah penyelesaian ialah calon akan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang
dikendalikan oleh En Rosdi dan Pn Hafizah.
4.2.5 Fokus setiap kumpulan adalah menumpukan perhatian kepada soalan yang
belum pernah keluar dalam peperiksaan.
4.2.6 Latihan daripada soalan-soalan percubaan negeri lain
4.2.7 Latihan rumusan, pemahaman, tatabahasa untuk pelajar lemah oleh Pn Hafizah
4.2.8 Target adalah 100% lulus

4.3 Pembentangan mata pelajaran Sejarah oleh En Mohamad Sopi bin Ismail
4.3.1 2 orang calon melepasi markah 30
4.3.2 11 orang calon mendapat markah di antara 20-30
4.3.3 2 orang calon mendapat markah bawah 20
4.3.4 1 orang calon dibawah 10

2

4.3.5 Menggunakan set-set soalan daripada Saujana, JUJ untuk latih tubi supaya
terdedah kepada bentuk soalan sebenar.

4.3.6 Kertas 2 : Ada calon menjawab 1 soalan sahaja, sepatutnya menjawab 3 soalan.
4.3.6.1 Soalan 1 : menguji pengetahuan
4.3.6.2 Soalan 2: menguji rasional
4.3.6.3 Soalan 3: menguji KBAT dan rasional

4.3.7 Guna model YPEIM untuk kelas malam
4.3.8 Peruntukan markah untuk kertas 3 adalah 30% sahaja.
4.3.9 Bantuan daripada Pn Hasliza binti Shamsuddin ( SMK Padang Saujana)

diperlukan bagi calon menjawab kertas 3.
4.3.10 Pn Che Rohani bt Che Awang ( SMK Jerantut) diperlukan untuk kertas 2.

4.4 Pembentangan mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Pn Azroha Uwaihiddah binti Mohd
Rozin
4.4.1 12 calon gagal
4.4.2 Calon kurang faham kehendak soalan dan tedapat calon yang mencampurkan
bahasa melayu dalam jawapan Ini akan menyebabkan calon kehilangan markah.
4.4.3 Kaedah penyelesaian adalah menggunakan modul.
4.4.4 Calon akan di bahagikan kepada 3 kumpulan.
4.4.5 Target adalah 10 calon lulus

4.5 Pembentangan mata pelajaran Sains oleh Pn Roslamiyah binti Ab Latif
4.5.1 Sebahagian calon menguasai kertas 1
4.5.2 Calon lemah dilatih secara intensif menjawab bahagian A dan C kertas 2
4.5.3 Latih tubi menggunakan soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas dan
soalan-soalan JUJ

4.6 Pembentangan mata pelajaran Matematik oleh Pn Norhayaniwati binti Abdul Rasak
4.6.1 4 orang calon yang lulus.
4.6.2 Fokus calon lemah adalah bahagian B.
4.6.3 Latih tubi soalan percubaan

4.7 Laporan mata pelajaran Ekonomi, Perniagaan dan Geografi
4.7.1 Calon tidak memjawab penuh soalan-soalan esei.

5.0 Hal-hal lain
5.1 Program Jejak Ilmu di Uitm, Jengka pada 20-22 September 2019.
5.2 Jadual Anjal akan mengabungkan kedua-dua kelas dan bertempat di makmal Komputer.
5.3 Jadual Kelas malam bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Perniagaan untuk
pelajar asrama sahaja. Tiada paksaan untuk pelajar luar.
5.4 Ujian mendengar PT3 mata pelajaran Bahasa Melayu pada 23-24 September 2019

3

6.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik dalam semua
urusan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh
………………………………………
ROSLAMIYAH BINTI AB LATIF ………………………………………………
Setiausaha Kurikulum ZARENA BINTI HAMZAH
GPK Kurikulum dan Pentadbiran
Disahkan Oleh
……….…………………………
MAHMAD BASRI BIN IDRUS
Pengetua

4


Click to View FlipBook Version