CERITA LILI DAN ALI DI LADANG HAIWAN
Pada suatu hari, Lili dan Ali pergi ke ladang haiwan bersama dengan datuknya. Ladang haiwan tersebut dikenali sebagai Ladang Pak Atan. Lili dan Ali berasa sangat teruja dan gembira.
Setelah tiba di ladang haiwan, Lili dan Ali terpegun melihat suasana ladang haiwan yang sangat luas dan cantik. Kedua-duanya tidak sabar ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan ladang tersebut.
Semasa Lili dan Ali berjalan-jalan di sekitar kawasan ladang Pak Atan, mereka melihat beberapa ekor ayam yang sedang berkeliaran di kawasan luar reban. Terdapat 4 ekor ayam yang sedang mencari makan di sekitar reban tersebut.
Kemudian, Lili dan Ali pun terus melanjutkan perjalanan mereka ke kawasan ladang lembu. Mereka melihat 3 ekor lembu yang sedang memakan rumput. Lembu-lembu tersebut terlihat sangat besar dan gagah.
Pada waktu petang, Lili dan Ali turut melihat haiwanhaiwan yang lain seperti kuda, kambing dan juga itik di sekitar ladang Pak Atan. Mereka melihat 2 ekor itik yang sedang berada di dalam kolam.
Setelah seharian penuh melawat haiwan-haiwan di Ladang Pak Atan, Lili dan Ali pun pulang ke rumah bersama-sama dengan datuknya. Mereka terlihat sangat gembira kerana dapat menikmati suasana di ladang dan juga dapat melihat pelbagai jenis haiwan ternakan di ladang Pak Atan.
TAMAT