BAHASA MELAYU SEM 2
(KATA SENDI NAMA)
Maksud Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan
yang hadir di hadapan kata nama
atau frasa nama.
di sejak, semenjak
akan dalam, antara
terhadap
tentang, mengenai hingga, sampai
ibarat melalui, menerusi
Contoh kata daripada
sendi nama kepada
pada
demi dengan
untuk, bagi
ke
dari
oleh
KATA SENDI NAMA
● Kata sendi nama mempunyai
tugas yang berlainan.
● Penggunaannya ditentukan oleh
peraturan – peraturan tertentu.
● Terdapat beberapa kata sendi
nama yang dapat menjadi
anggota kata yang lain. Seperti
kata bantu aspek dan kata
hubung.
Contoh kata sendi nama yang menjadi anggota
kata yang lain.
Orang tua itu marah akan budak Pokok kelapa itu akan ditebang.
itu. (akan: kata bantu aspek)
(akan: kata sendi nama)
Ali ke sekolah dengan menaiki
Ali ke sekolah dengan bas. bas.
(dengan: kata sendi nama) (dengan: kata hubung)
Mereka berbincang mengenai Bola itu mengenai palang gol.
masalah pengangguran. (mengenai: kata kerja)
(mengenai: kata sendi nama)
Keterangan di
Contoh ayat
Kata sendi nama di hadir di
hadapan frasa nama yang A) Kamal tinggal di Kampung Tengah.
menunjukkan tempat. B) Kereta itu ditinggalkan di tepi bangunan.
C) Pameran itu diadakan di dewan orang
Ditulis terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang ramai.
mengikutinya. D) Di bahagian utara tanah air, hujan lebat.
Tidak boleh hadir dihadapan Kesalahan
kata nama atau frasa nama
yang menunjukkan masa. A) Nelayan ke laut di awal pagi. (X)
Nelayan ke laut pada awal pagi. (/)
B) Di waktu senja dia pergi. (X)
Pada waktu senja dia pergi. (/)
Keterangan akan
Contoh ayat
Kata sendi akan hadir di
hadapan kata nama atau frasa A) Haiwan itu sayang akan anaknya.
nama yang merujuk manusia. B) Kita perlu cinta akan bahasa kebangsaan.
C) Kerana marah akan nyamuk, mengapa
Penggunaannya hendaklah
didahului oleh kata adjektif kelambu dibakar?
yang bersifat emotif.
Kesalahan
Penggunaan akhiran –kan
ditempat kata sendi nama Dia bertindak sedemikian kerana bencikan
akan merupakan suatu seseorang. (X)
kesalahan.
Dia bertindak sedemikian kerana benci akan
seseorang. (/)
Keterangan terhadap
Kata sendi nama Contoh ayat
terhadap digunakan
sebagai unsur yang A) Sikap pengurus itu terhadap orang
membawa maksud bawahannya wajar dipuji.
rujukan yang
melibatkan B) Kajian terhadap spesies haiwan itu sedang
penyambut yang dikaji.
tentu, sama ada
manusia, haiwan C) Kini, permintaan terhadap minyak kelapa
atau benda. sawit semakin meningkat.
[Dalam ayat diatas, yang hadir selepas kata
sendi nama terhadap merupakan penyambut
tentu, iaitu orang (ayat A), haiwan (ayat B) dan
tumbuh-tumbuhan (ayat C)]
tentang, mengenai
Keterangan Contoh ayat
Kedua-dua kata sendi nama A) Mereka berbincang mengenai / tentang
ini digunakan sebagai unsur disiplin penjawat awam.
yang membawa rujukan bagi
sesuatu yang tidak tentu, B) Ramai orang tidak prihatin tentang /
umum, abstrak, atau mujarad. mengenai kebersihan persekitaran.
Kata sendi nama tentang [Disiplin penjawat awam dan kebersihan
boleh bertukar ganti dengan persekitaran dalam ayat (A) dan (B) merupakan
mengenai (yang bukan kata sesuatu yang umum atau mujarad]
kerja.)
bagai, ibarat, laksana, macam, seperti, umpama
Keterangan Contoh ayat
Kata sendi nama di atas A) Lelaki itu berlagak bagai, ibarat, laksana,
digunakan di hadapan kata macam, seperti, umpama tokoh korporat.
nama atau frasa nama yang
membawa maksud B) Keakraban Rina dengan Liya bagai, ibarat,
perbandingan. laksana, macam, seperti, umpama isi
dengan kuku.
Penggunaan kata sendi nama
ini boleh bertukar ganti antara
satu sama lain.
Keterangan sejak, semenjak
Contoh ayat
Sejak dan semenjak hadir
dihadapan kata nama atau A) Zalina kurang ceria semenjak/ sejak
frasa nama untuk membawa kematian ibunya.
maksud penanda waktu.
(Permulaan). B) Sejak / Semenjak peristiwa itu, Yazid tidak
lagi mandi di pantai.
C) Bapa Mei Kuan bertugas di Ranau sejak /
semenjak dua tahun yang lalu.
Kedua-dua kata sendi nama
itu boleh bertukar ganti.
Keterangan melalui, menerusi
Contoh ayat
Melalui dan menerusi
digunakan di hadapan kata A) Rayuan iti hendaklah dihantar ke ibu pejabat
nama atau frasa nama untuk melalui / menerusi ketua jabatan.
membawa maksud arah
laluan atau tempat. B) Maklumat semasa tentang perkembangan
wabak tersebut boleh diperoleh melalui /
menerusi media elektronik.
Secara umumnya, melalui dan
menerusi boleh ditukar ganti.
Keterangan dalam, antara
Kata sendi nama dalam dan
antara hadir di hadapan kata Contoh ayat
nama atau frasa nama yang
mendukung maksud A) Majid berjaya dalam bidang keusahawanan.
lingkungan yang tidak B) Durian adalah antara buah yang popular di
mempunyai ruang atau jarak.
daerah itu.
Kedua-dua kata sendi nama Kesalahan
ini boleh berfungsi sebagai A) Malaysia tidak ketinggalan di dalam bidang
kata arah.
sukan. (X)
B) Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang
sukan. (/)
C) Pertentangan pendapat di antara dua orang
pemimpin itu sudah berakhir. (X)
D) Pertentangan pendapat antara dua orang
pemimpin itu sudah berakhir. (/)
Keterangan hingga, sampai
Kedua-dua kata sendi nama
ini digunakan di hadapan kata Contoh ayat
nama atau frasa nama untuk
membawa makaud perihal, A) Pelajar itu mengulang kaji pelajaran hingga /
peringkat dan had masa, atau sampai lewat malam.
tempat.
B) Peristiwa itu akan kukenang hingga /
Hingga dan sampai boleh sampai akhir hayatku.
ditukar ganti.
Catatan:
Perkataan sampai boleh digunakan sebagai kata
kerja. Contohnya:
A) Ali sampai disekolah pada pukul 7:30 pagi.
B) Pengetua sudah lama sampai di asrama.
Perkataan sampai dalam ayat di atas bermaksud
tiba. (Kata kerja)
Keterangan demi
Contoh ayat
Kata sendi nama demi hadir di
hadapan kata nama atau frasa A) Kita perlu berjuang demi negara yang
nama dengan membawa tercinta.
maksud tujuan.
B) Demi masa depannya, Aiman belajar
bersungguh-sungguh.
C) Peraturan operasi penyelamat perlu
dipatuhi demi melancarkan kerja-kerja
menyelamat.
bagi, untuk
Kedua-dua kata sendi nama ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
untuk:
Keterangan Contoh ayat
Menujukkan kegunaan untuk A) Orang ramai menderma bagi / untuk
sesuatu; bagi dan untuk boleh membantu mangsa banjir.
bertukar ganti.
B) Tempat tinggal bagi / untuk pekerja asing
sudah siap dibina.
C) Soalan bagi / untuk pelaksanaan kajian itu
sedang disediakan.
Menyatakan maksud A) Anugerah itu hanya untuk pelajar istimewa.
bahagian yang ditentukan;
untuk tidak boleh bertukar B) Uniform baharu itu untuk ahli pengakap.
ganti dengan bagi.
C) Hadiah ini adalah untuk meraikan ulang
tahun perkahwinan mereka.
ke
Kata sendi nama ke hadir di hadapan kata nama dan frasa nama yang
menunjukkan tempat, arah dan waktu. Ke hendaklah dituklis terpisah daripada
kata nama yang mengikutinya.
Keterangan Contoh ayat
A) Kami akan ke Ipoh minggu depan.
Menunjukkan tempat atau B) Haiwan itu terjatuh ke dalam kolam.
arah.
C) Rozi melihat ke atas dan ke bawah pokok
itu sebelum menebangnya.
Menunjukkan waktu atau A) Bulan Syawal sampai ke penghujungnya.
masa. B) Hujan berterusan hingga ke dinihari.
C) Siti menunggu datuknya hingga ke senja.
dari
Dari hadir di hadapan kata nama yang menyatakan tempat, arah atau masa.
Keterangan Contoh ayat
A) Hilmi baru keluar dari gua itu.
Menujukkan tempat atau arah. B) Pemuda itu datang dari penjuru padang.
C) Kewajaran tindakan itu hendaklah dilihat
dari sudut agama.
Menunjukkan waktu atau A) Pemeran itu bermula dari pukul sepuluh
masa. hingga ke pukul lima petang.
B) Dari awal pagi Leman membanting tulang di
bendangnya.
C) Prestasi kakitangan akan dinilai dari tahun
ke tahun.
oleh
Kata sendi nama oleh hadir di hadapan mata nama atau frasa nama untuk:
Keterangan Contoh ayat
Menunjukkan hubungan A) Puisi itu dikarang olehnya.
pembuat dalam ayat pasif di-, B) Kerbau jantan itu dilanggar oleh lori.
ter- dan kena. C) Peragut itu kena pukul oleh orang ramai.
Menujukkan hubungan yang Pemain badminton itu tewas oleh (sebab)
kekurangan stamina.
bermaksud sebab. Perkataan
“sebab” dalam kata sendi Pemain badminton itu tewas lantaran
nama “oleh sebab” digugurkan kekurangan stamina.
dan diganti dengan lantaran.
daripada
Kata sendi nama ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan punca, sumber dan perbezaan atau perbandingan.
Keterangan Contoh ayat
Menyatakan punca berkaitan A) Kamal menerima surat daripada temannya.
dengan manusia, haiwan, B) Sumbangan itu daripada badan kebajikan.
benda dan unsur mujarat. C) Daripada kucingnya, Kamal mendapat
seekor burung.
Menyatakan maksud sumber A) Perabot itu diperbuat daripada kayu jati.
atau asal kejadian sesuatu B) Pakaian daripada sutera memang mahal.
benda. C) Ahli persatuan itu terdiri daripada pesara
tentera
Menyatakan perbezaan atau A) Penerangan Cikgu Hasan lebih mudah
perbanding. difahami daripada Cikgu Rahim.
B) Bubur kacang ibu lebih manis daripada kek
ini.
kepada
Kata sendi nama ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menyatakan sasaran dan pecahan dan perubahan.
Keterangan Contoh ayat
Menyatakan sasaran A) Devan mengirimkan laporan itu kepada
(manusia, haiwan dan unsur majikannya.
mujarad.)
B) Merokok mendatangkan kesan buruk
kepada perokok.
Menyatakan pecahan. A) Waktu rehat pekerja kilang itu dibahagikan
kepada dua sesi.
B) Peserta klinik bola sepak itu dibahagikan
kepada enam kumpulan.
Menyatakan perubahan A) Suhu disekitar bandar itu menurun kepada
keadaan. 20 darjah celcius.
B) Harga bahan mentah itu meningkat kepada
para yang lebih baik.
pada
Kata sendi nama ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk:
Keterangan Contoh ayat
A) Majlis itu diadakan pada waktu pagi.
Menunjukkan keterangan
masa. B) Pada zaman penjajahan, rakyat menderita.
Menunjukkan tempat sesuatu A) Maklumat itu tertampal pada papan
itu ditunjukkan kenyataan.
B) Potret pemimpin itu tergantung pada
dinding.
Didahului oleh perkataan A) Buku novel itu ada pada Najwa.
“ada”; (ada pada manusia dan B) Gading hanya ada pada gajah.
haiwan. C) Keistimewaan itu hanya ada pada kamu.
Menyatakan bentuk A) Pada saya, soal kebajikan pekerja amat
ungkapan yang abstrak. penting.
B) Projek itu, pada hemat saya kurang sesuai
dengan situasi semasa.
dengan
Kata sendi nama inj digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
membawa maksud:
Keterangan Contoh ayat
Bersama-sama atau berserta. A) Pak Maun ke kebun dengan anaknya.
B) Dia tidak berkawan dengan sesiapa pun.
C) Dengan pihak keselamatan, penduduk
kampung itu berdialog.
Cara sesuatu itu dilakukan. A) Kedua-dua pasukan bola sepak itu bermain
dengan hebatnya.
B) Berita kematian pemimpin itu diterima
dengan perasaan sedih.
Memakai atau A) Bapa menebang pokok itu dengan kapak.
menggunakannya sebagai B) Kuih itu dibungkus dengan daun pisang.
alat. C) Mereka makan bubur dengan sudu.
Menyatakan keadaan A) Keputusan peperiksaan Sani setimpal
perbandingan yang serupa dengan usahanya selama ini.
atau sama.
B) Harga motokar itu sama dengan rumah
saya.
TERIMA
KASIH