The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan pembelajaran bagi tajuk Korban dan Akikah Pendidikan Islam Tingkatan 4
(PP2312063T)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayah.f, 2024-05-30 03:00:26

PENDIDIKAN ISLAM Tingkatan 4 (KORBAN & AKIKAH)

Bahan pembelajaran bagi tajuk Korban dan Akikah Pendidikan Islam Tingkatan 4
(PP2312063T)

TUGASAN 1 INDIVIDU (B) DT50002 TEKNOLOGI DIGITAL & INOVASI DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH: DR. LEE BIH NI


KORBAN & AKIKAH PP2312063T SITI NUR HIDAYAH BT FERIDAUS FIKAH


Murid dapat: Menyatakan maksud, hukum, dalil serta haiwan yang disyariatkan untuk korban dan akikah dengan betul. 1. Menjelaskan syarat sah, perkara sunat dan tempoh pelaksanaan untuk korban dan akikah dengan tepat. 2. Menjelaskan pembahagian daging korban dan akikah dengan tepat. 3. Merumuskan hikmah korban dan akikah dengan betul. 4. 5.Berazam untuk melaksanakan korban. HASIL PEMBELAJARAN


MAKSUD, DALIL & HUKUM KORBAN KORBAN : Menyembelih binatang ternakan (alAn’am) pada 10 Zulhijah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. DALIL DISYARIATKAN KORBAN: (Surah al-Kautsar: 2) HUKUM: Sunat Muakad & Wajib jika bernazar


MAKSUD, DALIL & HUKUM AKIKAH AKIKAH : Binatang ternakan (al-An’am) yang disembelih sempena kelahiran bayi. DALIL DISYARIATKAN AKIKAH: (Riwayat Tirmidzi) HUKUM: Sunat Muakad & Wajib jika bernazar


BINATANG TERNAKAN YANG DISYARIATKAN KORBAN / AKIKAH UNTA LEMBU KAMBING KERBAU BIRI-BIRI


Niat : Berniat korban ketika binatang disembelih. Masa Pelaksanaan : Selepas solat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pada akhirhari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijah. SYARAT SAH KORBAN Sifat al-An ’ am : Bebas daripada penyakit atau kecacatan. Cukup Umur : Unta= 5 tahun dan ke atas. Lembu atau kerbau= 2 tahun dan ke atas. Kambing= 2 tahun dan ke atas. Biri-biri= 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan. 01 02 03 04


SYARAT SAH AKIKAH Niat : Berniat akikah ketika binatang disembelih. Sifat Al-An ’ am : Bebas daripada penyakit atau kecacatan. Masa Pelaksanaan : Setelah bayi dilahirkan. Cukup Umur : Unta= 5 tahun dan ke atas. Lembu atau kerbau= 2 tahun dan ke atas. Kambing= 2 tahun dan ke atas. Biri-biri= 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan.


PERKARA SUNAT KORBAN Orang berkorban tidak bercukur dan memotong kukunya pada permulaan Zulhijah sehingga selesai berkorban. Melakukan penyembelihan sendiri dan tidak mewakilkan orang lain jika mampu. Melaksanakan segala sunat sembelihan. Membaca ‘Bismillah Allahuakbar’ dan berselawat ketika menyembelih. Berdoa semasa menyembelih: ي ِّن َتَقَّبْل ِم َف ْيَك، َل ِإ ُهَّم َهَذا ِمْنَك َو َّل ال Maksudnya: Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, terimalah korbanku.


PERKARA SUNAT AKIKAH Menyembelih ketika matahari sedang naik. Dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran. Tidak mematahkan tulang binatang semasa memotong daging kecuali mengikut sendinya. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan. Memberikan nama yang baik kepada bayi. Bersedekah dengan emas dan perak mengikut berat rambut bayi yang telah dicukur. Berdoa semasa menyembelih: ...)اسمه( ٌة اللُهَّم َهَذا ِمْنَك َعِقيَق َا ْر، ْكَب َأ ْسِم هللا وُهللا ِب Maksudnya: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, akikah ini ... (sebut nama anak).


KORBAN 1 Zulhijah: Orang berkorban makruh bercukur dan memotong kuku. 10 Zulhijah: Afdal selepas naik matahari selepas solat sunat Aidiladha dan dua khutbah. 11 Zulhijah: Sunat korban. 12 Zulhijah: Sunat korban. 13 Zulhijah: Sunat korban. 14 Zulhijah: Tidak sah korban. TEMPOH PELAKSANAAN AKIKAH Sunat: Setelah sempurna kelahiran sehingga bayi itu baligh. Sunat muakad: Pada hari ke-7 kelahiran bayi.


1/3 dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran. 1/3 dimakan oleh pihak yang berkorban dan anggota keluarga. 1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin. PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN


Sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan sesudah dimasak. Afdal sedekah masakan kepada orang miskin. Orang yang melakukan akikah juga sunat makan masakan. PEMBAHAGIAN DAGING AKIKAH


HIKMAH KORBAN Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S untuk meningkatkan semangat jihad. Menguatkan persaudaraan antara umat Islam kerana solat sunat Aidiladha dapat menghimpunkan seluruh umat Islam. Tanda syukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat supaya rezeki yang diperoleh sentiasa diberkati.


HIKMAH AKIKAH Menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat. Menghebohkan berita kelahiran supaya tidak timbul presangka. Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil.


ششككررا !


Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2019. Ms: 117-128. Yusoff, M. Z., Zaidan, H., Zulkefley, M. Z., (2022). Ranger Revisi Cepat SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022. Pelajaran 15, ms: 65-69. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version