PGA 101
TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISme
DAN APLIKASI
NAMA AHLI KUMPULAN 8
HARSHINI A/P MAHENDRAN
(157169)
NUR ALIA NAZIHAH BINTI ROHASYIMI
(157737)
SAIDATUL MAZNI BINTI MOHD ADNAN
(158952)
NAMA P
ENSYARAH
PROF.MADYA DR.NIK ROSILA BINTI NIK YAACOB
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
5-10
SUB TAJUK 11
Pengenalan Teori Konstruktivisme 12-19
Tokoh Pelopor Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme Kognitif Jean Piaget 20-27
Teori Konstruktivisme Sosial Lev Vygotsky 28-30
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme 31-34
Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme 35-38
Peranan Murid dalam Pembelajaran Konstrutivisme
ISI KANDUNGAN MUKA S
URAT
SUB TA
JUK 39-40
41
Cabaran dalam Teori Konstruktivisme
Aplikasi Teori Konstruktivisme 42-47
47-49
Model Konstrutivisme Lima Fasa Needham
Model Pembelajaran 5E 50
Kesimpulan 51-52
Rujukan
PENGERTIAN
KONSTRUKTIVISME
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme merupakan suatu teori yang bersifat membangun iaitu
membangun dari segi proses pembelajaran,pemahaman dan kemampuan.Selain
itu konstruktivisme juga bermaksud proses mengasimilasi dan mengaitkan
pengalaman dan pengajaran yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada
murid.Teori konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai suatu pembelajaran yang
bersifat generatif di mana murid mencipta makna berdasarkan perkara yang
dipelajari.
Konstruktivisme juga merupakan suatu kefahaman di mana murid membina
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.Menurut teori ini,guru bukan sahaja memberikan
pengetahuan malah berperanan secara aktif untuk membangunkan pengetahuan
dalam memori murid.Melalui cara ini,murid diberi peluang untuk mengemukakan
idea masing-masing seterusnya dapat memberikan kefahaman tentang sesuatu
pembelajaran dengan catatan dan bahasa mereka sendiri.
Terdapat beberapa definsi teori konstruktivisme yang telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh individu.Antara maksud dan definisi
tersebut ialah:
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan pengajaran
berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia
belajar.Berdasarkan penyelidikan didapati individu bukan menerima
pengetahuan daripada orang lain tetapi membina
pengetahuan.McBrien dan Brandt (1997)
Murid membina sendiri pengetahuan dengan menguji idea-idea
serta pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang
sedia ada,mengaplikasi pada situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baharu yang diperoleh dengan binaan intelektual yang
sedia ada. Brinner.M(1999)
Seorang ahli pendidikan Deway mejelaskan proses pembelajaran
berorientasikan pelajar bagi memastikan pelajar dapat menganalisis
pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap diri dan lebih terarah. Withall,1991
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang
dunia dan mensintesiskan pengalaman baharu berdasarkan kefahaman
sedia ada dan membentuk peraturan melalui refleksi berdasarkan interaksi
mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea
atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan
menginterpretasi apa yang dilihat agar sepadan dengan peraturan yang
dibentuk agar dapat menerangkan maklumat baharu dengan lebih baik.
(Brooks & Brooks, 1993)
Secara kesimpulannya,dalam proses pembelajaran ini,murid
menimba pengetahuan melalui penglibatan diri secara aktif
dan membandingkan maklumat baharu dangan maklumat
yang sedia ada untuk mencapai kefahaman tentang
maklumat baharu serta dapat menyelesaikan masalah.
Gambaran pengertian konstruktivisme
Simbol A menunjukkan pengetahuan
yang sedia ada oleh murid.
Simbol B menunjukkan maklumat
atau idea baharu yang diperoleh
melalui pembe
lajaran yang
disampaikan oleh guru.
Simbol C menunjukkan murid
mengintegrasikan pengetahuan
baharu dengan pengetahuan yang
sedia ada untuk mencapai
kefahaman tentang maklumat
baharu.
TOKOH PELOPOR TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
JEROME BRUNER LEV VYGOTSKY
(1915-1980) (1896-1934)
JOHN DEWEY JEAN PIAGET
1929 1896-1980
TEORI KONSTRUKTIVISME
KOGNITIF
JEAN PIAGET
BIODATA TOKOH JEAN PIAGET
Dilahirkan di Neuchatel,Switzerland pada 9
Ogos 1896.Beliau merupakan ketua
Experimental Psikologi Switzerland.Beliau
juga telah menulis lebih 60 buah buku dan
ratusan artikel pada akhir kerjayanya.Beliau
merupakan ahli psikologi yang paling
terkemuka.Penyelidikan Piaget tertumpu
kepada cara manusia memperoleh ilmu
pegetahuan.Beliau telah mencadangkan
empat prinsip konsep iaitu proses berterusan
menyusun maklumat dan pengalaman dalam
sistem mental.Antara contonya adalah
skema,adaptasi,asimilasi dan akomodasi.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME KOGNITIF JEAN PIAGET
Menurut Piaget manusia mempunyai struktur pengetahuan dalam otak
mereka.Pembinaan pengatahuan atau lebih dikenali sebagai teori
pembelajaran ialah proses di mana murid dianggap sebagai pembina
pengetahuan.Murid membina pengetahuan berdasarkan topik yang
dipelajar dengan menghubungkan pengetahuan baharu dan
pengetahuan sedia ada.Setiap pengalaman yang ada akan dimaknai
dan setiap pengalaman itu berbeza antara individu.Apabila memperoleh
pengalaman yang baharu ia akan dihubung kait dengan pengalaman
yang sedia ada dalam otak murid tersebut.Keadah pembelajaran
konstruktivisme kognitif ini bertujuan membantu pelajar untuk
mengasimilasikan maklumat baharu kepada pengetahuan sedia ada
mereka.
KONSEP ASAS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME KOGNITIF PIAGET (1970)
SKEMA
(KEBOLEHAN DAN
PENGALAMAN INDIVIDU
ASIMILASI ADAPTASI
(MAKLUMAT BAHARU (PROSEASDPAENPTYAESIUAIAN)
MEMPUNYAI PERSAMAAN
DENGAN MAKLUMAT PROSES PENYESUAI
SEDIA ADA) AKOMODASI
(MAKLUMAT BAHARU TIDAK
SAMA DENGAN MAKLUMAT
SEDIA ADA)
EQUILIBRASI DISEQUILIBRASI
SKEMA
Menurut Piaget skema merupakan suatu struktur kognitif yang terbentuk melalui
pengalaman.Skema juga merupakan suatu blok asas tingkah laku pintar.Blok
asas tingkah laku pintar merupakan cara untuk mengatur pengetahuan.Skema
juga boleh dikenali sebagai satu unit pengetahuan yang berkaitan aspek seperti
objek,tindakan dan konsep abstrak seperti teori.Menurut Wadsworth(2004)
skema memberitahu individu cara bergerak balas terhadap suatu
ransangan.Skema seseorang boleh berubah berkembang seiring peningkatan
umur.
Contoh skema:
Seseorang mempunya skema membeli makanan di restoran.Di sini,skema ialah
corak tingkah laku individu tersebut seperti memilih menu makanan,memesan
makanan dan membayar bil.Oleh itu,setiap kali individu tersebut berada di
restoran dia akan mendapat semula skema melalui ingatannya dan
mengaplikasikan pada situasi.
ASIMILASI PROSES PENYESUAIAN
Proses menyesuaikan maklumat baharu dalam skema,persepsi dan pemahaman
sedia ada.Setiap pemahaman yang sedia ada tidak berubah walaupun terdapat
maklumat baharu.Hal ini bermakna apabila mendapat maklumat baharu
seseorang tersebut akan merujuk kepada maklumat sedia ada iaitu maklumat
yang dipelajai sebelum ini dan cuba menyesuaikan kedua-duanya.
Contoh Asimilasi:
Kanak-kanak berumur 2 tahun melihat seorang lelaki botak di atas kepalanya
dan mempunyai ramput keriting panjang di sisi.Melalui skema kanak=kanak
tersebut dia mengetahui bentuk rupa sebegitu merupakan rupa badut.Oleh
itu,kanak-kanak tersebut menjerit 'badut' 'badut' kepada bapanya.
AKOMODASI
Proses menyemak persepsi dan pemahaman sedia ada supaya maklumat
baharu boleh digabungkan.Akomodasi berlaku apabila skema sedia ada perlu
diubah untuk memahami situasi baharu.Akomodasi yang terjadi juga akan
membentuk skema baharu yang sesuai dengan ransangan baharu atau
mengubah skema sedia ada sehingga sesuai dengan ransangan yang baharu
itu.
Contoh akomodasi:
Dalam kejadian badut tadi,bapa kanak-kanak tersebut menjelaskan kepada
anaknya lelaki yang dilihat tersebut bukan badut walaupun rambut lelaki itu
dilihat seperti badut tetapi dia tidak memakai kostum lucu dan tidak membuat
orang ramai ketawa.Oleh itu,kanak-kanak tersebut mendapat pengetahuan
baharu,maka skema telah berubah menjadikannya lebih sesuai dengan idea
atau konsep baharu.
KESEIMBANGAN
Keseimbangan berlaku apabila skema boleh menerima
kebanyakan maklumat baharu melalui proses
asimilasi.Keseimbangan merupakan suatu daya yang
mendorong proses pembelajaran.Namun begitu,proses
ketidakseimbangan boleh berlaku apabila maklumat baharu
yan diterima tidak dapat dimuatkan dalam sedia ada ketika
proses asimilasi.Setiap individu akan berusaha untuk
memulihkan keseimbangan dengan cara menguasai cabaran
baharu iaitu akomodasi.
TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL
LEV VYGOTSKY
BIODATA TOKOH LEV VYGOTSKY
Beliau dilahirkan di Orsha pada
17November 1896.Vygotsky telah menulis
buku tentang Pemikiran dan Bahasa serta
Fikiran Masyarakat.Beliau juga telah
memperkenalkan teori konstruktivisme
sosial dan memperkenalkan idea Zon
Perkembangan Proksimal.Seterusnya,beliau
juga telah memperkenalkan konsep
perancah'scaffolding' yang berkait rapat
dengan ZPD.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME sosial LEV VYGOTSKY
Menurut Vygotsky terdapat dua peringkat perkembangan kognitif
iaitu peringkat sosial di mana pemerolehan maklumat berdasarkan
interaksi antara dua individu manakala peringkat yang kedua ialah
peringkat individu di mana maklumat diperoleh individu tersebut
mempunyai kemahiran menukarkan maklumat maklumat dan
pengetahuan berdasarkan kefahaman daripada interaksi
sosial.Seterusnya,murid-murid membina pengetahuan secara individu
serta sosial.Oleh itu,murid perlu diberi peluang untuk berinteraksi
dengan maklumat yang disampaikan supaya dapat membuat
interpretasi masing-masing.Setiap murid mempunyai latar
belakang,budaya,kebolehan dan minat yang berbeza menyebabkan
mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza.
zon perkembangan proksimal(zpd)
Zon Perkembangan Proksimal menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran
yang sukar dilakukan oleh murid-murid dijayakan dengan bantuan orang yang
lebih dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.Menurut Vygotsky apabila
murid berada pada zon ini dengan memberikan bantuan yang sesuai akan
memberikan rangsangan yang cukup bagi seseorang murid melengkapkan
tugasan.ZPD juga merupakan jurang di antara apa yang murid boleh lakukan
tanpa bantuan dengan apa yang boleh murid lakukan dengan bantuan.Terdapat
tiga komponen yang penting dalam proses ini iaitu:
Kehadiran mereka yang mempunyai pengetauan dan kemahiran melebihi
murid lain.
Interaksi sosial murid dengan tutor yang membolehkan murid mengikuti
bimbingan daripada mereka yang lebih berpengetahuan sepert guru.
Aktiviti sokongan 'Scaffolding'yang disediakan sebagai soongan kepada
murid.
Tahap zon perkembangan proksimal
TAHAP PERKEMBANGAN SEBENAR TAHAP PERKEMBANGAN BERPOTENSI
Penyelesaian masalah oleh Penyelesaian masalah oleh
kanak-kanak tanpa sebarang kanak-kanak dengan bantuan
bantuan dan bimbingan daripada
orang dewasa
model zpd
Lingkaran berwarna ungu menunjukkan murid
memerlukan bantuan dan bimbingan daripada guru
dan rakan sebaya yang mahir untuk menyelesaikan
masalah dan melaksanakan tugasan.
Lingkaran biru menunjukkan murid memerlukan
bimbingan dan bantuan secara total daripada guru
dan rakan sebaya yang mahir.
Lingkaran hijau menunjukkan murid mempunyai
sedikit pengetahuan tetapi memerlukam sedikit
bimbingan daripada guru dan rakan sebaya yang
mahir untuk pembelajaran dan menyelesaikan
masalah.
KONSEP scaffolding/perancah
Konsep perancah merupakan Menurut Hartman(2002) tujuan guru
mengajar berpandukan scaffolding
teknik yang digunakan oleh adalah untuk menjadikan pelajar
sebagai penyelesai masalah dan
seseorang yang memiliki individu pembelajar yang bebas.
kemahiran untuk membantu
seseorang yang kurang
pengetahuan.Sebagai Melalui pendekatan scaffolding dapat
contoh,guru dan rakan sebaya menjadikan murid berminat dalam
yang mahir memberi bantuan melaksanakan tugasan dengan efektif
kepada murid yang lemah dan sehingga berjaya dan dapat mengembambang
memerlukan bantuan sahaja. potensi dan zon perkembangan proksimal
pelajar.
JENIS SCAFFOLDING DAN APLIKASI DALAM BILIK DARJAH
JENIS CONTOH
Guru seni lukis telah mendemonstrasikan cara melukis
MODELLING sebelum mengarahkan pelajar untuk cuba melukis
secara bersendirian
SOALAN JAWAB Guru bertanyakan soalan selepas memberi penerangan
kepada murid.
PROMPTING Guru memberi sokongan an dorongan kepada pelajar
(DORONGAN) untuk menyelesaikan masalah dan melaksanakan
tugasan
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
Menggalakkan murid bertanya dan
berdialog dengan murid dan guru
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting
dengan hasil pembelajaran.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Mengambil kira kepercayaan dan
sikap yang dibawa oleh murid
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar
sesuatu idea
Menggalakkan proses inkuiri murid
melalui kajian dan eksperimen
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Menyokong pembelajaran
secara koperatif
Menggalakkan dan menerimaa daya usaha
dan autonomi murid
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia
sebenar
Lebih faham Lebih berfikir Lebih ingat
Lebih yakin
Lebih KELEBIHAN
berkemahiran PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
sosial
Lebih seronok
Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan
Faham berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai
melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti
mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses
data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih
jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam
pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang
memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan
pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.
Ingat setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat
yakin mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka
terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru.
Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang
untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.
Ini menjadikan mereka lebih yakin sendiri dan berani
menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Kemahiran Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan
orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan
sosial masalah. kemhiran sosial ini diperoleh apabila murid
berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru-guru dalam
Seronok membina pengetahuan mereka.
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid
membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif.
Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun
menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Peranan murid dalam pembelajaran
konstruktivisme
Mengemukakan soalan dan isu, membuat Mencabar hipotesis untuk membuat ramalan
analisis dan menjawab soalan itu serta menguji hipotesis mereka
melalui perbincangan
Berbincang dengan guru yang akan membantu
mengukuhkan idea mereka Menggunakan data dan bahan fizikal,
manipulatif untuk menolong
menjana idea
Peranan guru dalam pembelajaran
konstruktivisme
- Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta
menghargai pandangan mereka.
- Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid
- Membantu murid menyedari kerevelenan kurikulum kepada
kehidupan mereka
-Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas,
bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis
Peranan guru dalam pembelajaran
konstruktivisme
- Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk
penyelesaian,menganalisis,meramal,meneroka dan membuat
hipotesis
- Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan
mereka
-Menggalakan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan
bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid lain
Peranan guru dalam pembelajaran
konstruktivisme
- Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab
soalan dikemukakan
- Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat
perkaitan antara idea yang telah dijanakan
- Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan
tugasan tertentu
- Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat
CABARAN DALAM TEORI KONSTUKTIVISME
Guru harus memiliki kreativiti yang tinggi dalam menyampaikan pengetahuan
pembelajaran.
Dalam teori konstruktivisme, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan
kreatif dalam membimbing pelajar untuk membina pengetahuan mereka sendiri.
Guru juga memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan
bepengetahuan luas.
Guru merasa mereka tidak mengajar
Penerangan yang guru terangkan semasa pengajaran dan pembelajaran tidak
difahami sepenuhnya oleh pelajar. Pembelajaran konstruktivis berasaskan
pembelajaran berpusatkan murid di mana murid aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah berpusatkan murid merujuk murid bertindak aktif dalam
pembelajaran dan guru hanya membimbing sahaja.
CABARAN dalam teori KONSTUKTIVISME
Pembelajaran jangka masa panjang
Pembelajaran konstruktivisme mengambil masa yang agak lama. Hal ini kerana pelajar
perlu memerlukan masa untuk menyelesaikan tugasan yang diberi kepada mereka di
mana mereka perlu membuat analisis dan pemerhatian sendiri.
Kawalan kelas agak merosot.
Guru sukar mengawal murid-murid dalam kelas sehingga menyebabkan murid bertindak
agresif. Hal ini disebabkan kerana murid sangat aktif dalam membina pengetahuan
mereka sendiri. Guru berasa sukar untuk mengawal kelakuan murid yang agresif dan
guru perlu bijak dan mahir mengawal pembelajaran berasaskan konstruktivisme.
Terdapat beberapa kesulitan dan cabaran dalam pelaksanaan dan pembelajaran
konstruktivisme, namun guru perlu beruasa mengatasi cabaran-cabaran tersebut untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermanfaat kepada pelajar.
APLIKASI TEORI
KONSTRUKTIVISME
MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM (1987)
Model ini dicadangkan oleh Needham dalam 'Children's Learning in Science Project' di
Universiti Leeds, United Kingdom pada tahun 1987.
5 fasa ini menekankan kepada peranan murid dalam pembelajaran dan guru bertindak
sebagai fasilitator.
Kelebihan pendekatan ini:
1.Murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif.
2.Untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep serta
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktid dalam kelas.
3.Pembelajaran tradisional dikaitkan dengan pembelajaran moden.
4.Perkaitannya dibina sendiri oleh murid, bukan guru.
5.Konsep yang dibina pada struktur kognitif pelajar akan berkembang dan berubah
apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru.
LIMA FASA NEEDHAM
ORIENTASI
PENCETUSAN IDEA
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
APLIKASI IDEA
REFLEKSI
PERBANDINGAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DENGAN
KAEDAH KONVENSIONAL
MODEL PEMBELAJARAN 5E
Satu model instruksional yang berasaskan kepada pendekatan
konstruktivisme untuk pembelajaran.
Kaedah ini menyatakan bahawa pelajar membina idea baharu
berdasarkan kepada idea lama mereka.
Pendekatan ini membantu menghasilkan satu pembelajaran berkesan
dalam menjana pemikiran aras tinggi pelajar.
5E ini merupakan fasa pembelajaran yang membolehkan pelajar dan
guru untuk membuat aktiviti yang biasa dengan menggunakan
pengetahuan asas untuk meningkatkan kefahaman kepada konsep
dengan berterusan.
Prinsip 5E
1. Engage (Penglibatan)
Dalam peringkat ini, penglibatan murid secara aktif diberi lebih penekanan dalam pembelajaran.
Guru akan memperkenalkan konteks pembelajaran yang ingin diajar dan menyediakan situasi bagi episod pembelajaran.
Dalam penglibatan ini murid berupaya membina pemahaman asas terhadap aktiviti yang dijalankan.
Guru boleh menarik minat dan fokus pelajar dengan aktiviti menarik dan rangsangan minda seperti kuiz, video, gambar lagu dan sebagainya.
2. Explore (Penerokaan)
Dalam kelima-lima prinsip ini, prinsip Explore merupakan komponen yang paling penting kerana murid dapat membina pemahaman konsep
berasaskan first hand experience dan murid didedahkan dengan pelbagai cara yang baharu untuk meneroka sesuatu.
Beberapa soalan akan diutarakan kepada pelajar untuk menjawab agar dapat meningkatkan pemahaman mereka.
Dalam penerokaan ini, guru akan membimbing dan memberi maklumat tambahan kepada murid agar memudahkan pembelajaran dalam kelas.
3. Explain (Penerangan)
Pada peringkat ini , input dari guru amat diperlukan setelah murid membina pemahaman konsep di mana ia melibatkan pemantapan dari segi
terminologi, definisi, model dan analogi.
Murid akan menerangkan sesuatu konsep atau membuat aplikasi secara praktikal.
Guru juga menggalakkan murid untuk menghasilkan pembentangan dalam pelbagai bentuk untuk menyampaikan idea dan pemahaman mereka.
Prinsip 5E
4. Elaborate (Penghuraian)
Murid boleh menjelaskan konsep mereka dengan membuat pembentangan di hadapan kelas. Hal ini membantu
mengukuhkan, mendalami dan mengembangkan pemahaman konsep melalui mengaplikasikan konsep tersebut.
Dalam peringkat ini murid berupaya melatih diri mereka untuk menjelaskan dan menghuraikan pembentangan mereka
kepada rakan-rakan.
Murid akan mengaitkan aktiviti mereka dengan keadaan situasi masa kini supaya mereka tahu bagaimana idea itu
dipraktikkan.
5. Evaluate (Penilaian)
Di peringkat ini, pentaksiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan tugasan oleh guru.
Penilaian perlu dilakukan di akhir setiap prinsip E untuk menyemak perkembangan pemahaman murid iaitu pentaksiran
formatif.
Guru boleh membantu dalam peringkat ini untuk memberikan penilaian dan peneguhan positif kepada murid agar murid
berasa semangat untuk meneruskan pembelajaran berasaskan konstruktivisme.
KESIMPULAN
Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana
manusia memperoleh ilmu yang telah digunakan secara meluas. Teori ini menyatakan bahawa
pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir.
Pelajar berkeupayaan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada
mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam minda mereka. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator atau pembimbing kepada pelajar dalam proses pembinaan idea menggunakan teori
pembelajaran konstruktivisme. Kebolehan murid-murid untuk berfikir dan kebijaksanaan untuk
menyelesaikan masalah mereka dengan orang lain boleh dilihat dalam pengaplikasian teori
konstruktivisme. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia dapat dilihat sebagai
perubahan paradigma dari pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori
kognitif. Oleh itu, teori konstruktivisme amat penting dalam pembelajaran abad ke-21 yang
menekankan aspek perkembangan murid dari segi berfikiran kreatif dan kritis seta komunikasi
dalam pembelajaran.