The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66289531, 2021-03-08 21:24:26

P1 STPM 2020 (U12019)

P1 STPM 2020 (U12019)

SKEMA JAWAPAN DAN SKEMA PEMARKAHAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGGAL 1 2020 DAN ULANGAN 1 2019

BAHAGIAN A ( 50 Markah )

1. Huraikan tiga kepentingan untung kepada sesebuah perniagaan. [6]

Kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan

(i) Sumber modal / Modal tambahan

keuntungan boleh digunakan untuk mengembangkan atau

membesarkan perniagaan. Digunakan untuk membuka beberapa

cawangan baharu / membesarkan perniagaan sedia ada.

(ii) Ganjaran /pulangan

Keuntungan membolehkan perniagaan mengisytiharkan pembahagian

dividen kepada pemegang saham/pengusaha/ pemilik/pulangan kepada

pemilik.

(iii) Lambang kejayaan / pengukur prestasi

Keuntungan boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi perniagaan

untuk bersaing di pasaran

(iv) Penakatan

Memastikan perniagaan terus berjalan pada masa hadapan/dalam

pasaran.

Kelangsungan operasi perniagaan

(v) Meningkatkan keyakinan pelabur/ meyakinkan pelabur/menarik minat

pelabur

Keuntungan menjadi tarikan kepada pelabur dan bakal pelabur untuk

menyumbang dalam perniagaan.

Ini boleh mempengaruhi nilai saham sesebuah syarikat / nilai syer

syarikat.

(vi) Meningkatkan imej syarikat

Melalui keuntungan, perniagaan boleh menjalankan tanggungjawab

sosialnya kepada masyarakat bagi menonjolkan nama baik syarikat.

(Soalan FU - wajib ada IU dan jika pelajar menuis huraian penuh fakta
utama @IU boleh diangkat tetapi huraian 0m)

2. Berdasarkan Rajah 1 di bawah ini, huraikan proses X, Y dan Z. [6]
X YProses tambah nilai
Z Pemasaran

i) X - Input.
Faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran
Contoh seperti modal insan, kewangan, jentera dan bahan mentah.
(ii) Y - Output.
Barang siap hasil daripada sesuatu proses pengeluaran barangan atau penyediaan
perkhidmatan.
(ii) Z - Untung atau rugi - Untung/rugi – Untung Rugi (0m)
Untung merupakan lebihan hasil ke atas kos,
manakala rugi ialah kurangan hasil ke atas kos.
Jawapan formula diterima (hasil -Kos)

(X,Y,Z ialah – TT)
(i Input – TR)

3. Berikan empat evolusi dalam pengeluaran [4]
Evolusi pengeluaran
(i) Revolusi industri /evolusi perindustrian (TT)
(ii) Pendekatan saintifik
(ii) Hubungan manusia
(iV) Penyelidikan operasi
(V) Kualiti

4. Huraikan tiga tiga rekabentuk pengeluaran yang terlibat dalam perancangan [ 6 ]
pengeluaran.
Pengeluaran Simplification
Reka bentuk pengeluaran yang mengurangkan kuantiti bahagian, komponen atau
proses pemasangan dalam pengeluaran produk.
Contohnya, pengeluar kereta tidak perlu menghasilkan tali pinggang keledar
sendiri sebaliknya menggunakan tali pinggang yang telah siap untuk dipasang
kepada kereta.

Pengeluaran Standardization
Reka bentuk pengeluaran yang menggunakan bahagian yang seragam dan
biasanya boleh ditukar ganti dengan mudah.
Contohnya, standard teknikal atau prosedur.

Pengeluaran Modular

Reka bentuk pengeluaran yang menggabungkan blok pembinaan yang standard

atau modul, untuk mencipta produk siap yang unik.

Contohnya, Honda menggunakan kerangka hadapan dan radiator yang sama untuk

beberapa siri model kereta seperti Accord dan Civic.

(ejaan salah TT)

5. Senaraikan empat langkah dalam penyelidikan pasaran. [4]

Langkah-langkah dalam penyelidikan pemasaran

(i) Mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif/ kajian /

penyelidikan

(ii) Membentuk rancangan penyelidikan

(iii) Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data

(iv) Menginterpretasikan data dan melapor penemuan

6. Huraikan tiga strategi peletakan pasaran (mesti ikut urutan )
Strategi peletakan pasaran [6]

Atribut produk
Merupakan ciri produk yang ketara dan tidak ketara(mesti lengkap)
Merangkumi sifat ketara seperti jenama, warna dan sifat tak ketara seperti
ketahanan dan ketepatan.

Manfaat / Faedah
Faedah yang boleh diperoleh daripada penggunaan produk berbanding dengan
produk pesaing

Kekerapan penggunaan
Jumlah / bilangan menggunakan produk syarikat./kerap guna produk / selalu.
Pengguna

Pihak/orang/individu/syarikat/ yang membeli dan menggunakan (xlengkap beli
dan guna tl) produk serta dapat memenuhi keperluan dan kehendak.
Membeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak.

Klasifikasi produk
Produk organisasi boleh dibahagikan kepada produk pengguna atau produk
perindustrian/produk consumer.
Produk pengguna boleh diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu produk mudah
beli,produk beli belah, produk istimewa atau produk tidak dicari.
Produk perindustrian boleh diklasfikasikan kepada tiga kategori iaitu produk
bahan dan komponen, barang modal dan produk bekalan dan perkhidmatan.

(contoh produk kalau calon nyatakan ada 4 mesti sebut 4, kalau xnayatakan
bilangan mesti ada 2 jenis yang ditulis-atau TL)

7. a) Berikan maksud pengurusan kewangan. [1]

b) Nyatakan tiga kepentingan pengurusan kewangan [3]

(a) Maksud pengurusan kewangan

Merujuk kepada aktiviti yang melibatkan perancangan, penyusunan dan

pengawalan ke atas aspek kewangan dengan cekap supaya matlamat

kewangan sesebuah perniagaan dapat dicapai.

(b) Kepentingan pengurusan kewangan

• Membuat perancangan kewangan

• Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan kepada jabatan

/ mengawal kecairan aliran tunai

• Mengelakkan berlaku penyelewengan

• Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan efisien

8. Huraikan jenis penggunaan dana seperti yang berikut:

a) Keperluan semasa [2]

b) Jangka masa pendek [2]

c) Jangka masa panjang [2]

Jenis penggunaan dana

(a) Keperluan semasa

Keperluan tunai membiayai aktiviti urus niaga harian.

Memastikan operasi perniagaan harian berjalan

Contohnya, membayar baki hutang pembekal bagi mendapatkan bekalan

seterusnya.

(b) Jangka masa pendek
Keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang daripada setahun.
Melibatkan pembiayaan modal kerja
Contohnya, perbelanjaan pemasaran iaitu menyediakan promosi dan
diskaun jualan untuk meningkatkan kuantiti jualan pad tahun semasa.

(c) Jangka masa panjang

Keperluan dana dalam membuat pelaburan modal.
Melibatkan jangka masa melebihi setahun. (1-3 tahun @ 1 – 5 tahun).

Contohnya, membeli mesin yang berteknologi melalui pinjaman jangka

panjang.

9. Huraikan dua kaedah penilaian prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi [4]
perniagaan.
Kaedah penilaian prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan
i. Skala pekadaran sifat / grafik / sifat/ gelagat/dalaman
Menggunakan borang yang diformatkan bagi membolehkan penilai menilai
kualiti dan ciri- ciri lain pekerja.
Setiap sifat ini mempunyai skala markah tertentu dan penilai perlu memberi
markah yang sepadan dengan pencapaian pekerja.
Contohnya ciri yang dinilai adalah sering mengemukakan buah fikiran yang
bernas, amanah, inisiatif. Semua ciri-ciri mengunakan skala 1-5.

ii. Perbandingan pekerja
Pegawai penilai akan mengelaskan pekerja-pekerja berdasarkan faktor-
faktor seperti prestasi kerja dan nilainya kepada organisasi.
Hanya seorang individu sahaja yang boleh diletakkan di kelas tertentu.

iii. Esei
Penilai menghuraikan prestasi pekerja yang merangkumi kelebihan dan
kelemahan pekerja dalam bentuk esei.
Mengambil masa yang lama kerana ia sangat subjektif dan tidak berstruktur.

10. Huraikan dua penentu pampasan pekerja dalam sesebuah organisasi [4]

perniagaan.

Penentu pampasan pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan

i) Pasaran buruh (tenaga kerja -TR)

Menunjukkan hubungan permintaan tenaga kerja yang berkelayakan.

Jika penawaran tenaga kerja lebih rendah rendah daripada permintaan,

maka ganjaran lebih tinggi ditawarkan @ sebaliknya.

ii) Nilai atau jenis pekerjaan
Jika nilai sesuatu pekerjaan itu penting kepada sesebuah organisasi, maka
ganjarannya adalah lebih tinggi @sebaliknya

iii) Pekerja / keupayaan pekerja / kelayakan pekerja
Jika nilai pekerja tinggi seperti pengalaman, kemahirandan tahap
pendidikan maka ganjaran juga lebih besar.

iv) Faktor Organisasi / kemampuan organisasi\
Jika organisasi atau majikan berkemampuan untuk memberikan jawapan

v) Peraturan dan undang-undang (kalau salah satu shj TR)
Peraturan dan undang-undang dalam sesebuah negara berkaitan pampasan
seperti gaji, ganjaran dan upah minimum.
Akta Pekerjaan (1955)

vi) Risiko pekerjaan
Pekerjaan yang berisiko tinggi akan dibayar pampasan yang lebih tinggi
berbanding pekerjaan yang berisiko rendah.

vii) Kesetaraan Pampasan
Setara dengan pampasan di peringkat dalam organisasi
Setara dengan pampasan diperingkat luar organisasi dalam industri yang
sama.

Bergantung kepada faktor lokasi perniagaan beroperasi.

viii) Risiko Kerja
Pekerja yang berisiko tinggi akan dibayar pampasan yang lebih tinggi
berbanding pekerja yang berisiko rendah @ sebaliknya.

Soalan 11
a) Jelaskan tahap perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Top Fruits. [15m]

Fakta Huraian Kaitan Kes
Huluan Merupakan perniagaan utama atau
tertas Top Fruits ialah sebuah syarikat
diwujudkan oleh sesebuah perladangan produk makanan
organisasi teras berasaskan buah- buahan tempatan.
melibatkan aktiviti berasaskan SKT berpengalaman lebih dari 30
bahan semula tahun dalam bidang penanaman
perniagaan. durian……Nangka madu.
Aktiviti perniagaan@perusahaan
yang berlaku terdahulu sebelum
perusahaan lain dapat dijalankan.

Hiliran Meliputi aktiviti perniagaa yang Top Fruits ialah sebuah syarikat
Antarabangsa diwujudkan perladangan produk makanan
daripada sesebuah perniagaan berasaskan buah-
yang lain. buahan tempatan.
Aktiviti hilirn merujuk kpd P1 – Selain aktiviti perladangan
aktiviti perniagaan / perusahaan dan ….popia dan pai.
yang berlaku bagi memproses
bahan mentah menjadi barang Destinasi utama eksport produk ini
siap untuk dipasarkan. ialah di Indonesia, China dan Hong
Perniagaan yang memasarkan Kong.
produk merentasi
sempadan sesebuah negara.

Domestik Perniagaan yang beroperasi di Syarikat milik keluarga ini beroperasi
dalam sesebuah
negara di Parit Sulong, Johor sejak tahun

1986.
Selain dipasaarkan di Malaysia….

Primer Aktiviti yang menggunakan Top Fruits ialah sebuah syarikat
Sekunder sumber bahan perladangan produk makanan
mentah dalam bentuk asal. berasaskan buah- buahan tempatan.
Pengeluaran bahan mentah dari SKT berpengalaman lebih dari 30
tempt asalnya. tahun dalam bidang penanaman
durian……Nangka madu.
Perniagaan terlibat dalam
pemprosesan sumbet Top Fruits ialah sebuah syarikat
Semula jadi atau bahan mentah perladangan produk makanan
kepada barang berasaskan buah- buahan tempatan.
siap atau barang separuh siap.

Tertier Pada tahap ini penghasilan Selain aktiviti perladangan syarikat ini
produk yang tidak ketara atau juga memproses buah-buahan menjadi
perkhidmatan. pes dan …

STF terlibat dengan penjualan buah-
buahan segar.
Sykt ini turut memasarkan produk
secara dalam talian melalui
www.durianseller.com dan Halal Mart.

Wajib ada tahap, kalau xder intro TT
Pilih lima jawapan pertama sahaja.
5F + 5H + 5KK

b) Terangkan pendekatan strategik yang digunakan oleh Syarikat Top Fruits dalam
menentukan strategi dan objektif. [10m]

Fakta Huraian Kaitan Kes
Penembusan Merupakan suatu strategi Syarikat Top Fruits menggunakan
pasaran pertumbuhan syarikat melalui jenama My Durian untuk
peningkatan jualan kepada mengetengahkan pelbagai produk
produk sedia ada dalam segmen berasaskan durian.
pasaran sedia ada/lama tanpa Sykt ini turut memasarkan produk
melakukan sebarang perubahan secara dalam talian melalui
dalam produk tersebut. www.durianseller.com dan Halal Mart
Boleh dilaksanakan melalui
potongan harga, pengiklanan
dipelbagai media massa dan
mempamerkan produk dikedai
kedai.

Pembangunan Strategi pertumbuhan syarikat Destinasi utama eksport produk ini
pasaran dengan mencari dan ialah di Indonesia, China dan Hong
membangunkan segmen pasaran Kong.
Pembangunan baharu untuk produk sedia ada. Bagi memperkenalkan jenamanya
produk Strategi dilaksanakan melalui ….dan Emiriah Arab Bersatu.
usaha lebih banyak pengguna
baharu yang berminat dengan Selain aktiviti perladangan dan
produk syarikat, menambah penjualan buah-buahan segar, syarikat
kadar penggunaan pengguna ini juga memproses buah-buahan
terhadap produk serta meneroka menjadi pes.
Kawasan baharu. ….dan pelbagai produk lain seperti
Strategi pertumbuhan syarikat durian mocha…..popiah dan pai.
dengan memperkenalkan produk
baharu atau membuat
pengubahsuaian terhadap produk
sedia ada untuk segmen pasaran
sedia ada.
Antara strategi yang boleh
dilaksanakan adalah
memperkenalkan jenama baharu
produk dengan ciri-ciri yang

dapat menambahkan faedah atau
nilai kepada produk tersebut.

3F + 3H + 4KK

c) Jelaskan campuran pemasaran yang terdapat dalam Syarikat Tops Fruits. [10m]

Fakta Huraian Kaitan Kes
Produk Produk ialah sesuatu yang boleh Syarikat Top Fruits berpengalaman
ditawarkan lebih dari 30 tahun dalam bidang
Pengedaran / kepada pasaran untuk pembelian penanaman durian dan buah-buahan
Pengagihan. dan penggunaan tempatan lain seperti manggis,
yang dapat memenuhi keperluan rambutan dan nangka madu.
Promosi dan kehendak Selain aktiviti perladangan dan
pengguna. penjualan buah-buahan segar, syarikat
ini juga memproses buah-buahan
Merupakan proses memindahkan menjadi pes…popia dan pai.
produk daripada pengeluar
kepada pengguna. Destinasi utama eksport produk ini
ialah di Indonesia, China dan Hong
Merupakan proses komunikasi Kong.
untuk mendedahkan maklumat Sykt ini turut memasarkan produk
tentang sesuatu produk secara dalam talian melalui
kepada pengguna www.durianseller.com dan Halal Mart

Syarikat Top Fruits menggunakan
jenama My Durian untuk
mengetengahkan pelbagai produk
berasaskan durian.
Bagi memperkenalkan jenamanya
….dan Emiriah Arab Bersatu.
Menggunakan laman sesawang
sebagai medium penyampaian
maklumat dan promosi

3F + 3H + 4KK

12. Jelaskan lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan di Malaysia.
[15m]

Persekitaran ekonomi

H1 Merujuk kepada keadaan atau perdagangan sesebuah negara yang melibatkan
penggembelengan sumber bahan mentah, modal insan dan kewangan.

H2 Keadaan ekonomi sesebuah negara menunjukkan kedinamikan pasaran yang
mempengaruhi kuasa beli penduduknya.

H3 Prestasi ekonomi – pertumbuhan ekonomi yang baik dapat meransang penghasilan
prosuk perniagaan / kemelesetan ekonomi menghalang perkembangan perniagaan.

H4 Sistem ekonomi yang diamalkan – negara yang mengamalkan system kapitalis
membataskan keupayaan syarikat untuk mencapai kelebihan daya saing.

H5 Harga barang – kemelesetan ekonomi menyebabkan kadar inflasi yang seterusnya
meningkatkan harga barang, dan menjejaskan jualan.

H6 Kadar tukaran wang asing yang tinggi menyebabkan kenaikan harga komponen yang
diimport, jadi kos pengeluaran akan meningkat.

Persekitaran persaingan dan jaringan
H1 Persaingan merujuk kepada ancaman yang diberikan oleh perniagaan lain yang

mengeluarkan produk yang sama/ hampir sama/produk pemgganti dan dipasarkan
dalam pasaran yang sama (mesti lengkap)
H2 Persaingan menggalakkan inovasi produk di samping meningkatkan kualiti atau
mengurangkan kos pengeluaran.
H3 Jaringan merujuk kepada hubungan formal atau tidak formal yang dibentuk oleh
perniagaan dengan pembekal, pengilang, pesaing atau pengedar untuk menghasilkan
produk atau memasarkannya di pasaran.
H4 Jaringan memastikan bekalan diterima dalam masa yang dikehendaki/ memastikan
barangan dapat diberi keutamaan pasaran oleh pengedar/membolehkan pesaing
membentuk pakatan strategik bagi menghasilkan produk masing-masing.
Persekitaran sosiobudaya
H1 Interaksi antara ahli-ahli dan kumpulan dalam masyarakat yang berkongsi nilai
budaya atau
amalan bersama.
H2 Kepercayaan, pegangan agama, adat atau nilai masyarakat mempengaruhi keputusan
syarikat dalam menawarkan produk dan perkhidmatan.
H3 Perubahan cita rasa pengguna menggalakkan syarikat untuk sentiasa menghasilkan
produk yang menepati keinginan pengguna semasa.
H4 Perubahan gaya hidup boleh menggalakkan penawaran produk baharu.
C Peningkatan peratusan wanita berkerjaya meningkatkan peluang perniagaan dalam
industry pembekalan makanan seperti restaurant dan pusat penjagaan anak-anak.
Persekitaran politik dan perundangan
H1 Politik merujuk kepada dasar kerajaan yang memerintah dan tekanan berkaitan kuasa
serta penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.
H2 Kestabilan politik akan memberi jaminan kepada kelangsungan sesebuah perniagaan
H3 Dasar galakan dari kerajaan membantu kelancaran perniagaan. Contohnya cukai ke
atas barangan tertentu menyebabkan peningkatan harga produk tersebut.
H4 Perundangan merujuk kepada undang-undang dan peraturan yang ada dalam sesebuah
negara.
H5 Undang-undang yang ketat ataupun longgar akan mempengaruhi operasi sesebuah
perniagaan.
H6 Contoh akta berkaitan alam sekitar memastikan syarikat tidak membuang sisa tksik
yang boleh mencemarkan alam sekitar atau membahayakan masyarakat setempat.
Persekitaran teknologi
H1 Kaedah atau peralatan yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan.
H2 Kaedah atau peralatan yang membolehkan organisasi melakukan sesuatu yang baharu
/ lebih baik.
H3 Penemuan atau ciptaan yang membantu meningkatkan produktiviti.
H4 Perkembangan teknologi menyebabkan masa pembuatan atau pengeluaran sesuatu
produk dapat dipercepatkan selain dapat menjimatkan
H5 Mempercepatkan maklumat dan memudahkan penyebaran maklumat.
H6 Prosedur kerja lebih cepat dan berkesan.
H7 Menjimatkan penggunaan kos buruh.
Persekitaran prasarana
H1 Kemudahan insfrastuktur yang disediakan untuk menyokong aktiviti perniagaan.
H2 Merujuk kepada kemudahan asas yang disediakan untuk membantu aktiviti
perniagaan terutamanya kemudahan pengagihan produk iaitu pergerakan prosuk
kepada pengguna dan juga kemudahan berhubung dengan pihak terlibat.

H3 Contoh sistem pengangkutan yang cekap dari lading ke kilang akan membolehkan
kesegaran buah-buahan dikekalkan untuk pemprosesan / bekalan elektrik dan air yang
konsisten dapat memastikan operasi kilang berjalan seperti terjadual.

Persekitaran antarabangsa
H1 Merujuk kepada faktor-faktor yang wujud dalam perniagaan yang melibatkan dua

buah negara atau lebih.
H2 Melibatkan aktiviti eksport dan import barangan dan perkhidmatan.
H3 Perbezaan sosiobudaya antara negara menyebabkan permiagaan akan melakukan

penyesuaian kepada produk atau perkhidmatannya sebelum dipasarkan kepada
pengguna di negara pengimport
H4 Contohnya pengguna muslim memerlukan kepastian tentang halal sesuatu produk.
Mobility buruh asing akan memberi kesan kepada keupayaan syarikat mendapatkan
tenaga kerja untuk operasi perniagaan.
Blok-blok perdagangan atau dasar perdagangan antara negara boleh meningkatkan
atau menjejaskan aktiviti import antara negara yang terlibat.

Semak 5 yang pertama
5F+5H+5C

13. jelaskan lima proses tindakan disiplin yang boleh dikenakan terhadap pekerja. [15m]

1. Amaran lisan (amaran secara lisan -TT)
H1 Dikenakan terhadap kesalahan ringan yang dilakukan bagi pekerja yang melakukan

kesalahan kali pertama
H2 Tidak direkodkan dalam dokumen peribadi pekerja.
H3 Contohnya, menasihati dan menegur

2. Amaran bertulis
H1 Merupakan tindakan yang akan direkodkan dalam fail peribadi.
H2 Diberi kepada pekerja yang mengulangi kesilapan yang sama setelah diberikan

amaran lisan.
H3 Contohnya, pemberian memo.

3. Surat Tunjuk Sebab
H1 Surat yang perlu dijawab oleh pekerja mengapa tindakan disiplin tidak harus

dikenakan kepadanya.
H2 Istilah membela diri / meminta peluang / merayu/ minta tidak dikenakan tindakan

tatatertib/ menerangkan sebab / menyatakan punca melakukan kesalahan.
H3 Contohnya, pekerja membela diri dengan menulis surat sendiri.

4. Inkuiri
H1 Jawatankuasa disiplin/jawatankuasa tattertib/panel disiplin yang akan menjalankan

penyiasatan ke atas pekerja setelah menerima surat tunjuk sebab.
H2 Menimbang alasan yang diberikan pekerja dan kesalahan yang dilakukan serta

memutuskan hukuman yang atut di ambil.
H3 Contoh yang relevan

5. Hukuman
H1 Tindakan disiplin terhadap pekerja berkenaan dengan jenis keslahan yang dilakukan.
H2 Untuk memberi contoh dan tauladan kepada rakan-rakan pekerja yang lain untuk

sentiasa memauhi arahan / bersikap adil dengan semua pekerja dalam organisasi.
H3 Contoh hukuman ialah gantungkerja, gangtung tugas dsb.


Click to View FlipBook Version