SKEMA JAWAPAN DAN SKEMA PEMARKAHAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGGAL 1 2018 DAN ULANGAN 1 2017
BAHAGIAN A [50 MARKAH]
1 (a) Huraikan satu (1) kepentingan untung kepada pemilik perniagaan dan satu (1)
kepentingan untung kepada negara
Kepentingan keuntungan perniagaan kepada pemilik sesuatu perniagaan
1. Motivasi [1m] – kerja kuat [1m] – dorongan [1m]
2. Kepuasan – kerja sendiri
3. Ganjaran – wang/pendapatan/kekayaan
4. Status/Reputasi – imej dalam syarikat
5. Modal tambahan/ Pendapatan tertahan/ Perolehan tertahan – mengembangkan
perniagaan/ mestabilan perniagaan
*meluaskan/membesarkan tidak diterima
[(1F=1m + 1H=1m = 2 markah)
Kepentingan keuntungan perniagaan kepada negara:
1. Cukai [1m] – pendapatan kepada kerajaan [1m]
2. Peningkatan ekonomi – melalui kestabilan perniagaan melalui keuntungan/
pewujudan perniagaan sokongan
3. Membantu kerajaan dalam menyediakan infrastruktur – membina jalan
raya/menyediakan perkhidmatan komunikasi
4. Mengurangkan kadar pengangguran – melalui penawaran peluang pekerjaan
5. Menyokong pembangunan modal insan – melalui program latihan kepada pekerja
[(1F =1m +1H=1m) = 2 markah]
(b) Jelaskan dua (2) langkah terakhir mengikut urutan dalam proses perniagaan bagi sebuah
kilang pembuatan basikal
1. Pemasaran /Proses pemasaran [1m]
• Merujuk kepada usaha mengagih produk kepada pengguna dengan mengambil kira
elemen-elemen campuran pemasaran [1m]
• Pengeluar akan menawarkan basikal dengan harga yang telah ditetapkan/Pengeluar
menawarkan produk basikal dengan reka bentuk yang memenuhi cita rasa
pengguna/Pengeluar basikal menjual malalui pengedar sah dan
berdaftar/Pengeluar melakukan pengiklanan untuk mempromosi basikal yang
dikeluarkan [1m]
2. Untung dan/atau rugi [1m] – mesti ada dua-dua
• Untung ialah lebihan hasil dari jualan basikal ke atas kos [1m]
• Perniagaan itu boleh menggunakan keuntungan untuk membangunkan perniagaan
kilang basikal [1m]
• Kilang pembuatan basikal dapat mengembang operasi perniagaan [1m] atau
menambahkan stok kilang basikal untuk meningkatkan jualan pada masa akan
datang [1m]
[(1F=1m + 1H=1m + 1K=1m) x 2 = 6 markah]
[F=0, H=0, K=0]
Nota: Jawapan calon mesti rujuk kepada perniagaan kilang pembuatan basikal
(c) Terangkan dua (2) peranan sektor swasta kepada ekonomi di Malaysia.
1
Peranan sektor swasta kepada ekonomi di Malaysia:
1. Sektor swasta menawarkan barangan dan perkhidmatan yang memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna [1m]. Aktiviti pembelian barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta akan mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi negara [1m]. Contohnya, pembelian makanan, pakaian, pelbagai
perkhidmatan, pembinaan pusat membeli belah akan menggalakkan aktiviti ekonomi
Malaysia [1m]
2. Melengkapi usaha sektor awam dalam mempengaruhi ekonomi negara [1m]
dengan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna atau
barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan oleh sektor awam [1m]. Contohnya,
pihak swasta menawarkan perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan insurans dan
perkhidmatan pengangkutan [1m]
3. Menyumbang kepada pendapatan kerajaan [1m]. Sektor swasta membayar cukai
kepada kerajaan, seperti cukai import, cukai eksport dan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) [1m](contoh). Kutipan cukai merupakan sumber pendapatan
utama kerajaan dan cukai digunakan oleh sektor awam untuk pembangnan ekonomi,
rakyat dan negara [1m] / Meningkatkan pendapatan negara melalui aktiviti
pengeksportan [1m] /membawa masuk pertukaran mata wang asing [1m]
4. Menawarkan peluang pekerjaan [1m]. Sektor swasta membantu ekonomi negara
dengan mengurangkan kadar pengangguran [1m]. Contohnya menawarkan pekerjaan
di syarikat kepada lepasan universiti/ semua peringkat [1m]
5. Meneroka/membangunkan kawasan baharu [1m]. Pembukaan kilang/aktiviti
perniagaan di sesuatu kawasan baharu/bandar baharu akan membantu pertumbuhan
ekonomi setempat [1m]. Contohnya kawasan perladangan, perindustrian,
perlombongan/Menwujudkan petempatan baharu seperti di Subang Jaya, Puchong,
Kulim dan Iskandar Malaysia [1m]
Mana-mana dua yang pertama: [(1F=1m + 1H=1m + 1C=1m) x 2 = 6 markah]
(d) Huraikan dua (2) hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran.
1. Jabatan Pengeluaran mengeluarkan produk [1m] manakala Jabatan Pemasaran akan
menjalankan promosi dan menjual produk tersebut [1m]
2. Jabatan Pemasaran mendapat tempahan produk daripada pelanggan [1m] dan
memaklumkan tempahan kepada Jabatan Pengeluaran [1m]
3. Jabatan Pemasaran akan memberi maklum balas tentang kehendak pengguna [1m]
dan memaklumkan kepada Jabatan Pengeluaran untuk membuat produk mengikut
spesifikasi yang dikenal pasti [1m]
4. Jabatan Pengeluaran menghasilkan jumlah produk [1m] berasaskan rancangan jualan
yang dibuat oleh Jabatan Pemasaran [1m]
*kena ada 2 hubungan. Markah pairing 2, tiada markah 1
*dalam jadual tiada markah, ayat mesti terang dengan jelas
[(1 Huraian lengkap hubungan antara jabatan = 2m)] x 2 = 4 markah]
(e) Nyatakan empat (4) kelebihan kaedah pemeriksaan mengikut pelan pensampelan.
2
Kelebihan kaedah pemeriksaan mengikut pelan persampelan:
1. Menjimatkan masa pemeriksaan [1m]
2. Dapat mengurangkan kos buruh [1m]
3. Dapat mengurangkan kos pemeriksaan [1m]
4. Sesuai untuk pengeluaran produk yang berskala besar [1m]
5. Mengurangkan kadar kerosakan pada barangan kerana kurang dipegang/sentuh [1m]
6. Sesuai jika pemeriksaan dibuat ke atas pengeluaran produk yang bersifat
berbahaya/berisiko tinggi [1m]
*mengurangkan risiko kerosakan (TL)
*gabungkan 2 jawapan dalam 1 jawapan – hanya beri 1 sahaja
[(1 Kelebihan =1m) x 4 Kelebihan yang pertama = 4 markah]
(f) Huraikan tiga (3) aktiviti dalam proses pemasaran.
1. Menilai peluang-peluang pemasaran [1m]
• Membuat ramalan permintaan untuk mengenal pasti potensi jualan [1m]
• Pemasar mengambil kira faktor persekitaran pemasaran (demografi, ekonomi,
teknologi, sosio-budaya, politik dan undang-undang, pengantara pemasaran,
pembekal, pesaing dan orang awam [1m]
2. Memilih sasaran pasaran [1m]
• Melibatkan segmentasi pasaran, penyasaran pasaran, dan peletakan pasaran [1m]
• Membahagikan pasaran kepada beberapa segmen dan memilih segmen yang
menjanjikan keuntungan [1m]
3. Membina campuran pemasaran [1m]
• Membentuk campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, penentuan harga,
pengedaran dan promosi [1m]
4. Mengurus usaha pemasaran [1m]
• Membentuk/menyediakan belanjawan [1m]
• Mengurus hubungan pelanggan [1m]
*1,2,3 atau 2,3,4
[(1F=1m + 1H=1m) x 3 = 6 markah]
[F=0, H=0]
Aktiviti mesti mengikut urutan
(g) Senaraikan empat (4) strategi penyasaran (market targeting)
*Fakta Khusus
Strategi penyasaran pasaran:
1. Pemasaran tidak dibezakan [1m]
2. Pemasaran dibezakan [1m]
3. Pemasaran tertumpu [1m]
4. Pemasaran mikro [1m]
[(1 Strategi =1m) x 4 = 4 markah]
3
(h) Berikut ialah maklumat aset dan liabiliti Syarikat BSS Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2013:
Jumlah aset semasa RM55 800
Jumlah aset tetap RM31 500
Liabiliti semasa RM22 000
Inventori RM8 500
Liabiliti jangka pangjang RM15 200
Akaun belum terima RM10 800
Jualan RM49 000
Kos barang dijual RM23 400
Berdasarkan maklumat di atas, hitung nisbah yang berikut:
(i) Nisbah semasa
(ii) Nisbah cepat
(iii) Pusing ganti inventori
(i) Nisbah semasa
Aset semasa 55 800
= [1m] = [1m] = 2.54 : 1 [1m]
Liabiliti semasa 22 000
(ii) Nisbah cepat 55 800 – 8 500
Aset semasa - inventori
= [1m] = [1m] = 2.15 : 1 [1m]
Liabiliti semasa 22 000
(iii) Pusing ganti inventori
Kos barang untuk dijual 23 400
= [1m] = [1m] = 2.75 : 1 atau 2.75 kali setahun [1m]
Inventori 8 500
*mesti ada formula.
tiada markah walaupun jawapan betul
tiada RM → salah
*jalan kerja ada, tapi formula tak ada,
bagi markah di jawapan sahaja
*f (betul), jk (salah), j (betul) = 2M
[(Rumus =1m + Jwapan akhir = 1m) x 3 = 6 markah]
Jawapan akhir mesti dalam bentuk nisbah
(i) Huraikan dua (2) aspek analisis kerja
*Fakta Khusus
1. Penghuraian kerja [1m] – huraian kerja tidak diterima
• Dokumen yang menjelaskan ringkasan tugas dan tanggungjawab seseorang
penjawat jawatan [1m]
• Mengandungi aspek-aspek berikut: tujuan sesuatu kerja, tugas-tugas utama,
tanggungjawab kerja, dan bagaimana kerja tersebut harus dilakukan [1m]
2. Spesifikasi kerja [1m]
• Dokumen yang menggariskan kelayakan yang perlu dimiliki oleh seseorang
penjawat jawatan [1m]
• Mengandungi penyataan kelayakan minimum (kelulusan pendidikan, pengalaman).
Kebolehan dan kemahiran, kemahiran fizikal, pelesenan [1m]
[(1F=1m + 1H=1m) x 2 = 4 markah]
[F=0, H=0]
(j) Huraikan tiga (3) skim kemudahan penamatan perkhidmatan yang digunakan oleh
sesebuah organisasi
4
*Fakta Khusus
1. Penamatan perkhidmatan secara wajib [1m]
• Pekerja yang tamat kontrak dilepaskan oleh organisasi tanpa sebarang syarat [1m]
• Contoh: mengikut Akta Pekerjaan 1955, syarat umur bersara wajib bagi pekerja
dalam sektor swasta ialah 55 tahun, manakala sektor awam pula syarat umur
bersara wajib ialah 60 tahun [1m]
2. Penamatan perkhidmatan secara sukarela [1m]
• Pekerja memilih untuk bersara lebih awal atas pilihan/kehendak sendiri [1m]
• Contoh: penjawat awam yang sepatutnya bersara wajib pada umur 60 tahun tetapi
memilih untuk bersara awal pada umur 56 tahun [1m] – sukarela-sendiri-sakit
3. Penamatan perkhidmatan secara diberhentikan (retrenchment) [1m]
• Pekerja ditamatkan perkhidmatan bukan kerana penamatan secara wajib atau
secara sukarela [1m]
• Contoh: Pekerja diberhentikan atas tindakan disiplin atau perubahan kepada
syarikat yang menyebabkan pekerja dibuang kesan penggabungan syarikat,
kegawatan ekonomi, pengambilalihan syarikat [1m] (tamat kontrak)
*fokus pada bold
Mana-mana dua: [(1F=1m + 1H/C =1m) x 3 = 6 markah]
[F=0, H=0]
5
BAHAGIAN B [50 MARKAH]
2. IBM
IBM telah ditubuhkan di Amerika Syarikat pada Jun 1961 dan merupakan sebuah syarikat teknologi
maklumat tersebut di dunia. IBM Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pembangunan
ekonomi di Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Kewangan IBM Malaysia, Noorliza Abu Bakar, IBM
mengamalkan polisi keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan. Polisi ini merupakan salah
satu faktor untuk “meningkatkan semangat kerja” dan mengekalkan para pekerjanya.
Bukan itu sahaja, di IBM Malaysia sebanyak 57% daripada jumlah bilangan pekerjanya terdiri
daripada wanita, malahan 50% daripada pucuk pimpinan di IBM juga terdiri daripada golongan
wanita. IBM menawarkan cuti bersalin selama tiga bulan. Pekerja wanita juga diberikan peluang
untuk mengambil cuti selama setahun hingga dua tahun dan kembali bekerja semula ke jawatan asal
mereka. IBM turut menyediakan bilik penyusunan bagi para ibu. Bilik ini dilengkapi dengan peti
sejuk bagi penyimpanan susu ibu. Bagi pekerja lelaki pula, mereka diberikan cuti selama seminggu
bagi menyambut kelahiran anak. Pekerja boleh bekerja secara fleksibel dari rumah atau premis
pelanggan atau dengan teleworking. Ia merupakan satu daripada tarikan yang menonjol untuk
bekerja di IBM. Pekerja juga berpeluang bekerja secara separuh masa, seperti dua atau tiga hari
seminggu berbanding dengan lima hari seminggu. IBM turut memberikan kemudahan kepada setiap
pekerjanya, seperti membenarkan mereka mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga yang sakit.
Selain itu, para pekerja wanita dibenarkan membawa anak mereka ke pejabat pada hari istimewa.
IBM turut menganjurkan program khas bagi anak-anak ini, seperti melawat ke bangunan pejabat
dan mereka turut berpeluang melihat sendiri pekerjaan yang dilakukan oleh ibu mereka.
Bagi melatih ketua wanita, program “Taking the Stage” dilaksanakan. Pekerja wanita yang berbakat
akan dihantar untuk menghadiri program latihan selama dua hingga tiga hari bagi menajamkan
bakat kepimpinan mereka. Bagi peringkat antarabangsa, program “Business Relationship and
Influence” diadakan. Pekerja wanita dari pelbagai negara dilatih untuk menyalurkan pendapat untuk
mempengaruhi orang lain. IBM turut melaksanakan program “Corporate Service Corps” bagi
meningkatkan kualiti kepimpinan pekerja IBM. Mereka dihantar untuk menjalankan program
bersama-sama dengan komuniti selama empat minggu. Program ini membolehkan peserta
membantu pembangunan ekonomi masyarakat, di samping turut meningkatkan reputasi IBM di
mata masyarakat global.
(Disesuaikan daripada Telecommunicating, Malaysian Business, January 16, 2014, dan
http://:www.ibm.com.my yang dicapai pada 10 Mei 2014)
(a) Jelaskan bagaimana inisiatif yang diberikan oleh IBM dapat meningkatkan semangat kerja,
*bertepatan dengan teori dan sukatan
Fakta Huraian Kaitan kes [(F=1m + mana-mana
Persekitaran Waktu kerja Memberi peluang pekerja mililih 1H =1m + 1Kaitan =
kerja yang fleksible [1m] waktu kerja mengikut
kondusif/ kesesuaian semada 2-3 hari 2m) = 4 markah]
Peraturan Tempat kerja seminggu [2m]
kerja yang fleksible [1m] Membolehkan pekerja bekerja
menyokong/ dari rumah atau premis
Peraturan kerja pelanggan atau dengan
yang sesuai teleworking [2m]
[1m]
6
Kemudahan Cuti bersalin [1m] • Memberi peluang pekerja
cuti [1m] wanita mengambil cuti
*cabaran & bersalin 3 bulan untuk [(F=1m + ((1H =1m)
pampasan. berehat sepenuhnya sebelum x 3) + (1Kaitan = 2m)
*faedah wanita kembali bekerja. [2m]
& bukan x 4 = 12 markah)
wanita • Pekerja wanita juga
diberikan cuti selama [(F=1m + mana-mana
Cuti rehat kepada setahun hingga dua tahun 1H=1m + (1 Kaitan
pekerja lelaki [1m] dan kembali bekerja semula
ke jawatan asal mereka [2m] =2m) x 2) = 6
Kemudahan Cuti menjaga ahli markah]
kebajikan keluarga sakit/Cuti Memberi peluang kepada
[1m] khas [1m] pekerja lelaki untuk menyambut
*pampasan Kemudahan khas kelahiran anak [2m]
faedah wanita untuk pekerja Membenarkan pekerja
& bukan wanita [1m] mengambil cuti untuk menjaga
wanita ahli keluarga yang sakit [2m]
Program khas • Menyediakan bilik
untuk pekerja
wanita [1m] penyusunan ibu. [2m]
• Peti sejuk bagi penyimpanan
susu ibu. [2m]
• Dibenarkan membawa anak
mereka ke pejabat pada hari
istimewa. [2m]
• Melawat ke bangunan
pejabat untuk melihat
sendiri pekerjaan yang
dilaku ibu mereka [2m]
*kena ubah ayat dari kes
(b) Terangkan pelan latihan dan pembangunan kerjaya yang dilaksanakan di IBM.
*Fakta Kes (diambil kes)
Fakta Huraian Kaitan kes
Program Taking • Melatih ketua wanita [1m] • Pekerja wanita yang berbakat akan
The Stage [1m] dihantar menghadiri program latihan
selama dua hingga tiga hari [1m]
• bagi menajamkan bakat kepimpinan
mereka. [1m]
Program Business • Melatih untuk • Pekerja wanita dari pelbagai negara
Relationship and menyalurkan pendapat dilatih [1m]
Influence [1m] [1m] • Melatih untuk mempengaruhi orang
lain. [1m]
Corporate Service • Latihan untuk • Menghantar mereka untuk
Corps [1m] meningkatkan kualiti menjalankan program bersama
kepimpinan pekerja IBM komuniti selama empat minggu untuk
[1m] membantu pembangunan ekonomi
masyarakat [1m] (mesti ada)
• Meningkatkan reputasi IBM di mata
masyarakat global. [1m]
*kalau tidak ubah – tiada markah
*asingkan ikut perenggan – boleh beri markah
7
Maksimum 11 markah
3 (a)Jelaskan enam (6) persekitaran tugas yang terlibat dalam perniagaan pembuatan roti.
*Fakta Khusus (F+H+C)
Persekitaran tugas yang sepatutnya terlibat:
1. Pelanggan [1m] → Pengguna/Pembeli (tak salah)
• Merupakan individu/pihak/organisasi yang membeli barang atau perkhidmatan [1m]
• Contoh: Ali membeli roti di kedai roti (Business kepada customer)/Pasaraya Mydin membeli
roti di kilang Gardenia (B2B) [1m]
2. Pembekal [1m]
• Merupakan pihak yang membekalkan input, bahan mentah atau barang separa siap kepada
perniagaan [1m]
• Contoh: perniagaan telor, tepung gandum, dan yis yang menjual bekalan kapda kilang roti
[1m]
3. Pembiaya [1m]
• Merupakan pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan [1m]
• Contoh: SME Bank memberi pinjaman kepada pengusaha kilang roti [1m]
4. Pemodal/pelabur [1m]
• Merupakan pihak yang menyumbangkan modal kepada perniagaan [1m] (melaburkan wang
ke dalam perniagaan @ memberi teknologi/mesin)
• Contoh: pemegang saham syarikat roti Gardenia [1m]
5. Pesaing [1m]
• Merupakan firma perniagaan lain dalam industri yang sama yang mengeluarkan atau
menawarkan produk yang hampir sama dalam pasaran yang sama [1m] (TL kalau tidak ada)
• Contoh: Syarikat pengeluar roti Massimo ialah pesaing kepada pesaing pengeluar roti
Gardenia [1m]
6. Kerajaan [1m]
• Merupakan pihak yang menggubal dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang
untuk dipatuhi oleh perniagaan [1m]
• Contoh: Kerajaan menetapkan roti putih dan roti ‘Wholemeal’ dikecualikan cukai barang
dan perkhidmatan (GST) [1m]
*perniagaan membayar cukai kepada kerajaan
*kemudahan infrastruktur
7. Pekerja [1m]
• Merupakan individu yang menyumbang tenaga fizikal dan mental kepada sesebuah
organisasi [1m]
• Contoh: Pekerja mengendalikan mesin untuk membuat roti [1m]
8. Masyarakat [1m]
• Merupakan komuniti yang mempunyai kepentingan/pengaruh secara langsung ke atas
sesebuah perniagaan [1m]
• Contoh: Syarikat pengeluar roti harus peka terhadap isu kebersihan kilang dan status halal
roti yang dikeluarkan/Syarikat roti menaja program sukan sekolah yang berhampiran kilang
[1m]
*Contoh mesti berkaitan dengan roti
[(1F=1m + 1H=1m +1C=1m) x 6 = 18 markah]
[F=0, H=0, C=0]
8
Mana-mana 6 yang pertama
ATAU
(b) Jelaskan enam (6) strategi pelarasan harga yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti pemasaran
sesebuah organisasi
1. Harga diskaun
• Pengurangan harga yang diberikan pada satu tempoh tertentu berdasarkan sifat pembeli [1m]
• Contoh: Diskaun tunai, Diskaun Kualiti, Diskaun Bermusim, Diskaun Perdagangan/Niaga
[1m]
2. Harga psikologi
• Harga yang diletakkan memasarkan kepada emosi, perasaan, persepsi dan tidak mengikut
rasional pelanggan [1m]
• Tujuannya adalah untuk menarik perhatian & mempengaruhi pelanggan untuk membuat
belian [1m]
• Contoh: Harga ganjil-genap – RM 9.99 bukannya RM 10. Harga yang tidak dibulatkan
kelihatan lebih rendah [1m]
• Contoh: Harga ditetapkan RM88.88 untuk menarik perhatian pelanggan berbangsa Cina [1m]
3. Harga promosi
• Menetapkan harga rendah kepada produk tertentu bagi menarik bakal pembeli pengunjung
kedai tetapi masih memilih untuk membeli produk pada harga biasa [1m]
• Ia dilaksanakan tempoh tertentu sahaja [1m]
• Contoh: Tawaran hanya dibuat secara bermusim seperti musim perayaan atau musim cuti
sekolah [1m]
4. Harga geografi
• Syarikat meletakkan harga berbeza bagi pelanggan mengikut negeri, kawasan, bandar atau
tempat tertentu [1m]
• Iaitu dengan mengambil kira kos pengangkutan [1m]
• Contoh: Harga sesuatu barang berbeza antara Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak
[1m]
5. Harga pemetakan
• Syarikat meletakkan harga yang berbeza mengikut ciri pemetakan seperti umur pengguna,
lokasi atau ciri produk [1m]
• Contoh: Tambang bas dan kapal terbang berbeza mengikut umur penumpang [1m]
• Contoh: Harga tempat duduk yang berbeza dalam stadium dan panggung wayang [1m]
6. Harga pukal/pakej
• Dua atau lebih dari dua barangan atau perkhidmatan dipakejkan bersama dan ditawarkan
pada satu harga istimewa [1m]
• Pelanggan diandaikan suka mendapat pelbagai barangan melalui satu pembelian sahaja [1m]
• Contoh: pakej percutian yang menggabungkan tambang penerbangan, penginapan,
pengangkutan darat dan makan pada satu harga [1m]
7. Rebat
• Pemulangan tunai kepada pelanggan bagi pembelian sesuatu produk dalam tempoh yang
ditetapkan
9
• Selalunya pelanggan perlu mengisi borang untuk mendapat rebat tersebut
• Contoh: Pembelian kereta Perodua Myvi diberikan rebat tunai bagi pembelian dalam bulan
November
[H/C = 3m] x 6 = 18 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
10