SKEMA JAWAPAN DAN SKEMA PEMARKAHAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGGAL 1 2019 DAN ULANGAN 1 2020
BAHAGIAN A ( 50 Markah )
1. Jelaskan dua aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. [6]
Peruncitan – runcit (TT)
Aktiviti menjual pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang kecil@sedikit.
Contohnya, KFC, Mr. DIY, 7-Eleven.
• Apa-apa yang menunjukkan peruncitan
• Aktiviti memecahkan pukal dalam kuantiti yang kecil @sedikit.
Pemborongan
Melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak dan kemudian menjual
semula kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.
Contohnya, pasar borong dan pemborong tudung Nealofa.
Kewangan
Aktiviti pembiayaan pinjaman, simpanan atau pelaburan oleh institusi kewangan.
Contohnya, Maybank, Public Bank, MSSB.
• Bank / insurans (TR)
Profesional
Kepakaran @ kemahiran khusus yang ditawarkan oleh syarikat kepada pengguna.
Contoh perkhidmatan audit/perakaunan oleh Ernst & Young, Pusat Perubatan AL-Farabi,
Etiqa Insurans, pihak guaman (mesti sebut yang nampak aktiviti perniagaan).
Perhotelan (Hotel -TT)
Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan rekreasi kepada pelanggan
mengikut kadar yang tertentu serta kemampuan pelanggan.
Contohnya, Tune Hotel dan homestay.
Pendidikan
Institusi yang menawarkan perkhidmatan penggajian dan Latihan foemal kepada
masyarakat (1) bagi menyediakan sumber tenaga manusia / modal insan (1)
Merangkumi Pendidikan sekolah antarabangsa/ kolej swasta/university swasta dan
pusat tuisyen (Contoh diterima).
Pengangkutan / logstik
Aktiviti memindahkan / mengangkut barang @manusia dari satu tempat ke tempat yang
lain.
Syarikat Bas Ekspres Sani Ekspress, grab, syarikat bas sekolah.
Perhubungan / Telekomunikasi
Saluran penyampaian @maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain untuk penyebaran
maklumat.
Contoh Telekom Malaysia Bhd / Maxis Sdn Bhd.
Pelancongan
Aktiviti kembara atau lawatan
Contoh Syarikat travel agen.
(1F+1H+1C)x2 semak dua yang pertama sahaja.
2. Huraikan tahap perniagaan dari perspektif berikut: [2]
a) Huluan dan Hiliran [2]
b) Domestik dan antarabangsa
a) Huluan
Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu sebelum
perniagaan lain dapat dijalankan.
Aktiviti hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan yang berlaku bagi memproses bahan
mentah menjadi barangan siap untuk dipasarkan. Berlaku selepas aktiviti huluan.
b) Domestik dan antarabangsa
Domestik merujuk kepada perniagaan yang beroperası dalam negara.
-kalau tulis tempatan / menggunakan mata wang (TR)
Antarabangsa merujuk kepada perniagaan yang sebahagian kegiatannya melibatkan
negara luar.
Import atau eksport (1m)
(1H bagi setiap satu istilah)
3. Nyatakan empat jenis susun atur proses pengeluaran. [4]
i. Secara tetap / tetap
ii. Proses
iii. Produk
iv. Selular
(1F)x4
4. Huraikan tiga jenis inventori. [6]
Jenis-jenis inventori
Bahan mentah
Terdiri daripada bahan langsung atau bahan tidak langsung yang dimiliki dan disimpan
oleh firma untuk kegunaan proses pengeluaran.
Bahan semulajadi @ sumber alam – contoh diterima
Kerja dalam proses
Terdiri daripada produk separa siap/separuh siap yang disimpan untuk proses
seterusnya dalam pengeluaran.
Produk siap/barang siap / barangan siap
Produk siap yang telah sempurna sepenuhnya melalui proses pengeluaran dan sedia
untuk dijual.
(1F+1H)x3
5. Huraikan tiga asas segmentasi pasaran. [6]
Psikografi - Psikografik @psikologi (TR)
Pembahagian pasaran kepada segmen yang lebih kecil berdasarkan kelas sosial, gaya
hidup dan personality, nilai, budaya, sikap, minat.
Geografi
Membahagikan pasaran mengikut faktor muka bumi, cuaca, iklim dan kawasan.
Lokasi / tempat.
Demografi
Membahagikan pasaran mengikut pendapatan, jantina, agama, umur, bangsa,
pendidikan dan lain-lain.
Gelagat pengguna/manfaat produk
Membahagikan pasaran mengikut pengetahuan, sikap, penggunaan, tabiat pembelian
dan tindak balas pembeli terhadap sesuatu keluaran.
(1F+1H)x3
6. Berikan empat campuran promosi. [4]
Pengiklanan - Iklan (TR)
Promosi jualan
Publisiti
Jualan bersemuka/ jualan terus/ jualan langsung
(1C)x4
7. Senaraikan empat pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan [4]
Pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan
i. Pemilik/ pelabur/ pemegang saham
ii. Pembekal/ pemiutang
iii. Pihak pengurusan syarikat/pengurus syarikat/ oengurus kewangan/ pihak
atasan syarikat/ pengurus
iv. Pembiaya/bank/ institusi kewangan/pemberi pinjaman
v. Agensi kerajaan / LHDN/ kerajaan
vi. Kesatuan Sekerja
vii. Pesaing
viii. Pekerja
(Semak 4 yang pertama,
sekiranya salah kategori dalam satu senarai=0m)
8. Huraikan tiga jenis sumber dana mengikut jangka masa Panjang yang boleh [6]
digunakan oleh sesebuah perniagaan.
Jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang yang boleh digunakan oleh sesebuah
perniagaan
Bon
Merupakan sekuriti jangka panjang.
Dikeluarkan oleh pihak swasta atau awam.
Menjanjikan pembayaran semula prinsipal dan kadar faedah yang tetap apabila tempoh
matang.
Contohnya, bon kerajaan, bon korporat dan bon biasa
Ekuiti
Merupakan pelaburan pemilik dalam perniagaan.
Saham biasa menunjukkan pemilikan syarikat dan tiada tempoh matang.
Hak pemegang saham termasuklah hak mengundi, hak ke atas aset dan hak ke atas
pendapatan.
Saham keutamaan
Merupakan aset kewangan syarikat yang tiada tempoh matang.
Pemegang saham ini dibayar pulangan pada kadar faedah yang tetap.
Saham ini menggabungkan ciri-ciri saham biasa dan bon.
Dividen saham utama dibayar terlebih dahulu berbanding saham biasa.
Contohnya, saham keutamaan biasa, saham keutamaan boleh tukar, dan saham
keutamaan penyertaan.
Hutang jangka Panjang/Pinjaman Berjangka/Pinjaman Bertempoh – Pinjaman Jangka
Panjang (TT)
Pembiayaan pinjaman daripada pihak bank dan dibayaar balik bersama faedah dalam
tempoh melebihi lima tahun.
Jumlah pinjaman bergantung kepada jumlah modal keseluruhan perniagaan.
Amaun pinjaman adalah besar dan memerlukan cagaran kerana risiko yang besar.
Debentur
Sekuriti yang diterbitkan oleh pihak swasta kepada orang@individu@institusi kewangan
untuk mendapatkan dana.
Terdiri daripada sekuriti jangka Panjang/ sederhana.
Dibeli pada harga diskaun dan ditebus pada nilai muka.
(1F+1H)x3
9. Huraikan faktor penentuan keperluan sumber manusia berikut:
a) Perubahan teknologi [2]
b) Penamatan perkhidmatan [2]
Faktor penentuan keperluan sumber manusia
Perubahan teknologi
Pengurus sumber manusia perlu menyediakan sumber manusia yang berkebolehan
secara cekap dan berkesan supaya dapat disesuaikan dengan perubahan semasa/
keperluan organisasi dalam diri pekerja.
Kemahiran sumber manusia sesebuah syarikat perlu sesuai dengan jenis dan tahap
teknologi yang digunakannya. Organisasi perlu mengubah pekerja @mesin.
Syarikat perlu memastikan peningkatan kemahiran sumber manusia selaras
perubahan teknologi dalam industry. Kecukupan @kesesuaian kursus dan latihan.
Penamatan perkhidmatan
Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan staf atas sebab persaraan wajib,
sukarela atau tindakan disiplin.
Penamatan perkhidmatan secara 3 keadaan iaitu bersara wajib, bersara pilihan atau
atas faktor kesihatan.
Penamatan kerana tindakan disiplin seperti dipecat.
(2H x 2)
10. Jelaskan dua jenis hukuman yang boleh dikenakan terhadap seseorang
pekerja yang bersalah melanggar peraturan syarikat. [6]
Jenis hukuman yang boleh dikenakan terhadap seseorang pekerja yang bersalah
melanggar peraturan syarikat ialah :
Turun pangkat (penurunan pangkat -TT)
Mengurangkan tanggungjawab dan autoriti sedia ada pekerja serta diturunkan
ganjaran yang diterima.
Contohnya, seorang pengurus kanan yang dikenakan hukuman turun pangkat
kepada pengurus kerana kesalahan bertindak di luar batas kuasanya.
Gantung kerja
Pekerja tidak dibenarkan bekerja untuk suatu tempoh tertentu sementara siasatan
dijalankan untuk mengesahkan perlanggaran disiplin.
Pekerja yang digantung kerja lazimnya ditangguh bayaran gaji sehingga siasatan
selesai.
Contohnya, seorang eksekutif akaun digantung kerja kerana disyaki membuat
tuntutan perjalanan palsu.
Pemecatan (Dibuang kerja TR)
Memberhentikan pekerja daripada bekerja dalam organisasi.
Contohnya pekerja dipecat apabila didapati bersalah dalam pertuduhan gangguan
seksual di tempat kerja.
(1F+1H+1C)x2
Soalan 11
a) Rangsangan persekitaran yang mempengaruhi gelagat Reza sebagai pengguna
i) Ekonomi
Keupayaan untuk membeli atau kuasa beli pengguna sesuatu tempat pada satu-
satu masa.
Contohnya, Reza sering menghadapi kesempitan kewangan untuk menyara
kehidupannya dankos pengangkutan yang ditanggungnya menelan perbelanjaan
yang tinggi daripada jumlah pendapatannya.
ii) Sosial
Meliputi kumpulan rujukan, keluarga dan peranan serta status.
Contohnya, seorang rakan di pejabat mencadangkan supaya Reza tidak lagi
menggunakan khidmat teksi dan bertukar kepada Uber atau Grabcar kerana
perkhidmatan tersebut lebih murah dan memuaskan.
iii) Budaya
Faktor budaya meliputi nornma, nilai dan amalan masyarakat setempat serta
kelas sosial. Reza seorang eksekutif muda yang baharu bertugas beberapa bulan
mula berkerja di sebuah firma audit di Kuala Lumpur.
iv) Teknologi
Tahap kemajuan dalam persekitaran terutamanya berkaitan mesin, jentera atau
kaedah pelaksanaan sesuatu tugas. Contohnya, Reza boleh menempah khidmat
Uber atau GrabCar dengan hanya menggunakan telefon pintar yang dimilikinya
dan aplikasi Uber dan GrabCar boleh dimuat turun dengan mudah dan percuma
daripada internet. Perkhidmatan pengangkutan boleh diakses melalui aplikasi di
telefon pintar.
b) Proses pembelian barangan pengguna yang dibuat oleh Reza
i) Mengenal pasti keperluan
Pengguna mengenal pasti sesuatu keperluan atau masalah kerana wujud
perbezaan antara keinginan dan keadaan sebenar.
Contohnya: Sering menghadapi masalah kesempitan kewangan untuk menyara
kehidupannya.
Beliau tidak memiliki kenderaannya sendiri. Reza mendapati salah satu
keperluan harian yang menelan perbelanjaan yang besar ialah kos
pengangkutan.
Reza sering menggunakan khidmat teksi untuk semua urusan kerja dan peribadi
kerana tinggal jauh daripada kemudahan kenderaan awam.
ii) Mencari maklumat
Cuba mendapatkan sebanyak mana maklumat melalui pencarian maklumat
secara aktif.
Contohnya:
Seorang rakan mencadangkan supaya Rezaa bertukar kepada Uber dan
GrabCar. Perkhidmatan Uber dan GrabCar lebih murah dan memuaskan
berbanding teksi.
Boleh menempah Uber dan GrabCar dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Aplikasi Uber dan GrabCar boleh dimuat turun dengan mudah dan percuma
daripada internet.
Mendapatkan maklumat daripada media massa iaitu hasil tinjauan "Kaji selidik
Maklum Balas: dilaporkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) pada tahun 2015".
iii) Menilai alternatif
Cuba mendapatkan sebanyak mana maklumat melalui pencarian maklumat
secara aktif.
Contohnya:
Seorang rakan mencadangkan supaya Rezaa bertukar kepada Uber dan
GrabCar. Perkhidmatan Uber dan GrabCar lebih murah dan memuaskan
berbanding teksi.
Boleh menempah Uber dan GrabCar dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Aplikasi Uber dan GrabCar boleh dimuat turun dengan mudah dan percuma
daripada internet.
Mendapatkan maklumat daripada media massa iaitu hasil tinjauan "Kaji selidik
Maklum Balas: dilaporkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) pada tahun 2015".
iv) Membuat keputusan pembelian
Pengguna membuat keputusan pilihan atau jenama yang akan dibeli.
Contohnya:
Reza percaya bahawa dia akan dapat menjimatkan kos pengangkutan yang
ditanggung jika dia beralih daripada perkhidmatan teksi awam kepada
perkhidmatan Uber atau GrabCar.
Reza juga percaya dia akan menikmati pelbagai manfaat daripada kelebihan-
kelebihan yang dilaporkan tentang perkhidmatan Uber dan GrabCar pada kos
yang lebih rendah berbanding perkhidmatan teksi awam yang digunakannya
selama ini.
v) Gelagat selepas pembelian
Pengguna bertindak balas selepas pembelian berdasarkan tahap kepuasan atau
ketidakpuasan.
Contohnya:
Reza merasa berpuas hati dengan keputusan yang diambilnya. Reza
menggunakan khidmat Uber dan GrabCar berulang kali sepanjang tempoh
seminggu. Dia juga memberikan penarafan lima bintang kepada kebanyakan
pemandu yang khidmat mereka digunakan sepanjang minggu tersebut.
12. Jelaskan lima faktor pengeluaran yang terlibat dalam sebuah kilang roti. [20]
Lima faktor pengeluaran yang terlibat dalam sebuah kilang roti:
1. Modal insan [1]
• Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau
perniagaan [1]
• Terdiri daripada buruh mahir dan kurang mahir [1]
• Contoh: buruh yang melakukan kerja-kerja menimbang bahan, membakar dan juga
o membungkus [1] - related. X related (om g C)
2. Modal [1]
• Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat [1].
• Terdiri daripada bentuk wang atau aset [1]
• Contoh: kenderaan, bangunan kilang, ketuhar, mesin pembancuh dan mesin
pembungkusan [1]
3. Usahawan/Keusahawanan [1]
• Orang yang membentuk perniagaan orang yang menggabungkan faktor-faktor
pengeluaran dan menjadikan sebagai output dalam pengeluaran [1]
• Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan [1]
• Contoh: orang yang membuka perniagaan bakeri roti [1]
4. Teknologi [1]
• Peralatan atau kaedah yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan [1]
• Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran, meningkatkan kecekapan,
meningkatkan daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan [1]
• Contoh: mesin pembancuh yang digunakan untuk menggantikan penggunaan tenaga
manusia [1]
5. Bahan mentah [1]
• Input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan
sesuatu
produk [1] (sumber semulajadi)
• Input boleh terdiri daripada barang siap atau barang separuh siap [11
• Contoh: Tepung gandum, yis, garam dan gula merupakan bahan-bahan utama dalam
pembuatan roti [1]
[(IF +2H +1C= 4M) x5=
20M] atau
[(IF+IH+2C=4M) x 5=
20M)]
IF-2H+1C atau 2C+H
13. Jelaskan lima pendekatan pemasaran yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat. [20]
1. Pengeluaran [1]
• Tumpuan diberi kepada pengeluaran produk secara besar-besaran [1]/
• Pengeluaran produk secara banyak membolehkan pengeluar mencapai ekonomi
bidangan [1]/
• Kesannya kos pengeluaran menurun dan pengeluar dapat mengaut keuntungan yang
tinggi [1]/
• Pengeluar mengandaikan produk akan dapat dijual jika pengeluaran yang banyak
pada harga rendah ditawarkan dengan kos yang minimum [1]/
• Contohnya pengeluar hanya akan mengeluarkan produk keperluan harian yang
mendapat permintaan yang tinggi [1]
2. Produk [1]
• Tumpuan pemasaran diberi kepada kualiti produk. Kualiti produk amat dipentingkan
dan diberi keutamaan []/
• Pendekatan ini mempercayai bahawa barang dapat dijual dengan mudah sekiranya
berkualiti. Pelanggan hanya membeli produk yang paling berkualiti, berprestasi tinggi
dan mempunyai ciri-ciri inovatif [1]/
• Contohnya pengeluaran kereta yang mempunyai ciri berkualiti, berinovatif serta
berteknologi tinggi [1]
3. Penjualan [1]
• Tumpuan diberi kepada kaedah, teknik dan cara menjualkan sesuatu produk untuk
meningkatkan jualan [1]/
• Pendekatan ini mempercayai bahawa pelanggan hanya akan membeli jika dipujuk
dan digalakkan untuk membeli [1/
• Promosi agresif dan kreatif diamalkan [1]/
• Contohnya produk tidak dicari seperti insurans menggunakan pendekatan ini, dimana
jurujual diambil dan dilatih untuk mencari pasaran atau pelanggan |l]
4. Pemasaran [1] /Pemasaran moden.
• Tumpuan diberi kepada keperluan dan kehendak pengguna atau bertujuan memenuhi
kepuasan pengguna [1]/
• Pengeluar menggunakan strategi campuran pemasaran iaitu menggunakan harga,
produk, promosi dan pengedaran untuk memasarkan produk [1]/
• Contohnya pemasaran kereta Honda yang sering menggunakan kaedah ini [1]
5. Pemasaran Kemasyarakatan [1]
• Pendekatan pemnasaran yg memuaskan keperluan dan kehendak pengguna dengan
menitikberatkan kebajian sosial pengguna [1]/
• Pemasaran memberi tumpuan kepada keperluan dan kehendak pengguna jangka
panjang
• Contohnya pengeluaran kereta memperkenalkan alternatif penggunaan kereta Hybrid
berbanding penggunaan petrol dan disel untuk mengurangkan kos dan mengurangkar
pencemaran udara [1]
(IF+2H+ 1C= 4M) x 5 20M] atau
C(IF+ IH+2C= 4M)x5 20M