Revisiting a Study Of Awareness And Perception Towards
Sustainability
Naziatul Aziah Mohd Radzi1, Normaizatul Akma Saidi2, Khai Ern Lee3, Hasif Rafidee Hasbollah4,
Hazzyati Hashim5, Fadhilahanim Aryani Abdullah6
1,2,4,5,6 Faculty of Hospitality Tourism and Wellness, Universiti Malaysia Kelantan City Campus,
Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia.
3 Institute for Environment and Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor, Malaysia
Penulis Utama/Corresponding Author:[email protected]
Abstract: Sustainability has long been discussed in many perspectives considering
its importance to our lives. The practices embedded in Sustainability must
consistently be done to achieve the goals that have been set in the Sustainability
Development Goals (SDG). To practise sustainability successfully, people should be
aware and have a better understanding of sustainability issues and practices. Thus,
this paper intends to look at the trends and issues in the awareness and perception
towards sustainability. A conceptual paper in nature, this study reviewed past
research works which included the perception and awareness of sustainability. This
paper gathered study patterns and accessed the findings from multiple previous
studies. Based on the findings, the awareness of sustainability was found to
sustainability principles among the society. Education is recognised to have played a
significant role of increasing the awareness of sustainability. Hopefully, this study
will shed a light on the perspective of awareness and the perception towards
sustainability from many different angles, which perhaps could lead to a new
direction of study on this topic.
Keywords: Sustainability, Education, Awareness, Perceptions, Sustainability
Development Goals (SDG)
Manifestasi Budaya Peradaban Melayu Dalam Novel Kasyaf Ain:
Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu
Norazilah Buhari, Nor Azlili Hassan, Nik Norazira Abd Aziz, Mohd Syuja Saedin
Fakulti Kreatif Industri, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), 43000 Kajang, Selangor DE
Corresponding Author:[email protected]
Abstrak: Novel merupakan salah sebuah medium karya sastera untuk menonjolkan
sesebuah gagasan atau idea pemikiran pengarangnya. Bukan hanya sekadar nilai
estetika yang diutamakan sebaliknya kepentingan isi dalam pembentukan modal
insan dan pendidikan tidak diabaikan. Novel Kasyaf Ain karya Ramlee Awang
Murshid yang diterbitkan pada tahun 2018 ini memaparkan budaya peradaban
masyarakat Melayu daripada perspektif masyarakat Melayu itu sendiri dari abad ke-
18 sehingga kini. Kepelbagaian teknik seperti dialog, monolog, imbas kembali dan
perlambangan telah digunakan oleh pengarang secara kreatif untuk mengolah dan
mengetengahkan persoalan kepercayaan, konsep keimanan, amalan nilai-nilai murni
dan tradisi masyarakat Melayu dalam novel ini. Novel Kasyaf Ain dipilih sebagai
bahan kajian kerana memperlihatkan manifestasi budaya peradaban masyarakat
Melayu secara khusus. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat
bagaimana faktor persekitaran digarap bagi mengetengahkan persoalan kepercayaan
dan nilai-nilai tradisi dalam karya ini. Teori Pengkaedahan Melayu yang dicetuskan
oleh Hashim Awang (2002) diaplikasikan sebagai kerangka kajian ini bagi
mengesahkan bahawa teori ini dapat dijadikan sandaran untuk membuktikan
manifestasi budaya peradaban masyarakat Melayu dalam novel ini. Justeru itu,
budaya peradaban Melayu dalam novel ini akan dianalisis menerusi pengkaedahan
alamiah dan pengkaedahan keagamaan menerusi Teori Pengkaedahan Melayu.
Kaedah kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan dan budaya peradaban
Melayu ini akan dianalisis melalui setiap bab dalam novel untuk memperlihatkan
manifestasi tersebut. Dapatan kajian ini mendapati novel Kasyaf Ain banyak
memaparkan realiti budaya peradaban masyarakat Melayu yang sangat rapat dengan
faktor persekitaran seperti alam sekitar, kepercayaan dan nilai-nilai tradisi dalam
kehidupan. Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada ajaran Islam tetapi tetap
terikat dengan kepercayaan dan amalan tradisi yang menentukan corak kehidupan
mereka. Intihanya, novel ini mampu menjadi alat untuk mengembangkan
pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat, khususnya generasi muda
mengenai budaya peradaban masyarakat Melayu secara intelektual dan praktikal.
Kata Kunci: budaya, peradaban, Melayu, novel, Teori Pengkaedahan Melayu
Tragedi Nadrah: Pengaruh Dan Pemikiran Karim Ghani Melalui
Majalah Sinaran, 1950-1951
Muhammad Nur Arif Abdul Manaf1, Mohd Firdaus Abdullah2
1Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
2Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak: Tragedi Nadrah yang berlaku di Singapura pada 11 Disember 1950 telah
menonjolkan peranan dan pengaruh Karim Ghani yang telah dilantik mengetuai
Jawatankuasa Tindakan Nadrah bagi memperjuangkan isu hak penjagaan Nadrah
yang telah dikemukakan oleh ibu bapa kandung Nadrah dari belanda. Bagi menarik
sokongan dan perhatian masyarakat Melayu terhadap perjuangan yang dinyatakan,
Karim Ghani telah menggunakan Majalah Sinaran dalam mempengaruhi pemikiran
masyarakat Melayu melalui rencana dan visual yang disiarkan bermula daripada
bilangan ke-15, 20 November 1950 sehingga bilangan ke-20, 6 Januari 1951. Maka
dengan itu, penyelidikan ini akan melihat sejauhmana tragedi Nadrah telah
mempengaruhi idea dan pemikiran Karim Ghani dalam membangkitkan sokongan
masyarakat Melayu melalui Majalah Sinaran, 1950-1951. Penyelidikan ini
berbentuk kualitatif dan menggunakan sepenuhnya kaedah penyelidikan sejarah.
Bahan dan sumber diperoleh melalui kerjasama antara Bahagian Sejarah, Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Hamzah
Sendut, Universiti Sains Malaysia dan Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal
Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Hasil kajian mendapati, melalui Majalah Sinaran, Karim Ghani telah
berjaya menyatupadukan masyarakat Melayu melalui seruan jihad yang jelas
ditonjolkan melalui rencana-rencana beliau dalam tempoh yang yang dinyatakan.
Kemuncaknya, ianya menjadi antara faktor utama tercetusnya rusuhan Nadrah
sehingga menyebabkan kematian dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyelidikan
ini telah memberikan dapatan baharu dan membetulkan beberapa kesalahan fakta
yang terdapat melalui penyelidikan lepas berkaitan isu Nadrah.
Kata kunci: Nadrah, Karim Ghani, Majalah Sinaran, Islam, Melayu, Jihad
Membudayakan Aktiviti Kesukarelawanan: Dari Sudut Pendekatan
Model ‘GEMS’
Nur Qurratul’ Aini Ismail, Nur Hafifa Iswati Ishak
Universiti Malaysia Perlis
Abstrak: Budaya kesukarelawanan berupaya membentuk sebuah masyarakat yang
bersatu padu dan penyayang. Oleh itu, budaya ini dipercayai mempunyai pengaruh
yang kuat dalam menjamin kualiti hidup dan mengenepikan unsur-unsur negatif.
Pencapaian sepenuhnya budaya kesukarelawan terlaksana apabila aktiviti sukarela
menjadi suatu amalan dan usaha yang berterusan. Antara pendekatan Model GEMS
adalah untuk memastikan bahawa sikap sukarela akan sentiasa kekal lebih baik dari
masa ke semasa. Model ini digambarkan sebagai model lingkaran profil pentadbiran
kesukarelawanan. Model ini terdiri daripada empat set proses; 1) menjana, 2)
mendidik, 3) menggerakkan, dan 4) mengekalkan, yang melibatkan pengambilan
atau pengunduran sukarelawan.
Kata kunci: Kesukarelawanan, Model GEMS.
The Importance Of Corporate Image In The Malaysian Takaful
industry
Nur Hafifa Iswati Ishak1, Nur Qurratul’Aini Ismail2
1Centre for Liberal Sciences, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Tetap Pauh Putra, 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
2Centre for Liberal Sciences, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Tetap Pauh Putra, 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
Corresponding Author: [email protected]
Abstract: Customer satisfaction is one of the critical aspects that have been long
discussed in any business. Although it is often studied but research on it is still of
interest and still not outdated. This is because, it is a key strategy either the company
is able to stay in a business or not. Studies on customer satisfaction in the Malaysian
Takaful industry are still limited. As a company that is highly dependent on
customers, the topic of customer satisfaction is something that cannot be avoided.
Therefore, this study aims to provide a conceptual paper on corporate image as
determinants of customer satisfaction. The data was examined using the PLS-SEM.
The outcomes of this study will help future researchers on the determinants of
customers satisfaction among the Malaysian Takaful customers.
Chinese Community in Malaysia: Some thoughts of their
Collective Rights as Reflected by the Johore Chinese
Keluarga dan
pendidikan
A New Approach In Preparing Assessment To Gauge Students’
Performance
Mohd Ikmal Fazlan Rozli, Rohamezan Rohim, Yee Hooi Min
Civil Engineering Studies, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang, 13500
Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia.
Corresponding Author: [email protected]
Abstract: To gauge students understanding after taking a subject, training and
others, an assessment will be conducted. The assessment can be in the form of
verbal, practical and the most popular among all is in writing. The teacher or lecturer
will assemble questions in accordance with topic covered by the syllabus that had
been taught to the students. This assessment will gauge the understanding of the
students in grasping the knowledge of the subject. Usually, no one will bat an eye if
the student performance is good, however, the assessment is suggested to be relook
if the performance of student’s achievements getting worse. In traditional way of
writing assessment, all the topics will be questioned in final examination although
the topic has been asked in early assessment such as assignment or test. The
traditional method has been proven suitable for most of the subjects. However, for a
subject that has many topics to be covered in syllabus, the students may find it hard
to perform and obtained good result. This study focuses on analysing the
performance of new method of writing assessment to gauge the understanding of
students taking the course of Statics and Dynamics (CES420). The new method of
preparing a question for assessment is where only a topic will be asked only once in
any assessment and will not be repeated in any future assessment. For this study,
451 students were taken as sample that took this subject with 97 students using the
traditional method and 354 students using the new method. The result shows a
promising result on the performance of the students using new method of writing
assessment.
Keywords: assessment, students, education, syllabus, performance
Peranan Pendidikan Islam Dalam Pembangunan Modal Insan
Berdasarkan Hikmah Surah Luqman Menurut Tafsir Al-Thobari
Zuraimy Ali1, Nurakmal Liyana Yahaya2
1Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM cawangan Perlis
2Guru KAFA Jabatan Agama Islam Perlis
Penulis Utama: [email protected]
Abstrak: Keruntuhan moral yang ditunjukkan dalam media massa di Malaysia
dilihat semakin meruncing. Pembangunan modal insan adalah penting dalam
menangani masalah keruntuhan moral tersebut. Kajian ini bertujuan meneliti sejauh
mana peranan Pendidikan Islam dan elemen-elemennya yang dapat menjadi asas
pembangunan modal insan sepertimana yang terdapat dalam Surah Luqman menurut
Tafsir al-Thobari dan pandangan terkuat menurut Imam al-Thobari serta maklumat
lain yang dianggap relevan dan bermanfaat dengan perbincangan topik kajian.
Kajian dijalankan melalui pendekatan deskriptif kualitatif, dan jenis penelitian yang
digunakan adalah kepustakaan. Kaedah yang digunakan adalah pengumpulan data
dalam bentuk analisis isi dan melibatkan pembacaan Kitab Tafsir al-Thobari secara
intensif mengenai Pendidikan Islam dalam Surah Luqman. Kajian menunjukkan
peranan dan elemen-elemen pendidikan islam yang terdapat dalam Surah Luqman
telah memainkan peranan penting dalam proses pembangunan modal insan dari
sudut fizikal, intelektual, emosional dan spiritual yang bersesuaian sepanjang
zaman. Kajian ini dapat menjadi panduan kepada ibubapa, guru-guru dan
masyarakat dalam mendalami ilmu keibubapaan, pendidikan islam dan
pembangunan modal insan supaya masalah keruntuhan moral dan sosial di kalangan
individu dan masyarakat boleh dielakkan.
Kata kunci: Pendidikan islam, pembangunan modal insan, surah Luqman , tafsir al-
Thobari
Peranan Pendidikan Al Quran Terhadap Pembentukan Keluarga
Bahagia
Mardziah Binti Abdullah Pakri, Sabariah Binti Md Yussof
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Abstrak: Pendidikan al quran adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru,
masyarakat dan pemerintah di mana ia dapat menenangkan hati dan berperanan
dalam pembentukan keluarga bahagia. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti
kajian konsep berdasarkan kajian-kajian lepas bagi peranan pendidikan al Quran
terhadap pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua pasangan yang
berkahwin. Kajian konsep ini mendapati pendidikan al quran adalah pendidikan
sepanjang hayat sebagai petunjuk kepada manusia termasuk dalam institusi
kekeluargaan, bukti kebenaran ajaran Islam dan pembeza antara yang benar dan
yang salah. Namun pengabaian pendidikan al Quran boleh menyebabkan keruntuhan
keluarga dan menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang boleh
menjejaskan kualiti hidup manusia.
Kata Kunci: Pendidikan al Quran, Keluarga Bahagia
Pemahaman Guru Terhadap Pendekatan Heutagogi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran: Kajian Kes Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Sekolah Menengah
Noor Muslieah Mustafa Kamal1, Profesor Madya Dr Zaharah Hussin2, Dr Abdul Muhsien
Sulaiman3
Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
[email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak: Dunia pendidikan berkait rapat dengan pembangunan sumber manusia
untuk melahirkan sumber intelek seiring dengan pertumbuhan ekonomi global.
Kualiti pengajaran guru perlu dipertingkatkan agar murid dapat menikmati
pembelajaran yang lebih bermakna. Sehubungan dengan itu, pembelajaran kendiri
seperti heutagogi perlu diketengahkan dalam pengajaran guru sebagai salah satu
usaha untuk memperkasa keupayaan murid menghadapi era pendidikan abad ke-21.
Keperluan PdPR dalam situasi endemik Covid 19 juga menggesa pendekatan
heutagogi diamalkan di sekolah bagi meningkatkan autonomi murid dalam
pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka pemahaman guru
Pendidikan Islam sekolah menengah terhadap pendekatan heutagogi sebagai
pembelajaran kendiri dalam pengajaran Pendidikan Islam. Pengenalan pendekatan
heutagogi akan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran agar matlamat
utama kemenjadian murid dapat dicapai dengan sebaik mungkin. Kajian ini
merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan temu
bual separa berstuktur dan analisis dokumen. Data temu bual ditranskripsi, dianalisis
secara bertema dan ditriangulasikan dengan pemeriksaan dokumen. Dapatan kajian
mengenai pemahaman guru terhadap pendekatan heutagogi membentuk lima tema
iaitu sikap kendiri, pemusatan terhadap murid, guru sebagai pembimbing,
penggunaan teknologi dan selari dengan tuntutan agama.
Kata kunci: heutagogi; guru Pendidikan Islam, pengajaran dan pembelajaran,
pemahaman guru, pembelajaran kendiri
Kepentingan Deklarasi Hibah Kepada Pengukuhan Institusi
Keluarga Di Malaysia
Noor Aznaim Abd Latib1, Musaiyadah Ahmadun2
1Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Shah
Alam, Selangor
2Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 88997 Kampus
Kota Kinabalu, Sabah
[email protected], [email protected]
Abstrak: Kesedaran pengurusan harta melalui instrument hibah semasa hidup
dilihat semakin memberangsakan di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini
dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai institusi atau organisasi yang
menawarkan perkhidmatan pengurusan hibah. Selain itu, deklarasi hibah dalam
masyarakat merupakan langkah dan usaha yang baik bagi menyuburkan dan
memperkasakan institusi kekeluargaan dalam menguruskan harta berlandaskan
Islam. Namun begitu, masih wujud segelintir masyarakat yang kurang sedar
berkaitan dengan kepentingan melaksanakan deklarasi hibah semasa hidup mereka
dan jika dilihat masih ada yang memberikan hibah hanya melalui ucapan lisan tanpa
apa-apa sebarang bukti dokumen. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis
kepentingan deklarasi hibah bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deduktif. Melalui
metod deduktif ini, literatur yang dikumpulkan adalah dalam berbentuk umum dan
daripadanya akan dibuat satu kesimpulan khusus. Hasil kajian menunjukkan
terdapat empat kepentingan deklarasi hibah iaitu pelengkap kepada sistem
pengagihan harta, pemberian hibah tidak hanya kepada ahli keluarga, menjadi bukti
pemberi dan penerima hibah dan mempercepatkan proses pengesahan hibah.
Kata kunci: Deklarasi, Hibah, Keluarga, Pengukuhan,
Pementoran Islam Rakan Sebaya Sebagai Medium Pendidikan Adab
Di Era Society 5.0
Noraini Ismail1, Mardzelah Makhsin2, Afiffudin Mohammed Noor3, Ummi Syarah Ismail4, Wan
Mohd Amjad Wan Halim5
1,3,5Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 02600 Kampus
Arau, Perlis
2Universiti Utara Malaysia, Sintok, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah
4Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 02600 Kampus Arau, Perlis
[email protected], [email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]
Abstrak:Era Society 5.0 telah meletakkan manusia sebagai peneraju perkembangan
teknologi. Ini secara tidak langsung memerlukan modal insan yang tidak hanya
cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam adab dan keperibadian. Justeru
pendidikan adab dilihat sebagai satu bentuk pendidikan yang perlu dimantapkan dan
diberi nafas baru agar seiring dengan keperluan dalam era revolusi Society 5.0.
Kajian ini mengetengahkan pementoran Islam rakan sebaya sebagai alternatif
kepada medium pendidikan adab di mana rakan sebaya yang sering meninggalkan
pengaruh dalam kehidupan remaja dapat berperanan sebagai mentor dalam
memperkukuhkan akhlak dan adab khususnya dalam berdepan dengan dunia
globalisasi dan modenisasi yang semakin mencabar. Dapatan berdasarkan kajian
literatur menunjukkan bahawa pementoran Islam rakan sebaya sangat berpotensi
untuk diketengahkan sebagai medium pendidikan adab yang berkesan dalam
pelbagai perubahan yang berlaku di era Society 5.0. Dengan pemantauan dan
bantuan seorang murabbi dan juga integrasi elemen amanah dan adab seperti mana
yang terdapat dalam Pendidikan 5.0@ UiTM adalah alternatif yang baik untuk
diketengahkan dalam pelaksanaan pementoran Islam rakan sebaya. Kandungan
pendidikan adab yang bersifat holistik meliputi adab terhadap agama, adab terhadap
manusia, adab terhadap diri sendiri dan adab terhadap alam adalah input yang sesuai
dan perlu disusun dengan lebih sistematik sebagai panduan dalam pelaksanaan
pementoran Islam rakan sebaya.
Kata Kunci: Pementoran Islam; Bimbingan Rakan Sebaya; Pendidikan Adab;
Society 5.0
Pembangunan Kesejahteraan dan Kesihatan Institusi Keluarga
melalui aktiviti Sukan Memanah Tradisional
Jamalia binti Aurani1, Nadiyah Hashim2, Ahmad Fikri bin Mohd Kassim3, Ahmad Dzulkarnain
Ismail4, Siti Maryam binti Abdul Wahab5
1,2Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perlis, MALAYSIA
3,4Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Perlis, MALAYSIA
5Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Cawangan Perlis, MALAYSIA
[email protected],[email protected],[email protected],[email protected]
du.my, [email protected]
Abstract: Pemilihan gaya hidup sihat melalui sukan amat dianjurkan untuk
menambahbaik kualiti kehidupan ke arah kesejahteraan dan kesihatan. Aktiviti yang
dijalankan secara individu mahupun secara berkelompok mampu memberi manfaat
fizikal dan spiritual. Sukan memanah tradisional merupakan salah satu jenis sukan
yang releven pelaksanaannya merangkumi semua aspek penyertaan iaitu secara
individu atau berkelompok, tidak terhad kepada faktor umur juga jantina. Tinjauan
semasa sesi latihan dan pertandingan sukan ini sepanjang tempoh tahun 2019 dan
2020 mendapati bahawa sukan memanah tradisional menunjukkan trend penglibatan
dan penyertaan yang semakin menggalakkan dalam kalangan masyarakat.
Penglibatan masyarakat secara berkeluarga juga menjadi asas untuk kajian ini
dilaksanakan. Terdapat banyak kajian lepas mengenai impaknya kepada kesihatan
telah membuktikan kebaikan dan manfaat sukan ini. Gesaan wahyu juga menjadi
pencetus bagi peminat sukan memanah dalam kalangan Muslim untuk turut
menyemarakkan lagi kehebatan sukan memanah. Kajian ini mengaplikasikan
kaedah kualitatif memfokuskan reka bentuk kajian temubual, kajian perpustakaan
dan pemerhatian. Hasil kajian tinjauan mendapati penglibatan masyarakat dalam
aktiviti sukan memanah tradisional secara kelompok iaitu menerusi institusi
keluarga sangat menggalakkan. Seterusnya melihat impaknya ke arah kesejahteraan
dan kesihatan institusi keluarga yang bersepadu antara jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Kajian ini juga berpotensi membuka peluang kepada masyarakat mendekati
ilmu memanah secara teori dan praktis, serta menjadi motivasi pengamalan gaya
hidup sihat secara berkeluarga.
Keywords: Sukan Memanah Tradisional; Kesejahteraan; kesihatan; Institusi
keluarga
Different Approaches in Language Planning and Policy Studies
Nazira Osman
Abstract: Discussion on Language Planning and Policy (LPP) area has evolved
over time with focus on orthographic and codification in 1960s, language problems
for nation development in 1970s, frameworks and contrasting theories in 1980s and
critical viewpoints in 1990s up to now. Following the discussions, theorists define
the area constituting among others, policy as a regulation, either planned or
unplanned, daily interaction with government intervention and as a form of power
struggle. This study aims to examine approaches taken by researchers in studying
LPP, looking closely on the issues being discussed and related keywords.
Methodically, this study applies content analysis on a few journal articles on LPP
studies around Asian countries. It was found that there are three approaches taken;
the positivist approach, sociolinguistic approach and critical model approach. The
results of this study show the differences among the three approaches, consequently
pave way of looking at LPP from different angles. It may also spark some ideas for
future studies in LPP and enhance discussions on the area.
Keywords: Language Planning and Policy, positivist approach, sociolinguistic
approach, critical approach, content analysis
Kajian Hubungan Tahap Pendidikan Bapa Dan Akhlak Remaja Masa
Kini
Noraziah binti Ahmad Nadzim1, Mohd Nizam bin Sahad2
IPG Kampus Tuanku Bainun, Universiti Sains Malaysia
Penulis Utama:[email protected]
Abstrak: Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah yang tidak
ternilai. Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik, memelihara,
mengasuh, memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Namun,
terdapat kesan negatif pengabaian ibu bapa dalam memimpin dan mendidik anak-
anak mengikut kerangka Islam yang dapat diperhatikan melalui wujudnya fenomena
keruntuhan akhlak remaja Muslim di Malaysia. Penglibatan remaja dalam pelbagai
gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor dalaman diri
remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi
keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji
hubungan tahap pendidikan bapa dan akhlak remaja masa ini. Kajian ini
melibatkan 375 remaja sekolah menengah di Kedah. Instrumen soal selidik dan juga
temu bual dilakukan bagi memperoleh data kajian. Dapatan kajian dianalisis dengan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 23.0). Hasil analisis ujian
korelasi pearson menunjukkan bahawa hubungan antara tahap pendidikan bapa
dengan akhlak remaja adalah tidak signifikan (r = -0.073, p (0.160)> 0.05). Pengkaji
membuat keputusan bahawa tidak terdapat perhubungan antara tahap pendidikan
bapa dengan akhlak remaja Walau bagaiamanapun, ibu bapa hendaklah berusaha
menambah ilmu pengetahuan berkaitan keibubapaan dan seterusnya menjadi role-
model kepada anak-anaknya. Jelaslah bahawa suatu pendidikan itu bermula dari
bumbung rumah sesebuah keluarga dan ibu bapa adalah guru pertama bagi setiap
anak.
Pendidikan Darah Wanita Dalam Kalangan Guru Islam di
Kuching,Sarawak
Siti Asmah Khalid1, Abdul Razak Abdul Kadir2, Nurul Azhar Ahmad3
[email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak: Persoalan darah pada wanita iaitu haid dan istihadhah adalah perbahasan
yang paling sulit yang sering dipersoalkan oleh kaum wanita. Sehingga kini,ramai
yang keliru dalam memahaminya. Walaupun isu ini seringkali dibentangkan dalam
pelbagai simposium, bengkel dan ceramah namun masih ramai dalam kalangan
wanita muslimah yang kurang memahami kaedah dan cara mengenalpasti
perbezaan daripada sudut ciri, warna, tempoh masa dan pelbagai isu yang dikaitkan
dengan tajuk ini. Mungkin ini disebabkan darah tersebut keluar daripada sifat dan
jalan jalur yang sama, tetapi setiap wanita tidak mungkin sama di antara satu dengan
walaupun mereka adalah adik beradik kembar. Kajian ini dijalankan dalam kalangan
Guru Islam (GI). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti secara terperinci tahap
kefahaman dan pendidikan haid dan istihadhah menurut mazhab syafie dan
mengkaji perbezaan haid dan istihadhah melalui sifat,warna dan tempoh keluar haid,
tempoh antara dua haid dan tempoh suci. Kajian ini akan menggunakan metod
kuantitatif. Guru Islam Di sekolah telah dipilih secara rawak sebagai responden.
Bagi metod pengumpulan data bagi kajian pustaka penulis menggunakan kitab-kitab
turath yang muktabar dan dikukuhkan dengan jurnal penyelidikan dan kajian lepas.
Bagi pengumpulan kajian lapangan menggunakan soalselidik bagi menjawab kepada
persoalan kajian . Bagi tujuan penganalisaan data penulis menggunakan SPSS .
Hasil kajian menunjukkan masih terdapat guru Islam yang masih keliru untuk
membezakan antara darah haid dan istihadhah. Cadangan penambahbaikan telah
dinyatakan dalam kajian ini untuk membantu guru Islam meningkatkan pemahaman
dalam tajuk ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan haid dan
istihadhah terutama kepada guru pendidikan Islam amat penting kerana mereka
sebagai agen dalam memberikan kefahaman tentang permasalahan haid dan
istihadah.
Kata Kunci: Pendidikan, Haid, Istihadhah, guru, penyampaian
Psychological Distress Among Parents of Children with Special Needs
Rosilah Wahab, Fatin Farina Ain Ramli, Syamsul Anwar Sultan Ibrahim, Mohd Ghazali Masuri
Centre of Occupational Therapy, Faculty of Health Sciences, Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia.
Abstract:Psychological distress referred to an emotional suffering state
characterized by depression such as lost interest and hopelessness and anxiety
symptoms such as felt tension and restlessness. Parents of children with special
needs were likely to be at a higher risk of psychological distress since they might
experience many challenges to raise the children. This study aimed to identify the
severity of psychological distress of the parents among special needs children and
the relationship between demographic variables and parents' psychological distress
among special needs children. A total of 224 parents with special needs children in
Terengganu were involved. The psychological distress of parents was measured by
using Kessler Psychological Distress Scale (K10). Results indicated 36.6% of
parents were having severe distress, 21% were experiencing moderate distress and,
21.9% had mild distress. Parent’s job status had indicated a positive significant
correlation between severity of psychological distress (r = 0.148, N = 224, p < 0.05).
The other variables such as parent's age, parent’s gender, child’s age and diagnosis,
parent’s marital status, and parent’s education level had shown no significant
correlation between the severity of psychological distress. In conclusion, most
parents were having psychological distress. Nevertheless, only the job status had
demonstrated an impact on the psychological distress of par
Keywords: children with special needs, disability, parents, psychological distress
Factors Affecting Dropout Intention Due To Online Learning
Transition Among Engineering Students At Higher Learning
Institution
Siti Balkis Mohamed Ibrahim1, Fakhri Rabialdy2
1Centre for Liberal Sciences, Faculty of Applied & Human Sciences, Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP), Perlis
2Entrepreneurship Department, Universitas Pahlawan Tuanku Tambusai, Indonesia
[email protected], [email protected]
Abstract: COVID-19 pandemic impact diverse sectors in worldwide at various
degree. Everyone witnesses the mushrooming of internet technology in dynamic
way especially in education sector that glows numerous E-learning platform to be an
essential method applied by educational institutions across the globe. Online modes
glommed in higher education as the objective to streamline students learning as well
to equip students’ skill set to meet with digitized world demands. This affects the
entire academia, and to be specific engineering students much more affected
compared to the rest as involve technical scope of studying. Even though updated
devices brought tremendous value to user which the rules and risks at own, to what
extent do users utilize to learning? Education quality and motivation of learning
became questionable among students, where the increases of drop out percentage
was the evidence.Thus, the main objective of current research is to study the impact
of E-learning transition on engineering student’s dropout percentage at higher
learning institution. Three main dimensions were understudy to the student’s
intention to drop out namely, resilience, digital literacy and teaching competencies
as the predictor of dropout intention. Correlation research design been applied,
tested the named dimensions on sample of first-year students (N=1100). The results
showed the three main dimensions are significant predictors of early dropout
intention among students. The result’s implication been spotlight and the possible
intervention are suggested to reduce the rate of students’ dropout intention and
improve sustainability.
Keywords: Dropout Intention, Resilience, Digital Literacy, Teaching
Competencies,Academic, Engineering
Keberkesanan Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban Dalam
Memupuk Kesepaduan Kaum: Kajian Terhadap Pelajar Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Malaysia
Sakinatul Raadiyah Abdullah1, Farahdina Fazial2, Surita Hartini Mat Hassan3, Salimah Yahaya4,
Che Khadijah Hamid5
1,2Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani, Merbok, Kedah, Malaysia
3Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang,
Kampus Raub, Pahang, Malaysia
4,5Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan
Terengganu, Kampus Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulis Utama: [email protected]
Abstrak: Kursus teras universiti adalah kursus asas yang ditetapkan oleh universiti
yang mana turut diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kursus ini
juga tertakluk sebagai satu kursus yang ditetapkan oleh senat universiti untuk
memastikan bahawa pendidikan yang menyeluruh dapat diberikan kepada seseorang
pelajar. Pelajar wajib mengambil dan wajib lulus kursus ini sekaligus akan
melayakkan pelajar untuk bergraduat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Di
Universiti Teknologi Mara (UiTM), salah satu kursus teras universiti adalah kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban yang merupakan kursus wajib yang termaktub di
bawah kelolaan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan ditawarkan
kepada pelajar pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di setiap kampus
cawangan seluruh Malaysia. Namun, menjadi persoalan adakah kursus ini berkesan
dalam memupuk kesepaduan kaum dalam kalangan pelajar UiTM kerana secara
maklum keseluruhan pelajar universiti ini terdiri daripada kalangan pelajar
Bumiputera sahaja. Sejajar dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan kursus seterusnya akan
menganalisis bagaimana keberkesanan kursus ini dalam membentuk kesepaduan
kaum dalam kalangan pelajar UiTM ini. Alat-alat pengukuran yang digunakan
dalam pengumpulan data merangkumi soal selidik yang diedarkan secara dalam
talian menggunakan perisian Google Form kepada 300 orang pelajar UiTM di
Malaysia secara rawak. Data-data yang diperolehi daripada sampel rawak ini
kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis
Permodelan Persamaan Struktur-Kuasa Dua Terkecil Separa (SEM PLS) digunakan
untuk menilai model hipotesis yang menghubungkan kesemua konstruk dengan
menggunakan aplikasi Smart PLS versi 3.0. Keputusan yang diperolehi seterusnya
akan memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji. Hasil kajian
mendapati bahawa kursus teras universiti bersifat dinamik dan anjal, serta seiring
dengan kehendak dan keperluan semasa sebagai usaha memenuhi komponen
kenegaraan Malaysia sekaligus mempunyai peranan tersendiri dalam memupuk
kesepaduan kaum khususnya.
Kata kunci: Etika dan Peradaban, kesepaduan kaum, Universiti Teknologi Mara
(UiTM)
Perlaksanaan Model A.D.A.B Dalam Subjek Berteraskan Teknologi
Zuriani Binti Ahmad Zukarnain1, Noorihan Abdul Rahman @ Abdul Rashid2, Robizah Sudin3,
Marhainis Jamaludin4
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Kelantan.
Penulis Utama: [email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]
Abstrak: Kertas kajian berbentuk konseptual ini ditulis bagi membincangkan
perlaksanaan model A.D.A.B dalam subjek yang berteraskan teknologi dan teknikal
seperti Sains Komputer, Kejuruteraan dan sebagainya. Model A.D.A.B adalah satu
model rekabentuk pengajaran yang diperkenalkan untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di UiTM. Ianya adalah pelengkap kepada konsep
Education 5.0@UiTM yang telah diguna pakai sebelum ini. Model ini juga
disesuaikan dengan konsep pengajaran ODL 4.0 yang telah diperkenalkan bagi
melaksanakan pengajaan dan pembelajaran semasa pandemic COVID-19. Objektif
kajian ini adalah untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan
model A.D.A.B dalam subjek berkenaan. Selain daripada itu, kajian ini juga
bertujuan untuk membandingkan model A.D.A.B dengan model rekabentuk
pengajaran yang sedia. Metodologi yang akan digunakan adalah berbentuk kajian
sorotan dan kajian kes khususnya dalam pengajaran subjek berkaitan teknologi dan
teknikal. Hasil penemuan kajian ini akan dikupas untuk mengetengahkan kelebihan
model A.D.A.B berbanding dengan model rekabentuk pengajaran yang lain
khususnya dalam pengajaran subjek yang berasaskan teknologi dan teknikal. Di
akhir kajian ini satu perbincangan komprehensif akan diutarakan bagi memberikan
cadangan yang signifikan berkenaan perlaksanaan model ini dalam subjek yang
berteraskan teknologi.
Kata kunci: model A.D.A.B; model rekabentuk pengajaran; pengajaran dan
pembelajaran
Madrasah al-Islamiah Kuching, Sarawak: Satu Kajian Historikal
Nurul Azhar Ahmad1, Abdul Razak Abdul Kadir2, Siti Asmah Binti Khalid3
Penulis Utama: [email protected], [email protected],
[email protected]
Abstrak: Sejarah menunjukkan bahawa pengajian madrasah merupakan institusi
pendidikan Islam terawal ditubuhkan di Malaysia. Pengkaji mengenalpasti salah
sebuah madrasah yang ditubuhkan pada awal abad ke-20 dan terkenal di negeri
Sarawak pada hari ini. Madrasah tersebut ialah Madrasah al-Mursyidiyyah atau
lebih dikenali sebagai Madrasah al-Islamiyyah Kuching yang telah diasaskan oleh
Datu Hakim Imam Abang Haji Morshidi bin Abang Haji Naruddin merupakan
pengasas kepada Majlis Syuyukh Islam yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis
Islam Sarawak. Justeru, madrasah tersebut penting untuk dikaji bagi mengenalpasti
akan sejarah awal penubuhannya dan sistem pengajiannya. Walaupun wujud kajian
lepas yang mengkaji mengenai madrasah tersebut, akan tetapi kajian tersebut tidak
menyentuh mengenai aspek sejarah penubuhan dan juga sistem pengajiannya secara
lebih mendalam dan perkembangan semasa. Oleh itu, objektif artikel ini
menganalisa sejarah dan perkembangannya sehingga melahirkan para ulama’.
Metodologi penulisan artikel ini ialah menggunakan metod kesejarahan. Menurut
Kuntowijoyo (1995) metod kesejarahan ini mempunyai empat tahapan iaitu tahap
pengumpulan data iaitu heuristik. Kemudian tahapan kedua ialah kritik internal
(kritik isi dan fakta sejarah) dan kritik eksternal iaitu (kritik tulisan, kertas, ink
dakwah dan lain-lain). Tahapan ketiga ialah intepretasi data sehingga menjadi fakta
sejarah yang kukuh dan argumentasi yang kuat. Tahapan yang terkahir sekali ialah
ialah histografi iaitu penulisan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang diintepretasi
secara komprehensif tanpa menimbulkan sebarang prejudis terhadap fakta sejarah.
Hasil kajian menunjukkan bahawa berdasarkan kelangsungan madrasah terbahagi
kepada empat period masa yang berbeza iaitu tahap kemunculan, kegemilangan,
kemuduran dan pemulihan. Aspek kurikulum pendidikan yang dilaksanakan oleh
Madrasah Islamiah Kuching pula terdapat perbezaan yang jelas dalam bentuk
pendidikannya sama ada di era awal kemunculannya, pertengahan dan mutakhir ini.
Kata kunci: Madrasah, Al Islamiyah, Kuching, Al Mursyidiyyah. As Syuyuh
Online Learning: An Insight From Rural Area
Normaizatul Akma Saidi1, Naziatul Aziah Mohd Radzi 2& Noraida Saidi3
1&2Pensyarah Kanan, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia
Kelantan, Malaysia.
3Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan,
Malaysia.
Corresponding Author:[email protected]
Abstract: The pandemic COVID-19 has transformed traditional face-to-face
learning into online learning. Implementation of online education is vital to stop the
spread of the virus. Nevertheless, despite the advantages offered by online learning,
it also presents challenges to students living in rural areas. The present study aims to
explore the insight of online education from rural students. Therefore, this study
explores the qualitative insight to obtain in-depth knowledge of online learning,
specifically in rural areas. This study conducted semi-structured in-depth interviews
with 20 students in rural areas. The thematic analysis produced four relevant themes
of online learning, including easy to find information, internet disruption, lack of
focus, and cost-saving. This study contributes to online learning literature in a rural
area context.
Keywords: online learning; rural area; insight; internet disruption; lack of focus;
cost-saving
Komitmen Guru Dalam Pelaksanaan E-Pembelajaran Pendidikan
Islam Yang Berkesan
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim1, Nur Eliza Mohd Noor2, Yusmini Md Yusoff3
1,2,3Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Malaysia
Penulis Utama: [email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak: Konsep pembelajaran secara dalam talian merupakan pendekatan baharu
dalam pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan di
Malaysia yang mengimplimentasikan pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran
dengan memanfaatkan teknologi komputer, jaringan komputer atau internet. E-
pembelajaran membolehkan pendekatan bertumpu kepada guru diubah kepada
pembelajaran berpusatkan murid. Sebagai seorang guru yang komited perlu sentiasa
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan baik
walaupun kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui medium e-
pembelajaran. Analisis terhadap kajian lepas menunjukkan bahawa guru Pendidikan
Islam kurang persediaan dan kemahiran berkaitan teknologi dalam pendidikan
walaupun telah diberi kursus yang berkaitan namun, sebelum ini ia hanya sebagai
pelengkap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini
menggunakan kaedah kepustakaan dan berbentuk konseptual bertujuan untuk
membincangkan kepentingan komitmen guru dalam pelaksanaan e-pembelajaran
Pendidikan Islam. Beberapa isu yang timbul semasa melaksanakan e-pembelajaran
di kalangan guru Pendidikan Islam iaitu motivasi, sikap, kemahiran dan kesediaan
guru turut dibincangkan. Justeru, kajian ini dapat memberikan beberapa cadangan
untuk memperkukuhkan komitmen guru dalam memastikan matlamat pelaksanaan
e-pembelajaran Pendidikan Islam tercapai. Guru-guru disarankan agar menaik taraf
kemudahan dan kompetensi dalam menghadapi pendidikan di era baru ini, antaranya
berkaitan dengan kemampuan dan kreativiti dalam memanfaatkan e-pembelajaran.
Hal ini kerana komitmen guru dan sikap guru pendidikan Islam memainkan peranan
besar dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik pelajar dan juga
pembentukan sahsiah pelajar.
Kata kunci: e-Pembelajaran, Pendidikan Islam, Komitmen Guru.
Persepsi Guru-Guru Tentang Permasalah Kemahiran Tulisan
Tangan Di Kalangan Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran
Rosilah Wahab, Mohd Hanafi Mohd Yasin
Centre of The Community Educational Wellbeing, Faculty of Education Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi Selangor
Penulis Utama:rosilahbrp@yahoo,com
Abstrak: Keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau
asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai
disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran
menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam subjek-
subjek yang diajar oleh guru-guru. Masalah mekanisma kemahiran tulisan tangan
merupakan satu daripada ciri-ciri yang biasa dilihat pada kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran. Justeru itu, kemahiran tulisan tangan di kalangan kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana
ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Tujuan kajian: Untuk mengenalpasti persepsi guru-guru PPKI tentang
permasalahan kemahiran tulisan tangan dalam kalangan kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran dan mengenalpasti cara guru-guru PPKI mendapatkan maklumat
dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
tulisan tangan. Prosedur kajian: Kajian keratan rentas, 55 guru program pendidikan
khas integrasi di daerah Petaling Perdana, Selangor. Guru perlu menjawab dua
bahagian soalan yang merangkumi data sosial-demografi dan Persepsi Guru
Terhadap Tulisan Tangan Pelajar Bermasalah Pembelajaran. Hasil kajian: Purata
peratus keseluruhan menunjukkan seramai 47.58% orang guru-guru bersetuju
bahawa kemahiran tulisan tangan amat berkait rapat dengan perkembangan sensori
kanak-kanak. Konklusi: Majoriti guru bersetuju bahawa perkembangan sensori
sangat mempengaruhi kemahiran tulisan tangan dalam kalangan kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran.
Kata kunci: Persepsi; Tulisan Tangan; Guru-Guru Pendidikan Khas; Kanak-Kanak
Bermasalah Pembelajaran
The Development Of Islamic Educational Institutions In Kedah
Rukhaiyah Abd. Wahab, Shukri Ahmad
Universiti Utara Malaysia
Corresponding Author: [email protected], [email protected]
Abstract: The current provision of Islamic education in Kedah is very different now
from that of which the Malays generation received. The emergence of Muslim
intellectual, modernisation and globalisation has given a significant impact to the
development of Islamic education in Kedah. In fact, Kedah is not being recognised
as a popular pondok institution per se, as it also has a remarkable evolvement of the
Islamic education provision and institutions Indeed, the modernizing of Muslim
education has resulted in four main outcomes: an increased variety of Muslim
educational institutions; transformations in madrasahs and Islamic higher education
through modern social and intellectual developments; state efforts to reform and
modernize Islamic education; and changes undertaken for the future of Islamic
education in an age of globalisation and pluralisation. Today, Kedah has a number of
Islamic education institutions which begin from primary and secondary level such as
Islamic schools, up to the tertiary level such as Islamic colleges and university.
Based on the gathered literatures, it was revealed that Islamic educational
institutions seemingly succeeded as the best approach to inculcate Islamic values
and Islamic awareness among people. It had influenced a lifestyle of Malays for
many generations by constantly providing a powerful moral concern that maintained
order in society until the present day.
Keywords: Islamic education, Islam, pondok and madrasah
Persepsi Pelajar Uitm Dan POLIMAS Terhadap Mata
Pelajaran Umum Kementerian Pengajian Tinggi
Sosial dan ekonomi
Corporate Social Responsibility (CSR) In Action: Engaging
Malaysian SMEs To Initiate CSR Circle
Nik Zam Nik-Wan
Faculty of Accountancy, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 18500 Kampus Machang, Kelantan
Corresponding Author: [email protected]
Abstract: Corporate social responsibility urges businesses and companies to divert
their courses of doing business from solely focusing on profit maximization to
showing some consideration to others wellbeing as well. When CSR issues are
discussed either at the international level or national level they are widely circling
around multinational corporations, public listed companies and most of other large
corporations. Small and medium-sized enterprises (SMEs) which are considered as
‘backbone’ of most world economies are often neglected. Despite of their size, they
manage to provide job opportunities and support larger organizations by becoming
suppliers of goods and services. Overall, SMEs constitute more than 90% of
businesses worldwide. In Malaysia more than 95% of the business establishments
consist of SMEs that provide jobs for more than 7.3 million workers equivalent to
48.4% of Malaysian total employment. Majority of the SMEs are privately owned,
run by their sole owner/entrepreneur or a few individuals who are, most probably,
family related. The owners usually have the ultimate power to influence most of the
strategic decisions. Unlike public listed companies where most of the decision
making need to pass through the board of directors or top management who are
hired on term basis, SMEs’ visions and missions portray very much of their owner-
managers’ beliefs. If the individual business’s owners strongly and sincerely believe
in the concept of CSR, they will inspire their businesses and develop a culture of
‘caring society’ among employees, customers, suppliers and surrounding
community. Major obstacles such as budget issues and other constraints can be
overcome Therefore, the main objective of this conceptual paper is to propose the
point of origin as to where and how the process of inculcating the CSR culture in
Malaysia should actually spark which subsequently lead to the initiation of CSR
Circle that will tremendously spread the CR culture nationwide.
Kata kunci: Corporate social responsibility, CSR Circle, owner-manager, SMEs,
Pengendalian Kes Kesihatan Mental Dalam Kalangan Kaunselor
Berdartar Di IPTA
Ahmad Janaidi Ab Ghani1, Azri Bhari2, Noor Azniza Ishak3, Wan Naimah Wan Daud4
1.2,4Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
3Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah, Malaysia
Penulis Utama: [email protected]
Abstrak: Kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana seseorang
individu menyedari keupayaan diri dalam mengurus tekanan hidup, bekerja dengan
produktif dan mampu memberi sumbangan kepada komuniti. Ia amat penting pada
setiap peringkat kehidupan bermula zaman kanak-kanak dan remaja sehingga
dewasa. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan Morbiditi
Kebangsaan yang dijalankan pada tahun 2019 mendapati kira-kira satu per tiga
penduduk di Malaysia mengalami masalah kemurungan, dan berlaku peningkatan
sebanyak 29.2% atau 4.2 juta rakyat di negara ini berusia 16 tahun ke atas
berbanding pada tahun 2006 yang hanya mencatatkan 11.2%. Data tersebut
menunjukkan golongan remaja termasuk kelompok pelajar yang berada di institusi
pengajian tinggi turut terlibat dengan permasalahan ini. Oleh yang demikian, kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para kaunselor
berdaftar di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dalam mengendalikan kes
Kesihatan Mental yang melibatkan pelajar dan staf. Kajian ini penting bagi
membantu para kaunselor mengendalikan kes kesihatan mental dengan lebih
bekesan menggunakan teknik dan pendekatan terkini. Hasil kajian ini dapat
membantu memudahkan proses pengendalian sesi kaunseling individu dan juga
kelompok bagi kes kesihatan mental dengan lebih efisyen.
Kata kunci: Pengendalian kes kesihatan Mental, Kaunselor berdaftar dan IPTA
Prospek Dan Cabaran Produk Ar-Rahnu Mendepani Pandemik
Covid-19
Wan Naimah Wan Daud1, Ahmad Janaidi Ab Ghani2, Noor Azura Zainuddin3, Noor Aznaim Abd
Latib4, Fadziani Binti Yaakub5
1,2,4,5Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
3Universiti Teknologi MARA Perlis, 02600 Arau Perlis, Malaysia
Penulis Utama: [email protected]
Abstrak: Kewujudan institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang mengjangkau usia tiga
dekad telah membuktikan satu tempoh kematangan dalam penawaran perkhidmatan
dan kepelbagaian produk Ar-Rahnu merangkumi pelbagai latar belakang institusi
samada di institusi perbankan atau bukan perbankan. Objektif utama institusi ini
untuk membantu semua lapisan masyarakat yang memerlukan pembiayaan
kewangan brasaskan cagaran emas. Bertepatan dengan situasi negara yang sedang
berdepan dengan pandemik Covid-19, institusi Ar-Rahnu dilihat mempunyai
prospek yang lebih besar dalam penawaran perkhidmatan mikro kredit kepada
golongan yang terkesan. Penawaran perkhidmatan gadaian secara Islam ini
membolehkan masyarakat untuk menggadaikan emas mereka bagi mendapatkan
sejumlah wang untuk menampung keperluan hidup dalam situasi kewangan yang
sukar. Namun begitu, institusi ini juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam
usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik. Oleh yang demikian, kertas kerja ini
bertujuan untuk menyoroti perkembangan dan prospek Ar-Rahnu serta mengkaji
cabaran dalam pelaksanaannya di Malaysia. Berdasarkan analisis tekstual, dapatan
menunjukkan permintaan masyarakat terhadap produk Ar-Rahnu semakin
meningkat dalam memenuhi keperluan kehidupan yang semakin mendesak terutama
dalam situasi pandemik. Di samping itu, terdapat juga beberapa cabaran yang
dihadapi oleh institusi Ar-Rahnu dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada
masyarakat. Diharapkan kertas kerja ini dapat menganalisa prospek dan cabaran
yang dihadapi oleh institusi Ar-Rahnu bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan
institusi tersebut.
Kata kunci: Prospek, Cabaran, Pelaksanaan Ar-Rahnu dan Pandemik Covid-19
Adaptation Of Business Strategies Among Agri-Food Micro-
Entrepreneurs: Impact Of Covid-19 Pandemic
Nur Badriyah Kamarul Zaman1, Zuliana Zakaria2, Nur Maizatul Idayu Othman3, Nur Nabila Huda
Aziz4
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 77300 Kampus
Jasin, Melaka
Corresponding Author: [email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]
Abstract: As the Covid-19 outbreak continues to spread across the world, it is
essential to address its existing and potential impacts on the agri-food sector, from
the perspective of micro-entrepreneurs. Undeniably, the impact of pandemic
outbreak is more significant among micro-entrepreneurs compared to macro-
entrepreneurs. In Malaysia, almost 90% of agri-food establishments are small and
medium enterprises (SMEs). Movement Control Order (MCO) affected the existing
business model of agri-food micro-entrepreneurs. Existing business models are no
longer relevant to adapt with the new norm. As the consequences, among the hurdles
SMEs have to face are closure of business operation, laying off workers, and cash
flow issue. Therefore, it is crucial to explore the strategies taken by micro-
entrepreneurs in dealing with the crisis and how these measures affect the change of
business model. This is exploratory types of study that involves unstructured phone
interviews using open ended questions with micro-entrepreneurs that offering agri-
food product. The result from unstructured interview with two agri-food micro-
entrepreneurs in Klang Valley, Selangor provide perspective on the business strategy
restructuring during Covid-19 and modification on the business model as the
initiative to recover after the crisis. This study will significantly contribute to the
agri-food micro-entrepreneurs as a reference on the survival strategy during and
after the pandemic.
Keywords: micro-entrepreneurs, agri-food, business strategy, Covid-19
Web-Based Application For Managing Tabung Khairat Kematian
(TKK)
Zubaidah Bohari1, Lenny Yusrina Bujang Khedif1, Abdul Hadi Abdul Talip1, Sulastri Putit1, Ketty
Chachil1, Siti Maliza Salleh2
1Faculty of Computer & Mathematical Sciences, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 94300
Kampus Samarahan, Sarawak
2Faculty of Accountacy, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 94300 Kampus Samarahan, Sarawak
Corresponding Author: [email protected]
Abstract: Khairat Kematian was established for the Malay Muslims community in
Malaysia to alleviate the burden of the deceased's heirs by providing funeral
management assistance in the event of the death of a member or dependents of the
member. However, most of the managerial tasks are conducted by qariah masjid
using a conventional approach whereby all data are recorded manually and there is
no proper reporting tool to present the current status of the khairat kematian. Our
proposed Web-Based Tabung Khairat Kematian (TKK) Management Application is
developed for this tasks. On top of that, this web-based application implements
registration using Google Form which includes personal information, donation
amount and others that will be captured and stored in cloud storage via Google
Sheet. Moreover, Google Data Studio will be utilized in the web-based application
to perform simple data analysis and present desired information visually and
interactively using charts, graphs, maps, etc. Furthermore, e-receipt will be
automatically issued for each payment of TKK registration, once the verification
process done by the system admin. Hence, this web-based application is expected to
serve as a platform for the qariah masjid in managing TKK systematically, and also
helps local communities in their vicinity to register TKK efficiently.
Keywords: Web-based application, Tabung Khairat Kematian (TKK) management,
TKK reporting, TKK monitoring
The Role of Psychological Women Empowerment On Micro
Enterprise Sustainability
Nurwahida Fuad1, Ku’ Azam Tuan Lonik2, Norziani Dahalan@omar3
1Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi MARA, Perlis Branch, Arau Campus,
02600 Arau, Perlis, Malaysia
2,3School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang, Malaysia
[email protected], [email protected], [email protected]
Abstract: Women’s contribution to the economic growth takes many forms
including entrepreneurship. Existing literature suggest that women can play a
significant role in the larger entrepreneurship landscape and economic development.
Unfortunately, the level of women entrepreneurial success is still low. Most of
women failed to sustain in entrepreneurship due to psychological characteristic issue
for instance lack of empowerment among themselves. Consequently, many countries
have been focusing on empowering women for the economic development and to
relieve the plight of women living in poverty. Therefore, women empowerment
emerges as one of the crucial issues in the entrepreneurship field especially among
low income household (LIH). Increasing empowerment element among women is
seen as one of the ways to improve entrepreneurial activity and increase the access
for economic opportunity. Since the success of micro enterprise among women
entrepreneur are still being debated among scholars, therefore the understanding on
the concept of psychological women empowerment in depth is crucial. The
limitation on the explanation concerning the concept of the psychological women
empowerment on women entrepreneur requires for further investigation. Therefore,
this study was conducted to investigate the role of psychological women
empowerment that may assist in women entrepreneurial success. The total of 410
women entrepreneurs categorised as LIH who conducting micro enterprise in
Malaysia participated in this study voluntarily. The data was analysed using
descriptive and linear regression analysis. The finding obtained from this study
indicated that there was significant positive relationship between psychological
women empowerment and women entrepreneurial success. In addition, the findings
showed that women had greater level of autonomy, independence and having control
on their business.
The findings offer evidence that women in LIH engaged in entrepreneurial activities
feel much empowered that lead to business sustainability. This result provides
valuable insight for agencies involved in women entrepreneurship development
especially on micro enterprise.
Keywords: Women entrepreneurial success, psychological characteristics,
psychological women empowerment, micro enterprise.
Isu Dan Cabaran Dana Wakaf Ilmu UiTM Cawangan Perlis
Noor Azura Zainuddin1, Hasyeilla Abd Mutalib2, Rusnadewi Abdul Rashid3, Nor Kartini Mohd
Rodzi4, Nadiyah Hashim5
1,5Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
2Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
3Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
4Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]
Abstrak: Penubuhan dana wakaf di institusi pengajian tinggi semakin meningkat
dibangunkan oleh kebanyakkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di
seluruh negara. Fenomena penubuhan dana wakaf ini telah mencetuskan inovasi
yang hebat dalam perkembangan scenario wakaf di negara ini. Ini adalah selaras
dengan pelancaran purple book oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi
membangunkan pusat pengurusan wakaf masing-masing untuk menjana pendapatan.
Sehubungan dengan itu, UiTM Cawangan Perlis juga mengambil inisiatif
menubuhkan Dana Wakaf Ilmu UiTM Perlis (DWIPs). Justeru kajian ini melihat
kepada isu dan cabaran yang dihadapi oleh DWIPs dalam membantu penjanaan
pendapatan institusi pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
dengan kajian kes di UiTM Cawangan Perlis. Persampelan bertujuan di kalangan
warga UiTM Cawangan Perlis yang dipilih. Dapatan kajian mendapati terdapat
empat isu dan cabaran iaitu kurang kefahaman dan kesedaran, kurang promosi,
kurang kutipan dan kurang sumber manusia dalam pengurusan DWIPs. Hasil
dapatan kajian ini diharapkan mampu memperkenalkan DWiIPs di kalangan warga
UiTM Cawangan Perlis. Sehubungan dengan itu, ianya juga dapat meningkatkan
jumlah kutipan dana wakaf ilmu dan memberi manfaat kepada seluruh warga UiTM
Cawangan Perlis.
Kata Kunci: dana wakaf, DWIPs, isu dan cabaran, UiTM Cawangan Perlis
Pendigitalan Tingkat Kecekapan, Keberkesanan Kewangan Islam
Zakat Di Malaysia
Noraini Saro, Azri Bhari, Afandi Mat Rani
Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM Kampus Shah Alam
Penulis Utama:[email protected]
Abstrak: Pendigitalan menjadi aspek kritikal mengukuhkan daya tahan ekonomi
Malaysia. Dunia pendigitalan kini digunakan dalam pelbagai bidang , pendidikan ,
perbankan, kesihatan juga dalam zakat dan lain-lain. Sejajar dengan keutamaan
zakat sebagai salah satu sumber ekonomi islam, institusi zakat mula mengorak
langkah kehadapan dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kutipan dan
agihan zakat. Kini terdapat pelbagai kaedah baharu yang dilaksanakan dalam
melaksanakan kutipan serta agihan zakat, dan ia masih berada dalam kerangka
syarak, Disamping meneraju perubahan memberi perkhidmatan kepada umat Islam
dengan penuh integriti dan profesionalisme pengurusan urusan kutipan dan agihan
zakat. Pihak Institusi zakat percaya perkhidmatan digitalisasi, dapat memberi
kemudahan kepada umat Islam. Kajian ini bertujuan mengenalpasti senario
institusi zakat dalam mengadaptasi teknologi pendigitalan pada masa kini. Kajian
dijalankan secara kualitatif menerusi sumber dokumentasi, laporan institusi zakat,
kajian-kajian lepas yang berkaitan digitalisasi zakat serta penelitian terhadap laman
web institusi zakat di Malaysia bagi meninjau pendekatan digitalisasi yang
dilaksanakan oleh institusi zakat di Malaysia. Hasil kajian menemukan adaptasi
teknologi dalam pelaksanaan zakat di Malaysia sejajar dengan perkembangan
teknologi IR 4.0. Dapatan kajian juga menunjukkan peranan pihak instistusi dalam
mengadaptasi teknologi serta peranan teknologi dalam memperkasakan kewangan
islam khususnya zakat.
Kata kunci: Zakat ;Pendigitalan ; Malaysia
Strategi Pengendalian Pungutan Dan Agihan Zakat Oleh LZS Ketika
Pandemik Covid-19 Di Negeri Selangor: Suatu Sorotan Kajian
Wan Mohd Amjad Wan Halim1, Fathullah Asni2, Afiffudin Mohammed Noor3, Muhamad Husni
Hasbulah4
Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
Penulis Utama: [email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]
Abstrak: Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan perubahan besar dalam norma
kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Pada tahun 2020, Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak ini sebagai fasa pandemik. Kini fasa
tersebut bakal memasuki fasa endemik kerana kejayaan pelaksanaan program
vaksinasi yang meluas di seluruh negara. Keadaan ini sudah tentu mengakibatkan
terjejasnya pelbagai sektor terutama sektor ekonomi dan kesihatan. Apabila
terjejasnya sektor ekonomi, maka pengendalian institusi zakat tidak terkecuali
daripada menghadapi impak yang jelas dalam kutipan dan agihan zakat. Oleh itu,
makalah ini bertujuan untuk mengkaji pengendalian pungutan dan agihan zakat oleh
Lembaga Zakat Selangor (LZS) semasa pandemik COVID-19 di negeri Selangor.
Makalah ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif melalui kajian kepustakaan
melibatkan buku, artikel, jurnal, akhbar, laman sesawang rasmi LZS, polisi LZS dan
pekeliling yang berkaitan. Metode analisis kandungan akan digunakan terhadap
sumber, bahan dan dokumen yang telah diperolehi. Berdasarkan kepada hasil
dapatan kajian, pihak LZS telah melaksanakan alternatif yang signifikan dalam
aspek pungutan dan agihan zakat ketika menghadapi pandemik COVID-19.
Alternatif yang dilakukan ialah melaksanakan kempen yang meluas dalam media-
media elektronik, mewujudkan e-majalah, menambahbaik laman seswang rasmi
LZS supaya lebih mesra pelanggan, memberikan bantuan secara berkala mengikut
keadaan, bantuan secara pukal, bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi
melancarkan pungutan dan agihan zakat. Bagi melicinkan agihan ketika pandemik,
LZS juga telah melancarkan Bantuan Khas COVID-19. Langkah proaktif yang
dilakukan oleh LZS dilihat mampu mengurangkan impak pandemik COVID-19
terutama dalam sektor ekonomi di negeri Selangor.
Kata kunci: zakat; LZS; alternatif
Analisis Sumbangan Caravanserai Terhadap Sektor Ekonomi
Aina Zafirah Samsudin, Roziah Sidik @ Mat Sidek
Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penulis Utama: [email protected] & [email protected]
Abstrak: Caravanserai adalah penginapan sementara di tepi jalan di sepanjang
laluan perdagangan utama seperti Laluan Sutera. Dengan struktur seni bina yang
kompleks berbentuk segi empat tepat dan mempunyai laman yang luas serta
dilengkapi dengan kandang, masjid, kedai dan bilik tidur. Caravanserai berfungsi
sebagai tempat perdagangan, persinggahan para pedagang dan pelancongan, selain
menjadi tempat pertemuan untuk membincangkan hal berkaitan perdagangan,
berkongsi maklumat dan juga berehat. Fungsi caravanserai sebagai tempat
pergangangan dan pelancongan didapati berpotensi untuk menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi. Artikel ini menganalisis sumbangan caravanserai terhadap
sektor ekonomi sesebuah negara. Ini selaras dengan teras kelapan Sustainable
Development Goals (SDG) iaitu decent work and economic growth. Kajian
berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan dan
kajian sejarah. Maklumat dan data dalam penulisan ini diperolehi daripada pelbagai
sumber rujukan. Antaranya ialah artikel jurnal, ensiklopedia, buku rujukan, disertasi
dan tesis yang dilihat relevan dan berkaitan dengan tajuk artikel ini. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa caravanserai merupakan sebuah monumen bersejarah yang
mempunyai potensi yang tinggi untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, usaha pihak kerajaan dalam menaik taraf
caravanserai kepada hotel sememangnya dapat menyumbang kepada sektor ekonomi
apabila ramai pelancong yang datang berkunjung di situ sekaligus dapat
mengekalkan nilai peninggalan sejarah. Ini diperkukuhkan lagi dengan pengiktirafan
UNESCO terhadap beberapa caravanserai sebagai tapak warisan dunia.
Kata kunci: Caravanserai; Ekonomi; Tamadun Islam
Penetapan Rebat Secara Bersyarat Yang Memenuhi Maqasid
Al-Shariah
Muhamad Zuhaili Saiman (DR)
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA
(UiTM), Shah Alam, Malaysia
Penulis Utama: [email protected]
Abstrak: Pengamalan rebat pembiayaan yang sekadar budi bicara atau pemasukan
syarat tanpa mengikat menimbulkan polemik di kalangan pelanggan terutamanya.
Impaknya, persoalan keraguan mengenai berapa kadar tuntutan yang selayaknya
diperolei pelanggan serta kebajikan pelanggan sekiranya rebat tidak diberikan.
Tumpuan kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengkaji konsep rebat
menurut perspektif maqasid al-shariah. Kedua, menganalisis secara emperikal
penetapan rebat menerusi syarat secara mengikat. Ketiga, mengkaji solusi kepada
halangan kepada penetapan rebat menerusi syarat secara mengikat. Metodolgi yang
digunakan ialah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kepustakaan
dan analisis data-data dapatan. Pemberian rebat pembiayaan menerusi syarat yang
mengikat oleh perbankan Islam merupakan satu bentuk kadar fleksibeliti
keuntungan jualan bertangguh dalam menjaga kebajikan pelanggan.Walaupun pada
permulaan akad telah ditetapkan kadar jualan secara penuh namun dengan rebat
yang mengikat menjadikan kadar yang fleksibelmenurut perspektif maqasid al-
shariah berbanding sebelum ini. Dapatan hasil kajian menunjukkan pengamalan
rebat pembiayaan secara mengikat perlu dilaksanakan kerana ia lebih memenuhi
maqasid al-shariah. Kesimpulannya, implimentasi rebat secara mengikat amat
penting dalam mewujudkan keseimbangan kadar fleksibeliti dalam keuntungan
jualan bertangguh. Implimentasi secara bersyarat yang mengikat menjadikan rebat
pembiayaan akan menjaga kebajikan pelanggan.
Kata kunci: rebat, polemik, maqasid al-shariah, syarat yang mengikat, kebajikan
pelanggan
Kecekapan Pengurusan Zakat Di UiTM Kedah
Mohd Nasir Ayub Surita Hartini Mat Hassan, Najahuddin Lateh, Mohd Muhaizam Md Ishak,
Muhammad Naim Bin Mohd Nabil, Hilmi Bin Anasat
Abstrak: Zakat berperanan membantu asnaf di Universiti Awam (UA) khususnya di
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah. Semenjak kewujudan unit zakat
UiTM Kedah seterusnya penubuhan Koordinator Zakat, Wakaf Dan Sedekah
(ZAWAS) di UiTM Kedah telah berjaya meringankan beban asnaf melalui agihan
zakat setiap semester. Akibat pandemik Covid19 yang melanda negara, bantuan
kepada asnaf-asnaf ini amat diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan
kecekapan pengurusan zakat UiTM Kedah serta mengenalpasti bentuk bantuan yang
diberikan serta manfaatnya kepada kehidupan asnaf tersebut. Metodologi yang
digunakan bagi kajian ini adalah melalui analisis sumber dokumen dan secara temu
bual mendalam terhadap pengurus zakat atau pengawai yang dilantik untuk
menguruskan kutipan dan agihan zakat UiTM Kedah. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan Hasil kajian mendapati semenjak
penubuhan unit zakat UiTM Kedah sehingga kini pelbagai bantuan telah diberikan
kepada asnaf yang terlibat. Dalam pada itu, hubungan baik yang terjalin dengan
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga hendaklah diteruskan. Manakala dalam
aspek pengurusan khususnya, bahagian kutipan dan agihan zakat pula banyak
penambahbaikan dilakukan seperti kecekapan pemilihan asnaf serta promosi
berterusan yang membawa kepada peningkatan kutipan zakat pendapatan di UiTM
Kedah, sekaligus memberi peluang yang lebih luas kepada asnaf.
Kata kunci: Kecekapan, pengurusan, zakat, UiTM Kedah
Unit Zakat Sedekah Wakaf: Adaptasi Peranannya Dalam
Mengendalikan Dana Zakat Bagi Pembangunan Pendidikan Norma
Baru Golongan Asnaf Fisabilillah UiTM Cawangan Kelantan
Zanirah Mustafa @ Busu1, Noraini Junoh2, Mohd Nazri Mat Zain3, Ahmad Murshidi Mustapha4,
Nik Muniyati Nik Din5, Nor Asmira Mat Jusoh6, Norazmila Yusuf7
134567Akademi Pengajian Islam Kontemporari(ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kelantan
Penulis Utama: [email protected]
Abstrak: Kejayaan zakat dalam sesebuah institusi amat perlu kepada urus tadbir
yang adil kerana tanggungjawab tersebut adalah amanah. Dengan pengurusan yang
adil, dana zakat mampu membantu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi kerana
aktiviti zakat itu sendiri dapat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh
masyarakat di Malaysia. Dana zakat institusi pendidikan tinggi juga adalah salah
satu cara yang dapat membantu meningkatkan kebajikan universiti. Objektif kajian
ini adalah untuk mengenalpasti kebolehupayaan perlaksanaan unit zakat dan dapat
mengkaji cara yang paling berkesan dalam perlaksanaan pembangunan pendidikan
dengan menggunakan dana zakat. Pendedahan kajian ini juga bertujuan untuk
mengadaptasi peranan unit zakat dengan lebih produktif dan berwibawa serta dapat
membantu para institusi dalam kemajuan pendidikan pada masa yang akan datang.
Kajian ini diperlukan supaya penyelidikan tersebut dapat dilakukan dengan
terperinci dan dikhususkan kepada para pelajar yang berkelayakan untuk menerima
zakat. Metodologi kajian secara kualitatif digunakan iaitu melalui keperpustakaan,
temubual, dokumentasi dan penelitian yang digunakan untuk mengumpulkan data
maklumat yang berkaitan. Kajian ini juga berdasarkan analisis-analisis kajian lepas
melalui jurnal dan bahan-bahan ilmiah yang lain. Hasil kajian ini, memberikan
gambaran ringkas sejauh mana proses dana zakat yang diberikan kepada para pelajar
yang memerlukan. Akhirnya, keperluan kepada tadbir urus yang baik dan cekap oleh
unit zakat adalah amat diutamakan kerana ia dapat memperkembang dan
memperbangun dana zakat dengan lebih cepat dan peranan zakat di institusi
pengajian tinggi adalah amat diperlukan.
k137
Pembangunan Akidah Orang Asal di Malaysia: Isu dan Cabaran
Noraini Junoh, Ahmad Murshidi Mustapha, Mohd Nazri Mat Zin, Affendi Ismail & Wan Zurina
Nik Abdul Majid
Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Kelantan
Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Kelantan
Corresponding Author: [email protected]
Abstract: Kajian berkaitan dengan masyarakat Orang Asal menjadi penyumbang
kepada pembangunan mereka selaras kemajuan semasa. Pembangunan negara tidak
mengenepikan golongan ini sekalipun struktur kehidupan mereka berbeza dengan
masyarakat perdana. Kerencaman kajian terhadap golongan ini bukan sahaja dalam
aspek kemajuan fizikal dan pembangunan masyarakat semata-mata, bahkan elemen
agama turut dikaji bagi menilai kepercayaan dan amalan mereka. Antara usaha yang
telah dilakukan terhadap kemurnian akidah masyarakat Asal ialah dakwah oleh
pihak-pihak tertentu dengan pendekatan serta modul yang khusus. Namun tidak
dinafikan bahawa kelompangan dan kekurangan masih wujud disebabkan faktor-
faktor yang pelbagai, antaranya kekangan masa, pegangan kuat terhadap adat dan
budaya dan sebagainya. Justeru, kajian ini meninjau isu dan cabaran dalam
pembangunan akidah orang asal di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif menerusi kajian perpustakaan dan lapangan. Hasil kajian mendapati
komuniti orang asal masih lagi terbelenggu dengan beberapa isu yang masih perlu
diselesaikan terutama akidah dan kepercayaan dengan anutan kepada agama-agama
luar dan animisme. Walaupun pelbagai program dan modul telah dilaksanakan oleh
pelbagai institusi atau agensi yang terlibat, namun masalah akidah orang asal masih
lagi menjadi isu yang belum selesai. Hal ini disebabkan kekurangan pengisian
kerohanian yang berterusan dan modul yang ada hanya tertumpu pada aspek
pedagogi dan tidak memfokuskan kepada subjek akidah secara terperinci. Maka,
kajian lanjut mengenai akidah orang asal di Malaysia perlu dilaksanakan supaya
pembangunan mereka seiring dengan pembangunan material dan spiritual.
Keywords: penghayatan, akidah, orang asal, pemantapan
k380
Konsep Dan Sejarah Penubuhan Hospital (Darüşşifa) Dalam
Kerajaan Uthmaniyyah Abad Ke-15m Dan 16m
Siti Nur Adilah Awang1, Ermy Azziaty Rozali1&2, Roziah Sidik @ Mat Sidek1&2
1Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
2Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia,
Corresponding Author: [email protected]
Abstrak: Salah satu sumbangan besar dalam bidang perubatan Uthmaniyyah adalah
penubuhan institusi hospital dinamakan sebagai darüşşifa. Secara dasarnya, hospital
ini telah dibangunkan pada awal abad ke-15M bertujuan untuk mempromosikan
kegiatan perubatan melalui pengamalan di institusi. Justeru, kajian ini dijalankan
bagi mengenalpasti konsep dan sejarah penubuhan hospital dalam kerajaan
Uthmaniyyah dari abad ke-15M sehingga abad ke-16M. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif dengan pendekatan reka bentuk kajian sejarah berpandukan
pelbagai sumber berautoriti dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis
teks serta deduktif. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa hospital
(darüşşifa) dalam kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah institusi kebajikan yang
menawarkan gabungan pendidikan kepada pelajar perubatan serta perkhidmatan
perubatan secara percuma kepada masyarakat awam. Ia kebiasaannya dibina sama
ada oleh pemerintah mahupun golongan istana di dalam binaan kulliye (kompleks)
yang terletak di kota-kota utama seperti Bursa, Edirne, Istanbul dan Manisa.
Hospital yang dibina mempunyai ciri-ciri yang unik antaranya menyediakan rawatan
holistik merangkumi rawatan perubatan dan rohani, mempunyai fungsi dan
kepakaran perubatan yang pelbagai, fasiliti yang lengkap serta suasana persekitaran
yang kondusif dan mesra alam. Dengan ada penubuhan hospital ini, kerajaan
Uthmaniyyah bukan sahaja mampu memperkasakan bidang sains perubatan bahkan
juga dapat memperluaskan akses terhadap kemudahan kesihatan dan pendidikan
kepada seluruh masyarakat sehingga mampu mengecapi pembangunan mampan
dalam negara.
Kata Kunci: Darüşşifa; Hospital; Institusi Kesihatan; Kerajaan Uthmaniyyah;
Perubatan Uthmaniyyah
Predicting Stock Exchange Index Using Artificial Neural Network: A
Literature Review
Anas Fathul Ariffin, Mohamad Umarul Mohd Sedali
Fakulti Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 02600 Kampus Arau,
Perlis
Corresponding Author: [email protected]
Abstract: It is important in understanding and finding gaps of the previous studies
on a certain research area for future study. This study presents a literature review on
predicting stock market index using computational advance technique namely
artificial neural network (ANN). The objective of this paper is to provide a review of
the applications of ANN in stock market prediction. Therefore, it would help other
researchers to summarize about the relevant previous studies have been published
on this topic.
Keywords: Predicting; Stock Exchange; Artificial Neural Network