The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Aida Ruslan, 2021-03-03 07:51:02

Pamplet Inovasi PPD

Pamplet Inovasi PPD

Sektor Pembelajaran PPD Batu Pahat bersama-sama SMK Dato Seth Batu
Pahat selaku Jawatankuasa Permuafakatan Inovasi Daerah Batu Pahat,
menganjurkan Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI) Sempena
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah tahun 2021. Setiap sekolah perlu
menghantar sekurang-kurangnya 1 pencalonan bagi setiap kategori.

Peserta diminta untuk mengisi google form Pendaftaran Pertandingan AGI 2021
secara atas talian melalui link di bawah
https://forms.gle/oaY3yz1DejoycL5Q6

28 Februari 2021 : Taklimat kepada Pengawai Penyelaras Inovasi
sekolah.

15 Mac 2021 : Tarikh akhir penghantaran inovasi ke PPD Batu
21 Mac 2021 Pahat.

: Penilaian dan saringan pertama.

5 April 2021 : Pengumuman peserta akhir dan taklimat
8 April 2021 pembentangan.
13 April 2021
: Pembentangan 5 peserta terbaik setiap
kategori.
: Penghantaran peserta AGI peringkat negeri.

• Melahirkan guru yang
mampu menghasilkan
inovasi dalam
pelaksanaan kurikulum
dan dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan.

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang
menghasilkan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.

Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil
inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para
pendidik yang lain.

MAKSUD GURU INOVATIF …inovasi dari segi
bahan, kaedah,
…inovasi dalam konteks strategi dan
menterjemahkan sebagainya untuk
kurikulum kebangsaan meningkatkan
kepada proses PdP keberkesanan
proses PdP
…inovasi yang asli atau penambahbaikan
terhadap sesuatu yang sedia ada meliputi
aktiviti pembaharuan dan perubahan
positif dalam proses PdP

Inovasi yang dihasilkan mestilah boleh meningkatkan kefahaman konsep melalui pembelajaran
dan pengajaran yang berkesan dan bukan sebagai usaha memudahkan murid menjawab soalan
peperiksaan.

Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan ini atau
pertandingan lain di peringkat daerah atau negeri atau kebangsaan tidak layak dicalonkan.

Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak bertanding.

Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 – 3 orang. Ahli kumpulan
mesti dari sekolah yang sama.

Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Inovasi yang dihasilkan mesti merupakan inovasi calon dan tidak diambil dari inovasi orang lain
atau mana-mana sumber lain.

Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut :
(a) Kreativiti & Inovasi (Kesesuaian idea) - 30%
(b) Bentuk inovasi (Kebolehlaksanaan inovasi) - 20%
(c) Keberkesanan pengajaran guru - 15%
(d) Keberkesanan pembelajaran murid - 15%
(e) Potensi inovasi untuk disebar luas - 10%

Sekolah perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori pertandingan :
(a) Maklumat calon (Lampiran A)
(b) Penerangan Inovasi. (Rujuk Lampiran B)

Penerangan mesti disokong dengan gambar, carta, video atau persembahan grafik.

Garis MasaPenilaian 12 April 2021
Bahan AGI2021 Penghantaran bahan inovasi ke JPNJ

(Wakil Daerah BP)

8 April 2021
Penilaian akhir AGI

21 Mac 2021

Penilaian AGI Pusingan

15 Mac 2021 Pertama

Penghantaran bahan inovasi ke PPD Batu Pahat

28 Febrauari 2021

Taklimat Pencalonan Anugerah Guru Inovatif (AGI)
dalam PdP kepada Pengawai Penyelaras AGI Sekolah

Maklumat Penghantaran

Segala urusan penghantaran dan pertanyaan mengenai
anugerah ini hendaklah dialamatkan kepada :

Urus Setia Anugerah Guru Inovatif 2021
Unit Tvet
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
2350(P), Jalan Zaharah, 83000 Batu Pahat,
Johor Darul Ta’zim.
(u.p: Pn Zalina binti Sapie/ Pn Zanariah binti Abd Rahman)

Cg Zaleha binti Haron Cg Fauziahnah binti Cg Roswadi bin Dagang Cg Asadul Asraf
SMK Yong Peng Rosmin SMK Penghulu Saat SMK Tun Saadon

SK Seri Bertam

Jurulatih Utama (JU) Inovasi
Daerah Batu Pahat


Click to View FlipBook Version