AINA DAN
POSTER
MERDEKA
Disediakan oleh:
Ainor Rodhiah
Nur Aliya Natasya
Muhammad Fathi Fikri
Muhammad Aidil Aiman
BUKU iNI KEPUNYAAN:
Hari berganti hari, bulan juga berganti bulan. Tidak
lama lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari
Kemerdekaan bersama-sama. Aina dan keluarga
tidak sabar menanti tema kemerdekaan pada
tahun ini. Tema yang berbeza-beza setiap tahun
memberikan kelainan kepada setiap sambutan
bulan kebangsaan itu.
1
Aina merupakan seorang kanak-kanak yang sangat aktif
menyertai bermacam-macam pertandingan. Setiap
tahun, Aina akan menunggu-nunggu pertandingan yang
akan dianjurkan oleh pihak sekolah. Pada tahun yang lalu,
dia telah pun menyertai pertandingan mendeklamasikan
sajak yang bertajuk pahlawan negara dan mendapat
tempat kelima.
2
Aina berasa agak kecewa dengan prestasi yang
ditunjukkan. Walau bagaimanapun, dia tidak berputus
asa dan berazam ingin mencuba nasib dalam
pertandingan yang lain. Tidak dapat dinafikan, Aina juga
mempunyai kelebihan melukis. Oleh itu, dia berasa yakin
untuk menyerlahkan bakatnya dalam pertandingan
melukis poster pada tahun ini.
3
Sehari sebelum hari pertandingan, Aina bertungkus lumus
menyiapkan dirinya untuk memenangi pertandingan yang
diimpikan. Dia sibuk mencari bahan-bahan yang boleh
dijadikan rujukan dan gambar-gambar bersejarah yang
menarik. Aina juga membeli peralatan-peralatan melukis
yang berkualiti bagi menjamin kualiti lukisannya.
4
Pertandingan
melukis poster
Setibanya hari pertandingan, Aina hadir awal ke tempat
pertandingan untuk menyiapkan mental serta fizikalnya
sebelum mula melukis. Peserta-peserta yang terlibat
dalam pertandingan itu hebat-hebat belaka tetapi Aina
langsung tidak berasa gugup atau resah. Aina kekal
tenang dan bersedia sepenuhnya.
5
Wisel ditiup menandakan pertandingan sudah pun
bermula. Aina dengan tenang mengambil berus dan terus
melukis dengan tekun sekali. Aina berjaya menyiapkan
lukisannya dalam masa yang singkat dan seperti yang
dirancang. Dia menunggu para peserta yang lain untuk
menyiapkan lukisan mereka.
6
Selepas beberapa minit, wisel penamat ditiup. Juri yang
bertugas mengumpulkan kesemua lukisan para peserta
mengutip lukisan dengan cermat untuk diadili.. Aina tidak
senang duduk dan berdebar-debar menanti keputusan
akhir yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
7
Aina menunggu dengan sabar sekali. Keputusan
akhirnya diumumkan. Pengacara majlis mengumumkan
nama pemenang yang ditunggu-tunggu. Tanpa
disangka-sangka, Aina telah menjuarai pertandingan
lukisan bulan kebangsaan tersebut. Aina naik ke atas
pentas dengan rasa bangga di atas hasil usahanya itu.
Aina tidak sabar-sabar untuk berkongsi
kegembiraannya itu bersama-sama ibu bapanya.
TAMAT 8
SENARAI KATA GANDA & KATA MAJMUK
KATA GANDA KATA Majmuk
bersama-sama ibu bapanya
berbeza-beza bulan kebangsaan
kanak-kanak bertungkus lumus
bermacam-macam
menunggu-nunggu
bahan-bahan
gambar-gambar
peralatan-peralatan
peserta-peserta
hebat-hebat
berdebar-debar
ditunggu-tunggu
sabar-sabar
9