KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 04-4952153
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR, Faks : 04-4906064
09000 KULIM, Email: KBA [email protected]
KEDAH DARUL AMAN.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj:SKSU/5018/600/3-10( 8 )
Tarikh: 4 Julai 2022
Kepada:
Guru Pendidikan Islam
SK Sungai Ular.
MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA 2022/2023
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Kedua 2022 akan
diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 13 Julai 2022
Hari : Rabu
Masa : 1.45 ptg
Tempat : Kelas Tahun 6 Tun Teja.
Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
I) Ucapan Pengerusi
II) Membentang dan mengesahkan minit yang lalu
III) Perkara berbangkit
IV) Std 3.2.1.1 Pengurusan Mata Pelajaran diurus secara profesional dan
terancang.
V) Std 3.1.2.2 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru diurus secara
terancang.
VI) Std 3.1.2.3 Program Peningkatan Pencapaian Murid diurus secara
profesional dan terancang
VII) Std 3.1.2.4 Bantuan Geran Per Kapita Mata Pelajaran Dimanfaatkan
secara sistematik dan terancang
VIII) Hal-hal lain
Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami harapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KBB SMART 2021-2025”
“SKSU-SEDERAP KECEMERLANGAN SENTIASA UNGGUL”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………………..
PN NORZITA BT ABDULLA
(GURU BESAR SK SUNGAI ULAR)